Lewat kebelakangan ni Gill asyik post entri jiwang-jiwang
aje kan?
Apa
kata Gill story mory pasal Capoeira pulak. Nak baca tak? Nak baca tak?
Kalau
nak, angkat kening lelaju, buka mata luas-luas and keep on reading.
Kalau
tak nak… kalau tak nak… kalau tak naaakk…
Alaaa
bacalah, bacalah jugak. *pegang kepala korang, paksa korang letak muka depan
PC/laptop baca entri ni*
Ahem…
ahem…
Mukadimahnya.
Syukur
Alhamdulillah, sekitar 2013 banyak yang berjinak-jinak merpati masuk ke dalam
grup Capoeira Camara Malaysia (grup Capoeira Gill). Masih kekal ber’ginga’
dengan gigih setiap kali training. Siapa yang tak tahu Ginga tu apa, mungkin aok
baru first time baca entri Gill pasal Capoeira ni. Siapa yang pernah baca tapi
lupa, meh sini Gill nak cubit-cubit manja pipi aok sampai merah.
Moh
kita flashback balik entri Gill yang lepas-lepas. *jeling manja sambil flip
hair*
Entri
kali ni Gill tak bercerita banyak. Cuma nak kenalkan uolls dengan tunjang utama
Capoeira Camara Malaysia, orang-orang kuat Capoeira Malaysia dan orang-orang
yang membantu mengembeling tenaga menguatkan orang-orang kuat Capoeira
Malaysia. Mungkin tak semua yang dapat Gill kenalkan sebab tak semua gambar ada
kesemua dari kitorang, tapi hampir kesemua yang insyaAllah jika punya peluang
bertemu kitorang di mana-mana majlis ataupun studio latihan, dapatlah beramas
mesra dan bertegur sapa tanpa malu-malu kucing ataupun segan-segan harimau
bintang. Aummm…
Profesor
Soldado a.k.a Batman
Jejaka tampan dari Brazil yang
mempunyai 3 isteri dan 8 anak hasil dari ketiga-tiga perkahwinannya (okay, ini
bukan serius).
Soldado menetap di Malaysia
semenjak 2006, 7 tahun yang lalu dan telah banyak menurunkan seni
mempertahankan diri kepada kebanyakan penduduk di Malaysia (1 Malaysia!)
Selain daripada mempunyai kepakaran
membuat sambal belacan sambil ber’skipping’, Soldado mempunyai kebolehan di
mana dia mampu menggunakan six-packs nya untuk bermain Berimbau (eh?)
Kalau terasa nak tengok betapa
bergayanya Soldado menggunakan six-packsnya bermain Berimbau, bolehlah
menjengah ke Caboco.
Fakta
serius : Profesor Soldado merupakan tunjang utama Capoeira Camara Malaysia dan
merupakan seorang pelatih Capoeira yang sangat Gill kagumi. Buktinya, setelah
hampir 2 tahun Gill masih tak jemu dan masih ‘hunger’ untuk menuntut ilmu dari
Profesor Soldado. Sebabnya? Kredibilitinya sebagai seorang pelatih Capoeira
sendiri. *senyum*
Fadinha a.k.a Batgirl
Gadis cute ala-ala Tinkerbell,
Fadinha. Namun selalu punya angan-angan mahu menjadi Batgirl.
Punya kebolehan berpusing
menggunakan kepalanya tanpa henti selama sejam sambil memakan popcorn.
Kalau terasa nak belajar bermain
Berimbau menggunakan six-packs dan spin head sambil makan popcorn, anda boleh
hubungi nombor telefon ini 016-9711 765.
(Sila call dan
bercakap dengan serius dan penuh skema, tak payah nak mengada-ngada nak main-main miss call atau nak ngorat-ngorat)
Fakta serius : Orang kuat Capoeira
Camara Malaysia. Gill kagumi Fadinha kerana dia seorang wanita yang boleh
dikatakan ‘tough’ luaran serta dalaman. Kecil-kecil cili api. Bertubuh kecil
namun punya jiwa yang besar dari yang kita dapat lihat dari mata kasar kita.
