Random Questions about Capoeira

Showing posts with label Apa yang kau merepek ni Gill?. Show all posts
Showing posts with label Apa yang kau merepek ni Gill?. Show all posts

Monday, January 07, 2013

Ini entri serius. Sila baca dengan serius.


PS: Ini entri pada 12 Oct 2012 lalu. Ramai yang masih samar-samar dengan 'Capoeira', jadi Gill re-post entri ini. Sebagaimana tajuk entri, anda harus membaca entri ini dengan se'serius' yang mungkin.






Nampak tak 3 makhluk yang pastinya manusia di bawah?

Batman, Batgirl & Robin

Mereka sebenarnya adalah Batman, Batgirl dan Robin yang sering menjelma dengan pelbagai wajah yang berbeza.

Gambar di bawah diambil ketika mereka sedang bermain ‘Berimbau’ di Recife, Brazil, kampung halaman Batman ataupun nama femesnya Soldado.

Manakala di sebelahnya adalah Batgirl a.k.a Fadinha dengan wajah yang cool ala-ala Mat Kool turut bermain Berimbau bersama Robin a.k.a Pato. 

Jika anda terfikir apakah itu Berimbau, Berimbau adalah salah satu daripada alat musik tradisional yang digunakan di dalam seni mempertahankan diri Capoeira. Capoeira biasanya diiringi alunan muzik dan nyanyian. Selain daripada Berimbau, Capoeira diiringi alat muzik tradisional seperti Pandeiros, Atabaque & Agogo.
 
 
 

Kali pertama Gill bermain salah satu instrumen yang digunakan di dalam Capoeira bersama Bateria yang lain, Agogo. Terasa kekok. Tapi punya satu perasaan yang susah Gill nak gambarkan dekat sini (pergghhh! Ayat skema habis!) Tapi dengan seriusnya, setiap kali bersama Bateria & Capoeiristas Gill rasa gumbira mengalahkan feel makan burger bersama Gerard Butler sambil 'burgermbira'. (Perosak bahasa jiwa bangsa betul kau ni Gill.)

Jika anda ada baca entri-entri lama Gill, Gill ada kongsikan kenapa Gill senang dengan Capoeira semenjak Gill join ‘Capoeira Camara Malaysia’ sejak August lalu. Ini entry serius, jadi dengan seriusnya, Gill nak kenalkan 3 otai ‘Capoeira Camara Malaysia’. 

INSTRUTOR SOLDADO


Jejaka tampan dari Brazil yang mempunyai 3 isteri dan 8 anak hasil dari ketiga-tiga perkahwinannya (okay, ini bukan serius).
Soldado menetap di Malaysia semenjak 2006, 6 tahun yang lalu dan telah banyak menurunkan seni mempertahankan diri kepada kebanyakan penduduk di Malaysia (1 Malaysia!)
Selain daripada mempunyai kepakaran membuat sambal belacan, Soldado mempunyai kebolehan di mana dia mampu menggunakan six-packs nya untuk bermain Berimbau (eh?)
Kalau terasa nak tengok macam mana six-packs Soldado bermain Berimbau, bolehlah menjengah ke Havana Studio, TTDI, Persiaran Zaaba.
Nak tau macam mana ke sana? Okay, skrol ke bawah. 

FADINHA A.K.A BATGIRL
 
Gadis cute ala-ala Tinkerbell, Fadinha. Namun selalu punya angan-angan mahu menjadi Batgirl.
Punya kebolehan berpusing menggunakan kepalanya tanpa henti selama sejam sambil memakan pop corn.
Kalau terasa nak belajar bermain Berimbau menggunakan six-packs dan spin head sambil makan pop corn, anda boleh hubungi nombor telefon ini 016-9711 765.
(Sila call dan bercakap dengan serius dan penuh skema, kalau setakat nak main-main miss call – siap korang. Miahahahah!) 
Kalau terasa nak berbalas-balas emel dengan Fadinha, bolehlah emel beliau ke, Miss Awesome Fadinha.
 
