Random Questions about Capoeira

Friday, October 18, 2013

Sejambak Mawar & Strawberi Cokelat

A bouquet of white & red roses with fresh strawberries….. 

Cantik, wangi, manis, masam, berwarna… Simboliknya sama dengan kehidupan kita.
Lain yang memandang, lain yang boleh dihuraikan.
Lain yang merasa, lain yang boleh dinyatakan rasanya. 

Hazel     :           Dia akan nikah esok. 

Bunga yang sedang asyik membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menyapu wajahnya tersentak. Lantas dipandang wajah Hazel.  

Diam. 

Hazel     :           Aku ingat aku cukup kuat.  

Kali ini Hazel mengukir senyuman. Bunga cuba mencari genangan air mata di balik mata coklat jernih Hazel namun gagal. Mata Hazel redup dan langsung tidak bergenang dengan sebarang air mata. 

Hazel     :           Kau sekadar nak diam dan tengok muka aku je ke Bunga? 

Hazel berseloroh sambil tertawa kecil. Bunga turut tertawa kecil namun fikirannya masih separa bangun. Bagai diketuk kuat kepalanya sebentar tadi. 

Bunga   :           Maaf Hazel. Aku… Macam… 

Hazel     :           Macam tak percaya kan? Aku pun rasa macam susah nak percaya. 

Sekali lagi Hazel senyum. Bunga tak mampu lagi untuk memandang wajah Hazel. Wajah tenang tanpa tangisan tika hati dirudum rasa sengsara dan sedih, itulah tandanya hatinya sangat parah luka berdarah sehingga tidak mampu berasa sakit dan tak mampu menangis lagi. Mungkin Hazel sudah puas menangis gamaknya. 

Hazel     :           Aku ada cuba untuk tinggalkan dia sebelum ni. Lepas aku tahu dia bakal dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarganya. Tapi makin aku cuba nak lupakan dia, makin sengsara rasanya hati aku. 

Bunga   :           Kau tak pernah ceritakan pada aku pun? Aku sangkakan kau baik-baik saja dengan Ariff selama ni? 

Hazel     :           Memang kami bahagia bersama. Bagai tak punya sebarang kekurangan jika bersama. Bagai saling melengkapi. Tapi ianya akan menjadi kurang selepas dia bergelar suami orang esok. 

Hazel mengetap bibir. Saat ini airmatanya bergenang. Bunga menarik nafas lega. Itu yang sepatutnya. Lepaskan kesedihan daripada menanggung sakit dalam diam. Seribu satu soalan mahu ditanya namun setiap kali mahu dilontarkan soalan-soalan tersebut, semuanya ditelan kembali anak tekak Bunga. Biarlah Hazel sendiri yang membuka cerita dengan kemahuan hatinya sendiri. Dan dia akan mendengar dengan setia. 

Hazel     :           Dia memang sayangkan aku. Tapi dia harus aku dengan kemahuan ibunya yang mahukan dia berkahwin dengan gadis pilihannya. Sudah 2 tahun mereka diaturkan untuk hidup bersama. 

Bunga membulatkan matanya. 

Hazel     :           Ya. Dua tahun. Aku terlewat tahu. Dan aku ada salahkan Ariff pada awalnya, namun setelah dia jelaskan keadaan sebenarnya, dan aku cuba memahami – tidaklah dia salah sepenuhnya. Takdir… dan keadaan. 

Bunga   :           Apa maksudnya takdir? Ariff punya pilihan untuk tentukan siapa jodohnya bukan? Jika dia sayangkan kau, takkan dia mahu bernikah bersama gadis lain? 

Hazel     :           Ya. Aku tidak menolak kemungkinan dia sebenarnya turut sama menyayangi bakal isterinya. Tapi aku punya kenapa aku tetap akan bernikah bersama Ariff dua bulan selepas ini. 

