*Diam*
Purnama : Saat aku berubah menjadi
jingga, baru kau ada hati mahu menoleh ke arahku.
Bunga : Aku…
Purnama : Jiwa
kacau bukan?
*Angguk*
Purnama : Aku
faham. Aku memerhati. Dan aku mengerti. Mari aku ceritakan satu perihal cinta
dan hati pada kamu.
*Bunga
memanggung kepala, bersedia untuk mendengar ceritera dari sang purnama*
Purnama : 3
manusia dan 3 hati. Dandi, Seri Pagi dan Arjuna. Arjuna dan Seri Pagi sering
bermimpi satu lama lain dan punya satu rasa yang sama antara satu sama lain,
namun sukar diuraikan rasa itu. Ada satu rasa yang tenang jika masing-masing
saling berhubungan. Seri Pagi dapat rasakan ketelusan dan keikhlasan hati
Arjuna terhadapnya namun, yang benarnya kedua mereka tidak pernah bersua muka.
Cuma ketemu di dalam mimpi masing-masing selama ini. Dan pada waktu yang sama
Dandi turut sama menunjukkan ketelusan dan kesungguhan hatinya untuk bersama
Seri Pagi. Saat pintu hatinya terbuka kerna mahu lepaskan hatinya jatuh ke
dalam dasar hati Arjuna untuk bersatu, Seri Pagi sedar bahwa ada ‘sesuatu’ yang
terhubung di antara dia dan Arjuna.
Bunga : Sesuatu?
Purnama : Ya.
Sesuatu. Cinta mungkin.
Bunga : Cinta?
Jadi Bunga bermain cinta sama Arjuna. Ah, nakal benar dia.
Purnama : Bunga
tidak bermaksud untuk bermain cinta sama siapa-siapa. Jauh di sudut hatinya,
mahu saja dia lari tinggalkan semuanya. Baginya, cinta patutnya telus dan
takkan melukakan perasaan sesiapa.
Bunga : Jadi
sekarang?
Purnama : Jiwa
Seri Pagi sedikit kacau. Lantas, dia berfikiran mahu tetap dengan pendirian
hatinya. Lantas dia memohon keampunan dari Arjuna kerna dia sedar dia ada
mengguris hati Arjuna. Dia sedikit lega saat Arjuna jujur tentang sesuatu
dengannya. Namun pada waktu yang sama, hatinya turut sedikit terguris. Terguris
kerana terasa dirinya kejam.
Bunga : Apa
yang Arjuna katakan?
Purnama : Arjuna
katakan, Ibu ada pesan, lelaki takkan jatuh cinta kalau bukan dia sendiri tidak
membuka hati untuk jatuh. Itu pilihan aku. Aku terbuai. Dan aku terlupa
mungkin? Aku buang perisai yang menjaga hati aku. Dan akhirnya aku jatuh. Cuma yang
aku kesalkan, ianya terlewat sedikit. Bukan terlewat jatuh. Tapi terlewat untuk
ianya bermula. Itu paling terkesan untuk aku. Lebih dari itu, aku baik.Itu
pilihan. Jangan merasa jahat.
Bunga : Arjuna
pasti seorang lelaki yang hebat bukan?
Purnama : Ya,
sangat hebat. Kacak dan keperibadiannya sangat tinggi. Cintanya ikhlas dan
telus. Sukar dicari ganti. Namun hatinya sedikit tercalar kerana bunga hatinya
bersama lelaki hebat yang lain.
*Purnama
senyum tawar*
Bunga : Lelaki
hebat yang lain? Dandi ya? Dandi bagaimana pula?
Purnama : Dandi
juga sama kacak, punya karisma dan peribadinya juga baik. Seri Pagi tahu Dandi
cintakannya selama ini, namun Seri Pagi tidak sedar tinggi mana cinta Dandi
terhadapnya serta Seri Pagi tidak sedar, Dandi sedar yang Seri Pagi terusik
hatinya dengan cinta Arjuna.
Bunga : Sulit.
Apa kejam benar Seri Pagi lukakan hati dua lelaki hebat yang cintakannya.
Purnama : Mungkin
tampak kejam, Tapi aku yang memerhati dari atas faham kesulitan hati dan
perasaan yang Seri Pagi lalui. Jiwanya sedikit rasa terdera. Dandi ada
mengatakan sesuatu kepadanya saat hatinya sedikit turut terasa terluka sama
Seri Pagi.
Bunga : Pusing.
Apa yang dikatakannya?
Purnama : Kata
Dandi pada Seri Pagi, Barangkali, cinta aku tidak setanding cinta orang lain
terhadap kau. Barangkali cinta aku tidak setaraf kehebatan kau bila menyayangi
seseorang. Jika kubentangkan emas sejauh 20 batu sekalipun, belum tentu engkau
menoleh padaku, Tapi aku ta pernah fikir mahu lepaskan kau. Ku fikir, kau
permata yang bernilai. Aku mahu terima baik buruk diri kau, kerna baik buruk
aku, kau lengkapkan sehingga ia jadi cukup sempurna.
*Bunga
terdiam*
Purnama : Jadi
Bunga, apa pandangan kau terhadap perihal cinta dan hati yang satu ini?
“We are all like the bright moon, we still have our darker side.”
Love,
Gillette Flores
8 comments:
komplikated sungguh
Hehe..sweet je gill
sungguh bermakna cerita ini...hehehe
musim jerebu.... purnama x nampak bunga :-)
Sudah lama tidak menjenguk ke sini. Apa khabar kamu? :)
agak complicated lah gill. lama saya tak singgah sini. apa khabar tuan blog?
entah kenapa aku rasa sedih.
macam twilight
satu bunga...
dua... lelakinya :)
Hai Gil :)
Nico Robin
Post a Comment