Random Questions about Capoeira

Showing posts with label Gill's Rhapsody. Show all posts
Showing posts with label Gill's Rhapsody. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Pengakhiran Cinta Fasa Kedua


Bulan    :           *senyum*

Bunga   :           Mengapa sekadar senyum wahai Sang Bulan?

Bulan    :           Kerana kau kembali lagi setelah lama menghilang wahai Sang Bunga.

Bunga   :           Ya, aku kembali. Lama tidak mendengar ceritamu wahai Sang Bulan.

Bulan    :           *senyum*

Bunga   :           Murah dengan senyuman benar ya ini malam Sang Bulan?

Bulan    :           Ya, harapnya senyuman aku bisa mengurangkan kekusutan kau wahai Sang Bunga?

Bunga   :           Bagaimana kau bisa tahu aku sedang kusut.

Bulan    :           *senyum*

Bunga   :           Ah! Senyum lagi kau.

Bulan    :           Lihat sana Bunga. Dua pasangan kekasih yang sedang berjanji setia.

Sang Bulan dan Sang Bunga memandang jauh ke dasar bumi.

Kanda   :           Jika dinda memberi kebenaran, kanda pinta agar dinda memberi keizinan kepada kanda untuk menjadi pemimpin dinda. Bukanlah pemimpin sepenuhnya namun, sebagai sahabat untuk bersama-sama mencari dan menuju ke jalan yang diredhai. Semoga perjalanan kita dipermudahkan dan kita dapat dapat menjadi suami isteri pada suatu hari nanti. Amin. 

Dinda    :           Dinda berbesar hati kanda. Dan semoga kita dapat hidup bahagia bersama berlandaskan syariat Islam agar kita dapat ke syurga bersama-sama. Andai ditakdirkan kita berjodoh, ingin sekali dinda kekal menjadi isteri kanda di Syurga kelak. 

 

Sang Bulan dan Sang Bunga berpandangan sesama sendiri.

 

Bunga   :           Ah! Manis.

 

Bulan    :           Benar kau fikir begitu?

 

Bunga   :           Ya, terang-terangan.

 

Bulan    :           Tidak semanis yang kau sangka.

 

Bunga   :          

 

Bulan    :           *senyum*

 

                       

 

Dear Kanda,

 

You have given me strength and courage to fight the only fear I could not face on my own - the fear of love.

I promised myself not to fall in love again, then I met you, Kanda.

You gave me hope. When I look into your eyes, I see my future. When I look at you I get a glimpse of forever. I still get scared, but as long as I’m with you I will always have that glimmer of hope.

 

Now I know that I will never stop wanting you. No matter how far away I go or who I meet. I cannot let this go.

 

One day I’ll wake up and you’ll be lying next to me in bed. In our bed. I’ll kiss you and whisper i will whisper in your ear, ‘I loved you yesterday, I love you still, I always have and I always will.’

 

And everything will be alright.

 

Love,

Dinda

 



 

Dear Dinda,

 

Kanda berdoa agar hidup dan mati kanda selama-lamanya bersama dinda. Susah senang episod kita di dunia ini, harapnya dinda ada di samping kanda untuk terus menjadi sumber semangat kanda terus memimpin keluarga kita kelak.

 

Ingin sekali kanda kucup dahi dinda usai solat berjemaah kelak.

Harapan. Itu harapan dan janji kanda untuk menjadi teman dan Insya-Allah dengan izin Tuhan kanda diperkenankan untuk menjadi suami kepada permaisuri hati kanda, iaitu dinda.

 

Love,

Kanda

 

Dengan izin Tuhan, semoga diberikan yang terbaik untuk kedua mereka. Amin.

 

"Jodoh itu rahsia Allah s.w.t" 

Tuesday, January 28, 2014

Kata Arjuna, bagaimana pula?

Kata hatinya, Arjuna itu yang bisa membuat hatinya bahagia saban hari.
Kata fikirannya, Arjuna hanya pinjaman sementara.
Kata orang, Arjuna itu bukan apa-apa.
Kata Bunga sendiri, Arjuna itu cinta sejati yang kian lama dinantinya.
Namun kata jodoh, masa yang menjadi penentunya.
 
