PS: Ini entri pada 12 Oct 2012 lalu. Ramai yang masih samar-samar dengan 'Capoeira', jadi Gill re-post entri ini. Sebagaimana tajuk entri, anda harus membaca entri ini dengan se'serius' yang mungkin.
Nampak tak 3 makhluk yang pastinya manusia di bawah?
Batman, Batgirl & Robin
Mereka sebenarnya adalah Batman, Batgirl dan Robin yang sering
menjelma dengan pelbagai wajah yang berbeza.
Gambar di bawah diambil ketika mereka sedang bermain ‘Berimbau’
di Recife, Brazil, kampung halaman Batman ataupun nama femesnya Soldado.
Manakala di sebelahnya adalah Batgirl a.k.a Fadinha dengan wajah
yang cool ala-ala Mat Kool turut bermain Berimbau bersama Robin a.k.a Pato.
Jika anda terfikir apakah itu Berimbau, Berimbau adalah salah
satu daripada alat musik tradisional yang digunakan di dalam seni
mempertahankan diri Capoeira. Capoeira biasanya diiringi alunan muzik dan
nyanyian. Selain daripada Berimbau, Capoeira diiringi alat muzik tradisional
seperti Pandeiros, Atabaque & Agogo.
Kali pertama Gill bermain salah satu instrumen
yang digunakan di dalam Capoeira bersama Bateria yang lain, Agogo. Terasa
kekok. Tapi punya satu perasaan yang susah Gill nak gambarkan dekat sini
(pergghhh! Ayat skema habis!) Tapi dengan seriusnya, setiap kali bersama Bateria & Capoeiristas Gill rasa gumbira mengalahkan feel makan burger bersama Gerard Butler sambil 'burgermbira'. (Perosak bahasa jiwa bangsa betul kau ni Gill.)
Jika anda ada baca entri-entri lama Gill, Gill ada kongsikan kenapa Gill senang dengan Capoeira semenjak Gill join ‘Capoeira Camara Malaysia’ sejak August lalu. Ini entry serius, jadi dengan seriusnya, Gill nak kenalkan 3 otai ‘Capoeira Camara Malaysia’.
Jika anda ada baca entri-entri lama Gill, Gill ada kongsikan kenapa Gill senang dengan Capoeira semenjak Gill join ‘Capoeira Camara Malaysia’ sejak August lalu. Ini entry serius, jadi dengan seriusnya, Gill nak kenalkan 3 otai ‘Capoeira Camara Malaysia’.
INSTRUTOR SOLDADO
Jejaka tampan dari Brazil yang mempunyai 3 isteri dan 8 anak
hasil dari ketiga-tiga perkahwinannya (okay, ini bukan serius).
Soldado menetap di Malaysia semenjak 2006, 6 tahun yang lalu dan
telah banyak menurunkan seni mempertahankan diri kepada kebanyakan penduduk di
Malaysia (1 Malaysia!)
Selain daripada mempunyai kepakaran membuat sambal belacan, Soldado mempunyai kebolehan di mana dia mampu menggunakan six-packs nya untuk bermain
Berimbau (eh?)
Kalau terasa nak tengok macam mana six-packs Soldado bermain
Berimbau, bolehlah menjengah ke Havana Studio, TTDI, Persiaran Zaaba.
Nak tau macam mana ke sana? Okay, skrol ke bawah.
FADINHA A.K.A BATGIRL
Gadis cute ala-ala Tinkerbell, Fadinha. Namun selalu punya
angan-angan mahu menjadi Batgirl.
Punya kebolehan berpusing menggunakan kepalanya tanpa henti
selama sejam sambil memakan pop corn.
Kalau terasa nak belajar bermain Berimbau menggunakan six-packs
dan spin head sambil makan pop corn, anda boleh hubungi nombor telefon ini
016-9711 765.
(Sila call dan bercakap dengan serius dan penuh skema, kalau
setakat nak main-main miss call – siap korang. Miahahahah!)
