Random Questions about Capoeira

Friday, May 10, 2013

Mimpi Yang Sempurna

2 wajah, 5 mimpi.
1 wajah, 3 mimpi yang membuatkan satu hati menangis dalam senyuman.
1 wajah, 2 mimpi yang menyempurnakan dua hati tersenyum dalam kesyukuran.

*senyum*

1 wajah, 1 hati dan 3 mimpi. Ianya jelas. Bukan tilikan, bukan penentu takdir dan bukan juga penentu jodoh.
Namun ianya pendorong kepada hati untuk tidak terapai-apai di udara lalu jatuh ke dalam lembah cinta.

1 wajah, 1 hati dan 2 mimpi. Ianya jelas. Bukan tilikan, bukan takdir dan bukan juga penentu jodoh.
Namun ianya pendorong kepada hati untuk berani terbang ke udara lalu jatuh ke dalam lembah cinta kesekian kalinya.

Jelas, hanya cuma satu hati yang cukup sempurna untuk sempurnakan hati si gadis mendorongnya jatuh di dalam lembah cinta tanpa rasa gusar lemas dan ‘mati’ sekali lagi.
 
Kanda   :               Jika dinda memberi kebenaran, kanda pinta agar dinda memberi keizinan kepada kanda untuk menjadi pemimpin dinda. Bukanlah pemimpin sepenuhnya namun, sebagai sahabat untuk bersama-sama mencari dan menuju ke jalan yang diredhai. Semoga perjalanan kita dipermudahkan dan kita dapat dapat menjadi suami isteri pada suatu hari nanti. Amin.
 
Dinda    :               Dinda berbesar hati kanda. Dan semoga kita dapat hidup bahagia bersama berlandaskan syariat Islam agar kita dapat ke syurga bersama-sama. Andai ditakdirkan kita berjodoh, ingin sekali dinda kekal menjadi isteri kanda di Syurga kelak. 

Dear Kanda,
 
You have given me strength and courage to fight the only fear I could not face on my own - the fear of love.
I promised myself not to fall in love again, then I met you, Kanda.
You gave me hope. When I look into your eyes, I see my future. When I look at you I get a glimpse of forever. I still get scared, but as long as I’m with you I will always have that glimmer of hope.
 
Now I know that I will never stop wanting you. No matter how far away I go or who I meet. I cannot let this go.
 
One day I’ll wake up and you’ll be lying next to me in bed. In our bed. I’ll kiss you and whisper i will whisper in your ear, ‘I loved you yesterday, I love you still, I always have and I always will.’
 
And everything will be alright.
 
Love,
Dinda a.k.a Gill

 
Dear Dinda,
 
Kanda berdoa agar hidup dan mati kanda selama-lamanya bersama dinda. Susah senang episod kita di dunia ini, harapnya dinda ada di samping kanda untuk terus menjadi sumber semangat kanda terus memimpin keluarga kita kelak.
 
Ingin sekali kanda kucup dahi dinda usai solat berjemaah kelak.
Harapan. Itu harapan dan janji kanda untuk menjadi teman dan Insya-Allah dengan izin Tuhan kanda diperkenankan untuk menjadi suami kepada permaisuri hati kanda, iaitu dinda.
 
Love,
Kanda
 
Dengan izin Tuhan, semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
 
"Jodoh itu rahsia Allah s.w.t" 

Wednesday, March 20, 2013

Hati di sebalik cermin

“Lepaskan saja dia dari hidupmu Juna.”
 
“Masakan dapat aku lepaskan dia dari hidupku jika hatiku telah mencengkam kuat segala-galanya tentang dia.” 

“Jadi kau mahu tersiksa membiarkan dia bermaharajalela dalam hati kau sedangkan kau tahu yang dia cuma mencintaiku kini? Hanya aku. Hanya aku yang bermakna dalam hidupnya kini Juna.” 

Mata mula berkaca. 

“Kau harus faham, aku punya kehidupan yang jauh lebih sempurna dari hidup kau. Baik dari segi harta, pelajaran mahupun rupa. Dia sendiri mengatakan perkara yang sama kepada aku. Hairan sungguh bagaimana dia boleh jatuh hati kepada kau sebelum ini. Sudahlah taraf keluargamu tidak setanding keluarganya, malahan dari segi rupa juga tidaklah sesempurna manapun kau.” 

