Random Questions about Capoeira

Tuesday, October 16, 2012

Ini entri skema, sila baca dengan penuh skema

Hati terasa rindu.
Makin hari, makin kuat rasa rindu itu mencengkam jiwa.
Rindukan mereka. Eh? Mereka? Ya, mereka. Kekasih-kekasih gelapku.
Chris Evan, Taylor Lautner, Hugh Jackman, Daniel Henney. (Amboi kau Gill, selera tak mahu kalah. Nak berdarah mat Salleh aje)
Bukan apa, sesuai lah beliau-beliau itu dengan aku yang berbadan ‘comel’ ni. 

Okay, itu hanya angan-angan kosong gadis berwajah biasa dengan berat badan yang luar biasa (jeng jeng jeng).

Gill rindukan adik-adik comel dan lincah yang Gill bertemu janji di Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Ahad lalu.

Pertama kali Gill bersama dua rakan Robin a.k.a Pato & Eddy Gordo a.k.a Berimbau bersua muka dengan mereka, kesemua adik-adik comel itu malu-malu. (Mungkin terasa malu tatkala melihat Berimbau yang punya badan sasa dan tinggi lampai manakala mereka semua bertubuh kecil sahaja)

Gill rindukan mereka, sungguh. 

Gill terharu jika terima pujian dari anak-anak kecil berbanding pujian dari lelaki. 

Pujian dari lelaki,
“Awak ni comellah” (peratusan jujur memuji itu – amatlah rendah kerana banyak lelaki yang gemar bermulut manis. Maaf jika kedengaran bagaikan prejudis dengan lelaki. Gill bukan anti-lelaki. Gill seorang pencinta lelaki, percayalah) 

Pujian dari anak kecil,
“Akak ni comellah” pujian sebegitu buat Gill yang berperwatakan brutal bagaikan ikan buntal ini terus menjadi lembut bagaikan sabun pelembut Sofland. 

Pujian dari kanak-kanak adalah pujian yang ikhlas. Kerana mereka melihat perkara dari sudut yang ikhlas dan suci. Kerana minda dan jiwa masih belum tercemar dengan banyak perkara.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, mak tiba-tiba bersuara; 
“Suka betul mak tengok-tengok budak-budak tu bermain Capoeira. Lebih-lebih lagi yang comel dan paling lincah tu. Berpusing-pusing tak henti, tiba-tiba pening.” Serentak Gill tergelak besar. 
 
Ini gambar Gill bersama-sama rakan Capoeira Camara serta anak-anak yatim dari Taman Pengasih dari Kuantan yang datang ke Kuala Lumpur sewaktu minggu Batizado. Thanks adik-adik sebab sudi datang. Xoxo!
Kami tampak gembira bukan? Ini bukan lakonan.

Gerakan Capoeira ini banyak menyerupai akrobatik atau pun gerakan break-dance. Sebab itu banyak yang menganggap Capoeira ini adalah sejenis tarian, bak komen Suhaimi - atok yang punya 4 cucu serta yang punya hobi mengambil gambar orang hutan berbikini ada meninggalkan komen pada entri Gill yang paling serius pada abad ini. Entrinya berbunyi,




“atok takut ngan tarian ni....silap tari, kaki tersepak muka orang...adehh”

Jadi, atok – Capoeira ini bukan tarian ye atok =)
Berbalik kepada anak-anak yatim Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Baik-baik semuanya, sopan, lincah dan comel. Waktu Pato mengajar gerakan Capoeira kepada mereka, Berimbau berdiri di bahagian lelaki manakala Gill di bahagian perempuan. Yang mulanya malu-malu, akhirnya mula bertanya gerakan tendangan dan elakan yang betul.  

“Kak! Kak! Tolong tengok! Betul tak macam ni?” seorang adik perempuan tarik tangan Gill dengan lembut minta Gill memberi tunjuk ajar.

Beberapa saat selepas tu dua antara mereka melakukan tendangan Meia-lua de Frente (salah satu gerakan Capoeira) dengan bersungguh-sungguh.

Nyata mereka betul-betul mahu mempelajari seni mempertahankan diri Capoeira ini. Buat Gill tersenyum. 

Instructor Gill pernah berpesan pada Gill, “Gillette, you have to be tough. Someday, someone is going to test you outside there. They might think that you are weak because you are a woman. So you have to be tough.” 

Benar katanya, apa guna Gill belajar Capoeira setiap minggu tetapi Gill masih lemah, bukan? Itu juga yang Gill sempat pesan pada adik-adik perempuan Taman Pengasih pada Ahad lalu. 

“Belajar rajin-rajin.”
“Belajar Capoeira baik-baik.”
“Jaga diri baik-baik.” 

Wanita punya banyak kelemahan namun pada waktu yang sama punya banyak kekuatan tersendiri. Baik dari segi mentaliti mahupun fizikal. Gill berharap agar anak-anak yatim yang Gill bertemu Ahad lalu sentiasa dapat hidup dengan baik, dapat menjaga diri masing-masing dengan baik dan Gill bangga punya kawan seperti Pato yang sering berulang-alik ke Kuantan untuk mengajar adik-adik kecil itu seni mempertahankan diri. 

Dan syukur Alhamdulillah, ayah Berimbau – menghadiahkan seluar dan jaket kepada mereka semua Ahad lalu. 

Masing-masing tampak kacak berjaya, eh! bergaya dengan jaket baru.

Dunia makin bahaya. Kedengaran bagaikan skrip komik, setuju?
Namun ianya benar. Dunia makin bahaya. Baca sahaja surat khabar setiap hari, setuju?
 
Jadi, Gill harap adik-adik itu dapat menguasai Capoeira atau seni mempertahankan diri untuk kebaikan mereka. 

Adik-adik – Kakak Gill rindukan adik-adik.
Semoga nanti kita bertemu lagi. 

*senyum*

Xoxo,
Gill
 

8 comments:

ajax85 said...
This comment has been removed by the author.
ajax85 said...

Taman Pengasih Kat bandar indera mahkota..pernah g sana..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Anonymous said...

Sophea Bush, Emma Watson kekasih gelap Dezee pula.. XD

boni kacak said...

saya sangat2 setuju.. pujian daripada kanak2 kecil memang ikhlas.. tapi, satu je pesanan saya, awak jangan rasa rendah diri.. sebab.. tiada satu pun manusia dilahirkan sempurna.. be proud of yourself.. kesemua ciptaan Tuhan adalah ciptaan yang terindah. jangan sesekali kondem apa yang diciptakanNya.. :)

Gillette Flores said...

Dunia ni kecil kan?
Sekecil dunia blogging. =)
Disebabkan dunia blogging ni kecil, nanti Gill akan singgah ke blog awak. =)

Gillette Flores said...

Wah1 Sophea Bush. Rawrrr! Lawa okay? ;)
Emma Watson pun semakin anggun.
Eh! Dezee ada kekasih gelap juga ya?
;p

Gillette Flores said...

*senyum*
Terima kasih daun pandan awak.
InsyaAllah saya tak kondem cuma sentiasa beringat bahawa semuanya pinjaman sementara =)

Unknown said...

his comment is hereread the article Check This Outmy link have a peek at this web-sitebrowse around this web-site