Random Questions about Capoeira

Wednesday, February 26, 2014

Capoeira Class at Caboco

Assalamu'alaikum  & hello awak-awak semua.
*senyum*

Quick and simple post for today.

Tapi sebelum tu, Daniel Hakim dan Annur, okay kita jangan berteka-teki lagi ye?


Hi, nama saya Gillette Flores a.k.a Joyah *senyum*

Okay, kita sambung cerita ye.
Sepertimana yang awak-awak semua sedia maklum, selain daripada ber'dating', makan, tidur dan kais pagi makan pagi - kais petang makan petang, Gill suka menyibukkan diri dengan aktiviti Capoeira paranaue. Haaa, itulah motifnya awal-awal Gill letak logo 'Caboco' tu *senyum*
Ramai yang kalau Gill cakap Capoeira, akan tanya.

Wak Koyok : Apa tu Capoeira?
Gill : Brazillian martial art.
Wak Koyok : *geleng kepala* Tak tau.
Gill : Alaa... Paraneue...
Wak Koyok : Oooooo *angguk kepala laju-laju mengalahkan burung belatuk*
Gill : Haaa... tau pun...
Wak Koyok : Yang menari-menari tu ke? *sambil menari ala-ala zapin*
Gill : Bukaaann... dia bukan menari-menari. Dia martial art. Tumbuk tendang terajang semua.
Wak Koyok : Tapi dia ada musik pastu nampak macam menari-menari.
Gill : Musik tu memang part of Capoeira. Menari-menari tu bukan menari. Kalau nak tau, pe kata join kelas Capoeira ni sekali - lepas tu baru tau apa Capoeira tu sebenarnya.

Diringkaskan cerita, Gill mula join Capoeira di Capoeira Camara Malaysia sejak 15 August 2012 (sehingga sekarang). Jujurnya, Capoeira banyak membantu Gill tingkatkan keyakinan diri, bantu Gill jadi lebih tough, gigih dan gagah.

Diringkaskan cerita lagi, pada sesiapa yang berminat nak join dan mendalami seni pertahankan diri Capoeira ni, studio group Capoeira Camara Malaysia which Caboco, lokasinya berdekatan di Paradigm Mall ye? Siapa tak tahu kat mana Paradigm Mal tu apa kata ketuk pintu bilik boss sekarang, masuk bilik dia then tanya dia macam ni, "Boss, saya nak belajar martial art. Sebab nanti kalau boss marah saya boleh saya pelangkung kepala boss. Oleh itu, saya nak tanya boss, Paradigm Mall tu dekat mana?"

Kalau takde boss, apa kata ketuk pintu jiran rumah sebelah tanya dia, "Hi awak. Saya nak tanya awak lah. Awak tahu tak Paradigm Mall tu dekat mana?"

Kalau boss dengan jiran tak tau dekat mana Paradigm Mall tu dekat mana, awak-awak semua tengoklah map dekat bawah ni. Caboco sebenarnya berlokasi di belakang Paradigm Mall. Jangan nanti masuk Paradigm Mall cari dekat directory Caboco tu dekat mana. 7 hari 7 malam tenung bersengkang mata cari pun memang takkan jumpa. Hihihi~

Semua details dekat bawah termasuklah jadual kelas. *senyum*

Secara ringkasnya lagi - Gill memang in love dengan Capoeira ni sejak August 2012 dulu.
Jom in love sama-sama nak? *kenyit mata*

Salam sayang semua!
Love,
Gill

CabocoB-16-1 Zenith Corporate Park, Jln SS7/26 Kelana Jaya
(shoplot behind Paradigm Mall, above KJ Bistro (formerly known as Al-Safa Bistro)).
Tel: 016-971-1765 Email: farezza311@gmail.com
GPS coordinate / Google map – 3.104647, 101.592993

View Larger Map


Caboco Schedule
MONTUEWEDTHUFRISATSUN
8:00-9:00
9:00-10:00
10:00-11:00YogaCapoeira KidsCapoeira Kids
11:00-12:00
12:30-13:30
13:00-14:00
14:00-15:00
15:00-16:00Zumba
16:00-17:30Brazilian
Jiu-jitsu
BJJ (3-5pm)
17:00-18:00YogaCapoeira
All (4-6pm)
18:00-19:00
19:00-20:00
20:00-21:00Capoeira BasicsFit CombatCapoeira BasicsBrazilian
Jiu-jitsu
Capoeira Intermediate
21:00-22:00Zumba
22:00-23:00


