Random Questions about Capoeira

Friday, October 19, 2012

Pengiraan Mekanikal Cinta

FRIDAY, 14:46 PM 

Aku memandang luar tingkap.  

Ah! Hujan!

Indahnya bunyi dan bau hujan.  

Titisan hujan melekap di cermin kaca. Aku terasa mahu blogwalking dan terasa mahu ke blog Ghost Writer. Hati aku terfikir, siapa sebenarnya gerangan lelaki ini yang punya penulisan yang begitu indah dan misterius sekali. Aku terasa jatuh cinta dengan penulisannya. Benar, aku gemarkan sesuatu yang misterius.  

Jatuh cinta?
 
 
Lama benar aku tidak jatuh cinta bahkan sudah terlupa bagaimana mahu mencintai.

Aku memandang ke luar tingkap sekali lagi. Memerhati rintik jernih air hujan.
 
 
Cinta. Mampukah aku mencintai lagi? Adakah yang mahu mencintaiku? Mahukah hatiku menerima rasa cinta itu lagi? 

Cinta. Banyak ceritanya jika mahu membebel tentang cinta.



"Darling, my love to you is so profound and intense and I will maintain it for the rest of my life. But if you feel somewhat uncomfortable with how I express this love, please whisper this in my ear, while not forgetting to also kiss it."


Kesimpulan yang aku dapat setelah beberapa kali aku melalui fasa indah dan melalui fasa hitam tatkala kecundang dalam cinta – bagiku cinta tidak seharusnya melibatkan pengiraan mekanikal apa yang kita memberi dan mendapatkan, Orang yang suka terlalu banyak memberi dan melabur dalam hubungan sukar mempunyai peluang bernafas dalam nafas yang sama seperti kesayangannya yang sering menerima dan mendapatkan. Wahai kamu pencinta yang setia dan naïf, jangan terlalu asyik berkorban segalanya demi kesayangan yang belum pasti menjanjikan hati dan cinta yang suci pada akhirnya. Hati kamu itu kurniaan Allah s.w.t. Jagalah ketulan daging itu sebaiknya. Demi kasih dan rasa syukur kita di atas kurniaan Pencipta kita yang ‘menghadiahkan’ ketulan daging itu. 

Sukar difahami bukan bebelan aku kali ini?

Beginilah caranya hati yang keras dan sudah tak punya rasa cinta menaip. 
*senyum* 
Aku mahukan cinta sejati. 
*senyum lagi* 
Tapi bukan sekarang. 
*kenyit mata* 
Yang pasti, aku mahukan lelaki yang serius mahu aku abadi menjadi rusuk kirinya.

 



When time and moment gather, two sides will be as one. When two shadows come together, life will unfurl and death will be done.
 
Xoxo,
Gill 
 
 

Thursday, October 18, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah s.w.t.

 
I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
YES I COULD stay away, I COULD fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it IS over.

Never mind, I'll NOT find someone like you
I wish nothing but the best for you too
PLEASE forget me, I beg
I remember ADELE said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead..."
 

“Someone Like You” lyric. Obvious right? I changed few words there if you guys notice that.

No matter how bad your EX or LOVE hurts you, move on. Keep walking. Stay positive and optimistic. It’s not going to be the end of the world bebeh!

Let it go, never hold to it if the LOVE really wants to go. IF love REALLY wants TO GO.
 
************ Ceritera Chenta ************ 

Satu petang di "Café Nasi dan Lauk Hangus Jenab Vouge Voge Voge".

*background lagu “Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali” 

Anot Susah Nak Eja              :               Maafkan aku Mariah di atas perpisahan ini.     

Anot menitiskan air mata perpisahan. Rasa bersalah kerana terpaksa memutuskan perhubungan mereka yang sudah terjalin selama 73 hari. 

Mariah Kari Ayam                :               Usahlah kau memohon keampunan dariku. Sesungguhnya aku amat berterima kasih di atas perpisahan ini. 

Kening Anot berkerut bagaikan menahan kentut. Hakikatnya Anot memang sedang menahan dirinya daripada terkentut. 

Anot Susah Nak Eja              :               Berterima kasih? Walaupun aku telah melukakan hatimu? Menduakanmu dengan kehadiran Sandra Lapaq Kebuloq? 

