“Jadi
kau mahu tersiksa membiarkan dia bermaharajalela dalam hati kau sedangkan kau
tahu yang dia cuma mencintaiku kini? Hanya aku. Hanya aku yang bermakna dalam
hidupnya kini Juna.”
Mata mula berkaca.
“Kau
harus faham, aku punya kehidupan yang jauh lebih sempurna dari hidup kau. Baik
dari segi harta, pelajaran mahupun rupa. Dia sendiri mengatakan perkara yang
sama kepada aku. Hairan sungguh bagaimana dia boleh jatuh hati kepada kau
sebelum ini. Sudahlah taraf keluargamu tidak setanding keluarganya, malahan
dari segi rupa juga tidaklah sesempurna manapun kau.”
Mata
yang berkaca tadinya dikecilkan sambil bibir tersenyum nipis. Tanpa dipinta,
air mata mengalir menuruni pipi Juna.
“Tidak
kiralah, sebaik mana pun dirimu, sekuat mana pun cinta kau terhadapanya, setia
mana pun kau kepadanya, setulus mana pun kau menyayanginya, kau harus sedar
yang aku jauh lebih baik dari kau, jauh lebih baik untuk dia.”
“Wajah
kau cantik, tutur bicaramu lembut sehingga mampu menawan hati mana-mana lelaki.
Namun jika kesemua mereka punya kebolehan membau daging hati kau, aku yakin
kesemuanya akan menjauhkan diri dari kau. Kau tahu mengapa?”
Elisa
mengerutkan keningnya.
“Daging
hati kau. Baunya busuk sebusuk bangkai haiwan yang mati sehingga dihinggap
lalat.”
Bagai
ditampar kuat dengan pernyataan Juna, riak wajah Elisa serentak berubah.
“Aku
doakan kau dengan dia bahagia. Aku anggap ini ketentuan takdir, namun kau dan
dia harus ingat, kita semua sama sahaja. Ciptaan Allah s.w.t. Kau tidak punya
hak untuk merendahkan mana-mana ciptaan-Nya.”
Selepas
8 tahun…
“Kau
apa khabar Elisa?”
“Aku
sihat Alhamdulillah.”
“Maaf
aku bertanya, apa khabar dia pula?”
Belum
sempat bersuara, tangisan mendahului kata-kata Elisa. Menyentakkan sanubari
Juna.
“Elisa?”
Juna
memerhati Elisa lama. Mata gadis bermata bundar itu nyata melantunkan isi
hatinya. Bagaikan sengsara dengan sesuatu. Kehidupannya mungkin.
“Aku
tak tahu dari mana puncanya, dari mana datangnya sakit itu, dia kini terlantar
di rumah bagai mayat hidup. Perit hati aku melihat keadaannya Juna.”
Hati
Juna bagai dijentik kuat.
“Sakit
apa itu?”
"Puas aku cuba mencari punca penyakitnya. Namun tidak diketahui. Puas dukun aku berjumpa, juga tidak diketahui puncanya.”
Juna terdiam.
“Dari
90 kg badannya, kini turun ke 60 kg Juna. Dalam masa yang singkat. Kau
bayangkan.”
“Astaghfirullah
hal’azim.”
Sekali
lagi Elisa menghamburkan airmatanya. Namun kini di dalam pelukan Juna.
Sesungguhnya
tiada siapa yang mampu menduga dan melawan kuasa Allah s.w.t.
Xoxo,
Gill
7 comments:
nak kata karma tak juga, tapi kesimpulan cerita ni ialah kebahagiaan takkan datang jika hanya seorang yang merasainya.
Hmmm... kalau tiada cermin apa jadinya.. hee.. =p
awak.. karya ni pun best juga.... :)
mulanya aku fikir Juna dan Elisa adalah orang yang sama..
aku juga syak yg elisa pugai kekasihnya itu haha..
apa-apa pun kisah ini membuahkan pelbagai tanda tanya dan andaian...
apa pun moral of the story.. kaya ke.. cantik ke.. semua yg duniawi itu tidak menjanjikan bahagia.. ya . tidak semestinya :)
Igt ada scene tarik2 rambut ke..xder lak. XD
busuk hati . cermin tu umpama xray . haha
akak gill . miss u so much . lama tak dtg , sory :(
Chinta bikin gila haha
Post a Comment