PATO A.K.A ROBIN
 
 
Setelah meletakkan jawatannya sebagai Robin dan juga Ketua Kampung di Kampung Pening Lalat. Pato mengembara jauh ke Recife, Brazil dengan berbekalkan hanya sehelai kain batik yang dipinjam dari jiran rumahnya, Senah.
Tertarik dengan gerakan ‘Finta Cabecada Do Chao Parafusado’ yang dilakukan Soldado, Pato memohon mahu menjadi anak murid Soldado 6 tahun lalu.
Soldado bersetuju untuk mengajar Pato dengan syarat, Pato harus melakukan Au atau juga dikenali sebagai Cartwheel, mengelilingi rumahnya selama 7 hari 7 malam.
Selesai Pato melangsaikan syarat tersebut, Pato telah berjaya menjadi anak murid kepada Soldado sehingga kini. 
Kalau terasa nak berbalas pantun dengan Pato, bolehlah mulakan pantun anda ke Pato Anak Itik To'Wi.
 
Apa Itu Capoeira dan Asal-Usul Capoeira
Sejarah asal-usul capoeira sebenarnya mempunyai kaitan yang cukup sinonim dengan zaman kolonial. Pada kurun ke-16, sebilangan besar warga Afrika dibawa oleh penjajah Portugis ke negara Brazil untuk dijadikan hamba. Kebanyakkan daripada mereka berasal dari negara-negara Afrika yang berbeza. Antara jajahannya yang paling besar ialah, Portugis menjadikan Brazil sebagai kawasan perladangan. Ia mempunyai ladang tebu yang cukup besar. Disebabkan terdapatnya permintaan yang tinggi maka wujudlah tekanan dan penindasan domestik yang cukup kejam terhadap hamba tersebut. 
Penindasan terhadap golongan hamba tersebut telah menyebabkan mereka semua bersatu. Sebagai golongan yang tidak mempunyai sebarang senjata api, mereka semua cuba mempertahankan diri dengan mempelajari skil-skil yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka. Beberapa golongan hamba kemudian mula memberontak dan melarikan diri. Mereka menubuhkan sebuah daerah bebas penjajah yang digelar sebagai Quilombo. Namun, mereka berdepan dengan ancaman dari serangan Portugis. Disebabkan serangan berterusan itu juga membuatkan mereka terus mempertingkatkan skil Capoeira. 
Pada zaman kini, capoeira dianggap sebagai aktiviti seni tari mempertahankan diri yang serba unik. Gerakannya yang lebih banyak menggunakan kaki membuatkan ia tampak sungguh menarik. Golongan muda di Brazil dikatakan mendekati seni untuk menjauhkan diri mereka daripada aktiviti yang tidak menyihatkan. Ancaman najis dadah yang serius di negara tersebut juga mampu dibendung dengan wujudnya kelab serta komuniti capoeira.
Permainan moden capoeira biasanya tidak ditumpukan kepada bagaimana untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebaliknya, ia lebih bersifat sebagai seni tari yang jarang menggunakan kekerasan. Malah, penggiat capoeira akan memperlahankan tendangan mereka sebelum mengenai pihak lawan. Di Brazil, terdapat pelbagai jenis Capoeira dan paling paling dikenali seluruh dunia ialah Conteporain Capoeira (Capoeira Kontemporari), Capoeira da Angola dan Capoeira Regional. 
Dua nama yang penting di dalam seni mempertahankan diri Capoeira ialah Mestre Bimba dan Mestre Pastinha. Insya-Allah untuk entry akan datang Gill akan ceritakan tentang Mestre Bimba dan Mestre Pastinha. 

Serba sedikit tentang Mestre Bimba & Mestre Pastinha; 

In 1937, Mestre Bimba was invited to demonstrate his art in front of president Getúlio Vargas. After this performance, he was given permission to open the first Capoeira school in Brazil. Since that time, Capoeira has been officially recognized as a national sport, and has spread around the world. Mestre Bimba's systematization and teaching of Capoeira made a tremendous contribution to the Capoeira community. 

