Bunga : Ah!
Sunyi malam ini tanpa kisah cinta dari kau.
Bulan : Tapi
ada satu kisah yang mahu aku ceritakan sekarang.
Bunga : Kisah
apa?
Bulan : Kisah
si gadis yang mahu mengakhiri nafasnya disebabkan terlalu kecewa dengan kekasih
hati.
Bunga : Tetap
kisah cinta.
Bulan : Ianya
berbeza. Dengarkan ya. Pada satu malam, si gadis berasa amat sengsara
disebabkan masalah hubungan cintanya. Lama memendam rasa, si gadis tekad mahu
mengakhiri hidupnya. Dengan tangisan di mata, sedu sedan di dada, pisau tajam
diambil lalu dihiris pergelangan tangannya. Darah mengalir beberapa saat
kemudian sehingga memberinya rasa sakit dan pedih yakni lebih pedih dari rasa
kecewa dalam hubungan cintanya.
Bunga : Apa
cetek benar fikirannya?
Bulan : Itu
apa yang kau fikir. Ramai yang jadi begitu bila jiwa celaru hingga hilang
pedoman. Hilang akal, hilang pegangan agama. Beberapa minit selepas itu,
Sebagaimana dipintanya, nyawanya ditarik. Dan sekelip mata dia menjalani
kehidupan di alam lain.
Bunga : Barzakh?
Bulan : Tidak.
Entah di mana kehidupannya terhenti. Dia tidak terus ke alam barzakh. Mungkin
Allah s.w.t tak mahu hidupnya berakhir di situ, beberapa kali dirinya
terapung-apung di udara sebelum jatuh ke dalam satu tasik yang punya air merah,
mengelegak, panasnya terasa walau dia jauh beberapa kaki dari tasik itu. Walau
belum tersentuh badannya dengan air tasik itu, si daging dan tulangnya sudah
habis dijamah suhu air tasik tersebut.
Bunga : Azab
sekali rasanya.
Bulan : Ya.
Azab yang amat. Selepas terjatuh dia ke dalam tasik tersebut, nyawanya
bersambung. Dia hidup kembali dan terjatuh lagi ke dalam tasik tersebut.
Menjerit melolong dia kerana tak sanggup merasa azab itu.
Bunga : Jika
aku sekalipun, pasti akan terjerit melolong begitu.
Bulan : Ya,
sesiapapun pasti akan merasa begitu. Kali kelima sebelum terjatuh ke dalam
tasik tersebut, dia mula menyebut nama Allah s.w.t. Beberapa kali menyebut nama
Allah s.w.t, dia teringatkan kata-kata guru agamanya sewaktu hidupnya dulu.
Sabda Nabi s.a.w.
” كان
فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات
. قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .
Ertinya: “Ada seorang lelaki sebelum dari kamu telah luka, lalu
dia tidak sabar menanggungnya, dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka
keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah
Azzawajalla befirman, “Hamba Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya
maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.
Lantas, dia mengucap dan
menyebut nama Allah s.w.t serta memohon keampunan dari Allah s.w.t. berulang
kali. Dan kesekian kalinya, dia terjatuh ke dalam tasik tersebut. Maka menjerit
dan terlolonglah dia sekali lagi.
Bunga : Kesekian kalinya? Apa yang terjadi selepas itu?
Bulan : Dia terperangkap di dalam mimpi panjang. Sepanjang mimpi
itu, dia bermimpi pergelangan tangannya disiat-siat dengan pisau tajam. Badannya
melecur hampir keseluruhan badan. Dengan rasa sakit dan pedih, dia berjalan
mencari pertolongan namun tiada sesiapa yang sudi memberikannya pertolongan.
Semakin lama, dia menghampiri padang gurun. Panas terik di padang gurun itu
buat dia berasa amat dahaga. Puas dicarinya air untuk diminum namun langsung tidak
ketemu punca air di situ. Bila dilangut kepalanya, ternampak beberapa mayat
tergantung lehernya dengan pisau yang tercucuk menembusi pergelangan tangan
mereka.
Bunga : Ngeri sekali.
Bulan : Ya. Lengannya yang dihiris-hiris tadi, hampir kering
darahnya namun dihiris-dihirs lagi dengan pisau. Maka menjerit dan terlolonglah
dia sekali lagi.
Bunga : Lalu? Dia terus bermimpi?
Bulan : Tidak. Dia terjaga dari mimpi dan mendapati dirinya berada
di dalam wad hospital. Saat dia membuka matanya, dia meraba-raba seluruh
tubuhnya. Masih elok, tidak melecur dan dia melihat pergelangan tangannya,
Tangannya yang dihiris, berbalut elok. Tanpa luar kawalannya, air matanya
mencurah-curah jatuh sambil bibirnya mengucap tanpa henti serta memohon
keampunan dari Allah s.w.t.
Bunga : Sesungguhnya Alla itu Maha Pengampun dan Mengasihani.
Bulan : Ya. Sesungguhnya.
Bunga : Seterusnya, apa yang terjadi?
Bulan : Seterusnya, si gadis terus membuang jauh kekasih hati jauh
dari hatinya, fikirannya serta kehidupannya. Dirinya didekatkan kepada Allah
s.w.t dan jodohnya didekatkan kepadanya tak lama selepas itu. Dan kini mereka
punya zuriat yang comel bernama Amir Hamzah.
10 comments:
ni kisah benar yang menimpa sahabat awak ke? kisah ni memang sangat-sangat memberi kesedaran kepada mereka2 yang suka bertindak melulu dan mengikut perasaan...
Dezee pun rasa ni macam kisah benar jer..ni bukan kisah Gillete an?
indah jalan cerita bulan bintang . :))
akak gill ! rinduuuu . hehe
Salam Gill.
Cerita yang baik, dan aku suka akhirannya. Kebetulan aku juga menuliskan perkara yang sama.
*senyum*
-AsaSiaga-
Apa apa yang terjadi, ingat Allah.
Gil,
ini sangat berbaloi untuk di habisi...
terima kasaih ya..
Gil,
aku kagum...
rasanya sungguh terkesan.
bagus sekali.
bukan semua oarang punya peluang kedua...
dan pasti dia berdoa dengan iklas hati kerna itu doanya di dengari..
Nico Robin
♥ boni kacak,
Ini garapan hasil dari imaginasi Gill dan fakta logika yang Gill cari dari sumber yang sahih :)
♥ Dezee,
Jawapan yang sama seperti Boni ya? :)
Terima kasih kerana sudi membaca *senyum*
♥ bolat,
Miss you too sweetie :)
♥ AsaSiaga,
Terima kasih atas kesudian kau membaca entri Gill.
Gill nantikan kisah itu *senyum*
♥ the malay male,
Benar :)
♥ Nong Andy,
Sama-sama.
Terima kasih juga sudi singgah dan membaca di sini ya :)
♥ Nico Robin,
Rendah diri rasanya kau kagum dengan tulisan Gill.
Imaginasi dan penulisan kau jujurnya jauh lebih baik dari Gill.
Terima kasih
*senyum*
Nasib baik masih ada peluang...
P.s : kecewa utk cinta lebih baik bls dendam ngan shopping je haha
Gill...nauzubillah. itulah yg terlintas di fikiran mlm tadi...siapa tahu mungkin syaitan melintaskannya lg mlm ini. Tp Allah gerakkan takdir utk Hazel baca ni lalu rasa insaf yg amat sgt. Thx gill. Cinta mmg seksa. Hazel sgt bertuah jika mampu sekuat ini mmbuang kekasih dari hati.
Post a Comment