Random Questions about Capoeira

Friday, December 20, 2013

Untuk Kesekian Kalinya...

Bunga Dewi        :           Fasa kedua. 

Indera Dewa      :           Fasa kedua? Maksud kau? 

Bunga Dewi        :           Fasa kedua hidupku, lalui kitaran yang sama. Cuma kali ini lain ceritanya.

Indera Dewa      :           Ceritanya? 

Bunga Dewi        :           Rasa cinta yang fikirku sudah lama lenyap dan tak akan wujud lagi – masih wujud dalam hatiku.

Indera Dewa      :           Ah! Kau buat aku bingung Bunga.

Bunga Dewi        :           Selama ini aku fikir, cinta tak pernah memihak atau tercipta untuk aku. Aku fikir harusnya aku lupa wujudnya cinta sejati atau dua perasaan cinta yang terpaut hingga mampu membuatkan dunia kita bagai diwarna warna pelangi, cantik, indah… ajaib…

Indera Dewi       :           Ajaib? Ah! Bunga. Benarnya laki-laki tak gemar memerah akal fikirannya memikir ayat-ayat yang berbelit-belit sebegini. Apa saja yang kau cuba ceritakan? Ceritakan saja tanpa kau kaitkan pelangi atau keajaiban.

Bunga tertawa kecil. Indera senyum manis melihat Bunga tertawa.

Bunga Dewi        :           Pokok pangkalnya – semuanya tentang cinta.

Indera Dewa      :           Jadi apa yang ajaibnya? Mana datangnya pelangi?

Indera sengaja mengusik.

Bunga Dewi        :           Ah! Kau ini Indera.

Bunga mencebik sambil mencubit kecil lengan Indera. Indera senyum. Manis. Semanis madu. Ya, semanis madu. Manis tapi tidak dihurung semut. Manisnya istimewa.

Bunga Dewi        :           Aku fikir, hatinya sudah tertanam ataupun berkarat dari rasa cinta. Tanpa sedar – kini tanah mahupun karat yang menutup hati aku dan biar aku terkubur selama ini kini sudah kembali serinya.

Indera Dewa      :           Jadi itu maksud kau yang ajaibnya ya?

Bunga Dewi        :           Ya, lebih kurang begitulah.

Indera Dewa      :           Bagaimana bisa hilang karatnya?

Bunga memandang Indera dan senyum seribu makna. Bibirnya tertutup rapat. Tak rasa mahu berbicara lagi. Mahu direnung wajah Indera sepuas mungkin terlebih dahulu. Pandangan matanya kini tertumpu pada mata Indera. Indah! Indera punya sepasang mata yang indah. Yang mampu buat hati Bunga semakin mekar serinya. Bunga melekapkan telapak tangan kanannya di pipi Indera. Matanya dari tadi tidak sedikitpun berkelip dari memandang anak mata Indera.

Bunga Dewi        :           Terima kasih.

Bunga senyum. Indera mengerut dahinya.

Indera Dewa      :           Kau buat aku percaya kembali, cinta sejati itu wujud. Rasa percaya itu sudah lama hilang.

Bunga senyum seribu makna. Indera turut sama senyum.

Bunga   Dewi     :           Andai ditakdirkan ajal awal menjemputku, hatiku senang – kerana kau buat hatiku kembali hidup setelah sekian lama tidak bernafas kerana terkubur dalam tanah sehingga berkarat. Gelap, tak mampu bernafas, mati…

Indera masih senyum.

Bunga Dewi        :           Pastinya yang baik-baik datangnya dari Pencipta kita, hamba-hambanya yang kerdil. Aku harapkan yang terbaik. Aku tak mahu melawan arus takdir. Aku mahu raikan keajaiban yang muncul tiba-tiba ini di landasan yang betul dan akan aku ikut arus takdir yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz.
 

“There is nothing stronger than true love. You must believe to understand, and you must understand to believe. If you don't believe, you can't understand, and, if you don't understand, you can't believe.”
 
With Love,
Gill

Friday, October 18, 2013

Sejambak Mawar & Strawberi Cokelat

A bouquet of white & red roses with fresh strawberries….. 