In 1942, Mestre Pastinha opened the first Capoeira Angola school, the Centro Esportivo de Capoeira Angola, located in Bahia. He had his students wear black pants and yellow t-shirts, the same color of the "Ypiranga Futebol Clube," his favorite soccer team. Most Angola schools since then follow in this tradition, having their students wear yellow Capoeira t-shirts, although more recently each club has begun to adopt more personalised uniforms. 

Together, Mestre Bimba and Mestre Pastinha are generally seen as the fathers of modern Capoeira Regional and Capoeira Angola respectively. 

 
Siapa nak teman Gill main 'Tekken' malam ni?
 
 
Capoeira di Malaysia 

Di Malaysia, terdapat beberapa kelas dan kelab yang mengangkat martabat seni mempertahankan diri Capoeira. Salah satunya ialah Capoeira Camara Malaysia di mana Instrutor Soldado yang berasal daripada Recife, Brazil merupakan tunjang utama yang menurunkan seni Capoeira kepada sebilangan daripada masyarakat kita. 

Setelah berada di Kuala Lumpur sejak tahun 2006, Soldado melebarkan sayap Capoeira Camara, yang diasaskan oleh Contra Mestre Bola yang kini menetap di Toronto, Kanada. Tali pinggang Hijau / Ungu (Cordao : Roxa Verde) yang melambangkan peringkat Instrutor (Pengajar) dibawanya untuk menurunkan seni mempertahankan diri Capoeira kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa ataupun agama.



Kalau terasa nak ber'dating' dengan Soldado, Fadinha & Pato pada hujun minggu sambil mengeluarkan peluh, layan musik ala-ala live band, dorang ade je dekat;

Havana Estudio (PZ Studio – HQ)
No 34B (2nd Floor), Persiaran Zaaba,
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Tel: +60 (3) 7710-6148, Fax: +60 (3) 6203-3184.
 
Kalau nak tahu waktu-waktu yang anda boleh ke sana;
Fri 8:00-9:30pm (All Levels),
Sat 10:30am-12:00pm (Basic),
Sun 4:00-6:00pm (All Levels, Music, Roda).
Adult Price: Drop-In (1 session) RM45, 1 Month RM150, 2 Months RM280,
Student Price: Drop-In (1 session) RM38, 1 Month RM100, 2 Months RM180.
 
Xoxo,
Gillette Flores
 
 

 
 


 
 
 

Monday, December 24, 2012

Kisah Makcik Kiah yang menjadi rebutan Eddy Gordo, Shinchan dan Dolah Senget.


 
More info about TEKKEN
 
One of my favourite game. *wink*
Tapi Gill bukanlah hardcore sangat. Lebih hardcore dan pakar memakan Choki-choki sambil berlari-lari anak. Lepas habis makan Choki-choki tu, baling merata-rata plastik Choki-choki sampaikan pernah satu masa terbaling ke muka Makcik Kiah yang tengah berdiri belakang pokok, skodeng Dolah Senget yang sedang mandi sambil menyanyi lagu 'Oppa Gangnam Style'. Lepas tu dari jauh Gill tengoh Makcik Kiah lipat lengan bajunya sambil goyang-goyang kaki dan tangannya ke arah Gill.
 
'Apa kena Parkinson ke ape orang tua ni?' bisik Gill dalam hati.
 
Tak berani nak cakap kuat-kuat. Terasa pulak Makcik Kiah nanti. Nanti terlepas peluang Gill nak mengorat anaknya, Jon Keting Keting nanti. Lama Gill perhatikan, lama-lama Gill buat kesimpulan bahawa, Dolah Senget mandi sambil menyanyi 'Oppa Gangnam Style', Makcik Kiah menari 'Gangnam Style' di sebalik pokok kelapa tu.
 
Apa yang kau merepek ni Gill???
Inilah yang terjadi jika ketandusan idea untuk menulis. Harap maaf ya.
 
Those yang into 'Tekken' jugak, give me five! Those girls yang minat Jin Kazama, boooo!!! Eh? Hahaha! Dengki sebenarnya tu, sebab Gill jatuh 'chenta' pada Jin Kazama. Ini rahsia okay? Sapa pecahkan rahsia ni, Gill sumpah dia jadi tenggiling.
 
