Random Questions about Capoeira

Tuesday, January 13, 2015

Talking to the Moon

Adakala - tatkala kita menghampiri penghujung sesuatu cerita, baik tanpa sedar atau sedar – semakin kita jelas dengan keseluruhan cerita.

Syaratnya, haruslah kita membaca setiap satu plot cerita. Biar sebaik mana atau seburuk mana sekalipun plot ceritanya.

Jika tidak dihabiskan mana-mana plot ceritanya, biar sehingga ke penghujung cerita, kita takkan jelas dengan keseluruhan ceritanya. Jika konklusi sendiri dibuat – yakni ianya palsu.

 Bunga   :               Bulan. Jiwaku terasa kosong, namun tenang. Aku berasa pelik namun aku selesa begini. Aku berasa sedih namun hatiku terasa kebas untuk berasa lelah. Air mataku kerap mengalir namun aku berasa semakin kurang beban resah jiwaku tiap kali ianya mengalir.

 Bulan     :               Ah! Parah benar sedih hatimu Bunga.

 Bunga   :               Benarkah begitu?

 Bulan     :               Kufikir begitu. Mana bisa manusia yang berasa sedih dan kosong jiwanya terasa tenang.

 Bunga   :               Benar ya? Namun aku berasa senang begini.

 Bulan     :               Benar kau senang begini?

 Bunga   :               Ya, mungkin.

 Bulan     :               Lihat, hanya sekali kusoalkan dan kau mula ada rasa ragu. Bunga – ikutlah kata hati namun jangan lupa bawakan akalmu bersama hatimu. Contohnya, jiwa yang kosong dan akal yang penuh kekusutan akan sentiasa membawamu ke jalan yang buntu ataupun salah jika kau membuat sebarang keputusan. Akal dan minda sama-sama memerlukan. Ibarat akal si suami dan hati sang isteri. Si akal akan sentiasa menuntun sang hati manakala sang hati akan sentiasa cuba menjadi tulang belakang si akal.

 Bunga   :               Jika kedua akal dan hati tak mampu lagi berfungsi?

 Bulan     :               Mana mungkin. Keduanya akan tetap berfungsi – Cuma mungkin akan ada tempoh bulan madu seketika kerana sudah terlalu lelah ataupun terluka. Tidak berfungsi, tidak mungkin sama sekali melainkan nyawanya ditarik Malaikat Izrail. Itupun – tidaklah sepenuhnya kerna dia akan melalui dunia kekal di akhirat kelak.

…..