*Updated on 1st November 2013.
  1. Capoeira Basic: Mainly for beginners but students with cordas are welcome to polish their basic skills. Conducted by Fadinha.
  2. Capoeira Intermediate: For students with cordas. Conducted by Instrutor Soldado.
  3. Capoeira Kids: For children aged 5-11. A great and fun way to develop your kids’ agility and flexibility. Conducted by Instrutor Soldado.
  4. Capoeira All Levels: For everyone regardless of level and age. A family that plays together, stick together. Conducted by Instrutor Soldado.
  5. BJJ (Brazilian Jiu-jitsu): Ground-game self-defense where technique and leverage dominate strength. Conducted by instrutors from the Marcos Escobar Brazilian Jiu-jitsu Association (MEBJJA).
  6. BJJ Drills: Caboco will be opened for BJJ students who want to drop by at lunch hour to practice what they’ve learned so far.
  7. Fit Combat: Intense combat-based fitness excercise. Conducted by Instrutor Soldado.
  8. Private Classes: Available on empty slots except for Monday. Contact Instrutor Soldado for consultation and to schedule your sessions.

Fees
RM 150
Limited to 3 classes a week
RM 230
Unlimited classes
RM 45
Drop-in
RM 170
Brazilian Jiu-jitsu

Wednesday, February 05, 2014

Tunjang Utama dan orang-orang kuat Capoeira Camara Malaysia

Lewat kebelakangan ni Gill asyik post entri jiwang-jiwang aje kan?
Apa kata Gill story mory pasal Capoeira pulak. Nak baca tak? Nak baca tak?
Kalau nak, angkat kening lelaju, buka mata luas-luas and keep on reading.
Kalau tak nak… kalau tak nak… kalau tak naaakk…
Alaaa bacalah, bacalah jugak. *pegang kepala korang, paksa korang letak muka depan PC/laptop baca entri ni*

Ahem… ahem…

Mukadimahnya.
 
Syukur Alhamdulillah, sekitar 2013 banyak yang berjinak-jinak merpati masuk ke dalam grup Capoeira Camara Malaysia (grup Capoeira Gill). Masih kekal ber’ginga’ dengan gigih setiap kali training. Siapa yang tak tahu Ginga tu apa, mungkin aok baru first time baca entri Gill pasal Capoeira ni. Siapa yang pernah baca tapi lupa, meh sini Gill nak cubit-cubit manja pipi aok sampai merah.
 
Moh kita flashback balik entri Gill yang lepas-lepas. *jeling manja sambil flip hair* 
 
 
Entri kali ni Gill tak bercerita banyak. Cuma nak kenalkan uolls dengan tunjang utama Capoeira Camara Malaysia, orang-orang kuat Capoeira Malaysia dan orang-orang yang membantu mengembeling tenaga menguatkan orang-orang kuat Capoeira Malaysia. Mungkin tak semua yang dapat Gill kenalkan sebab tak semua gambar ada kesemua dari kitorang, tapi hampir kesemua yang insyaAllah jika punya peluang bertemu kitorang di mana-mana majlis ataupun studio latihan, dapatlah beramas mesra dan bertegur sapa tanpa malu-malu kucing ataupun segan-segan harimau bintang. Aummm…
 
Profesor Soldado a.k.a Batman
 
 
Jejaka tampan dari Brazil yang mempunyai 3 isteri dan 8 anak hasil dari ketiga-tiga perkahwinannya (okay, ini bukan serius).
Soldado menetap di Malaysia semenjak 2006, 7 tahun yang lalu dan telah banyak menurunkan seni mempertahankan diri kepada kebanyakan penduduk di Malaysia (1 Malaysia!)
Selain daripada mempunyai kepakaran membuat sambal belacan sambil ber’skipping’, Soldado mempunyai kebolehan di mana dia mampu menggunakan six-packs nya untuk bermain Berimbau (eh?)
Kalau terasa nak tengok betapa bergayanya Soldado menggunakan six-packsnya bermain Berimbau, bolehlah menjengah ke Caboco.
 