Mariah Kari Ayam                :               Ya Anot. Aku sebenarnya serba salah mahu megungkapkan perpisahan darimu terlebih dahulu. Gusar jika aku membuatmu menggantung diri sambil berzapin ataupun terjun bangunan 80 tingkat sambil meniup seruling. Namun, tatkala mengetahui kau mempunyai hubungan sulit dengan Sandra Lapaq Kebuloq, nyata akulah kekasih yang paling gumbira di dalam dunia ini. 

Anot Susah Nak Eja              :               Tapi… tapi… mengapa? Mengapa Mariah? 

Anot bagaikan tidak dapat menerima hakikat Mariah gumbira dengan perpisahan itu. Mariah mengelip-ngelip laju matanya bagaikan naga yang menari untuk tarian Singa ‘Kong Xi Fa Chai’. Eh! Naga atau Singa? Peduli apa aku. Malas nak ‘Google’. 

Mariah Kari Ayam                :               Sebabnya, dua minggu lepas – aku ke Taman Layang-layang bersama adik perempuanku. Tiba-tiba dari jauh aku terpandangkan Tom Kurus dari jauh sedang bermain layang-layang. Tak berbaju. Kau tahu kan kenapa namanya Tom Kurus? Disebabkan badannya yang kurus kering. Namun dua minggu lepas, sumpah aku jatuh cinta tatkala melihat six packs nya tatkala bermain layang-layang di sana. Tanpa di sangka, pada hari yang sama dia melamar aku untuk menjadi kekasihnya. Sungguh bila aku cuba membandingkan six packs nya dengan perut boroi kau, aku terus memilih untuk sehidup semati dengannya. Maafkan aku Anot. 

Mendengar penjelasan Mariah, hati Anot terasa bagai digilis dengan lori sampah. 

Anot Susah Nak Eja              :               Tak sangka kau sanggup menduakan aku Mariah. 

Anot menangis tersedu sedan sambil menyikat kepala botaknya. Mahu kelihatan macho di dalam kesedihan mungkin. 
 

Mariah Kari Ayam                :               Tapi, aku sangkakan kau sama jua menduakan aku? 

Anot Susah Nak Eja              :               Jangan kau muncul lagi depan aku! 

Serentak lagu “Di Saat Aku Mencintaimu” tadi bertukar ke lagu “Oppa Gangnam Style” dan Anot berlari keluar sambil terlompat-lompat ala-ala tarian “Oppa Gangnam Style’ disebabkan terlalu sedih dan kecewa. 

Mata Mariah mula berkaca. Air matanya perlahan mengalir dan menitis ke atas meja. Sungguh dia merasa amat sedih dengan perpisahan itu. Sengaja dia mereka cerita hubungannya dengan Tom Kurus kerana tak mahu Anot berasa bersalah menduakannya. Dia masih mahu berkawan dengan Anot dan perlahan-lahan melupakan Anot. Namun, kini sebaliknya yang terjadi. Anot yang tidak dapat menerima hakikat dan membencinya walaupun hakikatnya yang terpaksa menanggung sedih dan derita perpisahan adalah dirinya. 


Pasrah dengan perpisahan itu, redha melepas pergi kekasih hatinya, Mariah mengeluarkan kapak dari dalam tas tangannya sebelum membelah dua meja makan di dalam "Café Nasi dan Lauk Hangus Jenab Vogue Voge Voge".  

Mariah berjalan keluar meninggalkan Café itu sambil mengepit kapak tersebut di celah lengannya sambil bernyanyi kecil, Air matanya mengalir, namun Mariah senyum kecil sambil berbisik pada dirinya sendiri. 

‘Allah sudah tuliskan jalan cerita hidupku, Aku harus tabah dan terus tersenyum berjalan meneruskan jalan cerita ini. Aku percaya Allah sentiasa akan berikan yang terbaik kepada aku dan kepada semua ciptaan-Nya. Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa. Aku harus tabah’ 

Beberapa saat selepas itu, Mariah di luar kawalannya melompat sambil menjerit kecil.

                   "Oh yes! Positif nya aku!"

 
Pada waktu yang sama, Anot yang sedang memandu kereta sorongnya, 

‘Karma bukanlah budaya di dalam agamaku. Namun aku tak sedar, tindakanku menduakan Mariah akan melukakan hatinya. Sangkaku Mariah yang akan terluka namun kini aku yang terluka. Begini sakitnya rupanya.’ 