Punya pemikiran yang brilliant. Ya, itulah Capoerista sebenar *senyum*
Oh ya, Fadinha juga salah seorang
tenaga pengajar untuk kelas asas (basic kelas). Ahem ahem… *kenyit mata
sambil muncung bibir ala-ala Bobo*
Pato a.k.a Robin
Setelah meletakkan jawatannya
sebagai Robin dan juga Ketua Kampung di Kampung Pening Lalat. Pato mengembara
jauh ke Recife, Brazil dengan berbekalkan hanya sehelai kain batik yang
dipinjam dari jiran rumahnya, Senah.
Tertarik dengan gerakan ‘Finta
Cabecada Do Chao Parafusado’ yang dilakukan Soldado, Pato memohon mahu menjadi
anak murid Soldado 7 tahun lalu.
Soldado bersetuju untuk mengajar
Pato dengan syarat, Pato harus melakukan Au atau juga dikenali sebagai
Cartwheel, mengelilingi rumahnya selama 7 hari 7 malam.
Selesai Pato melangsaikan syarat
tersebut, Pato telah berjaya menjadi anak murid kepada Soldado sehingga kini.
Fakta Serius: Juga orang kuat
Capoeira Camara Malaysia. Mampu membuat handstand sambil ber’Gwiyomi’. Kagum
tak? Kagum tak? Gill banyak belajar daripada Pato selain daripada Fadinha.
Barisan hadapan duduk, dari kiri.
1. Rolha a.k.a Aqil
Turut dikenali sebagai Maharaja Rolha yang sering berulang-alik ke Brazil 5 kali sebulan untuk bertemu kekasihnya di sana. Setiap kali penerbangan, Maharaja Rolha akan dilayan dengan sekumpulan gadis cantik secantik Kim Kardashian yang dipaksa ber’ginga’ di hadapannya sehingga beliau melelapkan mata.
Status : Punya kekasih gelap hampir seluruh pelusuk Malaysia dan kekasih cerah di Brazil.
2. Raposa a.k.a Afiq
Abang kepada Maharaja Rolha dan prinsip hidupnya, ‘food is important’. Malahan beliau menganggap makanan adalah lebih penting daripada duit. Sudah dipesan berkali-kali oleh Twite bahawa duit itu lebih penting kerana tanpa duit bagaimana mahu membeli makanan. Berasa tertekan dengan pesanan berulang kali tersebut, Raposa menunjukkan skill Capoeira nya kepada Twite, dan akibat terlalu kagum dengan kebolehan Raposa, Twite kehilangan suaranya selama 6 hari sehingga tidak mampu untuk membuat beat box buat seketika.
Status : Masih mencari-cari gadis Brazil yang seusia dengannya yang punya minat yang sama di dalam Capoeira.
Barisan belakang dari kiri
1. Feyzal
a.k.a Zecolmeia
Pemuda
comel lepasan SPM yang sangat menggemari ‘Star Wars’. Pernah suatu ketika,
akibat mengalami tekanan dari peperiksaan SPM, Zecolmeia pernah ber’ginga’ di
dalam bilik mandi di bawah air pancut sambil memakai kostum ‘Star Wars’.
Status
: Bakal dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarga 6 tahun lagi.
4. Ashwin
a.k.a Berimbau
Pemilik
kaki panjang seksi ala-ala ahli kumpulan PSD ini berkebolehan membuat ‘back
flip’ sambil menyikat rambutnya.
Status
: Sewaktu sedang membuat ‘back flip’, beliau ternampak kelibat seorang gadis
bertocang dua – dan sejak dari saat itu beliau dilamun cinta sehingga kini.
5. Farezza
a.k.a Fadinha
6. Cristiano
Genuino a.k.a Profesor Soldado
7. KK
a.k.a Pato
8. Dahmmieri a.k.a
Chapa
Walaupun
telah mencecah angka emas 5 series, Chapa masih mampu ber’ginga’ dengan penuh
bergaya setiap kali latihan. Selesai latihan Capoeira, Chapa sering meluangkan
masanya menonton Pokemon bersama Berimbau dari telefon pintarnya.
