Random Questions about Capoeira

Friday, January 11, 2013

Eternal Sleep

Bulan bagaikan merajuk lewat kebelakangan ini. Puas dicari saban malam.
Namun bulan langsung tak mahu menunjukkan wajah.
Jauh sekali mahu menjelmakan cahayanya.
Yang tampak hanya bintang yang berkelipan di langit.
Masakan sama bintang dan bulan. 

Kelip-kelip ada di sisi, sering memancar cahaya kegembiraan.
Namun, cahayanya kelak akan suram.
Penat memancar cahaya, hilanglah ia terbang mencari jiwa lain. Meninggalkan jiwa yang satu ini.
Sehingga terasa kosong jiwa dan isi alam. 
 
“Sampai masa tibanya waktu, redup hati kau berdua,
Bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama.” 

Mungkin benar kata AsaSiaga, kadang mimpi bisa beri pengharapan bila realiti itu tidak memihak. 

“Here, in the forest,
Dark and deep,
I offer you,
Eternal sleep.”

14 comments:

4feet8 said...

sabar ya gill..walaupun bulan kadang2 berubah wajah, ianya tetap ada di sana..

Nong Andy said...

bulan sengaja sembunyi.. agar kau merinduinya :)

Anonymous said...

Cahaya bulan tu dari matahari juga..ramai lupakan matahari hanya kerana bulan ada pada waktu kita emosi.hakikatnya setiap hidup kita itu dimulakan dengan terbitnya matahari..hahaha

Felly Sophia said...

Aku juga selalu bermimpi, dan berharap untuk terus bermimpi walaupun pasti ada penghujungnya di mana aku harus berhenti bermimpi dan berpijak pada realiti.

boni kacak said...

hmm.. penuh dengan maksud mendalam entri ni.. saya tak tau apa maksudnya..tetapi jika ia berkenaan hati, saya rasa carilah cahaya yang lain..kerana diri kita sendiri perlukan cahaya itu untuk menerangi jiwa dan kegelapan hidup kita...

Asrul "iLham" Sany said...

benci dengan bulan atas kisah yang 'silam'...

p/s : cam best je capoiera tu..nanti i dh free leh join u skali :)

iAmCekbolat said...

*bolat hulurkan tangan sambil suluhkan pelita minyak tanah . jommm .

kehkeh

ewanthology said...

Tp mimpi tetap mimpi

محمد رازيق said...

tq gill atas doa tempoh hari. tq sgt. sori skang bz sikit, jrg bw. :) adakah mimpi sampai ke petang?

Anonymous said...

Bulan pasti muncul kelak, untuk kamu lebih hargai. *senyum*

-AsaSiaga-

Jna marcello said...

sayang Na suka ayat "“Sampai masa tibanya waktu, redup hati kau berdua,
Bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama.” Na rasa ayat ni pernah ade dlm 1 movie ape ntah Na dah lupeee..tapi mmg NA suka! =)

macyhumaira said...

oh darl seriously macy ingat kata2 tu

Gillette Flores said...

♥ 4feet8,
Benar sayang :)

♥ Nong Andy,
Ya. Aku sungguh rindukan bulan sekarang. Namun semalam bulan sudah muncul kembali.
*senyum*

♥ Dezee,
Gill tak lupa matahari.
Tapi menggemari kecantikkan dan ketenangan yang bulan dapat berikan pada Gill *senyum*

♥ Felly Sophia,
Kau juga punya rasa yang sama seperti aku. *senyum*

♥ boni kacak,
Insya-Allah. :)
Terima kasih ya Boni. :)

♥ Asrul "iLham" Sany,
:)
Oh ya, nanti ada masa dan sudi turut serta lah ya? :)

♥ bolat,
Dan itu sangat comel *kenyit mata*

♥ the malay male,
Dan aku tak nafikan itu :)

♥ محمد رازيق ,
Gill sekadar mendoakan kita sesama kawan dan sekadar yang mampu sahaj.
Kalau mimpi sampai ke petang sudah merepek namanya kan?
Hehe

♥ AsaSiaga,
Dan sekarang benar aku makin menghargainya *senyum*

♥ Jna MAarcello,
Hikayat Merong Mahawangsa sayang :)

♥ Macy Humaira,
*senyum*

Sangat terkesan di hati bukan kata-kata itu? :)

Unknown said...

ninest123 16.01
oakley sunglasses, michael kors outlet online, burberry outlet, nike air max, longchamp outlet, michael kors outlet, christian louboutin, prada handbags, louis vuitton, nike free, louis vuitton outlet, louboutin uk, uggs on sale, michael kors handbags, uggs outlet, oakley sunglasses, michael kors outlet online, oakley sunglasses, tory burch outlet, louis vuitton outlet online, michael kors outlet online, uggs outlet, replica watches, ralph lauren outlet, longchamp outlet, michael kors, louboutin shoes, gucci handbags, cheap jordans, nike outlet, cheap oakley sunglasses, burberry factory outlet, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, uggs on sale, longchamp bags, ray ban sunglasses, tiffany jewelry, prada outlet, replica watches, louis vuitton handbags, ray ban sunglasses, ralph lauren polo, tiffany jewelry, christian louboutin, uggs on sale, oakley sunglasses, nike air max