Cantik,
wangi, manis, masam, berwarna… Simboliknya sama dengan kehidupan kita.
Lain
yang memandang, lain yang boleh dihuraikan.
Lain
yang merasa, lain yang boleh dinyatakan rasanya.
Hazel
: Dia akan nikah
esok.
Bunga
yang sedang asyik membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menyapu wajahnya
tersentak. Lantas dipandang wajah Hazel.
Diam.
Hazel
: Aku ingat aku
cukup kuat.
Kali
ini Hazel mengukir senyuman. Bunga cuba mencari genangan air mata di balik mata
coklat jernih Hazel namun gagal. Mata Hazel redup dan langsung tidak bergenang
dengan sebarang air mata.
Hazel
: Kau sekadar nak
diam dan tengok muka aku je ke Bunga?
Hazel
berseloroh sambil tertawa kecil. Bunga turut tertawa kecil namun fikirannya
masih separa bangun. Bagai diketuk kuat kepalanya sebentar tadi.
Bunga
: Maaf Hazel. Aku…
Macam…
Hazel
: Macam tak percaya
kan? Aku pun rasa macam susah nak percaya.
Sekali
lagi Hazel senyum. Bunga tak mampu lagi untuk memandang wajah Hazel. Wajah
tenang tanpa tangisan tika hati dirudum rasa sengsara dan sedih, itulah
tandanya hatinya sangat parah luka berdarah sehingga tidak mampu berasa sakit
dan tak mampu menangis lagi. Mungkin Hazel sudah puas menangis gamaknya.
Hazel
: Aku ada cuba
untuk tinggalkan dia sebelum ni. Lepas aku tahu dia bakal dikahwinkan dengan
gadis pilihan keluarganya. Tapi makin aku cuba nak lupakan dia, makin sengsara
rasanya hati aku.
Bunga
: Kau tak pernah
ceritakan pada aku pun? Aku sangkakan kau baik-baik saja dengan Ariff selama
ni?
Hazel
: Memang kami
bahagia bersama. Bagai tak punya sebarang kekurangan jika bersama. Bagai saling
melengkapi. Tapi ianya akan menjadi kurang selepas dia bergelar suami orang
esok.
Hazel
mengetap bibir. Saat ini airmatanya bergenang. Bunga menarik nafas lega. Itu
yang sepatutnya. Lepaskan kesedihan daripada menanggung sakit dalam diam.
Seribu satu soalan mahu ditanya namun setiap kali mahu dilontarkan
soalan-soalan tersebut, semuanya ditelan kembali anak tekak Bunga. Biarlah
Hazel sendiri yang membuka cerita dengan kemahuan hatinya sendiri. Dan dia akan
mendengar dengan setia.
Hazel
: Dia memang
sayangkan aku. Tapi dia harus aku dengan kemahuan ibunya yang mahukan dia
berkahwin dengan gadis pilihannya. Sudah 2 tahun mereka diaturkan untuk hidup
bersama.
Bunga
membulatkan matanya.
Hazel
: Ya. Dua tahun.
Aku terlewat tahu. Dan aku ada salahkan Ariff pada awalnya, namun setelah dia
jelaskan keadaan sebenarnya, dan aku cuba memahami – tidaklah dia salah
sepenuhnya. Takdir… dan keadaan.
Bunga
: Apa maksudnya
takdir? Ariff punya pilihan untuk tentukan siapa jodohnya bukan? Jika dia
sayangkan kau, takkan dia mahu bernikah bersama gadis lain?
Hazel
: Ya. Aku tidak
menolak kemungkinan dia sebenarnya turut sama menyayangi bakal isterinya. Tapi
aku punya kenapa aku tetap akan bernikah bersama Ariff dua bulan selepas ini.
Bunga
: Hazel…
Hazel
: Ya Bunga. Ariff
ada minta aku tinggalkan dia. Dia tak mahu pentingkan diri sendiri dan tak mahu
aku sakit. Awalnya aku mahu tinggalkan dia, tapi payah Bunga. Dia ada bilang
sama ibunya tentang aku tapi bilang ibunya cuma satu cara untuk kami bersama.
Bunga
: Caranya kau
menjadi yang kedua?
Hazel
angguk.
Bunga
: Kau cukup kuat Hazel?
Kau yang kedua dan kau tahu yang pertama akan dilebihkan segala-galanya nanti.
Tambah-tambahan yang pertama pilihan hati keluarga.
Sekali
lagi Hazel angguk.
Bunga
: Yang pertama akan
tahu?
Geleng.
Bunga
: Parah. Kau akan
hidup bagaimana selepas ini Hazel?
Hazel
senyum. Mata coklat jernihnya berkaca.
Hazel
: Lama aku fikirkan
Bunga. Ada aku minta petunjuk dari Allah dan entah dari mana datangnya
kekuatan, aku yang suarakan isi hati mahu dijadikan yang kedua walau awalnya
Ariff tak mahu. Tak mahu abaikan aku serta lukakan aku selepas ini, tapi aku
yang tetap mahu.
Bunga
terdiam. Otaknya bagai belut di dalam air. Menjalar ke kiri kanan, meliuk
lentok sana sini tanpa henti. Tanpa henti dan beribu persoalan dan kemungkinan
bermain di mindanya.
Bunga
: Kau memang sudah
bersedia untuk hidup dengan berbeza selepas ini?
Hazel
: Awalnya ya. Aku
fikir aku sudah cukup bersedia dan sudah cukup kuat tapi sangkaan aku salah.
Sedikit demi sedikit bagai ada sesuatu yang memakan isi hati aku. Aku tak tahu.
Dia bakal bersama dengan wanita yang aku fikir dia turut sama sayangkan wanita
itu dengan ikatan yang halal. Kau tahu kan Bunga?
Bunga
: Ya. Aku tahu.
Hazel
: Satu yang aku
takut Bunga, jika dia berubah selepas ini. Aku takut…
Dari
jauh kelihatan seorang gadis membawa sejambak mawar merah dan putih serta
strawberi celup coklat. Mungkin baru dihadiahkan kekasih hati. Atau peminat
misteri. Mungkin juga dibeli sendiri. Mungkin. Mungkin. Ya, mungkin.
Kehidupan
ini banyak kemungkinannya.
Bunga
itu mungkin dibeli sendiri, dihadiahkan seseorang yang disayang, mungkin juga
diberi oleh peminat misteri.
Strawberi
celup coklat itu juga mungkin dibeli sendiri, dibuat sendiri dari rumah,
mungkin juga diketemunya di pertengahan jalan. Mungkin… mungkin…
Tapi
di sebalik kemungkinan, ada juga kepastian.
Bunga
mawar yang berwarna cantik dan harum pastinya layu dan hilang warnanya dimakan
waktu.
Strawberi
yang mekar, masam dan manis rasanya pastinya akan lembik dan hilang rasa
sedapnya jika dibiarkan lama.
Itu
yang pasti. Ya, punya cara untuk biarkannya lebih lama cantik dan mekar.
Penyembur untuk mengawet.
Bagus
caranya bukan? Tapi sampai bila agaknya ia akan tahan cantik dan mekar?
Yang
disembur cuma bahagian luarnya. Untuk dipastikan sentiasa tampak cantik dan
mekar.
Bagaimana
bahagian dalamnya yang langsung tidak mampu dilihat sesiapa?
With Love,
Gill