PATO A.K.A ROBIN
Setelah meletakkan jawatannya sebagai Robin dan juga Ketua
Kampung di Kampung Pening Lalat. Pato mengembara jauh ke Recife, Brazil dengan
berbekalkan hanya sehelai kain batik yang dipinjam dari jiran rumahnya, Senah.
Tertarik dengan gerakan ‘Finta Cabecada Do Chao Parafusado’ yang
dilakukan Soldado, Pato memohon mahu menjadi anak murid Soldado 6 tahun lalu.
Soldado bersetuju untuk mengajar Pato dengan syarat, Pato harus
melakukan Au atau juga dikenali sebagai Cartwheel, mengelilingi rumahnya selama
7 hari 7 malam.
Selesai Pato melangsaikan syarat tersebut, Pato telah berjaya
menjadi anak murid kepada Soldado sehingga kini.
Kalau terasa nak berbalas pantun dengan Pato, bolehlah mulakan pantun anda ke Pato Anak Itik To'Wi.
Apa Itu Capoeira dan Asal-Usul Capoeira
Sejarah asal-usul capoeira sebenarnya mempunyai kaitan yang
cukup sinonim dengan zaman kolonial. Pada kurun ke-16, sebilangan besar warga
Afrika dibawa oleh penjajah Portugis ke negara Brazil untuk dijadikan hamba.
Kebanyakkan daripada mereka berasal dari negara-negara Afrika yang berbeza.
Antara jajahannya yang paling besar ialah, Portugis menjadikan Brazil sebagai
kawasan perladangan. Ia mempunyai ladang tebu yang cukup besar. Disebabkan
terdapatnya permintaan yang tinggi maka wujudlah tekanan dan penindasan
domestik yang cukup kejam terhadap hamba tersebut.
Penindasan terhadap golongan hamba tersebut telah menyebabkan
mereka semua bersatu. Sebagai golongan yang tidak mempunyai sebarang senjata
api, mereka semua cuba mempertahankan diri dengan mempelajari skil-skil yang
diperturunkan oleh nenek moyang mereka. Beberapa golongan hamba kemudian mula memberontak
dan melarikan diri. Mereka menubuhkan sebuah daerah bebas penjajah yang digelar
sebagai Quilombo. Namun, mereka berdepan dengan ancaman dari serangan Portugis.
Disebabkan serangan berterusan itu juga membuatkan mereka terus
mempertingkatkan skil Capoeira.
Pada zaman kini, capoeira dianggap sebagai aktiviti seni tari
mempertahankan diri yang serba unik. Gerakannya yang lebih banyak menggunakan
kaki membuatkan ia tampak sungguh menarik. Golongan muda di Brazil dikatakan
mendekati seni untuk menjauhkan diri mereka daripada aktiviti yang tidak
menyihatkan. Ancaman najis dadah yang serius di negara tersebut juga mampu
dibendung dengan wujudnya kelab serta komuniti capoeira.
Permainan moden capoeira biasanya tidak ditumpukan kepada
bagaimana untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebaliknya, ia lebih bersifat sebagai
seni tari yang jarang menggunakan kekerasan. Malah, penggiat capoeira akan
memperlahankan tendangan mereka sebelum mengenai pihak lawan. Di Brazil,
terdapat pelbagai jenis Capoeira dan paling paling dikenali seluruh dunia ialah
Conteporain Capoeira (Capoeira Kontemporari), Capoeira da Angola dan Capoeira
Regional.
Dua nama yang penting di dalam seni mempertahankan diri Capoeira
ialah Mestre Bimba dan Mestre Pastinha. Insya-Allah untuk entry akan datang
Gill akan ceritakan tentang Mestre Bimba dan Mestre Pastinha.
Serba sedikit tentang Mestre Bimba & Mestre Pastinha;
In 1937, Mestre Bimba was invited to demonstrate his art in
front of president Getúlio Vargas. After this performance, he was given permission
to open the first Capoeira school in Brazil. Since that time, Capoeira has been
officially recognized as a national sport, and has spread around the world.
Mestre Bimba's systematization and teaching of Capoeira made a tremendous
contribution to the Capoeira community.