Bunga   :           Hazel… 

Hazel     :           Ya Bunga. Ariff ada minta aku tinggalkan dia. Dia tak mahu pentingkan diri sendiri dan tak mahu aku sakit. Awalnya aku mahu tinggalkan dia, tapi payah Bunga. Dia ada bilang sama ibunya tentang aku tapi bilang ibunya cuma satu cara untuk kami bersama. 

Bunga   :           Caranya kau menjadi yang kedua? 

Hazel angguk. 

Bunga   :           Kau cukup kuat Hazel? Kau yang kedua dan kau tahu yang pertama akan dilebihkan segala-galanya nanti. Tambah-tambahan yang pertama pilihan hati keluarga. 

Sekali lagi Hazel angguk. 

Bunga   :           Yang pertama akan tahu? 

Geleng. 

Bunga   :           Parah. Kau akan hidup bagaimana selepas ini Hazel? 

Hazel senyum. Mata coklat jernihnya berkaca. 

Hazel     :           Lama aku fikirkan Bunga. Ada aku minta petunjuk dari Allah dan entah dari mana datangnya kekuatan, aku yang suarakan isi hati mahu dijadikan yang kedua walau awalnya Ariff tak mahu. Tak mahu abaikan aku serta lukakan aku selepas ini, tapi aku yang tetap mahu.

Bunga terdiam. Otaknya bagai belut di dalam air. Menjalar ke kiri kanan, meliuk lentok sana sini tanpa henti. Tanpa henti dan beribu persoalan dan kemungkinan bermain di mindanya. 

Bunga   :           Kau memang sudah bersedia untuk hidup dengan berbeza selepas ini?

Hazel     :           Awalnya ya. Aku fikir aku sudah cukup bersedia dan sudah cukup kuat tapi sangkaan aku salah. Sedikit demi sedikit bagai ada sesuatu yang memakan isi hati aku. Aku tak tahu. Dia bakal bersama dengan wanita yang aku fikir dia turut sama sayangkan wanita itu dengan ikatan yang halal. Kau tahu kan Bunga? 

Bunga   :           Ya. Aku tahu. 

Hazel     :           Satu yang aku takut Bunga, jika dia berubah selepas ini. Aku takut… 

Dari jauh kelihatan seorang gadis membawa sejambak mawar merah dan putih serta strawberi celup coklat. Mungkin baru dihadiahkan kekasih hati. Atau peminat misteri. Mungkin juga dibeli sendiri. Mungkin. Mungkin. Ya, mungkin.

Kehidupan ini banyak kemungkinannya.

Bunga itu mungkin dibeli sendiri, dihadiahkan seseorang yang disayang, mungkin juga diberi oleh peminat misteri.

Strawberi celup coklat itu juga mungkin dibeli sendiri, dibuat sendiri dari rumah, mungkin juga diketemunya di pertengahan jalan. Mungkin… mungkin… 

Tapi di sebalik kemungkinan, ada juga kepastian.
 
Bunga mawar yang berwarna cantik dan harum pastinya layu dan hilang warnanya dimakan waktu.



Strawberi yang mekar, masam dan manis rasanya pastinya akan lembik dan hilang rasa sedapnya jika dibiarkan lama.

Itu yang pasti. Ya, punya cara untuk biarkannya lebih lama cantik dan mekar. Penyembur untuk mengawet.

Bagus caranya bukan? Tapi sampai bila agaknya ia akan tahan cantik dan mekar?
Yang disembur cuma bahagian luarnya. Untuk dipastikan sentiasa tampak cantik dan mekar.

Bagaimana bahagian dalamnya yang langsung tidak mampu dilihat sesiapa?
 
With Love,
Gill

 

 

 

 

3 comments:

Anonymous said...

You put my feelings into words. Lovely. Thx gill...
-Hazel-

Anonymous said...

Perit..

Apa jua pilihan hazel..
Dia pasti luka.. hanya jln luka yg ada di depannya




Nong andy

Anonymous said...

True story gill? Someone just admitted that she is hazel..