"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."



Konklusinya, korang fikir sendiri. Yang pasti, ramai antara kita yang menyangka hanya kita yang disakiti walhal kita tanpa sedar turut menyakiti orang lain.

# Don’t trust too much. Don’t love too much. Because that too much will hurt you so much. (Dah besar panjang kan? Pandai-pandailah kalau taknak terluka) 



JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T
 
Xoxo,
Gill 
 
 

Wednesday, October 17, 2012

Fakta Diet, bukan Mitos ataupun Auta

“So Gillette, you put on weight huh?” tegur Instructor Soldado. Cikgu Capoeira Gill Jumaat lalu.

“Hehehe.” Senyum je lah yang mampu Gill buat. Tak berani komen lebih-lebih. Nanti kang tak pasal-pasal kena ceramah. 

Semalam, Gill saja cuci mata dalam satu farmasi. Ternampak satu paket ‘Sculpt’ berwarna hijau. So saja je berbual kosong dengan pekerja farmasi tu. 

Gill        :           What is it for?
 
Beliau    :           Well, 'Sculpt' can be used as a meal replacement. It helps balance your protein intake throughout the day. Sculpt is actually contains protein. Higher protein foods are naturally more filling and can boost your metabolism.
 
Gill        :           Ahaaa. Boost the metabolism. My metabolism is low so I think this might be good for me.
 
Beliau    :           We have a few flavours. Chocolate, Vanilla, Banana and Berry. You can drink with plain water, soy milk or fruit juice.
 
Gill        :           I see. Alright, perhaps I can try few packets first.

Jadi, Gill ambil perisa Berry dan Chocolate. Dan pagi tadi Gill dah cuba paket yang pertama, Berry. Agak sedap. Jadi, Gill tak breakfast pagi ni. Cuma banyak minum air masak. Gill bukan jenis yang mahukan bentuk badan 34-26-36 TAPI… Gill mahukan badan dan stamina yang sihat. Gill memang selalu ber’diet’ TAPI… diet Gill adalah diet yang seimbang, bukan diet yang mengikat perut atau terpaksa menahan lapar mengalahkan orang berpuasa. Kenapa Gill cakap macam tu? Sebab ramai yang ‘mindset’ mereka, diet itu adalah menahan lapar sedangkan diet sebenarnya bermaksud permakanan yang seimbang.

Dan ramai yang kena tahu, kita mempunyai metabolisma yang berbeza. Gill punya metabolisma yang rendah, jadi berat badan Gill mudah naik jika tidak mengamalkan diet seimbang. Bagi yang punya metabolisma yang tinggi, agak beruntung kerana berat dadan sukar naik namun, kadang kala ada antara mereka yang terlalu kurus. Pokok pangkalnyam setiap dari kita harus menjaga kandungan zat, nutrisi, protein dan vitamin di dalam badan.

Selain dari mengamalkan diet seimbang, Gill akan sekurang-kurangnya bersenam 2 kali seminggu untuk pastikan badan Gill kekal cergas. Itu salah satu sebabnya Gill ke menyertai grup Capoeira Camara Malaysia setiap minggu. Kekal cergas, sihat, jaga berat badan dan mempelajari seni mempertahankan diri.
 
 
Nak faham serba sedikit tentang diet dan faktanya? Skrol dan baca ke bawah.

BALANCE DIET
 Diet. I noticed that most of us, especially Malaysia, not fully understand the meaning of ‘DIET’.
 
************************************************
Scenario 1
Ah Seng’s wife put on weight, so she plans to reduce her weight. She made her own breakfast, vegetables salad which contains broccoli, baby tomato, carrot and mashed potato. For Ah Seng, she cooked Ah Seng’s favourite meal, mee goreng with 2 telur mata kerbau.
Ah Seng :           Aiyaa lau po (wife)… Why so little you eat aaah? Like a bibi (baby) meal.
Mei Chi  :           Lau kong… You see all this fat fat! I have to diet looo…
 
Facts:
 
 
# Balance diet = is a diet that contains adequate amounts of all the necessary nutrients required for healthy growth and activity.
# Eat regularly. If you skip breakfast and eat lunch on the run, you will be ravenous in the afternoon.
 