In 1942, Mestre Pastinha opened the first Capoeira Angola
school, the Centro Esportivo de Capoeira Angola, located in Bahia. He had his
students wear black pants and yellow t-shirts, the same color of the
"Ypiranga Futebol Clube," his favorite soccer team. Most Angola
schools since then follow in this tradition, having their students wear yellow
Capoeira t-shirts, although more recently each club has begun to adopt more
personalised uniforms.
Together, Mestre Bimba and Mestre Pastinha are generally seen as
the fathers of modern Capoeira Regional and Capoeira Angola respectively.
Sumber dari : Capoeira Canganço Cordão de Ouro
Siapa nak teman Gill main 'Tekken' malam ni?
Capoeira di Malaysia
Di Malaysia, terdapat beberapa kelas dan kelab yang mengangkat
martabat seni mempertahankan diri Capoeira. Salah satunya ialah Capoeira Camara
Malaysia di mana Instrutor Soldado yang berasal daripada Recife, Brazil
merupakan tunjang utama yang menurunkan seni Capoeira kepada sebilangan
daripada masyarakat kita.
Setelah berada di Kuala Lumpur sejak tahun 2006, Soldado
melebarkan sayap Capoeira Camara, yang diasaskan oleh Contra Mestre Bola yang
kini menetap di Toronto, Kanada. Tali pinggang Hijau / Ungu (Cordao : Roxa Verde) yang
melambangkan peringkat Instrutor (Pengajar) dibawanya untuk menurunkan seni
mempertahankan diri Capoeira kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa
ataupun agama.
Kalau terasa nak ber'dating' dengan Soldado, Fadinha & Pato pada hujun minggu sambil mengeluarkan peluh, layan musik ala-ala live band, dorang ade je dekat;
Havana Estudio (PZ Studio – HQ)
No 34B (2nd Floor), Persiaran Zaaba,
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: +60 (3) 7710-6148, Fax: +60 (3) 6203-3184.
Kalau nak tahu waktu-waktu yang anda boleh ke sana;
Fri
8:00-9:30pm (All Levels),
Sat 10:30am-12:00pm (Basic),
Sun 4:00-6:00pm (All Levels, Music, Roda).
Sat 10:30am-12:00pm (Basic),
Sun 4:00-6:00pm (All Levels, Music, Roda).
Adult
Price: Drop-In (1 session) RM45, 1 Month RM150, 2 Months RM280,
Student Price: Drop-In (1 session) RM38, 1 Month RM100, 2 Months RM180.
Student Price: Drop-In (1 session) RM38, 1 Month RM100, 2 Months RM180.
Xoxo,
10 comments:
ada jugak berkira-kira nak join dulu.
Sekarang sudah tak berkira-kira ya? :)
Jomlah ramaikan korum :)
Thanks for the info..:)
Sharing is caring. :)
Tak mahu join?
Thanks sebab sudi baca Dezee. :)
gill jna da abes seripus bace entry ni taw ;)) btw tq for the info nice sharing ;))
Berkerut tak dahi baca entri ni? :D
My pleasure Jna. :)
Thanks sebab sudi baca entri Gill *love*
atok takut ngan tarian ni....silap tari, kaki tersepak muka orang...adehh
Alamak atok, ini bukan tarian.
Ini adalah seni mempertahankan diri. =)
Atok salah faham yeeee???
Semasa proses belajar tu, tersengaja sepak muka orang tu biasalah atok.
Eh?
fulamak... mesti u seksi cam awek takken gak kan...muahahhaa... suka layan game tu... :)
dah lama tau pasal capoeira, mudah nak cakap ia seni pertahanan diri yang mempengaruhi amerika selatan, khasnya brazil. filem pertama aku tengok yang menampilkan capoeira ialah filem lakonan mark dacascos, only the strong. ia basic martial art yang dibawa oleh para hamba abdi dari west african.
bagi siapa yang pro tekken, satu permainan pertarungan dalam permainan konsul pasti kenal seni ni.
nice info, Gill. nak fight? :)
Post a Comment