Mata yang berkaca tadinya dikecilkan sambil bibir tersenyum nipis. Tanpa dipinta, air mata mengalir menuruni pipi Juna. 

“Tidak kiralah, sebaik mana pun dirimu, sekuat mana pun cinta kau terhadapanya, setia mana pun kau kepadanya, setulus mana pun kau menyayanginya, kau harus sedar yang aku jauh lebih baik dari kau, jauh lebih baik untuk dia.” 

“Wajah kau cantik, tutur bicaramu lembut sehingga mampu menawan hati mana-mana lelaki. Namun jika kesemua mereka punya kebolehan membau daging hati kau, aku yakin kesemuanya akan menjauhkan diri dari kau. Kau tahu mengapa?” 

Elisa mengerutkan keningnya.  

“Daging hati kau. Baunya busuk sebusuk bangkai haiwan yang mati sehingga dihinggap lalat.”
 

Bagai ditampar kuat dengan pernyataan Juna, riak wajah Elisa serentak berubah.
 
“Aku doakan kau dengan dia bahagia. Aku anggap ini ketentuan takdir, namun kau dan dia harus ingat, kita semua sama sahaja. Ciptaan Allah s.w.t. Kau tidak punya hak untuk merendahkan mana-mana ciptaan-Nya.”

Selepas 8 tahun…

“Kau apa khabar Elisa?”

“Aku sihat Alhamdulillah.”

“Maaf aku bertanya, apa khabar dia pula?”

Belum sempat bersuara, tangisan mendahului kata-kata Elisa. Menyentakkan sanubari Juna.

“Elisa?”

Juna memerhati Elisa lama. Mata gadis bermata bundar itu nyata melantunkan isi hatinya. Bagaikan sengsara dengan sesuatu. Kehidupannya mungkin.

“Aku tak tahu dari mana puncanya, dari mana datangnya sakit itu, dia kini terlantar di rumah bagai mayat hidup. Perit hati aku melihat keadaannya Juna.”

Hati Juna bagai dijentik kuat.

“Sakit apa itu?”

"Puas aku cuba mencari punca penyakitnya. Namun tidak diketahui. Puas dukun aku berjumpa, juga tidak diketahui puncanya.”

Juna terdiam.

“Dari 90 kg badannya, kini turun ke 60 kg Juna. Dalam masa yang singkat. Kau bayangkan.”

“Astaghfirullah hal’azim.”

Sekali lagi Elisa menghamburkan airmatanya. Namun kini di dalam pelukan Juna.

Sesungguhnya tiada siapa yang mampu menduga dan melawan kuasa Allah s.w.t.
 
Xoxo,
Gill

Monday, February 18, 2013

Sekali lagi aku ke sana...

Belahan sinar mentari pagi mewarnai pasir yang dipijak,
Sapaan angin berlagu manja dengan bunyi ombak mengukir senyum diwajah,
Pelukan hangat kasih sayang disulami penyatuan dua tapak tangan aku dan dia,
Tenang… Bahagia…
Bagai berada di alam mimpi yang indah,
Ingin kekal di sana jika dunia itu pasti,
Agar dapat ku tatap wajahnya lama,
Agar dapat ku renung anak matanya lama,
Agar dapat ku usap pipinya lama sambil mengukir senyum,
Agar dapat ku lekapkan telapak tanganku lama di dadanya sambil hatiku berbisik,
 “Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu” 

Mahu ku kecup kelopak matanya sebelum dia melafaz kembali kata cinta itu,
Saat ombak berbalas bunyi bersama angin bayu,
Ku lekapkan telingaku ke dadanya,
Ku tutup mataku untuk mendengar,
Kata hatinya yang berdegup lembut dan tenang,
Menjawab lafaz cinta hatiku, 

Dengan izin Tuhan, di situ – cinta kami terkubur, bersatu…
 
 
Xoxo,
Gill
 

Monday, January 21, 2013

Permata Ditelan Ombak

Zurith dan Fazri berjalan menyusuri pantai. Angin bayu petang menyapu manja seluruh tubuh mereka. Tak ketinggalan rambut panjang Zurith serta rambut hitam pekat Fazri. Zurith diam berjalan sambil mendengar bunyi ombak yang menghempas pantai tanpa penat. Melodinya indah. Sempurna.