 
************************************************
 
 
 
Scenario 2
Jenab sedang rakus mengunyah isi daging bege dengan rakusnya. Di dalam pinggan Jenab cuma ada isi daging bege (tanpa roti) dan kentang goreng.
Bedah    :           Eh! Sikitnya makan? Diet ke?
Jenab yang masih sedang rakus mengunyah, mengangguk laju.
Bedah    :           Badan aku pun tengah naik sekarang. Aku pun nak diet lah. Aku nak order makanan yang sama engkau order.
 
Facts:
# Fast food is usually high in fat and calories and low in other nutrients, which can seriously affect your health. Good nutrition means eating a balanced diet. Poor nutrition is just the opposite, and it can lead to a myriad of health problems.
# A good diet meets your nutritional needs every day, without overdoing calories or dietary elements that can harm your health.
 
 
************************************************
Scenario 3
Dua anak gadis Haji Leman sedang makan malam bersama-samanya. Nur Aina mengunyah nasi dengan perlahan dan sopan manakala Nur Ashikin mengunyah nasi dengan laju dan gelojoh.
Haji Leman         :           Ashikin, kenapa kunyah gelojoh sangat tu? Cuba tengok Kak Aina kunyah macam mana. Sopan, perlahan.
Ashikin               :           Alaaa. Sama je kalau kunyah perlahan atau laju. Masuk dalam perut jugak Abah.
Haji Leman         :           Kan Abah pernah pesan, kunyah makananan tu perlahan-lahan. Ikut sunnah Nabi Muhammad, kunyah 40 kali sebelum telan. Memang semua makanan masuk dalam perut, tapi kalau kamu kunyah perlahan, makanan sempat dihadam. Kalau kamu kunyah dengan laju, tak sempat makanan tu nak dihadam. Itu yang boleh buatkan sakit perut, perut buncit, perut masuk angin semua tu.
 
Facts:
# Most Americans eat too fast, and, as a result, they take in too many calories before they realize they've eaten enough. It takes approximately 20 minutes from the time you start eating for your brain to send out signals of fullness.
# A study of gastric bypass patients showed that those who ate too fast and failed to recognize the signs of satiety were less successful at losing weight than other patients.
# Recent research presented at a meeting of the North American Association for the Study of Obesity showed that overweight men and women took in fewer calories when they slowed their normal eating pace
 
 
************************************************
 
Live life to fullest! I believe in that. Everyone deserves to live life happily and healthy. There are so many ways to stay healthy.

“Practise physical exercises properly, have a balance diet everyday, keep your mind fresh, live positively!” – Grass Green.

One of my fav website for those who is looking for a supplement or need an advice about diet, supplements, etc.Musclemall. Jai is the contact person. Cat lovers, single and available. Tralalalaaaa...

Those who are interested to know more about Sculpt, just click here ---> Sculpt For Women

 
That's all for now!
 
Xoxo,
Gill
 

Tuesday, October 16, 2012

Ini entri skema, sila baca dengan penuh skema

Hati terasa rindu.
Makin hari, makin kuat rasa rindu itu mencengkam jiwa.
Rindukan mereka. Eh? Mereka? Ya, mereka. Kekasih-kekasih gelapku.
Chris Evan, Taylor Lautner, Hugh Jackman, Daniel Henney. (Amboi kau Gill, selera tak mahu kalah. Nak berdarah mat Salleh aje)
Bukan apa, sesuai lah beliau-beliau itu dengan aku yang berbadan ‘comel’ ni. 

Okay, itu hanya angan-angan kosong gadis berwajah biasa dengan berat badan yang luar biasa (jeng jeng jeng).

Gill rindukan adik-adik comel dan lincah yang Gill bertemu janji di Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Ahad lalu.

Pertama kali Gill bersama dua rakan Robin a.k.a Pato & Eddy Gordo a.k.a Berimbau bersua muka dengan mereka, kesemua adik-adik comel itu malu-malu. (Mungkin terasa malu tatkala melihat Berimbau yang punya badan sasa dan tinggi lampai manakala mereka semua bertubuh kecil sahaja)

Gill rindukan mereka, sungguh. 

Gill terharu jika terima pujian dari anak-anak kecil berbanding pujian dari lelaki. 