Guling guling macam tenggiling *nyanyi ala ala Shinchan*
 
 
 
But the reason Gill attached video fight scene between Eddy Gordo vs Raven, definitely because my love towards Capoeira.
Ahem! *nada serius*
 
Those bloggers or silent reader who are interested to join Capoeira class, jangan malu jangan segan silalah membaca dengan tekun dan yakin alamat dan nombor public phone di bawah ini ya.
 
 
 
Jika mahu maklumat yang lebih detail, silalah merajinkan diri anda membaca entri serius ini.
 
One of the video "Capoeira Camara Malaysia" (sebelum Gill join Capoeira Camara Malaysia)
 

 
PS : Mode : Monday Blues and craving for Thai Food, jadi sila abaikan tajuk entri yang tak berkaitan dengan entri ye.
 
Xoxo,
Gill

Friday, December 14, 2012

Percaturan Hati

“Percaturan hati bisa menerbangkan kita melebihi awan putih dan langit. Untung-untung, boleh terbang menembusi pelangi. Percaturan hati juga bisa menjunamkan kita ke dasar lautan. Jika malang, mungkin terjatuh di atas batu karang yang tajam. Dan mungkin juga dimakan jerung.” 

“Apa yang kau carutkan ni Pian?” 

“Kesian kau Pipah. Kau tak tahu bezakan madah dan carutan.” 

“Oh, kau bermadah rupanya.” 

“Kau pernah makan selipar jepun yang pernah beberapa kali terjatuh dalam lubang jamban Pipah?” 

Pipah menggeleng kepalanya. 

“Kau mahu rasa?” soal Pian sambil mengangkat tinggi kedua kakinya, wajahnya serius namun hatinya bangga menunjukkan selipar jepunnya. 

Sekali lagi Pipah menggeleng kepalanya sambil menutup hidungnya. Kaki Pian busuk barangkali. 

“Jadi, berbalik kepada percaturan hati. Kau jangan soal tentang carutan ataupun permainan dam. Percaturan hati tidak berkait rapat dengan dam mahupun chess.” 

“Aku faham.” Pipah angguk namun suaranya tiba-tiba kedengaran sengau. 

“Kenapa suara kau sengau Pipah?” 

“Kalau aku cakap kau bengap, aku takut nanti aku terpaksa makan selipar jepun kau. Tapi kau tak nampakkah aku sedang menutup lubang hidung aku disebabkan bau kaki kau tu? Boleh tak kau turunkan kedua kaku kau tu dulu?” 

“Baiklah.” Perlahan Pian menurunkan kedua kakinya yang diangkat tinggi tadi sebelum menyambung cerita. 

“Kakak aku. Diceraikan suaminya malam semalam.” Wajah Pian tiba-tiba menjadi suram. 

“I’m sorry to hear that Pian.” 

“Wah! Kau speaking London. Cuba kau speaking dengan British accent ala-ala Keira Knightley. Mesti seksi bunyinya.”

Keletuk! 

Pipah mengetuk kepala Pian dengan penukul. Entah dari mana munculnya penukul itu.  

“Aduh! Sakit kepalaku! Baiklah. Aku sambung cerita sedih kakak aku.” Separuh sedih Pian menggosok-gosok kepalanya yang sedikit berdarah.

“Dari awal, aku dah jangkakan yang kakak aku akan diceraikan.” 

“Kenapa kau cakap macam tu?” 

“Dari awal perhubungan, aku lihat hubungan kedua mereka tak macam pasangan lain. Lebih banyak untuk mencuba bersama berbanding punya rasa suka atau sayang secara semulajadi.” 

“Maksudnya?” 

“Maksudnya. Kakak aku seorang wanita melayu moden yang agak perfectionist. Mementingkan kesempurnaan. Pernah sekali, dia tak sanggup keluar rumah tanpa memakai baju. Tak cukup sempurna katanya.” 

“Kau mahu aku ketuk kepala kau dengan penukul sekali lagi?” soal Pipah sambil mengangkat tinggi penukulnya.

“Tak mahu. Apa salah aku?” 

“Mana-mana perempuan pun tak mahu keluar rumah tanpa memakai baju.” 

