Random Questions about Capoeira

Friday, June 28, 2013

Kisah Purnama dan Bunga

Purnama : Lama benar kau tak menjengukku Bunga.

*Diam*
 
Purnama : Saat aku berubah menjadi jingga, baru kau ada hati mahu menoleh ke arahku.
 
Bunga : Aku…
 
Purnama : Jiwa kacau bukan?
 
*Angguk*
 
Purnama : Aku faham. Aku memerhati. Dan aku mengerti. Mari aku ceritakan satu perihal cinta dan hati pada kamu.
 
*Bunga memanggung kepala, bersedia untuk mendengar ceritera dari sang purnama*
 
Purnama : 3 manusia dan 3 hati. Dandi, Seri Pagi dan Arjuna. Arjuna dan Seri Pagi sering bermimpi satu lama lain dan punya satu rasa yang sama antara satu sama lain, namun sukar diuraikan rasa itu. Ada satu rasa yang tenang jika masing-masing saling berhubungan. Seri Pagi dapat rasakan ketelusan dan keikhlasan hati Arjuna terhadapnya namun, yang benarnya kedua mereka tidak pernah bersua muka. Cuma ketemu di dalam mimpi masing-masing selama ini. Dan pada waktu yang sama Dandi turut sama menunjukkan ketelusan dan kesungguhan hatinya untuk bersama Seri Pagi. Saat pintu hatinya terbuka kerna mahu lepaskan hatinya jatuh ke dalam dasar hati Arjuna untuk bersatu, Seri Pagi sedar bahwa ada ‘sesuatu’ yang terhubung di antara dia dan Arjuna.
 
Bunga : Sesuatu?
 
Purnama : Ya. Sesuatu. Cinta mungkin.
 
Bunga : Cinta? Jadi Bunga bermain cinta sama Arjuna. Ah, nakal benar dia.
 
Purnama : Bunga tidak bermaksud untuk bermain cinta sama siapa-siapa. Jauh di sudut hatinya, mahu saja dia lari tinggalkan semuanya. Baginya, cinta patutnya telus dan takkan melukakan perasaan sesiapa.
 
Bunga : Jadi sekarang?
 
Purnama : Jiwa Seri Pagi sedikit kacau. Lantas, dia berfikiran mahu tetap dengan pendirian hatinya. Lantas dia memohon keampunan dari Arjuna kerna dia sedar dia ada mengguris hati Arjuna. Dia sedikit lega saat Arjuna jujur tentang sesuatu dengannya. Namun pada waktu yang sama, hatinya turut sedikit terguris. Terguris kerana terasa dirinya kejam.
 
Bunga : Apa yang Arjuna katakan?
 
Purnama : Arjuna katakan, Ibu ada pesan, lelaki takkan jatuh cinta kalau bukan dia sendiri tidak membuka hati untuk jatuh. Itu pilihan aku. Aku terbuai. Dan aku terlupa mungkin? Aku buang perisai yang menjaga hati aku. Dan akhirnya aku jatuh. Cuma yang aku kesalkan, ianya terlewat sedikit. Bukan terlewat jatuh. Tapi terlewat untuk ianya bermula. Itu paling terkesan untuk aku. Lebih dari itu, aku baik.Itu pilihan. Jangan merasa jahat.
 
Bunga : Arjuna pasti seorang lelaki yang hebat bukan?
 
Purnama : Ya, sangat hebat. Kacak dan keperibadiannya sangat tinggi. Cintanya ikhlas dan telus. Sukar dicari ganti. Namun hatinya sedikit tercalar kerana bunga hatinya bersama lelaki hebat yang lain.
 
*Purnama senyum tawar*
 
Bunga : Lelaki hebat yang lain? Dandi ya? Dandi bagaimana pula?
 
 
Purnama : Dandi juga sama kacak, punya karisma dan peribadinya juga baik. Seri Pagi tahu Dandi cintakannya selama ini, namun Seri Pagi tidak sedar tinggi mana cinta Dandi terhadapnya serta Seri Pagi tidak sedar, Dandi sedar yang Seri Pagi terusik hatinya dengan cinta Arjuna.
 
Bunga : Sulit. Apa kejam benar Seri Pagi lukakan hati dua lelaki hebat yang cintakannya.
 
Purnama : Mungkin tampak kejam, Tapi aku yang memerhati dari atas faham kesulitan hati dan perasaan yang Seri Pagi lalui. Jiwanya sedikit rasa terdera. Dandi ada mengatakan sesuatu kepadanya saat hatinya sedikit turut terasa terluka sama Seri Pagi.
 
Bunga : Pusing. Apa yang dikatakannya?
 
Purnama : Kata Dandi pada Seri Pagi, Barangkali, cinta aku tidak setanding cinta orang lain terhadap kau. Barangkali cinta aku tidak setaraf kehebatan kau bila menyayangi seseorang. Jika kubentangkan emas sejauh 20 batu sekalipun, belum tentu engkau menoleh padaku, Tapi aku ta pernah fikir mahu lepaskan kau. Ku fikir, kau permata yang bernilai. Aku mahu terima baik buruk diri kau, kerna baik buruk aku, kau lengkapkan sehingga ia jadi cukup sempurna.
 
*Bunga terdiam*
 
Purnama            :           Jadi Bunga, apa pandangan kau terhadap perihal cinta dan hati yang satu ini?
 
“We are all like the bright moon, we still have our darker side.” 
Love,
Gillette Flores

8 comments:

Nong Andy said...

komplikated sungguh

Anonymous said...

Hehe..sweet je gill

ajax85 said...

sungguh bermakna cerita ini...hehehe

ewanthology said...

musim jerebu.... purnama x nampak bunga :-)

Felly Sophia said...

Sudah lama tidak menjenguk ke sini. Apa khabar kamu? :)

boni kacak said...

agak complicated lah gill. lama saya tak singgah sini. apa khabar tuan blog?

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

entah kenapa aku rasa sedih.

Skull Writers said...

macam twilight

satu bunga...

dua... lelakinya :)


Hai Gil :)





Nico Robin