Indera
Dewa
: Fasa kedua?
Maksud kau?
Bunga
Dewi
: Fasa kedua
hidupku, lalui kitaran yang sama. Cuma kali ini lain ceritanya.
Indera
Dewa
: Ceritanya?
Bunga
Dewi
: Rasa cinta yang
fikirku sudah lama lenyap dan tak akan wujud lagi – masih wujud dalam hatiku.
Indera
Dewa :
Ah! Kau buat aku bingung
Bunga.
Bunga
Dewi
: Selama ini aku
fikir, cinta tak pernah memihak atau tercipta untuk aku. Aku fikir harusnya aku
lupa wujudnya cinta sejati atau dua perasaan cinta yang terpaut hingga mampu
membuatkan dunia kita bagai diwarna warna pelangi, cantik, indah… ajaib…
Indera
Dewi
: Ajaib? Ah! Bunga.
Benarnya laki-laki tak gemar memerah akal fikirannya memikir ayat-ayat yang
berbelit-belit sebegini. Apa saja yang kau cuba ceritakan? Ceritakan saja tanpa
kau kaitkan pelangi atau keajaiban.
Bunga
tertawa kecil. Indera senyum manis melihat Bunga tertawa.
Bunga
Dewi
: Pokok pangkalnya
– semuanya tentang cinta.
Indera
Dewa
: Jadi apa yang
ajaibnya? Mana datangnya pelangi?
Indera
sengaja mengusik.
Bunga
Dewi
: Ah! Kau ini
Indera.
Bunga
mencebik sambil mencubit kecil lengan Indera. Indera senyum. Manis. Semanis
madu. Ya, semanis madu. Manis tapi tidak dihurung semut. Manisnya istimewa.
Bunga
Dewi
: Aku fikir,
hatinya sudah tertanam ataupun berkarat dari rasa cinta. Tanpa sedar – kini
tanah mahupun karat yang menutup hati aku dan biar aku terkubur selama ini kini
sudah kembali serinya.
Indera
Dewa
: Jadi itu maksud
kau yang ajaibnya ya?
Bunga
Dewi :
Ya, lebih kurang
begitulah.
Indera
Dewa
: Bagaimana bisa
hilang karatnya?
Bunga
memandang Indera dan senyum seribu makna. Bibirnya tertutup rapat. Tak rasa
mahu berbicara lagi. Mahu direnung wajah Indera sepuas mungkin terlebih dahulu.
Pandangan matanya kini tertumpu pada mata Indera. Indah! Indera punya sepasang
mata yang indah. Yang mampu buat hati Bunga semakin mekar serinya. Bunga
melekapkan telapak tangan kanannya di pipi Indera. Matanya dari tadi tidak
sedikitpun berkelip dari memandang anak mata Indera.
Bunga
Dewi :
Terima kasih.
Bunga
senyum. Indera mengerut dahinya.
Indera
Dewa
: Kau buat aku
percaya kembali, cinta sejati itu wujud. Rasa percaya itu sudah lama hilang.
Bunga
senyum seribu makna. Indera turut sama senyum.
Bunga
Dewi :
Andai ditakdirkan ajal
awal menjemputku, hatiku senang – kerana kau buat hatiku kembali hidup setelah
sekian lama tidak bernafas kerana terkubur dalam tanah sehingga berkarat.
Gelap, tak mampu bernafas, mati…
Indera
masih senyum.
Bunga
Dewi
: Pastinya yang
baik-baik datangnya dari Pencipta kita, hamba-hambanya yang kerdil. Aku
harapkan yang terbaik. Aku tak mahu melawan arus takdir. Aku mahu raikan
keajaiban yang muncul tiba-tiba ini di landasan yang betul dan akan aku ikut
arus takdir yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz.
“There
is nothing stronger than true love. You must believe to understand, and you
must understand to believe. If you don't believe, you can't understand, and, if
you don't understand, you can't believe.”
With Love,
Gill
1 comment:
You have been busy lately gill?
Post a Comment