Pian mengangguk kecil sebelum menyambung bercerita. 

“Kakak aku memang jenis yang pentingkan kesempurnaan. Manakala, abang ipar aku seorang yang sederhana. Awal percintaan, mereka kerap bertekak kerana hal yang remeh. Pernah satu tika, kedua mereka bergaduh disebabkan kakak aku mahu abang ipar aku pakai boxer bewarna hijau di pagi raya. Kedua mereka berlawan berbaling pinggan mangkuk sebab abang ipar aku memakai boxer pink.” 

Pipah mengerut dahinya. 

“Sebabnya, kesemua mereka memakai baju raya berwarna hijau, langsir hijau, sofa hijau, carpet hijau, pinggan mangkuk malahan dinding turut diwarnakan hijau kesemuanya. Mahu tampak sempurna kakak aku bilang.”

Pipah menepuk dahi. 

“Sampaikan kucing belaan mereka, di’spray’ warna hijau.” 

Pipah mula membayangkan kucing berwarna hijau memakai baju melayu hijau. 

“Itulah yang aku maksudkan tadi, percaturan hati juga bisa menjunamkan kita ke dasar lautan. Jika malang, mungkin terjatuh atas batu karang yang tajam. Dan mungkin juga dimakan jerung.” 

“Dari awal, sudah nampak pelbagai masalah dalam hubungan mereka. Namun kedua mahu memaksa diri mahu bersama walaupun hubungan itu bagaikan satu hubungan yang tidak sihat. Aku pun tak faham kenapa abang ipar aku mahu terus bersama dengan kakak aku yang berperangai seperti Medusa itu. Mungkin disebabkan kecantikan yang kakak aku miliki. Manakala kakak aku, mungkin disebabkan sangkanya dengan kemewahan yang abang ipar aku ada, dia mampu hidup bahagia. Itu apa yang aku dapat nampak.” 

“Tapi, sabar manusia punya tahapnya. Kehidupan selepas berkahwin patutnya harmoni. Patutnya rumah itu bagaikan syurga, tapi yang jadi sebaliknya. Bagaikan neraka. Kakak aku banyak abaikan tanggungjawapnya sebagai isteri, manakala abang ipar aku makin muak dengan sikapnya, tambah-tambahan, faktor usia memakan kecantikan yang kakak aku miliki.” 

Pian diam seketika sebelum Pipah bersuara.  

“Jadi percaturan hati mereka yang dulunya berakhir dengan kegagalan rumahtangga?” 

Pian angguk. 

“Tapi…” 

Pian diam sebelum sempat menghabiskan kata-katanya. 

“Tapi?” soal Pipah. 

“Tapi jika kita sama-sama caturkan hati kita, ianya mungkin bisa menerbangkan kita melebihi awan putih dan langit. Untung-untung, boleh terbang menembusi pelangi.” 

Serentak Pian bangun berdiri sambil menguis-nguis hujung selipar jepunnya di tanah.

Terasa malu dengan luahan hati sendiri. Pipah terasa jantungnya berdegup laju dari biasa. 

“Aku mahu melamar hati kau sekarang Pipah. Sudi tak kau terbang menembusi awan putih dan langit biru denganku Pipah?”  

“Sudi Pian, tapi dengan satu syarat.” 

“Apa syaratnya Pipah?” 

“Kita terbang tanpa selipar jepun kau.” 

“Baiklah!” beberapa saat selepas itu, selipar jepun Pian terbang melayang entah ke mana.
 
Xoxo,
Gill
 
 
 

Friday, November 30, 2012

Sometimes...

Sometimes I need some time on my own
Sometimes I need some time all alone
Everybody needs some time on their own
Don't you know you need some time… all alone 

And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothing lasts forever
Even cold November rain 

Penghujung November. Penghujung November yang yang sering ditemani hujan.
Tak pernah tahu lagu di atas itu sebenarnya nyanyian ‘Gun & Roses’, November Rain.
Tanpa sedar, lagu tersebut sebenarnya salah satu lagu dalam senarai ‘favourite’.