Cantik, wangi, manis, masam, berwarna… Simboliknya sama dengan kehidupan kita.
Lain yang memandang, lain yang boleh dihuraikan.
Lain yang merasa, lain yang boleh dinyatakan rasanya. 

Hazel     :           Dia akan nikah esok. 

Bunga yang sedang asyik membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menyapu wajahnya tersentak. Lantas dipandang wajah Hazel.  

Diam. 

Hazel     :           Aku ingat aku cukup kuat.  

Kali ini Hazel mengukir senyuman. Bunga cuba mencari genangan air mata di balik mata coklat jernih Hazel namun gagal. Mata Hazel redup dan langsung tidak bergenang dengan sebarang air mata. 

Hazel     :           Kau sekadar nak diam dan tengok muka aku je ke Bunga? 

Hazel berseloroh sambil tertawa kecil. Bunga turut tertawa kecil namun fikirannya masih separa bangun. Bagai diketuk kuat kepalanya sebentar tadi. 

Bunga   :           Maaf Hazel. Aku… Macam… 

Hazel     :           Macam tak percaya kan? Aku pun rasa macam susah nak percaya. 

Sekali lagi Hazel senyum. Bunga tak mampu lagi untuk memandang wajah Hazel. Wajah tenang tanpa tangisan tika hati dirudum rasa sengsara dan sedih, itulah tandanya hatinya sangat parah luka berdarah sehingga tidak mampu berasa sakit dan tak mampu menangis lagi. Mungkin Hazel sudah puas menangis gamaknya. 

Hazel     :           Aku ada cuba untuk tinggalkan dia sebelum ni. Lepas aku tahu dia bakal dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarganya. Tapi makin aku cuba nak lupakan dia, makin sengsara rasanya hati aku. 

Bunga   :           Kau tak pernah ceritakan pada aku pun? Aku sangkakan kau baik-baik saja dengan Ariff selama ni? 

Hazel     :           Memang kami bahagia bersama. Bagai tak punya sebarang kekurangan jika bersama. Bagai saling melengkapi. Tapi ianya akan menjadi kurang selepas dia bergelar suami orang esok. 

Hazel mengetap bibir. Saat ini airmatanya bergenang. Bunga menarik nafas lega. Itu yang sepatutnya. Lepaskan kesedihan daripada menanggung sakit dalam diam. Seribu satu soalan mahu ditanya namun setiap kali mahu dilontarkan soalan-soalan tersebut, semuanya ditelan kembali anak tekak Bunga. Biarlah Hazel sendiri yang membuka cerita dengan kemahuan hatinya sendiri. Dan dia akan mendengar dengan setia. 

Hazel     :           Dia memang sayangkan aku. Tapi dia harus aku dengan kemahuan ibunya yang mahukan dia berkahwin dengan gadis pilihannya. Sudah 2 tahun mereka diaturkan untuk hidup bersama. 

Bunga membulatkan matanya. 

Hazel     :           Ya. Dua tahun. Aku terlewat tahu. Dan aku ada salahkan Ariff pada awalnya, namun setelah dia jelaskan keadaan sebenarnya, dan aku cuba memahami – tidaklah dia salah sepenuhnya. Takdir… dan keadaan. 

Bunga   :           Apa maksudnya takdir? Ariff punya pilihan untuk tentukan siapa jodohnya bukan? Jika dia sayangkan kau, takkan dia mahu bernikah bersama gadis lain? 

Hazel     :           Ya. Aku tidak menolak kemungkinan dia sebenarnya turut sama menyayangi bakal isterinya. Tapi aku punya kenapa aku tetap akan bernikah bersama Ariff dua bulan selepas ini. 

Bunga   :           Hazel… 

Hazel     :           Ya Bunga. Ariff ada minta aku tinggalkan dia. Dia tak mahu pentingkan diri sendiri dan tak mahu aku sakit. Awalnya aku mahu tinggalkan dia, tapi payah Bunga. Dia ada bilang sama ibunya tentang aku tapi bilang ibunya cuma satu cara untuk kami bersama. 

Bunga   :           Caranya kau menjadi yang kedua? 

