Ombak pertama menuju ke arah mereka namun tidak menyentuh kakinya.
Ombak kedua menuju ke arah mereka lagi dan kali ini hampir menyentuh kakinya.
Zurith senyum seolah-olah mengejek-ngejek ombak tersebut yang seakan-akan cuba mengejarnya dari sisi.
Fariz turut sama senyum melihat senyum Zurith.
Ombak ketiga menuju ke arah mereka lagi dan kali ini ombak itu laju mengena kaki Zurith dan Zurith tidak sempat lari, mengeluh apabila dress putih labuhnya basah sehingga ke paras lutut. Zurith mengerut dahi sambil mencebik. Fariz sengih.
"Kalau takut terkena ombak, jangan berjalan di tepi pantai." usik Fariz sambil mencuit hidung Zurith. Cebikan Zurith bertukar menjadi senyum.
"Abang, dulu kita selalu ke sini ya?" soal Zurith seraya memeluk manja lengan kiri Fariz. Wajah manis Fariz dipandangnya.
"Ye sayang. Kita selalu ke sini. Sebelum sayang sah menjadi isteri abang sehingalah kita mendapat - " kata-kata Fariz terhenti di situ. Hampir sahaja dia terlepas menyebut nama 'Muhammad Luqman'.
"Sehingga kita mendapat?" soal Zurith ingin. Fariz terdiam seketika. Enjin otaknya bagaikan berderum kuat cuba mencari-cari idea mengubah topik lain. Namun gagal. Mentaliti Zurith masih tak sembuh sepenuhnya. Jadi dia tidak patut membangkitkan hal 'Muhammad Luqman'.
"Sebelum sayang sah menjadi isteri abang sehinggalah kita mendapat greenlight dari abah sayang untuk kita berkahwin." Fariz senyum penuh makna. Lega mendapat idea tipu sunat dan terkenang saat awal dia mencuba pelbagai cara mengambil hati abah Zurith, Mohd Mokhtar untuk memperisterikan anak gadisnya. Zurith tergelak kecil.
"Abah Zurith dulu garang ya abang?" Zurith menyoal Fariz ingin tahu. Sejak kepalanya terhempap pada batu di tepi laut satu ketika dahulu, Zurith hilang ingatan. Dan pada hari yang sama juga mereka kehilangan anak kesayangan mereka 'Muhammad Luqman'.
24 Disember 2004. Tarikh keramat yang sering membuatkan hati Fariz meraung dan menangis sedih saat teringatkan fenomena alam tersebut. Tsunami.
"Garang sangat. Sampaikan dulu sayang gelakkan abang sebab kali pertama abang berjumpa dengan abah, tangan abang terketar-ketar mahu bersalaman dengan abah." serentak kedua mereka tertawa kecil bersama-sama. Tanpa dipinta, Fariz menarik Zurith ke dalam pelukannya. Tangan kirinya menarik kepala Zurith rapat ke sisinya sebelum ubun kepala isteri kesayangannya itu dikucup hangat dan penuh kasih sayang.
"I love you so much, love." kata-kata cinta diucap penuh ikhlas.
"I love you too abang." Zurith merengkul jari jemari Fariz.
Bahagia.
Kedua mereka terus berjalan menyusuri pantai. Matahari semakin lama semakin bertukar rona warna menandakan ianya bakal berlabuh tak lama lagi sebelum langit menukar warnanya.
Zurith memerhati ombak-ombak pantai yang menghempas pantai. Buih-buih akan kelihatan setiap kali ombak yang berhempas tadi kembali ke arah laut. Tapak-tapak kaki kelihatan di hadapannya.
"Yang ini mesti tapak kaki lelaki kan?" Zurith meneka-neka sambil tersenyum. Fariz menggeleng-geleng kecil kepalanya. Turut sama senyum.
"Haaa! Yang ini mesti tapak kaki perempuan!" dan Zurith meneka-neka lagi walau tiada sebarang jawapan dari Fariz.
"Haaa... yang ini pula -" dan saat ini kata-kata Zurith terhenti. Lama dia memerhati kesan tapak kaki anak kecil di pasir yang basah tersebut. Zurith mengerut-ngerut dahinya. Bagaikan elektrik yang mengalir, fikiran Zurith menjadi serba tak kena. Dan visual seorang anak kecil bermain-main di dalam kotak fikirannya.
"Ibu! Luqman mahu ke sana ya?" dan Luqman berlari-lari anak ke arah batu-batu di tepi pantai tak jauh dari mereka. Zurith mengangguk kecil sambil memerhati Luqman berlari terkedek-kedek. Tapak kakinya yang kecil comel meninggalkan kesan di atas pasir di hadapannya.
Tiba-tiba, jantungnya bagai tercabut melihat ombak besar yang tiba-tiba datang dari jauh menuju ke arah Luqman. Sepantas kilat dia berlari ke arah Luqman.
"Luqman!" Zurith menjerit kuat. Dan kali ini Fariz memeluk erat isteri kesayangannya.
'Abang1 Ini tapak kaki Luqman abang1 Jom ke sana abang! Sebelum Luqman dibawa lari dan ditelan omn\bak." saat ini Zurith berlari mengikut kesan tapak kaki kecil itu meninggalkannya yang sedang menahan sebak.
Cuba ditahan Zurith, namun kakinya kaku berdiri dan sekadar mampu memandang Zurith sedang berlari menuju ke arah seorang wanita yang sedang berpimpinan tangan bersama anak lelakinya.
Dengan hati yang bagai disiat pilu, Fariz memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar ingatan dan mentaliti Zurith cepat-cepat dipulihkan kembali.
Yang tidak kekal di dunia, akan kekal di 'sana' dengan izin-Nya.
Rona langit mula bertukar warna. Dari tadinya biru tenang, kini semakin dipenuhi warna emas dan jingga dan air mata lelaki Fariz jatuh untuk kesekian kalinya.
Xoxo,
Gill