Makan malam bersama rakan di Old Town White Coffee, sambil mendengar lagu ‘November Rain’ yang didengari dari telefon bimbit 'Samsung' milik rakan. Tanpa sedar, fikiran diheret ke memori-memori seawal 7 tahun lalu.

Namun, kurang sopan jika melayan perasaan dan kenangan lalu sedangkan rakan di hadapan sedang berbual bersama Gill. Rakan yang mungkin sedang menghargai 'masa berkualiti' bersama Gill. (Mungkin)

Sedari Gill harus hargai 'masa berkualiti' bersama rakan juga, Gill libas ketepi semua kenangan-kenangan tersebut. 
 
*senyum* 

Pagi ini, Gill sedar. Banyak benar perubahan diri Gill.

Jika dulu, Gill akan banyak melayan perasaan. Tak puas melayan perasaan jika berdua, Gill pulang ke rumah pasti akan tidur lewat melayan perasaan. Namun semalam, sebelum jam memcecah 10 malam – Gill sudah lena dibuai mimpi. 

Kini, Gill lebih suka menghargai setiap masa yang Gill ada bersama sesiapa yang menghargai Gill di sisinya tak kiralah samada kawan mahupun familia. 

Past is past. Jika mahu diri tersiksa bergelumang dengan kisah lepas yang boleh membuatkan hati menangis – hidup saja di kehidupan yang lalu. Bagi Gill, banyak lagi cerita baru yang lebih menarik untuk Gill cipta bersama ‘insan-insan’ baru dalam hidup Gill. Insan yang hargai Gill, Gill akan jaga sebaiknya. Insan yang tak hargai Gill, Gill takkan biarkan dia lama dalam hidup Gill. Kedengarannya sedikit ‘selfish’ bukan.  

Sometimes we have to walk away in order to find the way back and make it better. 

Tapi secara logiknya, jika mahu rasa bahagia dalam hidup, kita harus berusaha mencari kebahagiaan itu sendiri bukan? Harus tahu kelemahan sendiri, kemahuan diri, keperluan diri dan cuba buat perkiraan hidup sendiri. Tambah tolak, darab bahagi kesemuanya. 

Contohnya:
 
Insan yang tak hargai kita = Tolak dari hidup kita
Insan yang hargai kita = Campur dalam hidup kita
Keperluan dan kemahuan = Bahagi sama rata
Kelemahan = Darab dengan usaha perbaiki kelemahan 
 
Sometimes you have to do what needs to be done, in order for you to truly get what you want. 

Itu cuma contoh.
Pokok pangkalnya, simplify your life and always try to make it better.
 
 
Until next time.

P/S : Welcome back to my life =)
 
Xoxo,
Gill
 
 

Monday, November 26, 2012

Al-kisah daun pisang dan lampu isyarat

Semalam lunch dengan kawan di "Kanna Curry House", Seksyen 17, Petaling Jaya.

2 benda  nak share.

Satu.
Mula-mula tak sabar nak makan sebab terbayangkan makan nasi sambil bau aroma daun pisang. M enyelerakan bukan?
Tapi bila ke sana, tiada daun pisang - daun pisang digantikan dengan kertas yang berupa daun pisang pisang. Aroma kertas la jawabnya.
Kawan Gill bukanlah Melayu - Mat Salleh. Dan tujuan dia nak lunch di sana disebabkan nasi dalam daun pisang tersebut.

Dua.
Selepas lunch, kami menghala ke TTDI untuk ke kelas Capoeira.
Di hadapan kitorang - kereta polis.

Sampai di simpang traffic light, lampu bertukar merah.
Kereta polis tersebut dengan selamba dan jayanya masuk ke selekoh kanan bagaikan buta warna tak nampak lampu merah.
Kawan Gill tunding jari telunjuk kannanya ke arah kereta polis tersebut dan Gill hampir ternganga disebabkan tak terkata apa.

Moral of the story, Gill suka kalau Malaysia kekalkan keaslian dan tradisi dari beberapa segi sebab itu yang membezakan kita dan menunjukkan keistimewaan negara kita berbanding negara lain.
Pasal kereta polis tu, masing-masing buatlah moral cerita sendiri ye?

Untill next time.