Hazel angguk. 

Bunga   :           Kau cukup kuat Hazel? Kau yang kedua dan kau tahu yang pertama akan dilebihkan segala-galanya nanti. Tambah-tambahan yang pertama pilihan hati keluarga. 

Sekali lagi Hazel angguk. 

Bunga   :           Yang pertama akan tahu? 

Geleng. 

Bunga   :           Parah. Kau akan hidup bagaimana selepas ini Hazel? 

Hazel senyum. Mata coklat jernihnya berkaca. 

Hazel     :           Lama aku fikirkan Bunga. Ada aku minta petunjuk dari Allah dan entah dari mana datangnya kekuatan, aku yang suarakan isi hati mahu dijadikan yang kedua walau awalnya Ariff tak mahu. Tak mahu abaikan aku serta lukakan aku selepas ini, tapi aku yang tetap mahu.

Bunga terdiam. Otaknya bagai belut di dalam air. Menjalar ke kiri kanan, meliuk lentok sana sini tanpa henti. Tanpa henti dan beribu persoalan dan kemungkinan bermain di mindanya. 

Bunga   :           Kau memang sudah bersedia untuk hidup dengan berbeza selepas ini?

Hazel     :           Awalnya ya. Aku fikir aku sudah cukup bersedia dan sudah cukup kuat tapi sangkaan aku salah. Sedikit demi sedikit bagai ada sesuatu yang memakan isi hati aku. Aku tak tahu. Dia bakal bersama dengan wanita yang aku fikir dia turut sama sayangkan wanita itu dengan ikatan yang halal. Kau tahu kan Bunga? 

Bunga   :           Ya. Aku tahu. 

Hazel     :           Satu yang aku takut Bunga, jika dia berubah selepas ini. Aku takut… 

Dari jauh kelihatan seorang gadis membawa sejambak mawar merah dan putih serta strawberi celup coklat. Mungkin baru dihadiahkan kekasih hati. Atau peminat misteri. Mungkin juga dibeli sendiri. Mungkin. Mungkin. Ya, mungkin.

Kehidupan ini banyak kemungkinannya.

Bunga itu mungkin dibeli sendiri, dihadiahkan seseorang yang disayang, mungkin juga diberi oleh peminat misteri.

Strawberi celup coklat itu juga mungkin dibeli sendiri, dibuat sendiri dari rumah, mungkin juga diketemunya di pertengahan jalan. Mungkin… mungkin… 

Tapi di sebalik kemungkinan, ada juga kepastian.
 
Bunga mawar yang berwarna cantik dan harum pastinya layu dan hilang warnanya dimakan waktu.



Strawberi yang mekar, masam dan manis rasanya pastinya akan lembik dan hilang rasa sedapnya jika dibiarkan lama.

Itu yang pasti. Ya, punya cara untuk biarkannya lebih lama cantik dan mekar. Penyembur untuk mengawet.

Bagus caranya bukan? Tapi sampai bila agaknya ia akan tahan cantik dan mekar?
Yang disembur cuma bahagian luarnya. Untuk dipastikan sentiasa tampak cantik dan mekar.

Bagaimana bahagian dalamnya yang langsung tidak mampu dilihat sesiapa?
 
With Love,
Gill

 

 

 

 

Tuesday, October 08, 2013

Kerana lidah dan bicaramu

Lidah adalah anggota paling mudah berbuat dosa.
Hadis-hadis Rasulullah saw banyak yang menerangkan tentang bahaya lisan (lidah). Hadis yang akan dibincangkan ini adalah salah satu daripada bahaya lidah hingga menyebabkan seseorang itu dicampakkan ke dalam neraka.

Abu Hurairah r.a berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

Terdapat dua orang dari kalangan Bani Israel yang bersaudara. Salah seorang daripadanya sentiasa melakukan dosa dan seorang lagi seorang yang tekun beribadat. Dia sentiasa beribadat dan bila melihat seorang lagi melakukan dosa dia berkata, "Hentikanlah!"

Pada satu hari dia mendapati saudaranya melakukan dosa maka dia berkata kepadanya, "Berhentilah!"