Ombak pertama menuju ke arah mereka namun tidak menyentuh kakinya.
Ombak kedua menuju ke arah mereka lagi dan kali ini hampir menyentuh kakinya.

Zurith senyum seolah-olah mengejek-ngejek ombak tersebut yang seakan-akan cuba mengejarnya dari sisi.
Fariz turut sama senyum melihat senyum Zurith.

Ombak ketiga menuju ke arah mereka lagi dan kali ini ombak itu laju mengena kaki Zurith dan Zurith tidak sempat lari, mengeluh apabila dress putih labuhnya basah sehingga ke paras lutut. Zurith mengerut dahi sambil mencebik. Fariz sengih.

"Kalau takut terkena ombak, jangan berjalan di tepi pantai." usik Fariz sambil mencuit hidung Zurith. Cebikan Zurith bertukar menjadi senyum.

"Abang, dulu kita selalu ke sini ya?" soal Zurith seraya memeluk manja lengan kiri Fariz. Wajah manis Fariz dipandangnya.

"Ye sayang. Kita selalu ke sini. Sebelum sayang sah menjadi isteri abang sehingalah kita mendapat - " kata-kata Fariz terhenti di situ. Hampir sahaja dia terlepas menyebut nama 'Muhammad Luqman'.

"Sehingga kita mendapat?" soal Zurith ingin. Fariz terdiam seketika. Enjin otaknya bagaikan berderum kuat cuba mencari-cari idea mengubah topik lain. Namun gagal. Mentaliti Zurith masih tak sembuh sepenuhnya. Jadi dia tidak patut membangkitkan hal 'Muhammad Luqman'.

"Sebelum sayang sah menjadi isteri abang sehinggalah kita mendapat greenlight dari abah sayang untuk kita berkahwin." Fariz senyum penuh makna. Lega mendapat idea tipu sunat dan terkenang saat awal dia mencuba pelbagai cara mengambil hati abah Zurith, Mohd Mokhtar untuk memperisterikan anak gadisnya. Zurith tergelak kecil.

"Abah Zurith dulu garang ya abang?" Zurith menyoal Fariz ingin tahu. Sejak kepalanya terhempap pada batu di tepi laut satu ketika dahulu, Zurith hilang ingatan. Dan pada hari yang sama juga mereka kehilangan anak kesayangan mereka 'Muhammad Luqman'.

24 Disember 2004. Tarikh keramat yang sering membuatkan hati Fariz meraung dan menangis sedih saat teringatkan fenomena alam tersebut. Tsunami.

"Garang sangat. Sampaikan dulu sayang gelakkan abang sebab kali pertama abang berjumpa dengan abah, tangan abang terketar-ketar mahu bersalaman dengan abah." serentak kedua mereka tertawa kecil bersama-sama. Tanpa dipinta, Fariz menarik Zurith ke dalam pelukannya. Tangan kirinya menarik kepala Zurith rapat ke sisinya sebelum ubun kepala isteri kesayangannya itu dikucup hangat dan penuh kasih sayang.

"I love you so much, love." kata-kata cinta diucap penuh ikhlas.

"I love you too abang." Zurith merengkul jari jemari Fariz.

Bahagia.

Kedua mereka terus berjalan menyusuri pantai. Matahari semakin lama semakin bertukar rona warna menandakan ianya bakal berlabuh tak lama lagi sebelum langit menukar warnanya.

Zurith memerhati ombak-ombak pantai yang menghempas pantai. Buih-buih akan kelihatan setiap kali ombak yang berhempas tadi kembali ke arah laut. Tapak-tapak kaki kelihatan di hadapannya.

"Yang ini mesti tapak kaki lelaki kan?" Zurith meneka-neka sambil tersenyum. Fariz menggeleng-geleng kecil kepalanya. Turut sama senyum.

"Haaa! Yang ini mesti tapak kaki perempuan!" dan Zurith meneka-neka lagi walau tiada sebarang jawapan dari Fariz.

"Haaa... yang ini pula -" dan saat ini kata-kata Zurith terhenti. Lama dia memerhati kesan tapak kaki anak kecil di pasir yang basah tersebut. Zurith mengerut-ngerut dahinya. Bagaikan elektrik yang mengalir, fikiran Zurith menjadi serba tak kena. Dan visual seorang anak kecil bermain-main di dalam kotak fikirannya.