Kata Arjuna, bagaimana pula?
 
*senyum*
With love,
Y Gillette Flores Y
 
 

Follow my Instagram : juliette_flores
*kenyit mata*

Friday, January 03, 2014

Cinta dicampur cinta, jadinya apa?


Cinta dicampur cinta, jadinya apa?
 
Banyak ceritanya jika mahu bicara tentang cinta.
Banyak perspektifnya juga jika mahu melontarkan pandangan tentang cinta.

Rambut tak sama hitam.
Ada warna hitam, coklat, merah, hijau juga berwarna-warni bagai M&M di dalam bungkusan plastik.
Sama juga dengan buah fikiran.
Sama juga dengan hati.
 
Ada yang bercinta kerana mahu hidup dengan lebih baik di jalan Allah dan mengakhiri dengan membina masjid sebagai jalan menuju je syurga.
Ada yang bercinta kerana hatinya yakin itu cinta sejatinya.
Ada yang bercinta sebab rasa kesunyian.
Ada yang bercinta kerana nafsu.
Ada yang bercinta kerana mahu teman untuk berkongsi suka duka dan minat yang sama,

Nah, bila sudah sama-sama bercinta, pelbagai elemen pula yang dituntut dalam cinta itu.
Ada yang cuma perlu rasa cinta.
Ada yang cuma perlu rasa hormat.
Ada yang cuma perlu rasa percaya.

CINTA
Harusnya membahagiakan.


With Love,
Gill

Friday, December 20, 2013

Untuk Kesekian Kalinya...

Bunga Dewi        :           Fasa kedua. 

Indera Dewa      :           Fasa kedua? Maksud kau? 

Bunga Dewi        :           Fasa kedua hidupku, lalui kitaran yang sama. Cuma kali ini lain ceritanya.

Indera Dewa      :           Ceritanya? 

Bunga Dewi        :           Rasa cinta yang fikirku sudah lama lenyap dan tak akan wujud lagi – masih wujud dalam hatiku.

Indera Dewa      :           Ah! Kau buat aku bingung Bunga.

Bunga Dewi        :           Selama ini aku fikir, cinta tak pernah memihak atau tercipta untuk aku. Aku fikir harusnya aku lupa wujudnya cinta sejati atau dua perasaan cinta yang terpaut hingga mampu membuatkan dunia kita bagai diwarna warna pelangi, cantik, indah… ajaib…

Indera Dewi       :           Ajaib? Ah! Bunga. Benarnya laki-laki tak gemar memerah akal fikirannya memikir ayat-ayat yang berbelit-belit sebegini. Apa saja yang kau cuba ceritakan? Ceritakan saja tanpa kau kaitkan pelangi atau keajaiban.

Bunga tertawa kecil. Indera senyum manis melihat Bunga tertawa.

Bunga Dewi        :           Pokok pangkalnya – semuanya tentang cinta.

Indera Dewa      :           Jadi apa yang ajaibnya? Mana datangnya pelangi?

Indera sengaja mengusik.

Bunga Dewi        :           Ah! Kau ini Indera.

Bunga mencebik sambil mencubit kecil lengan Indera. Indera senyum. Manis. Semanis madu. Ya, semanis madu. Manis tapi tidak dihurung semut. Manisnya istimewa.

Bunga Dewi        :           Aku fikir, hatinya sudah tertanam ataupun berkarat dari rasa cinta. Tanpa sedar – kini tanah mahupun karat yang menutup hati aku dan biar aku terkubur selama ini kini sudah kembali serinya.

Indera Dewa      :           Jadi itu maksud kau yang ajaibnya ya?

Bunga Dewi        :           Ya, lebih kurang begitulah.

Indera Dewa      :           Bagaimana bisa hilang karatnya?