Maka dia menjawab, "Biarkan aku dan demi Tuhanku, adakah engkau diutuskan untuk memerhatikan aku?" Maka dia berkata, "Demi Allah, Allah tidak akan mengampunkan untukmu atau Allah tidak akan memasukkanmu ke syurga."

Kemudian kedua-dua rohnya dicabut dan mereka berkumpul di hadapan Allah. Allah berkata kepada yang tekun beribadat.

"Adakah kamu mengetahui semua urusanKu atau engkau mengetahui semua ketentuan di tanganKu?"

Lalu Allah berkata kepada pelaku dosa, "Pergi dan masuklah ke syurga dengan rahmatKu."
Kemudian Allah berkata kepada seorang lagi, "Pergilah kamu ke neraka."
 

Abu Hurairah berkata, "Dan demi jiwaku berada ditanganNya, sepatah ucapan boleh membinasakan dunianya dan akhiratnya." (riwayat Abu Daud disahihkan ileh Ahmad Syakir, Ibn Hajar dan al-Albaniy menghasankannya)

Hadis yang semakna dengan hadis ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud,
"Seorang lelaki berkata, Demi Allah, Allah tidak akan mengampunkan dosa orang itu. Lalu Allah berkata, Siapakah yang ( berani) berkata Aku tidak akan mengampunkan dosa orang itu? Sesungguhnya Aku mengampunkan dosanya dan aku menghapuskan amalanmu."

Dua hadis di atas merupakan ancaman bersumpah dengan nama Allah dan mendahului ketentuan di tangan Allah dengan bersangka buruk bahawa Allah tidak akan mengampunkan seseorang. Akibatnya Allah memasukkannya ke neraka dan semua amal solehnya terbatal.

Pengajaran:

1. Dilarang bersangka buruk dengan kejahatan yang dilakukan oleh orang lain dengan mengatakan dia ahli neraka.
2. Dilarang berburuk sangka dengan Allah dengan mengatakan Allah tidak akan mengampuni seseorang.
3. Kita dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah bukan kerana amalan kita.
4. Allah Maha Berkuasa mengampunkan dosa dan menghapuskan amal soleh seseorang.
5. Sepatah perkataan boleh menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka.
6. Hindari berasa ujub atau bangga diri dengan amal soleh yang dilakukan.

Berhati-hatilah dalam mengucapkan sesuatu ucapan agar tidak terjerumus ke dalam neraka. Semoga Allah membimbing kita semua ke arah kebaikan dan dapat memelihara lidah kita daripada mengatakan perkara yang dimurkai oleh Allah.
Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (al-Bukhari dan Muslim)
 
~> Sumber dari google. =)
~> Sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri sendiri.
 
Gill rindukan kamu semua. Ya, kamu, kamu dan kamu... =)
 
 
With Love,
Gill

Friday, June 28, 2013

Kisah Purnama dan Bunga

Purnama : Lama benar kau tak menjengukku Bunga.

*Diam*
 
Purnama : Saat aku berubah menjadi jingga, baru kau ada hati mahu menoleh ke arahku.
 
Bunga : Aku…
 
Purnama : Jiwa kacau bukan?
 
*Angguk*
 
Purnama : Aku faham. Aku memerhati. Dan aku mengerti. Mari aku ceritakan satu perihal cinta dan hati pada kamu.
 
*Bunga memanggung kepala, bersedia untuk mendengar ceritera dari sang purnama*
 
Purnama : 3 manusia dan 3 hati. Dandi, Seri Pagi dan Arjuna. Arjuna dan Seri Pagi sering bermimpi satu lama lain dan punya satu rasa yang sama antara satu sama lain, namun sukar diuraikan rasa itu. Ada satu rasa yang tenang jika masing-masing saling berhubungan. Seri Pagi dapat rasakan ketelusan dan keikhlasan hati Arjuna terhadapnya namun, yang benarnya kedua mereka tidak pernah bersua muka. Cuma ketemu di dalam mimpi masing-masing selama ini. Dan pada waktu yang sama Dandi turut sama menunjukkan ketelusan dan kesungguhan hatinya untuk bersama Seri Pagi. Saat pintu hatinya terbuka kerna mahu lepaskan hatinya jatuh ke dalam dasar hati Arjuna untuk bersatu, Seri Pagi sedar bahwa ada ‘sesuatu’ yang terhubung di antara dia dan Arjuna.
 