Status
: Terlalu banyak gadis yang meminatinya, Chapa membuat keputusan untuk berfikir
dan memilih calon yang paling sesuai untuk dijadikan isterinya pada tahun 2017
kelak.
9. Aiman
a.k.a Twite
Punya
habit ber’ginga’ sambil membuat bunyi-bunyian (beat box). Mempunyai minat yang
mendalam di dalam Capoeira, Twite sering mengejutkan adik lelakinya kerana
sering ber’ginga’ di atas katil sewaktu sedang tidur pada awal penglibatan
beliau di dalam Capoeira.
Status
: Mempunyai seorang kekasih seiras Emma Maembong dan dikatakan punya darah
campuran seorang lelaki dan seorang wanita.
1. Farezza
a.k.a Fadinha (yang landing ala-ala ikan duyung)
Duduk dari kiri
2. Vanessa
a.k.a Chorona
Terjebak
di dalam Capoeira secara tidak sengaja. Chorona awalnya menyangkakan Capoeira
adalah sejenis tarian melayu tradisional dan beliau hadir ke kelas latihan
Capoeira dengan memakai Cheongsam serta bertocang dua pada awalnya. Namun
setelah mengikuti kelas latihan Capoeira bersama Soldado, Chorona terus melipat
dan menyimpan rapi Cheongsamnya di dalam almari baju kucing kesayangannya dan
meneruskan latihan Capoeira sehingga ke hari ini.
Status
: Chorona merupakan gadis bertocang dua yang dilihat Berimbau ketika beliau
sedang menunjukkan skill back flip nya.
3. Rafyka
a.k.a Aranha
Baru
berjinak-jinak di dalam Capoeira. Wanita yang mempunyai semangat yang tinggi
sewaktu latihan. Pantang menyerah kalah walau dipaksa membuat push up selama 60
kali tanpa henti. Jyeaahhh!
Status
: Seorang isteri yang sangat manis di samping suami yang juga manis. Gill syak
makanan harian mereka kalau bukan gula, mesti cokelat.
4. Joyah Sport
Pelajar
baru Capoeira Camara Malaysia yang mempunyai habit ber’ginga’ sambil head
banging. Sedang berusaha membuang habit buruknya setelah ditegur Fadinha agar
tidak terlalu terpengaruh dengan kumpulan ‘Permintaan Malam’.
Status
: Bercita-cita mahu masuk meminang Robert Downey Jr menjadi suaminya, namun
ditolak mentah-mentah Robert Downey Jr. Kemudian, mencuba nasib masuk meminang
Daniel Henney. Tetap gagal. Cubaan terakhir, James Franco dan akhirnya Joyah
berputus asa. Status, kecewa sehingga ke hari ini.
5. Edwin
ak.a Pirata
Bekas
lanun yang sahamnya jauh lebih tinggi daripada Jack Sparrow. Buktinya, setiap
kali bangun dari tidur, habit Pirata adalah ber’ginga’ selama 3 jam tanpa
henti. Dan selama 3 jam itu jugalah kesemua dugong-dugong di laut akan
memerhatikan Pirata dengan penuh kagum dan tanpa jemu.
Status
: Akibat pernah patah hati dengan Puteri Duyung, Pirata membuat keputusan untuk
melupakan tentang cinta buat seketika.
Barisan
kedua (berdiri) dari kiri;
* Dev (local guest)
6. Dannial a.k.a Uva
Juga
baru berjinak-jinak di dalam Capoeira. Berkebolehan bertutur di dalam
Portuguese namun kurang dipraktikkan di dalam kelas latihan kerana tidak punya
kesempatan. Lebih banyak ber’ginga’ daripada berkomunikasi kerana komitednya
yang tinggi sewaktu latihan.
Status
: Suami yang manis kepada isteri yang manis, Rafyka.