Fakta serius : Profesor Soldado merupakan tunjang utama Capoeira Camara Malaysia dan merupakan seorang pelatih Capoeira yang sangat Gill kagumi. Buktinya, setelah hampir 2 tahun Gill masih tak jemu dan masih ‘hunger’ untuk menuntut ilmu dari Profesor Soldado. Sebabnya? Kredibilitinya sebagai seorang pelatih Capoeira sendiri. *senyum*
 
Fadinha a.k.a Batgirl
 
Gadis cute ala-ala Tinkerbell, Fadinha. Namun selalu punya angan-angan mahu menjadi Batgirl.
Punya kebolehan berpusing menggunakan kepalanya tanpa henti selama sejam sambil memakan popcorn.
Kalau terasa nak belajar bermain Berimbau menggunakan six-packs dan spin head sambil makan popcorn, anda boleh hubungi nombor telefon ini 016-9711 765.
(Sila call dan bercakap dengan serius dan penuh skema, tak payah nak mengada-ngada nak main-main miss call atau nak ngorat-ngorat)
Kalau terasa nak berbalas-balas emel dengan Fadinha, bolehlah emel beliau ke, Miss Awesome Fadinha.
 
Fakta serius : Orang kuat Capoeira Camara Malaysia. Gill kagumi Fadinha kerana dia seorang wanita yang boleh dikatakan ‘tough’ luaran serta dalaman. Kecil-kecil cili api. Bertubuh kecil namun punya jiwa yang besar dari yang kita dapat lihat dari mata kasar kita. Punya pemikiran yang brilliant. Ya, itulah Capoerista sebenar *senyum*
Oh ya, Fadinha juga salah seorang tenaga pengajar untuk kelas asas (basic kelas). Ahem ahem… *kenyit mata sambil muncung bibir ala-ala Bobo*
 
Pato a.k.a Robin
 
 
Setelah meletakkan jawatannya sebagai Robin dan juga Ketua Kampung di Kampung Pening Lalat. Pato mengembara jauh ke Recife, Brazil dengan berbekalkan hanya sehelai kain batik yang dipinjam dari jiran rumahnya, Senah.
Tertarik dengan gerakan ‘Finta Cabecada Do Chao Parafusado’ yang dilakukan Soldado, Pato memohon mahu menjadi anak murid Soldado 7 tahun lalu.
Soldado bersetuju untuk mengajar Pato dengan syarat, Pato harus melakukan Au atau juga dikenali sebagai Cartwheel, mengelilingi rumahnya selama 7 hari 7 malam.
Selesai Pato melangsaikan syarat tersebut, Pato telah berjaya menjadi anak murid kepada Soldado sehingga kini.
 
Fakta Serius: Juga orang kuat Capoeira Camara Malaysia. Mampu membuat handstand sambil ber’Gwiyomi’. Kagum tak? Kagum tak? Gill banyak belajar daripada Pato selain daripada Fadinha. 
 
 

Barisan hadapan duduk, dari kiri.

1. Rolha a.k.a Aqil
Turut dikenali sebagai Maharaja Rolha yang sering berulang-alik ke Brazil 5 kali sebulan untuk bertemu kekasihnya di sana. Setiap kali penerbangan, Maharaja Rolha akan dilayan dengan sekumpulan gadis cantik secantik Kim Kardashian yang dipaksa ber’ginga’ di hadapannya sehingga beliau melelapkan mata.
Status : Punya kekasih gelap hampir seluruh pelusuk Malaysia dan kekasih cerah di Brazil.

2. Raposa a.k.a Afiq

Abang kepada Maharaja Rolha dan prinsip hidupnya, ‘food is important’. Malahan beliau menganggap makanan adalah lebih penting daripada duit. Sudah dipesan berkali-kali oleh Twite bahawa duit itu lebih penting kerana tanpa duit bagaimana mahu membeli makanan. Berasa tertekan dengan pesanan berulang kali tersebut, Raposa menunjukkan skill Capoeira nya kepada Twite, dan akibat terlalu kagum dengan kebolehan Raposa, Twite kehilangan suaranya selama 6 hari sehingga tidak mampu untuk membuat beat box buat seketika.
Status : Masih mencari-cari gadis Brazil yang seusia dengannya yang punya minat yang sama di dalam Capoeira.