Bunga : Sesuatu?
 
Purnama : Ya. Sesuatu. Cinta mungkin.
 
Bunga : Cinta? Jadi Bunga bermain cinta sama Arjuna. Ah, nakal benar dia.
 
Purnama : Bunga tidak bermaksud untuk bermain cinta sama siapa-siapa. Jauh di sudut hatinya, mahu saja dia lari tinggalkan semuanya. Baginya, cinta patutnya telus dan takkan melukakan perasaan sesiapa.
 
Bunga : Jadi sekarang?
 
Purnama : Jiwa Seri Pagi sedikit kacau. Lantas, dia berfikiran mahu tetap dengan pendirian hatinya. Lantas dia memohon keampunan dari Arjuna kerna dia sedar dia ada mengguris hati Arjuna. Dia sedikit lega saat Arjuna jujur tentang sesuatu dengannya. Namun pada waktu yang sama, hatinya turut sedikit terguris. Terguris kerana terasa dirinya kejam.
 
Bunga : Apa yang Arjuna katakan?
 
Purnama : Arjuna katakan, Ibu ada pesan, lelaki takkan jatuh cinta kalau bukan dia sendiri tidak membuka hati untuk jatuh. Itu pilihan aku. Aku terbuai. Dan aku terlupa mungkin? Aku buang perisai yang menjaga hati aku. Dan akhirnya aku jatuh. Cuma yang aku kesalkan, ianya terlewat sedikit. Bukan terlewat jatuh. Tapi terlewat untuk ianya bermula. Itu paling terkesan untuk aku. Lebih dari itu, aku baik.Itu pilihan. Jangan merasa jahat.
 
Bunga : Arjuna pasti seorang lelaki yang hebat bukan?
 
Purnama : Ya, sangat hebat. Kacak dan keperibadiannya sangat tinggi. Cintanya ikhlas dan telus. Sukar dicari ganti. Namun hatinya sedikit tercalar kerana bunga hatinya bersama lelaki hebat yang lain.
 
*Purnama senyum tawar*
 
Bunga : Lelaki hebat yang lain? Dandi ya? Dandi bagaimana pula?
 
 
Purnama : Dandi juga sama kacak, punya karisma dan peribadinya juga baik. Seri Pagi tahu Dandi cintakannya selama ini, namun Seri Pagi tidak sedar tinggi mana cinta Dandi terhadapnya serta Seri Pagi tidak sedar, Dandi sedar yang Seri Pagi terusik hatinya dengan cinta Arjuna.
 
Bunga : Sulit. Apa kejam benar Seri Pagi lukakan hati dua lelaki hebat yang cintakannya.
 
Purnama : Mungkin tampak kejam, Tapi aku yang memerhati dari atas faham kesulitan hati dan perasaan yang Seri Pagi lalui. Jiwanya sedikit rasa terdera. Dandi ada mengatakan sesuatu kepadanya saat hatinya sedikit turut terasa terluka sama Seri Pagi.
 
Bunga : Pusing. Apa yang dikatakannya?
 
Purnama : Kata Dandi pada Seri Pagi, Barangkali, cinta aku tidak setanding cinta orang lain terhadap kau. Barangkali cinta aku tidak setaraf kehebatan kau bila menyayangi seseorang. Jika kubentangkan emas sejauh 20 batu sekalipun, belum tentu engkau menoleh padaku, Tapi aku ta pernah fikir mahu lepaskan kau. Ku fikir, kau permata yang bernilai. Aku mahu terima baik buruk diri kau, kerna baik buruk aku, kau lengkapkan sehingga ia jadi cukup sempurna.
 
*Bunga terdiam*
 
Purnama            :           Jadi Bunga, apa pandangan kau terhadap perihal cinta dan hati yang satu ini?
 