Bunga memandang Indera dan senyum seribu makna. Bibirnya tertutup rapat. Tak rasa mahu berbicara lagi. Mahu direnung wajah Indera sepuas mungkin terlebih dahulu. Pandangan matanya kini tertumpu pada mata Indera. Indah! Indera punya sepasang mata yang indah. Yang mampu buat hati Bunga semakin mekar serinya. Bunga melekapkan telapak tangan kanannya di pipi Indera. Matanya dari tadi tidak sedikitpun berkelip dari memandang anak mata Indera.

Bunga Dewi        :           Terima kasih.

Bunga senyum. Indera mengerut dahinya.

Indera Dewa      :           Kau buat aku percaya kembali, cinta sejati itu wujud. Rasa percaya itu sudah lama hilang.

Bunga senyum seribu makna. Indera turut sama senyum.

Bunga   Dewi     :           Andai ditakdirkan ajal awal menjemputku, hatiku senang – kerana kau buat hatiku kembali hidup setelah sekian lama tidak bernafas kerana terkubur dalam tanah sehingga berkarat. Gelap, tak mampu bernafas, mati…

Indera masih senyum.

Bunga Dewi        :           Pastinya yang baik-baik datangnya dari Pencipta kita, hamba-hambanya yang kerdil. Aku harapkan yang terbaik. Aku tak mahu melawan arus takdir. Aku mahu raikan keajaiban yang muncul tiba-tiba ini di landasan yang betul dan akan aku ikut arus takdir yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz.
 

“There is nothing stronger than true love. You must believe to understand, and you must understand to believe. If you don't believe, you can't understand, and, if you don't understand, you can't believe.”
 
With Love,
Gill

Friday, October 18, 2013

Sejambak Mawar & Strawberi Cokelat

A bouquet of white & red roses with fresh strawberries….. 

Cantik, wangi, manis, masam, berwarna… Simboliknya sama dengan kehidupan kita.
Lain yang memandang, lain yang boleh dihuraikan.
Lain yang merasa, lain yang boleh dinyatakan rasanya. 

Hazel     :           Dia akan nikah esok. 

Bunga yang sedang asyik membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menyapu wajahnya tersentak. Lantas dipandang wajah Hazel.  

Diam. 

Hazel     :           Aku ingat aku cukup kuat.  

Kali ini Hazel mengukir senyuman. Bunga cuba mencari genangan air mata di balik mata coklat jernih Hazel namun gagal. Mata Hazel redup dan langsung tidak bergenang dengan sebarang air mata. 

Hazel     :           Kau sekadar nak diam dan tengok muka aku je ke Bunga? 

Hazel berseloroh sambil tertawa kecil. Bunga turut tertawa kecil namun fikirannya masih separa bangun. Bagai diketuk kuat kepalanya sebentar tadi. 

Bunga   :           Maaf Hazel. Aku… Macam… 

Hazel     :           Macam tak percaya kan? Aku pun rasa macam susah nak percaya. 

Sekali lagi Hazel senyum. Bunga tak mampu lagi untuk memandang wajah Hazel. Wajah tenang tanpa tangisan tika hati dirudum rasa sengsara dan sedih, itulah tandanya hatinya sangat parah luka berdarah sehingga tidak mampu berasa sakit dan tak mampu menangis lagi. Mungkin Hazel sudah puas menangis gamaknya. 

Hazel     :           Aku ada cuba untuk tinggalkan dia sebelum ni. Lepas aku tahu dia bakal dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarganya. Tapi makin aku cuba nak lupakan dia, makin sengsara rasanya hati aku. 

Bunga   :           Kau tak pernah ceritakan pada aku pun? Aku sangkakan kau baik-baik saja dengan Ariff selama ni? 

Hazel     :           Memang kami bahagia bersama. Bagai tak punya sebarang kekurangan jika bersama. Bagai saling melengkapi. Tapi ianya akan menjadi kurang selepas dia bergelar suami orang esok. 