"Ibu! Luqman mahu ke sana ya?" dan Luqman berlari-lari anak ke arah batu-batu di tepi pantai tak jauh dari mereka. Zurith mengangguk kecil sambil memerhati Luqman berlari terkedek-kedek. Tapak kakinya yang kecil comel meninggalkan kesan di atas pasir di hadapannya.

Tiba-tiba, jantungnya bagai tercabut melihat ombak besar yang tiba-tiba datang dari jauh menuju ke arah Luqman. Sepantas kilat dia berlari ke arah Luqman.

"Luqman!" Zurith menjerit kuat. Dan kali ini Fariz memeluk erat isteri kesayangannya.

'Abang1 Ini tapak kaki Luqman abang1 Jom ke sana abang! Sebelum Luqman dibawa lari dan ditelan omn\bak." saat ini Zurith berlari mengikut kesan tapak kaki kecil itu meninggalkannya yang sedang menahan sebak.

Cuba ditahan Zurith, namun kakinya kaku berdiri dan sekadar mampu memandang Zurith sedang berlari menuju ke arah seorang wanita yang sedang berpimpinan tangan bersama anak lelakinya.


Dengan hati yang bagai disiat pilu, Fariz memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar ingatan dan mentaliti Zurith cepat-cepat dipulihkan kembali.

Yang tidak kekal di dunia, akan kekal di 'sana' dengan izin-Nya.

Rona langit mula bertukar warna. Dari tadinya biru tenang, kini semakin dipenuhi warna emas dan jingga dan air mata lelaki Fariz jatuh untuk kesekian kalinya.

Xoxo,
Gill


Wednesday, January 16, 2013

Kehidupan Kedua Kalinya

Bulan    :           Malam ini tiada kisah cinta yang aku mahu kongsikan bersama kau.


Bunga   :           Ah! Sunyi malam ini tanpa kisah cinta dari kau.
Bulan    :           Tapi ada satu kisah yang mahu aku ceritakan sekarang.
Bunga   :           Kisah apa?
Bulan    :           Kisah si gadis yang mahu mengakhiri nafasnya disebabkan terlalu kecewa dengan kekasih hati.
Bunga   :           Tetap kisah cinta.
Bulan    :           Ianya berbeza. Dengarkan ya. Pada satu malam, si gadis berasa amat sengsara disebabkan masalah hubungan cintanya. Lama memendam rasa, si gadis tekad mahu mengakhiri hidupnya. Dengan tangisan di mata, sedu sedan di dada, pisau tajam diambil lalu dihiris pergelangan tangannya. Darah mengalir beberapa saat kemudian sehingga memberinya rasa sakit dan pedih yakni lebih pedih dari rasa kecewa dalam hubungan cintanya. 

Bunga   :           Apa cetek benar fikirannya?
Bulan    :           Itu apa yang kau fikir. Ramai yang jadi begitu bila jiwa celaru hingga hilang pedoman. Hilang akal, hilang pegangan agama. Beberapa minit selepas itu, Sebagaimana dipintanya, nyawanya ditarik. Dan sekelip mata dia menjalani kehidupan di alam lain.
Bunga   :           Barzakh?
Bulan    :           Tidak. Entah di mana kehidupannya terhenti. Dia tidak terus ke alam barzakh. Mungkin Allah s.w.t tak mahu hidupnya berakhir di situ, beberapa kali dirinya terapung-apung di udara sebelum jatuh ke dalam satu tasik yang punya air merah, mengelegak, panasnya terasa walau dia jauh beberapa kaki dari tasik itu. Walau belum tersentuh badannya dengan air tasik itu, si daging dan tulangnya sudah habis dijamah suhu air tasik tersebut. 
Bunga   :           Azab sekali rasanya.
Bulan    :           Ya. Azab yang amat. Selepas terjatuh dia ke dalam tasik tersebut, nyawanya bersambung. Dia hidup kembali dan terjatuh lagi ke dalam tasik tersebut. Menjerit melolong dia kerana tak sanggup merasa azab itu. 
Bunga   :           Jika aku sekalipun, pasti akan terjerit melolong begitu.
Bulan    :           Ya, sesiapapun pasti akan merasa begitu. Kali kelima sebelum terjatuh ke dalam tasik tersebut, dia mula menyebut nama Allah s.w.t. Beberapa kali menyebut nama Allah s.w.t, dia teringatkan kata-kata guru agamanya sewaktu hidupnya dulu.