7. Liew
a.k.a Peixe
Sangat
obsess dengan kesemua jenis ikan. Baik dari ikan masin, ikan bilis, ikan todak
mahupun ikan paus. Disebabkan obsesi beliau, tanpa sedar – beliau sering
ber’ginga’ sambil memuncungkan mulut ala-ala ikan buntal.
Status
: Ada gossip panas yang mengatakan Peixe bakal mengahwini Miley Cyrus tak lama
lagi. Kita nantikan kepastiannya kelak.
8. Ashwin
a.k.a Berimbau
9. Ameer
a.k.a Fringinha
Punya
angan-angan mahu membonceng motosikal berkuasa tinggi ala-ala Robocop sambil
membuat headstand dengan kelajuan 220 km/j. Setelah gigih meminta bantuan
Pakcik Google untuk membantunya mencari kelas Capoeira yang sesuai, Fringinha
tekad mahu mengikuti kelas latihan Capoeira bersama Profesor Soldado.
Status
: Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan
lagi. Sila baca dengan serius. *flip hair sambil muncung bibir ala-ala Bobo*
10. Aiman
a.k.a Twite
*3 jejaka hensem bahagian belakang adalah pelajar BJJ (Brazillian Jiujitsu) di studio yang sama weolls training.
Barisan
bawah (duduk) dari kiri;
1. Syahiran
a.k.a Lixa
Lepasan
SPM sama seperti Zecolmeia. Sering mencairkan gadis-gadis setiap kali ber’ginga’
kerana punya wajah yang macho ala-ala M Daud Kilau setiap kali ber’ginga’.
Turut mengalami tekanan sewaktu menduduki peperiksaan SPM dan mengejutkan ramai
orang kerana secara tiba-tiba bangun ber’ginga’ di tengah dewan selama 2 minit
sebelum menyambung menjawab soalan dengan lancar sekali selepas itu. Begitulah
hebatnya penangan kuasa Ginga. *jungkit-jungkit kening*
Status : Dengar khabar bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.
2. Ashwin
a.k.a Berimbau
3. Ameer
a.k.a Fringinha
Diulang.
Status
: Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan
lagi. Sila baca dengan serius. *flip kain baju kurung lelaju sambil
kelip-kelip mata*
4. Edwin
a.k.a Pirata
Barisan
atas dari kiri;
5. Vanessa
a.k.a Chorona
* Tartaruga *guest
from Japan*
6. KK
a.k.a Pato
7. Aiman a.k.a Twite
8. Liew a.k.a Peixe
Barisan
bawah (duduk) dari kiri;
1. Sylvia a.k.a Cangaceira
Gadis yang mempunyai susuk badan seseksi Beyonce Knowles ini menjadikan Caboco sebagai tempat persembunyiannya untuk lari daripada ramai lelaki yang menggilainya. Berasa selamat jika berada di tempat di mana rakan-rakannya mampu melindunginya, Cangaceira kekal menjalani latihan di Caboco semenjak hampir 2 tahun lalu sehingga kini.
Status : Masih meneliti senarai nama lelaki yang sesuai dijadikan kekasihnya.
2. Joyah Sport
3. Neesa a.k.a Arcoiris
Gadis
cantik ala-ala gadis Korea ini mula berjinak-jinak di dalam Capoeira akibat
terpengaruh dengan permainan video ‘Tekken’. Sepertimana Fringinha, Arcoiris
meminta bantuan Pakcik Google untuk membantunya mencari tempat latihan Capoeira
dan akhirnya Caboco didatanginya beberapa bulan yang lepas.
Status
: Masih single kerana terlalu obsess terhadap Eddy Gordo dan menanti jejaka
persis Eddy Gordo serta berkebolehan ber’capoeira’ untuk dijadikan teman
lelaki.