Xoxo,
Gill
 
 

Tuesday, November 20, 2012

Ceritera 'Soulmate'

Ada beberapa orang yang bertanya tentang “soulmate” pada Gill.
Jawapan dan perbualannya memang takkan sama.
Contohnya; 

I DON'T NEED A BOYFRIEND/GIRLFRIEND

A          :           You don’t have a boyfriend?
Gill      :           Nope.
A          :           Ouhh… Anyway, you don’t need to have a boyfriend.
Gill     :           Exactly! *wink* 

Seriously, why do we need to have a boyfriend/girlfriend if we don’t even need one?
Just because people around us happy with their partner, we think that we MUST have partner too.
Well, yes – lumrah alam, manusia dijadikan berpasangan.
Tapi kalau hati berasa gembira bersendiri tidak berteman, apa salahnya bersendiri sehingga lamaran cinta datang menegur. 
 
 
MEMILIH

B            :           Kenapa you takde boyfriend lagi?
Gill        :           Entah. Malas kot.
B          :          Ke memilih?
Gill         :           Siapa yang tak memilih when it comes to ‘pasangan hidup’? 

Siapa yang tidak memilih bila tiba bab berpasangan?
Melainkan orang tua menjodohkan kita dengan calon pilihannya sendiri.
Baik yang muda, tua, kacak, cantik, kurus, gemuk dan apa bangsa sekalipun, kita akan memilih.
Kadang-kadang, bukan memilih dari segi rupa.
Mungkin dari segi agama, sifat, kelakuan, minat, dan pelbagai lagi.
Tepuk dada tanya selera, benar atau tidak fakta ini. 

PARANOID
 
C          :           Don’t you feel lonely?
Gill        :           Sometimes yes, but sometimes – I really enjoy my single life.
C          :           But why you don’t wanna have a boyfriend?
Gill        :           I don’t know. Paranoid, maybe?
C          :           Paranoid?
 
*smiling* 

Gill paranoid? Ya, punya rasa ‘sedikit’ paranoid when it comes to love or man.
We all have our own story. 
 
Bibir bisa menguntum senyum saat disapa,
Mata bisa memantul sinar ceria saat bertentang mata,
Tawa bisa kedengaran jika gurauan diberikan,
Tapi terguris dan menangis, siapa yang tahu? 

*senyum* 
 

TAK ADA YANG MAHU
 
D          :           Kenapa masih single?
Gill        :           Sebab tak ada yang mahu. Mungkin sebab aku tak cantik dan gemuk.
 
Ah! Mengada-ngada betul dengan pernyataan itu. Jika sekadar bergurau, boleh diterima.
Jika sengaja berkata begitu disebabkan mahukan pujian seperti, “Eh! Mana ada kau tak cantik dan gemuk, kau cantik bukan?” – itu buat Gill rasa menyampah.
Tuhan jadikan kita semua manusia sudah cukup sempurna.
Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan semua itu yang akan membawa kita ke jalan ‘bertemu’ raja dan permaisuri hati masing-masing nanti.
Tanpa diduga waktu, tempat dan bagaimana.
Sesungguhnya, takdir dan perjalan hidup kita yang diaturkan Allah s.w.t kadang-kadang penuh ‘surprise’ dan pastinya yang terbaik untuk setiap kita.
Mahu mensyukurinya ataupun tidak, tanya pada diri masing-masing. 

MAHU 'SINGLE'

Mak       :           Bila nak kawen ni?
Gill        :           Taknak kawen. Nak sorang sorang sampai ke tua.
 
Gill kena bebel. Kah kah kah! Padan muka. 

Lumrah hidup. Setiap dari kita punya ceritera masing-masing bukan?
Jika yang perlu dikunci rapat dalam jiwa kita, haruslah disimpan rapi.
Jika yang perlu diluahkan – luahkan saja pada yang yakin dapat mendengar dan menyimpannya.
Blog punya kawan maya yang sentiasa membaca dan menyokong, namun punya ‘silent reader’ juga.
FB punya kawan yang gemar membaca, komen – namun punya ‘musuh dalam selimut’ juga. 

Untill next time.

Xoxo,
Gill.