Random Questions about Capoeira

Wednesday, January 16, 2013

Kehidupan Kedua Kalinya

Bulan    :           Malam ini tiada kisah cinta yang aku mahu kongsikan bersama kau.


Bunga   :           Ah! Sunyi malam ini tanpa kisah cinta dari kau.
Bulan    :           Tapi ada satu kisah yang mahu aku ceritakan sekarang.
Bunga   :           Kisah apa?
Bulan    :           Kisah si gadis yang mahu mengakhiri nafasnya disebabkan terlalu kecewa dengan kekasih hati.
Bunga   :           Tetap kisah cinta.
Bulan    :           Ianya berbeza. Dengarkan ya. Pada satu malam, si gadis berasa amat sengsara disebabkan masalah hubungan cintanya. Lama memendam rasa, si gadis tekad mahu mengakhiri hidupnya. Dengan tangisan di mata, sedu sedan di dada, pisau tajam diambil lalu dihiris pergelangan tangannya. Darah mengalir beberapa saat kemudian sehingga memberinya rasa sakit dan pedih yakni lebih pedih dari rasa kecewa dalam hubungan cintanya. 

Bunga   :           Apa cetek benar fikirannya?
Bulan    :           Itu apa yang kau fikir. Ramai yang jadi begitu bila jiwa celaru hingga hilang pedoman. Hilang akal, hilang pegangan agama. Beberapa minit selepas itu, Sebagaimana dipintanya, nyawanya ditarik. Dan sekelip mata dia menjalani kehidupan di alam lain.
Bunga   :           Barzakh?
Bulan    :           Tidak. Entah di mana kehidupannya terhenti. Dia tidak terus ke alam barzakh. Mungkin Allah s.w.t tak mahu hidupnya berakhir di situ, beberapa kali dirinya terapung-apung di udara sebelum jatuh ke dalam satu tasik yang punya air merah, mengelegak, panasnya terasa walau dia jauh beberapa kaki dari tasik itu. Walau belum tersentuh badannya dengan air tasik itu, si daging dan tulangnya sudah habis dijamah suhu air tasik tersebut. 
Bunga   :           Azab sekali rasanya.
Bulan    :           Ya. Azab yang amat. Selepas terjatuh dia ke dalam tasik tersebut, nyawanya bersambung. Dia hidup kembali dan terjatuh lagi ke dalam tasik tersebut. Menjerit melolong dia kerana tak sanggup merasa azab itu. 
Bunga   :           Jika aku sekalipun, pasti akan terjerit melolong begitu.
Bulan    :           Ya, sesiapapun pasti akan merasa begitu. Kali kelima sebelum terjatuh ke dalam tasik tersebut, dia mula menyebut nama Allah s.w.t. Beberapa kali menyebut nama Allah s.w.t, dia teringatkan kata-kata guru agamanya sewaktu hidupnya dulu.

Sabda Nabi s.a.w.

” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .

Ertinya:Ada seorang lelaki sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya, dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hamba Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.
Lantas, dia mengucap dan menyebut nama Allah s.w.t serta memohon keampunan dari Allah s.w.t. berulang kali. Dan kesekian kalinya, dia terjatuh ke dalam tasik tersebut. Maka menjerit dan terlolonglah dia sekali lagi.
Bunga   :           Kesekian kalinya? Apa yang terjadi selepas itu?
Bulan    :           Dia terperangkap di dalam mimpi panjang. Sepanjang mimpi itu, dia bermimpi pergelangan tangannya disiat-siat dengan pisau tajam. Badannya melecur hampir keseluruhan badan. Dengan rasa sakit dan pedih, dia berjalan mencari pertolongan namun tiada sesiapa yang sudi memberikannya pertolongan. Semakin lama, dia menghampiri padang gurun. Panas terik di padang gurun itu buat dia berasa amat dahaga. Puas dicarinya air untuk diminum namun langsung tidak ketemu punca air di situ. Bila dilangut kepalanya, ternampak beberapa mayat tergantung lehernya dengan pisau yang tercucuk menembusi pergelangan tangan mereka.
Bunga   :           Ngeri sekali.
Bulan    :           Ya. Lengannya yang dihiris-hiris tadi, hampir kering darahnya namun dihiris-dihirs lagi dengan pisau. Maka menjerit dan terlolonglah dia sekali lagi.
Bunga   :           Lalu? Dia terus bermimpi?
Bulan    :           Tidak. Dia terjaga dari mimpi dan mendapati dirinya berada di dalam wad hospital. Saat dia membuka matanya, dia meraba-raba seluruh tubuhnya. Masih elok, tidak melecur dan dia melihat pergelangan tangannya, Tangannya yang dihiris, berbalut elok. Tanpa luar kawalannya, air matanya mencurah-curah jatuh sambil bibirnya mengucap tanpa henti serta memohon keampunan dari Allah s.w.t.
Bunga   :           Sesungguhnya Alla itu Maha Pengampun dan Mengasihani.
Bulan    :           Ya. Sesungguhnya.
Bunga   :           Seterusnya, apa yang terjadi?
Bulan    :           Seterusnya, si gadis terus membuang jauh kekasih hati jauh dari hatinya, fikirannya serta kehidupannya. Dirinya didekatkan kepada Allah s.w.t dan jodohnya didekatkan kepadanya tak lama selepas itu. Dan kini mereka punya zuriat yang comel bernama Amir Hamzah.

10 comments:

boni kacak said...

ni kisah benar yang menimpa sahabat awak ke? kisah ni memang sangat-sangat memberi kesedaran kepada mereka2 yang suka bertindak melulu dan mengikut perasaan...

Anonymous said...

Dezee pun rasa ni macam kisah benar jer..ni bukan kisah Gillete an?

iAmCekbolat said...

indah jalan cerita bulan bintang . :))

akak gill ! rinduuuu . hehe

Anonymous said...

Salam Gill.

Cerita yang baik, dan aku suka akhirannya. Kebetulan aku juga menuliskan perkara yang sama.

*senyum*

-AsaSiaga-

ewanthology said...

Apa apa yang terjadi, ingat Allah.

Nong Andy said...

Gil,

ini sangat berbaloi untuk di habisi...

terima kasaih ya..

Skull Writers said...

Gil,

aku kagum...

rasanya sungguh terkesan.

bagus sekali.

bukan semua oarang punya peluang kedua...

dan pasti dia berdoa dengan iklas hati kerna itu doanya di dengari..



Nico Robin

Gillette Flores said...

♥ boni kacak,
Ini garapan hasil dari imaginasi Gill dan fakta logika yang Gill cari dari sumber yang sahih :)

♥ Dezee,
Jawapan yang sama seperti Boni ya? :)
Terima kasih kerana sudi membaca *senyum*

♥ bolat,
Miss you too sweetie :)

♥ AsaSiaga,
Terima kasih atas kesudian kau membaca entri Gill.

Gill nantikan kisah itu *senyum*

♥ the malay male,
Benar :)

♥ Nong Andy,
Sama-sama.
Terima kasih juga sudi singgah dan membaca di sini ya :)

♥ Nico Robin,
Rendah diri rasanya kau kagum dengan tulisan Gill.
Imaginasi dan penulisan kau jujurnya jauh lebih baik dari Gill.
Terima kasih
*senyum*

Asrul "iLham" Sany said...

Nasib baik masih ada peluang...

P.s : kecewa utk cinta lebih baik bls dendam ngan shopping je haha

Anonymous said...

Gill...nauzubillah. itulah yg terlintas di fikiran mlm tadi...siapa tahu mungkin syaitan melintaskannya lg mlm ini. Tp Allah gerakkan takdir utk Hazel baca ni lalu rasa insaf yg amat sgt. Thx gill. Cinta mmg seksa. Hazel sgt bertuah jika mampu sekuat ini mmbuang kekasih dari hati.