Hazel mengetap bibir. Saat ini airmatanya bergenang. Bunga menarik nafas lega. Itu yang sepatutnya. Lepaskan kesedihan daripada menanggung sakit dalam diam. Seribu satu soalan mahu ditanya namun setiap kali mahu dilontarkan soalan-soalan tersebut, semuanya ditelan kembali anak tekak Bunga. Biarlah Hazel sendiri yang membuka cerita dengan kemahuan hatinya sendiri. Dan dia akan mendengar dengan setia. 

Hazel     :           Dia memang sayangkan aku. Tapi dia harus aku dengan kemahuan ibunya yang mahukan dia berkahwin dengan gadis pilihannya. Sudah 2 tahun mereka diaturkan untuk hidup bersama. 

Bunga membulatkan matanya. 

Hazel     :           Ya. Dua tahun. Aku terlewat tahu. Dan aku ada salahkan Ariff pada awalnya, namun setelah dia jelaskan keadaan sebenarnya, dan aku cuba memahami – tidaklah dia salah sepenuhnya. Takdir… dan keadaan. 

Bunga   :           Apa maksudnya takdir? Ariff punya pilihan untuk tentukan siapa jodohnya bukan? Jika dia sayangkan kau, takkan dia mahu bernikah bersama gadis lain? 

Hazel     :           Ya. Aku tidak menolak kemungkinan dia sebenarnya turut sama menyayangi bakal isterinya. Tapi aku punya kenapa aku tetap akan bernikah bersama Ariff dua bulan selepas ini. 

Bunga   :           Hazel… 

Hazel     :           Ya Bunga. Ariff ada minta aku tinggalkan dia. Dia tak mahu pentingkan diri sendiri dan tak mahu aku sakit. Awalnya aku mahu tinggalkan dia, tapi payah Bunga. Dia ada bilang sama ibunya tentang aku tapi bilang ibunya cuma satu cara untuk kami bersama. 

Bunga   :           Caranya kau menjadi yang kedua? 

Hazel angguk. 

Bunga   :           Kau cukup kuat Hazel? Kau yang kedua dan kau tahu yang pertama akan dilebihkan segala-galanya nanti. Tambah-tambahan yang pertama pilihan hati keluarga. 

Sekali lagi Hazel angguk. 

Bunga   :           Yang pertama akan tahu? 

Geleng. 

Bunga   :           Parah. Kau akan hidup bagaimana selepas ini Hazel? 

Hazel senyum. Mata coklat jernihnya berkaca. 

Hazel     :           Lama aku fikirkan Bunga. Ada aku minta petunjuk dari Allah dan entah dari mana datangnya kekuatan, aku yang suarakan isi hati mahu dijadikan yang kedua walau awalnya Ariff tak mahu. Tak mahu abaikan aku serta lukakan aku selepas ini, tapi aku yang tetap mahu.

Bunga terdiam. Otaknya bagai belut di dalam air. Menjalar ke kiri kanan, meliuk lentok sana sini tanpa henti. Tanpa henti dan beribu persoalan dan kemungkinan bermain di mindanya. 

Bunga   :           Kau memang sudah bersedia untuk hidup dengan berbeza selepas ini?

Hazel     :           Awalnya ya. Aku fikir aku sudah cukup bersedia dan sudah cukup kuat tapi sangkaan aku salah. Sedikit demi sedikit bagai ada sesuatu yang memakan isi hati aku. Aku tak tahu. Dia bakal bersama dengan wanita yang aku fikir dia turut sama sayangkan wanita itu dengan ikatan yang halal. Kau tahu kan Bunga? 

Bunga   :           Ya. Aku tahu. 

Hazel     :           Satu yang aku takut Bunga, jika dia berubah selepas ini. Aku takut… 

Dari jauh kelihatan seorang gadis membawa sejambak mawar merah dan putih serta strawberi celup coklat. Mungkin baru dihadiahkan kekasih hati. Atau peminat misteri. Mungkin juga dibeli sendiri. Mungkin. Mungkin. Ya, mungkin.

Kehidupan ini banyak kemungkinannya.

Bunga itu mungkin dibeli sendiri, dihadiahkan seseorang yang disayang, mungkin juga diberi oleh peminat misteri.