Barisan belakang dari kiri

1. Feyzal a.k.a Zecolmeia
Pemuda comel lepasan SPM yang sangat menggemari ‘Star Wars’. Pernah suatu ketika, akibat mengalami tekanan dari peperiksaan SPM, Zecolmeia pernah ber’ginga’ di dalam bilik mandi di bawah air pancut sambil memakai kostum ‘Star Wars’.
Status : Bakal dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarga 6 tahun lagi.

4. Ashwin a.k.a Berimbau
Pemilik kaki panjang seksi ala-ala ahli kumpulan PSD ini berkebolehan membuat ‘back flip’ sambil menyikat rambutnya.
Status : Sewaktu sedang membuat ‘back flip’, beliau ternampak kelibat seorang gadis bertocang dua – dan sejak dari saat itu beliau dilamun cinta sehingga kini.
 
5. Farezza a.k.a Fadinha
6. Cristiano Genuino a.k.a Profesor Soldado
7. KK a.k.a Pato

8. Dahmmieri a.k.a Chapa
Walaupun telah mencecah angka emas 5 series, Chapa masih mampu ber’ginga’ dengan penuh bergaya setiap kali latihan. Selesai latihan Capoeira, Chapa sering meluangkan masanya menonton Pokemon bersama Berimbau dari telefon pintarnya.
Status : Terlalu banyak gadis yang meminatinya, Chapa membuat keputusan untuk berfikir dan memilih calon yang paling sesuai untuk dijadikan isterinya pada tahun 2017 kelak.
 
9. Aiman a.k.a Twite
Punya habit ber’ginga’ sambil membuat bunyi-bunyian (beat box). Mempunyai minat yang mendalam di dalam Capoeira, Twite sering mengejutkan adik lelakinya kerana sering ber’ginga’ di atas katil sewaktu sedang tidur pada awal penglibatan beliau di dalam Capoeira.
Status : Mempunyai seorang kekasih seiras Emma Maembong dan dikatakan punya darah campuran seorang lelaki dan seorang wanita. 
 

1. Farezza a.k.a Fadinha (yang landing ala-ala ikan duyung)
 
Duduk dari kiri

2. Vanessa a.k.a Chorona
Terjebak di dalam Capoeira secara tidak sengaja. Chorona awalnya menyangkakan Capoeira adalah sejenis tarian melayu tradisional dan beliau hadir ke kelas latihan Capoeira dengan memakai Cheongsam serta bertocang dua pada awalnya. Namun setelah mengikuti kelas latihan Capoeira bersama Soldado, Chorona terus melipat dan menyimpan rapi Cheongsamnya di dalam almari baju kucing kesayangannya dan meneruskan latihan Capoeira sehingga ke hari ini.
Status : Chorona merupakan gadis bertocang dua yang dilihat Berimbau ketika beliau sedang menunjukkan skill back flip nya.
 
3. Rafyka a.k.a Aranha
Baru berjinak-jinak di dalam Capoeira. Wanita yang mempunyai semangat yang tinggi sewaktu latihan. Pantang menyerah kalah walau dipaksa membuat push up selama 60 kali tanpa henti. Jyeaahhh!
Status : Seorang isteri yang sangat manis di samping suami yang juga manis. Gill syak makanan harian mereka kalau bukan gula, mesti cokelat.
 
4. Joyah Sport
Pelajar baru Capoeira Camara Malaysia yang mempunyai habit ber’ginga’ sambil head banging. Sedang berusaha membuang habit buruknya setelah ditegur Fadinha agar tidak terlalu terpengaruh dengan kumpulan ‘Permintaan Malam’.
Status : Bercita-cita mahu masuk meminang Robert Downey Jr menjadi suaminya, namun ditolak mentah-mentah Robert Downey Jr. Kemudian, mencuba nasib masuk meminang Daniel Henney. Tetap gagal. Cubaan terakhir, James Franco dan akhirnya Joyah berputus asa. Status, kecewa sehingga ke hari ini.
 
5. Edwin ak.a Pirata
Bekas lanun yang sahamnya jauh lebih tinggi daripada Jack Sparrow. Buktinya, setiap kali bangun dari tidur, habit Pirata adalah ber’ginga’ selama 3 jam tanpa henti. Dan selama 3 jam itu jugalah kesemua dugong-dugong di laut akan memerhatikan Pirata dengan penuh kagum dan tanpa jemu.
Status : Akibat pernah patah hati dengan Puteri Duyung, Pirata membuat keputusan untuk melupakan tentang cinta buat seketika.
 