“We are all like the bright moon, we still have our darker side.” 
Love,
Gillette Flores

Friday, May 10, 2013

Mimpi Yang Sempurna

2 wajah, 5 mimpi.
1 wajah, 3 mimpi yang membuatkan satu hati menangis dalam senyuman.
1 wajah, 2 mimpi yang menyempurnakan dua hati tersenyum dalam kesyukuran.

*senyum*

1 wajah, 1 hati dan 3 mimpi. Ianya jelas. Bukan tilikan, bukan penentu takdir dan bukan juga penentu jodoh.
Namun ianya pendorong kepada hati untuk tidak terapai-apai di udara lalu jatuh ke dalam lembah cinta.

1 wajah, 1 hati dan 2 mimpi. Ianya jelas. Bukan tilikan, bukan takdir dan bukan juga penentu jodoh.
Namun ianya pendorong kepada hati untuk berani terbang ke udara lalu jatuh ke dalam lembah cinta kesekian kalinya.

Jelas, hanya cuma satu hati yang cukup sempurna untuk sempurnakan hati si gadis mendorongnya jatuh di dalam lembah cinta tanpa rasa gusar lemas dan ‘mati’ sekali lagi.
 
Kanda   :               Jika dinda memberi kebenaran, kanda pinta agar dinda memberi keizinan kepada kanda untuk menjadi pemimpin dinda. Bukanlah pemimpin sepenuhnya namun, sebagai sahabat untuk bersama-sama mencari dan menuju ke jalan yang diredhai. Semoga perjalanan kita dipermudahkan dan kita dapat dapat menjadi suami isteri pada suatu hari nanti. Amin.
 
Dinda    :               Dinda berbesar hati kanda. Dan semoga kita dapat hidup bahagia bersama berlandaskan syariat Islam agar kita dapat ke syurga bersama-sama. Andai ditakdirkan kita berjodoh, ingin sekali dinda kekal menjadi isteri kanda di Syurga kelak. 

Dear Kanda,
 
You have given me strength and courage to fight the only fear I could not face on my own - the fear of love.
I promised myself not to fall in love again, then I met you, Kanda.
You gave me hope. When I look into your eyes, I see my future. When I look at you I get a glimpse of forever. I still get scared, but as long as I’m with you I will always have that glimmer of hope.
 
Now I know that I will never stop wanting you. No matter how far away I go or who I meet. I cannot let this go.
 
One day I’ll wake up and you’ll be lying next to me in bed. In our bed. I’ll kiss you and whisper i will whisper in your ear, ‘I loved you yesterday, I love you still, I always have and I always will.’
 
And everything will be alright.
 
Love,
Dinda a.k.a Gill

 
Dear Dinda,
 
Kanda berdoa agar hidup dan mati kanda selama-lamanya bersama dinda. Susah senang episod kita di dunia ini, harapnya dinda ada di samping kanda untuk terus menjadi sumber semangat kanda terus memimpin keluarga kita kelak.
 
Ingin sekali kanda kucup dahi dinda usai solat berjemaah kelak.
Harapan. Itu harapan dan janji kanda untuk menjadi teman dan Insya-Allah dengan izin Tuhan kanda diperkenankan untuk menjadi suami kepada permaisuri hati kanda, iaitu dinda.
 
Love,
Kanda
 
Dengan izin Tuhan, semoga segalanya dipermudahkan. Amin.
 
"Jodoh itu rahsia Allah s.w.t" 

Wednesday, March 20, 2013

Hati di sebalik cermin

“Lepaskan saja dia dari hidupmu Juna.”
 
“Masakan dapat aku lepaskan dia dari hidupku jika hatiku telah mencengkam kuat segala-galanya tentang dia.” 

“Jadi kau mahu tersiksa membiarkan dia bermaharajalela dalam hati kau sedangkan kau tahu yang dia cuma mencintaiku kini? Hanya aku. Hanya aku yang bermakna dalam hidupnya kini Juna.” 

Mata mula berkaca. 