Strawberi celup coklat itu juga mungkin dibeli sendiri, dibuat sendiri dari rumah, mungkin juga diketemunya di pertengahan jalan. Mungkin… mungkin… 

Tapi di sebalik kemungkinan, ada juga kepastian.
 
Bunga mawar yang berwarna cantik dan harum pastinya layu dan hilang warnanya dimakan waktu.



Strawberi yang mekar, masam dan manis rasanya pastinya akan lembik dan hilang rasa sedapnya jika dibiarkan lama.

Itu yang pasti. Ya, punya cara untuk biarkannya lebih lama cantik dan mekar. Penyembur untuk mengawet.

Bagus caranya bukan? Tapi sampai bila agaknya ia akan tahan cantik dan mekar?
Yang disembur cuma bahagian luarnya. Untuk dipastikan sentiasa tampak cantik dan mekar.

Bagaimana bahagian dalamnya yang langsung tidak mampu dilihat sesiapa?
 
With Love,
Gill

 

 

 

 

Wednesday, March 20, 2013

Hati di sebalik cermin

“Lepaskan saja dia dari hidupmu Juna.”
 
“Masakan dapat aku lepaskan dia dari hidupku jika hatiku telah mencengkam kuat segala-galanya tentang dia.” 

“Jadi kau mahu tersiksa membiarkan dia bermaharajalela dalam hati kau sedangkan kau tahu yang dia cuma mencintaiku kini? Hanya aku. Hanya aku yang bermakna dalam hidupnya kini Juna.” 

Mata mula berkaca. 

“Kau harus faham, aku punya kehidupan yang jauh lebih sempurna dari hidup kau. Baik dari segi harta, pelajaran mahupun rupa. Dia sendiri mengatakan perkara yang sama kepada aku. Hairan sungguh bagaimana dia boleh jatuh hati kepada kau sebelum ini. Sudahlah taraf keluargamu tidak setanding keluarganya, malahan dari segi rupa juga tidaklah sesempurna manapun kau.” 

Mata yang berkaca tadinya dikecilkan sambil bibir tersenyum nipis. Tanpa dipinta, air mata mengalir menuruni pipi Juna. 

“Tidak kiralah, sebaik mana pun dirimu, sekuat mana pun cinta kau terhadapanya, setia mana pun kau kepadanya, setulus mana pun kau menyayanginya, kau harus sedar yang aku jauh lebih baik dari kau, jauh lebih baik untuk dia.” 

“Wajah kau cantik, tutur bicaramu lembut sehingga mampu menawan hati mana-mana lelaki. Namun jika kesemua mereka punya kebolehan membau daging hati kau, aku yakin kesemuanya akan menjauhkan diri dari kau. Kau tahu mengapa?” 

Elisa mengerutkan keningnya.  

“Daging hati kau. Baunya busuk sebusuk bangkai haiwan yang mati sehingga dihinggap lalat.”
 

Bagai ditampar kuat dengan pernyataan Juna, riak wajah Elisa serentak berubah.
 
“Aku doakan kau dengan dia bahagia. Aku anggap ini ketentuan takdir, namun kau dan dia harus ingat, kita semua sama sahaja. Ciptaan Allah s.w.t. Kau tidak punya hak untuk merendahkan mana-mana ciptaan-Nya.”

Selepas 8 tahun…

“Kau apa khabar Elisa?”

“Aku sihat Alhamdulillah.”

“Maaf aku bertanya, apa khabar dia pula?”

Belum sempat bersuara, tangisan mendahului kata-kata Elisa. Menyentakkan sanubari Juna.

“Elisa?”

Juna memerhati Elisa lama. Mata gadis bermata bundar itu nyata melantunkan isi hatinya. Bagaikan sengsara dengan sesuatu. Kehidupannya mungkin.

“Aku tak tahu dari mana puncanya, dari mana datangnya sakit itu, dia kini terlantar di rumah bagai mayat hidup. Perit hati aku melihat keadaannya Juna.”