Barisan kedua (berdiri) dari kiri;
 
* Dev (local guest)

6. Dannial a.k.a Uva
Juga baru berjinak-jinak di dalam Capoeira. Berkebolehan bertutur di dalam Portuguese namun kurang dipraktikkan di dalam kelas latihan kerana tidak punya kesempatan. Lebih banyak ber’ginga’ daripada berkomunikasi kerana komitednya yang tinggi sewaktu latihan.
Status : Suami yang manis kepada isteri yang manis, Rafyka.
 
7. Liew a.k.a Peixe
Sangat obsess dengan kesemua jenis ikan. Baik dari ikan masin, ikan bilis, ikan todak mahupun ikan paus. Disebabkan obsesi beliau, tanpa sedar – beliau sering ber’ginga’ sambil memuncungkan mulut ala-ala ikan buntal.
Status : Ada gossip panas yang mengatakan Peixe bakal mengahwini Miley Cyrus tak lama lagi. Kita nantikan kepastiannya kelak.
 
8. Ashwin a.k.a Berimbau

9. Ameer a.k.a Fringinha
Punya angan-angan mahu membonceng motosikal berkuasa tinggi ala-ala Robocop sambil membuat headstand dengan kelajuan 220 km/j. Setelah gigih meminta bantuan Pakcik Google untuk membantunya mencari kelas Capoeira yang sesuai, Fringinha tekad mahu mengikuti kelas latihan Capoeira bersama Profesor Soldado.
Status : Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan lagi. Sila baca dengan serius. *flip hair sambil muncung bibir ala-ala Bobo*

10. Aiman a.k.a Twite

*3 jejaka hensem bahagian belakang adalah pelajar BJJ (Brazillian Jiujitsu) di studio yang sama weolls training.



Barisan bawah (duduk) dari kiri;

1. Syahiran a.k.a Lixa
Lepasan SPM sama seperti Zecolmeia. Sering mencairkan gadis-gadis setiap kali ber’ginga’ kerana punya wajah yang macho ala-ala M Daud Kilau setiap kali ber’ginga’. Turut mengalami tekanan sewaktu menduduki peperiksaan SPM dan mengejutkan ramai orang kerana secara tiba-tiba bangun ber’ginga’ di tengah dewan selama 2 minit sebelum menyambung menjawab soalan dengan lancar sekali selepas itu. Begitulah hebatnya penangan kuasa Ginga. *jungkit-jungkit kening*
Status : Dengar khabar bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.
 
2. Ashwin a.k.a Berimbau
 
3. Ameer a.k.a Fringinha
Diulang.
Status : Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan lagi. Sila baca dengan serius. *flip kain baju kurung lelaju sambil kelip-kelip mata*
 
4. Edwin a.k.a Pirata

Barisan atas dari kiri;
 
5. Vanessa a.k.a Chorona

* Tartaruga *guest from Japan*
 
6. KK a.k.a Pato
7. Aiman a.k.a Twite
8. Liew a.k.a Peixe
 

Barisan bawah (duduk) dari kiri; 

1. Sylvia a.k.a Cangaceira
Gadis yang mempunyai susuk badan seseksi Beyonce Knowles ini menjadikan Caboco sebagai tempat persembunyiannya untuk lari daripada ramai lelaki yang menggilainya. Berasa selamat jika berada di tempat di mana rakan-rakannya mampu melindunginya, Cangaceira kekal menjalani latihan di Caboco semenjak hampir 2 tahun lalu sehingga kini.
Status : Masih meneliti senarai nama lelaki yang sesuai dijadikan kekasihnya.

2. Joyah Sport



3. Neesa a.k.a Arcoiris
Gadis cantik ala-ala gadis Korea ini mula berjinak-jinak di dalam Capoeira akibat terpengaruh dengan permainan video ‘Tekken’. Sepertimana Fringinha, Arcoiris meminta bantuan Pakcik Google untuk membantunya mencari tempat latihan Capoeira dan akhirnya Caboco didatanginya beberapa bulan yang lepas.
Status : Masih single kerana terlalu obsess terhadap Eddy Gordo dan menanti jejaka persis Eddy Gordo serta berkebolehan ber’capoeira’ untuk dijadikan teman lelaki.
 