Pujian dari lelaki,
“Awak ni comellah” (peratusan jujur memuji itu – amatlah rendah kerana banyak lelaki yang gemar bermulut manis. Maaf jika kedengaran bagaikan prejudis dengan lelaki. Gill bukan anti-lelaki. Gill seorang pencinta lelaki, percayalah) 

Pujian dari anak kecil,
“Akak ni comellah” pujian sebegitu buat Gill yang berperwatakan brutal bagaikan ikan buntal ini terus menjadi lembut bagaikan sabun pelembut Sofland. 

Pujian dari kanak-kanak adalah pujian yang ikhlas. Kerana mereka melihat perkara dari sudut yang ikhlas dan suci. Kerana minda dan jiwa masih belum tercemar dengan banyak perkara.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, mak tiba-tiba bersuara; 
“Suka betul mak tengok-tengok budak-budak tu bermain Capoeira. Lebih-lebih lagi yang comel dan paling lincah tu. Berpusing-pusing tak henti, tiba-tiba pening.” Serentak Gill tergelak besar. 
 
Ini gambar Gill bersama-sama rakan Capoeira Camara serta anak-anak yatim dari Taman Pengasih dari Kuantan yang datang ke Kuala Lumpur sewaktu minggu Batizado. Thanks adik-adik sebab sudi datang. Xoxo!
Kami tampak gembira bukan? Ini bukan lakonan.

Gerakan Capoeira ini banyak menyerupai akrobatik atau pun gerakan break-dance. Sebab itu banyak yang menganggap Capoeira ini adalah sejenis tarian, bak komen Suhaimi - atok yang punya 4 cucu serta yang punya hobi mengambil gambar orang hutan berbikini ada meninggalkan komen pada entri Gill yang paling serius pada abad ini. Entrinya berbunyi,




“atok takut ngan tarian ni....silap tari, kaki tersepak muka orang...adehh”

Jadi, atok – Capoeira ini bukan tarian ye atok =)
Berbalik kepada anak-anak yatim Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Baik-baik semuanya, sopan, lincah dan comel. Waktu Pato mengajar gerakan Capoeira kepada mereka, Berimbau berdiri di bahagian lelaki manakala Gill di bahagian perempuan. Yang mulanya malu-malu, akhirnya mula bertanya gerakan tendangan dan elakan yang betul.  

“Kak! Kak! Tolong tengok! Betul tak macam ni?” seorang adik perempuan tarik tangan Gill dengan lembut minta Gill memberi tunjuk ajar.

Beberapa saat selepas tu dua antara mereka melakukan tendangan Meia-lua de Frente (salah satu gerakan Capoeira) dengan bersungguh-sungguh.

Nyata mereka betul-betul mahu mempelajari seni mempertahankan diri Capoeira ini. Buat Gill tersenyum. 

Instructor Gill pernah berpesan pada Gill, “Gillette, you have to be tough. Someday, someone is going to test you outside there. They might think that you are weak because you are a woman. So you have to be tough.” 

Benar katanya, apa guna Gill belajar Capoeira setiap minggu tetapi Gill masih lemah, bukan? Itu juga yang Gill sempat pesan pada adik-adik perempuan Taman Pengasih pada Ahad lalu. 

“Belajar rajin-rajin.”
“Belajar Capoeira baik-baik.”
“Jaga diri baik-baik.” 

Wanita punya banyak kelemahan namun pada waktu yang sama punya banyak kekuatan tersendiri. Baik dari segi mentaliti mahupun fizikal. Gill berharap agar anak-anak yatim yang Gill bertemu Ahad lalu sentiasa dapat hidup dengan baik, dapat menjaga diri masing-masing dengan baik dan Gill bangga punya kawan seperti Pato yang sering berulang-alik ke Kuantan untuk mengajar adik-adik kecil itu seni mempertahankan diri. 

Dan syukur Alhamdulillah, ayah Berimbau – menghadiahkan seluar dan jaket kepada mereka semua Ahad lalu. 

Masing-masing tampak kacak berjaya, eh! bergaya dengan jaket baru.

Dunia makin bahaya. Kedengaran bagaikan skrip komik, setuju?
Namun ianya benar. Dunia makin bahaya. Baca sahaja surat khabar setiap hari, setuju?
 
Jadi, Gill harap adik-adik itu dapat menguasai Capoeira atau seni mempertahankan diri untuk kebaikan mereka. 

Adik-adik – Kakak Gill rindukan adik-adik.
Semoga nanti kita bertemu lagi. 

*senyum*

Xoxo,
Gill