Hati Juna bagai dijentik kuat.

“Sakit apa itu?”

"Puas aku cuba mencari punca penyakitnya. Namun tidak diketahui. Puas dukun aku berjumpa, juga tidak diketahui puncanya.”

Juna terdiam.

“Dari 90 kg badannya, kini turun ke 60 kg Juna. Dalam masa yang singkat. Kau bayangkan.”

“Astaghfirullah hal’azim.”

Sekali lagi Elisa menghamburkan airmatanya. Namun kini di dalam pelukan Juna.

Sesungguhnya tiada siapa yang mampu menduga dan melawan kuasa Allah s.w.t.
 
Xoxo,
Gill

Monday, February 18, 2013

Sekali lagi aku ke sana...

Belahan sinar mentari pagi mewarnai pasir yang dipijak,
Sapaan angin berlagu manja dengan bunyi ombak mengukir senyum diwajah,
Pelukan hangat kasih sayang disulami penyatuan dua tapak tangan aku dan dia,
Tenang… Bahagia…
Bagai berada di alam mimpi yang indah,
Ingin kekal di sana jika dunia itu pasti,
Agar dapat ku tatap wajahnya lama,
Agar dapat ku renung anak matanya lama,
Agar dapat ku usap pipinya lama sambil mengukir senyum,
Agar dapat ku lekapkan telapak tanganku lama di dadanya sambil hatiku berbisik,
 “Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu” 

Mahu ku kecup kelopak matanya sebelum dia melafaz kembali kata cinta itu,
Saat ombak berbalas bunyi bersama angin bayu,
Ku lekapkan telingaku ke dadanya,
Ku tutup mataku untuk mendengar,
Kata hatinya yang berdegup lembut dan tenang,
Menjawab lafaz cinta hatiku, 

Dengan izin Tuhan, di situ – cinta kami terkubur, bersatu…
 
 
Xoxo,
Gill
 

Thursday, December 20, 2012

Bulan... kita bertemu lagi

“Cemburu benar aku melihat kau bulan. Ramai benar yang gemar memerhati kau dari jauh, sentiasa memuji-muji kau, namun kesemua mereka tak pernah langsung menyakiti kau. Sentiasa mengagumi kau dan aku fikir mereka hormat pada kau. Dan kau tak pernah sunyi. Jika kau tidur pada waktu siang, awan cantik ada di sekeliling kau dodoikan kau tidur. Jika kau berjaga waktu malam, bintang cantik yang sentiasa ingin aku gapai ada di sisi kau.  Sebagaimana malam ini, tiada bintang di sisi kau namun awan malam ada melingkar di sisi kau.” 

Jasmine melangut memerhati bulan yang dilingkari awan tebal di sebalik langit gelap. Cantik dan indah walau bulan kelihatan sedikit kusam. 


“Dan aku sendiri pun, gemar benar memerhati dan memuji kau. Berbual dengan kau. Cuma bila siang, pada waktu tidur kau – aku tak berpeluang untuk berbual dengan kau.”
 

 Jasmine masih melangut memandang bulan. Senyum sendiri. Namun senyumnya menipis saat awan tebal makin menutup bulan.

When you are blue

“Kacau jiwa aku malam ini. Kalau aku mampu memohon keajaiban terjadi sekarang, akan ku pinta untuk dapat tidur di sisimu bulan. Mahu kulekapkan pipiku di sisimu, memelukmu. Dan aku harap awan dan bintang tidak cemburu. Moga awan dapat menyelimut tubuhku dari digigit kesejukan dan bintang dapat menerangi sedikit gelap kelilingku. Mahu ku pejam mata dan tidur lena melupakan segala permainan dunia, perasaan dan emosi yang kuhadapi sekarang. Lelah hatiku, letih fikiranku wahai bulan.” 

Bunyi lrt dari jauh memecah sunyi. Tatkala lrt berhenti tepat di hadapan Jasmine, angin menyapu lembut wajahnya, menerbang sedikit rambutnya dan bulan hilang dari pandangan matanya.