Barisan atas (berdiri) dari kiri;

1. KK a.k.a Pato

2. Shannon a.k.a Bicodo
Mempunyai suara soprano dan pernah berduet bersama Ning Baizura menyanyikan lagi ‘Beribu Sesalan’. Kecewa apabila Ning Baizura memilih untuk menyingkirkannya daripada membuat persembahan di mana-mana konsert dengan menggantikan Sheila Hamzah dan Jaclyn Victor. Semenjak dari itu, Bicodo tekad untuk menuntut ilmu menjalani latihan Capoeira bersama Profesor Soldado sehingga kini.
Status : Pernah menaruh hati terhadap Ning Baizura namun segalanya telah berubah. Kriteria gadis yang dicari Bicodo selepas ini, masih mahu memilih gadis bersuara soprano.

3. Farezza a.k.a Fadinha  
4. Cristiano Genuino a.k.a Soldado
5. Liew a.k.a Peixe
6. Ashwin a.k.a Berimbau
7. Aiman a.k.a Twite


Dari kanan;

1. Faeez (masih belum punya nama Portuguese)
Jejaka macho berkumis tebal ala-ala A Galak ini pernah melalui satu pengalaman yang amat mendebarkan di mana beliau pernah diikat di suatu rumah usang di dalam hutan selama 8 lapan hari oleh model-model video Youtube ‘Gelimat’. Segalanya berpunca setelah beliau membuat parodi video ‘Gelimat’ dan perkara tersebut tidak digemari model-model asal video ‘Gelimat’ tersebut. Abang kepada Fringinha ini tekad untuk belajar seni mempertahankan diri setelah berjaya meloloskan dirinya setelah dibantu oleh seekor beruang.
Status : Tujuan asal Faeez memuat turun video parodi ‘Gelimat’ nya adalah untuk menarik perhatian anak ketua kampungnya yang seiras dan seseksi Priyanka Chopra, iaitu Saodah Senget. Memasang angan-angan untuk masuk meminang Saodah Senget setelah berjaya menguasai seni mempertahankan diri Capoeira sehingga ke korda (tali pinggang) yang ke-7.
 
2. Cristiano Genuino a.k.a Profesor Soldado
3. Liew a.k.a Peixe
4. Dahmmieri a.k.a Chapa
5. Ameer a.k.a Fringinha
Diulang.
Status : Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan lagi. Sila baca dengan serius. *jeling manja ala-ala Bobo*
 
6. Aiman ak.a Twite
7. Mestre Pedro dari Senzala Group. Mestre yang sangat awesome!
8. Ashwin a.ka Berimbau
 
Oh ya, bagi yang berkerut-kerut pening tu sebab rasa pelik sebab nama weolls macam pelik je, macam pelik je... Nama yang dipanggil adalah di dalam bahasa Portuguese di mana kesemua nama-nama tersebut diberi oleh Profesor Soldado sendiri mengikut perhatian beliau dan kesesuaian weolls. Contohnya, Pato bermaksud itik. Yes, quack quack! Contoh kedua, Cangaceira bermaksud wanita yang kuat. Haaa... mesti wondering kan macam mana Pato yang gagah perkasa tu dinamakan 'itik quack quack' dan Sylvia yang seksi macam Beyonce tu dinamakan 'strong woman.

Jadi kesimpulannya, kesemua dari kami sangatlah mengalu-alukan jika uolls nak memeriahkan lagi studio Caboco.
 
Bolehlah weolls Ginga sambil bermain mata nanti sambil menyanyi lagu “Pandang Pandang Jeling Jeling” lagu Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk S M Salim.
 
Kalau terasa nak berkenal-kenalan dengan weolls sambil-sambil ber’ginga’ sesama, jemputlah ke teratak kitorang;
 
Caboco B-16-1 Zenith Corporate Park, Jln SS7/26 Kelana Jaya
(shoplot behind Paradigm Mall, above KJ Bistro (formerly known as Al-Safa Bistro)).
Tel: 016-971-1765 Email: farezza311@gmail.com
GPS coordinate / Google map – 3.104647, 101.592993


Penat dah membebel, Gill nak pergi bancuh limau madu sekejap buat minum petang.
Bye bye korang!

With Love,
Gill