“Kau harus faham, aku punya kehidupan yang jauh lebih sempurna dari hidup kau. Baik dari segi harta, pelajaran mahupun rupa. Dia sendiri mengatakan perkara yang sama kepada aku. Hairan sungguh bagaimana dia boleh jatuh hati kepada kau sebelum ini. Sudahlah taraf keluargamu tidak setanding keluarganya, malahan dari segi rupa juga tidaklah sesempurna manapun kau.” 

Mata yang berkaca tadinya dikecilkan sambil bibir tersenyum nipis. Tanpa dipinta, air mata mengalir menuruni pipi Juna. 

“Tidak kiralah, sebaik mana pun dirimu, sekuat mana pun cinta kau terhadapanya, setia mana pun kau kepadanya, setulus mana pun kau menyayanginya, kau harus sedar yang aku jauh lebih baik dari kau, jauh lebih baik untuk dia.” 

“Wajah kau cantik, tutur bicaramu lembut sehingga mampu menawan hati mana-mana lelaki. Namun jika kesemua mereka punya kebolehan membau daging hati kau, aku yakin kesemuanya akan menjauhkan diri dari kau. Kau tahu mengapa?” 

Elisa mengerutkan keningnya.  

“Daging hati kau. Baunya busuk sebusuk bangkai haiwan yang mati sehingga dihinggap lalat.”
 

Bagai ditampar kuat dengan pernyataan Juna, riak wajah Elisa serentak berubah.
 
“Aku doakan kau dengan dia bahagia. Aku anggap ini ketentuan takdir, namun kau dan dia harus ingat, kita semua sama sahaja. Ciptaan Allah s.w.t. Kau tidak punya hak untuk merendahkan mana-mana ciptaan-Nya.”

Selepas 8 tahun…

“Kau apa khabar Elisa?”

“Aku sihat Alhamdulillah.”

“Maaf aku bertanya, apa khabar dia pula?”

Belum sempat bersuara, tangisan mendahului kata-kata Elisa. Menyentakkan sanubari Juna.

“Elisa?”

Juna memerhati Elisa lama. Mata gadis bermata bundar itu nyata melantunkan isi hatinya. Bagaikan sengsara dengan sesuatu. Kehidupannya mungkin.

“Aku tak tahu dari mana puncanya, dari mana datangnya sakit itu, dia kini terlantar di rumah bagai mayat hidup. Perit hati aku melihat keadaannya Juna.”

Hati Juna bagai dijentik kuat.

“Sakit apa itu?”

"Puas aku cuba mencari punca penyakitnya. Namun tidak diketahui. Puas dukun aku berjumpa, juga tidak diketahui puncanya.”

Juna terdiam.

“Dari 90 kg badannya, kini turun ke 60 kg Juna. Dalam masa yang singkat. Kau bayangkan.”

“Astaghfirullah hal’azim.”

Sekali lagi Elisa menghamburkan airmatanya. Namun kini di dalam pelukan Juna.

Sesungguhnya tiada siapa yang mampu menduga dan melawan kuasa Allah s.w.t.
 
Xoxo,
Gill

Monday, February 18, 2013

Sekali lagi aku ke sana...

Belahan sinar mentari pagi mewarnai pasir yang dipijak,
Sapaan angin berlagu manja dengan bunyi ombak mengukir senyum diwajah,
Pelukan hangat kasih sayang disulami penyatuan dua tapak tangan aku dan dia,
Tenang… Bahagia…
Bagai berada di alam mimpi yang indah,
Ingin kekal di sana jika dunia itu pasti,
Agar dapat ku tatap wajahnya lama,
Agar dapat ku renung anak matanya lama,
Agar dapat ku usap pipinya lama sambil mengukir senyum,
Agar dapat ku lekapkan telapak tanganku lama di dadanya sambil hatiku berbisik,
 “Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu” 

Mahu ku kecup kelopak matanya sebelum dia melafaz kembali kata cinta itu,
Saat ombak berbalas bunyi bersama angin bayu,
Ku lekapkan telingaku ke dadanya,
Ku tutup mataku untuk mendengar,
Kata hatinya yang berdegup lembut dan tenang,
Menjawab lafaz cinta hatiku, 

Dengan izin Tuhan, di situ – cinta kami terkubur, bersatu…
 
 
Xoxo,
Gill