Sabda Nabi s.a.w.

” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .

Ertinya:Ada seorang lelaki sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya, dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hamba Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.
Lantas, dia mengucap dan menyebut nama Allah s.w.t serta memohon keampunan dari Allah s.w.t. berulang kali. Dan kesekian kalinya, dia terjatuh ke dalam tasik tersebut. Maka menjerit dan terlolonglah dia sekali lagi.
Bunga   :           Kesekian kalinya? Apa yang terjadi selepas itu?
Bulan    :           Dia terperangkap di dalam mimpi panjang. Sepanjang mimpi itu, dia bermimpi pergelangan tangannya disiat-siat dengan pisau tajam. Badannya melecur hampir keseluruhan badan. Dengan rasa sakit dan pedih, dia berjalan mencari pertolongan namun tiada sesiapa yang sudi memberikannya pertolongan. Semakin lama, dia menghampiri padang gurun. Panas terik di padang gurun itu buat dia berasa amat dahaga. Puas dicarinya air untuk diminum namun langsung tidak ketemu punca air di situ. Bila dilangut kepalanya, ternampak beberapa mayat tergantung lehernya dengan pisau yang tercucuk menembusi pergelangan tangan mereka.
Bunga   :           Ngeri sekali.
Bulan    :           Ya. Lengannya yang dihiris-hiris tadi, hampir kering darahnya namun dihiris-dihirs lagi dengan pisau. Maka menjerit dan terlolonglah dia sekali lagi.
Bunga   :           Lalu? Dia terus bermimpi?
Bulan    :           Tidak. Dia terjaga dari mimpi dan mendapati dirinya berada di dalam wad hospital. Saat dia membuka matanya, dia meraba-raba seluruh tubuhnya. Masih elok, tidak melecur dan dia melihat pergelangan tangannya, Tangannya yang dihiris, berbalut elok. Tanpa luar kawalannya, air matanya mencurah-curah jatuh sambil bibirnya mengucap tanpa henti serta memohon keampunan dari Allah s.w.t.
Bunga   :           Sesungguhnya Alla itu Maha Pengampun dan Mengasihani.
Bulan    :           Ya. Sesungguhnya.
Bunga   :           Seterusnya, apa yang terjadi?
Bulan    :           Seterusnya, si gadis terus membuang jauh kekasih hati jauh dari hatinya, fikirannya serta kehidupannya. Dirinya didekatkan kepada Allah s.w.t dan jodohnya didekatkan kepadanya tak lama selepas itu. Dan kini mereka punya zuriat yang comel bernama Amir Hamzah.

Friday, January 11, 2013

Eternal Sleep

Bulan bagaikan merajuk lewat kebelakangan ini. Puas dicari saban malam.
Namun bulan langsung tak mahu menunjukkan wajah.
Jauh sekali mahu menjelmakan cahayanya.
Yang tampak hanya bintang yang berkelipan di langit.
Masakan sama bintang dan bulan. 

Kelip-kelip ada di sisi, sering memancar cahaya kegembiraan.
Namun, cahayanya kelak akan suram.
Penat memancar cahaya, hilanglah ia terbang mencari jiwa lain. Meninggalkan jiwa yang satu ini.
Sehingga terasa kosong jiwa dan isi alam. 
 
“Sampai masa tibanya waktu, redup hati kau berdua,
Bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama.” 

Mungkin benar kata AsaSiaga, kadang mimpi bisa beri pengharapan bila realiti itu tidak memihak. 

“Here, in the forest,
Dark and deep,
I offer you,
Eternal sleep.”

Thursday, January 10, 2013

Samar dalam jelas

Jelita                :           Kau benar-benar sayangkan aku?

Tampan            :           Ya. Aku benar-benar sayangkan kau.
 
Jelita                :           Kau akan bersama aku sehingga ke akhir nafas kita bukan?
 
Tampan            :           Ya, Jelita.
 
Jelita                :           Kau bercakap benar bukan?
 
Tampan            :           Aku sentiasa bercakap benar, walaupun ketika aku sedang berbohong.
 
 
" Where you are seems to be
As far as an eternity
Outstretched arms, open hearts
And if it never ends then when do we start?
I'll never leave you behind
Or treat you unkind
I know you understand
And with a tear in my eye
Give me the sweetest goodbye
That I ever did receive "