Barisan
atas (berdiri) dari kiri;
1. KK a.k.a Pato
2. Shannon a.k.a Bicodo
Mempunyai
suara soprano dan pernah berduet bersama Ning Baizura menyanyikan lagi ‘Beribu
Sesalan’. Kecewa apabila Ning Baizura memilih untuk menyingkirkannya daripada
membuat persembahan di mana-mana konsert dengan menggantikan Sheila Hamzah dan
Jaclyn Victor. Semenjak dari itu, Bicodo tekad untuk menuntut ilmu menjalani
latihan Capoeira bersama Profesor Soldado sehingga kini.
Status
: Pernah menaruh hati terhadap Ning Baizura namun segalanya telah berubah.
Kriteria gadis yang dicari Bicodo selepas ini, masih mahu memilih gadis
bersuara soprano.
3. Farezza a.k.a Fadinha
4. Cristiano Genuino a.k.a Soldado
5. Liew a.k.a Peixe
6. Ashwin a.k.a Berimbau
7. Aiman a.k.a Twite
Dari kanan;
1. Faeez (masih belum punya nama Portuguese)
Jejaka macho berkumis tebal ala-ala A Galak ini pernah
melalui satu pengalaman yang amat mendebarkan di mana beliau pernah diikat di
suatu rumah usang di dalam hutan selama 8 lapan hari oleh model-model video Youtube
‘Gelimat’. Segalanya berpunca setelah beliau membuat parodi video ‘Gelimat’ dan
perkara tersebut tidak digemari model-model asal video ‘Gelimat’ tersebut.
Abang kepada Fringinha ini tekad untuk belajar seni mempertahankan diri setelah
berjaya meloloskan dirinya setelah dibantu oleh seekor beruang.
Status : Tujuan asal Faeez memuat turun video parodi ‘Gelimat’
nya adalah untuk menarik perhatian anak ketua kampungnya yang seiras dan
seseksi Priyanka Chopra, iaitu Saodah Senget. Memasang angan-angan untuk masuk
meminang Saodah Senget setelah berjaya menguasai seni mempertahankan diri
Capoeira sehingga ke korda (tali pinggang) yang ke-7.
2. Cristiano Genuino a.k.a Profesor Soldado
3. Liew a.k.a Peixe
4. Dahmmieri a.k.a Chapa
5. Ameer a.k.a Fringinha
Diulang.
Status : Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan lagi. Sila baca dengan serius. *jeling manja ala-ala Bobo*
6. Aiman ak.a Twite
7. Mestre Pedro dari Senzala Group. Mestre yang sangat awesome!
8. Ashwin a.ka Berimbau
Oh ya, bagi yang berkerut-kerut pening tu sebab rasa pelik sebab nama weolls macam pelik je, macam pelik je... Nama yang dipanggil adalah di dalam bahasa Portuguese di mana kesemua nama-nama tersebut diberi oleh Profesor Soldado sendiri mengikut perhatian beliau dan kesesuaian weolls. Contohnya, Pato bermaksud itik. Yes, quack quack! Contoh kedua, Cangaceira bermaksud wanita yang kuat. Haaa... mesti wondering kan macam mana Pato yang gagah perkasa tu dinamakan 'itik quack quack' dan Sylvia yang seksi macam Beyonce tu dinamakan 'strong woman.
Jadi kesimpulannya,
kesemua dari kami sangatlah mengalu-alukan jika uolls nak memeriahkan lagi
studio Caboco.
Bolehlah
weolls Ginga sambil bermain mata nanti sambil menyanyi lagu “Pandang Pandang
Jeling Jeling” lagu Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk S M Salim.
Kalau
terasa nak berkenal-kenalan dengan weolls sambil-sambil ber’ginga’ sesama,
jemputlah ke teratak kitorang;
Caboco
B-16-1 Zenith Corporate Park, Jln SS7/26 Kelana Jaya
(shoplot behind Paradigm Mall, above KJ Bistro (formerly known as Al-Safa Bistro)).
Tel: 016-971-1765 Email: farezza311@gmail.com
GPS coordinate / Google map – 3.104647, 101.592993
Penat dah membebel, Gill nak pergi bancuh limau madu sekejap buat minum petang.
Bye bye korang!
With Love,
Gill