Hadis-hadis Rasulullah saw banyak yang menerangkan tentang bahaya lisan
(lidah). Hadis yang akan dibincangkan ini adalah salah satu daripada bahaya
lidah hingga menyebabkan seseorang itu dicampakkan ke dalam neraka.
Abu Hurairah r.a berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Terdapat dua orang dari kalangan Bani Israel yang bersaudara. Salah seorang daripadanya sentiasa melakukan dosa dan seorang lagi seorang yang tekun beribadat. Dia sentiasa beribadat dan bila melihat seorang lagi melakukan dosa dia berkata, "Hentikanlah!"
Pada satu hari dia mendapati saudaranya melakukan dosa maka dia berkata kepadanya, "Berhentilah!"

Maka dia menjawab, "Biarkan aku dan demi
Tuhanku, adakah engkau diutuskan untuk memerhatikan aku?" Maka dia berkata, "Demi Allah, Allah tidak akan mengampunkan untukmu atau Allah tidak akan
memasukkanmu ke syurga."
Kemudian kedua-dua rohnya dicabut dan mereka berkumpul di hadapan Allah. Allah berkata kepada yang tekun beribadat.
Kemudian kedua-dua rohnya dicabut dan mereka berkumpul di hadapan Allah. Allah berkata kepada yang tekun beribadat.
"Adakah kamu mengetahui semua urusanKu
atau engkau mengetahui semua ketentuan di tanganKu?"
Lalu Allah berkata kepada pelaku dosa, "Pergi
dan masuklah ke syurga dengan rahmatKu."
Kemudian Allah berkata kepada seorang lagi, "Pergilah kamu ke neraka."
Kemudian Allah berkata kepada seorang lagi, "Pergilah kamu ke neraka."
Abu Hurairah berkata, "Dan demi jiwaku
berada ditanganNya, sepatah ucapan boleh membinasakan dunianya dan akhiratnya."
(riwayat Abu Daud disahihkan ileh Ahmad Syakir, Ibn Hajar dan al-Albaniy
menghasankannya)
Hadis yang semakna dengan hadis ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud,
Hadis yang semakna dengan hadis ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud,
"Seorang lelaki berkata, Demi Allah, Allah tidak akan mengampunkan dosa orang itu. Lalu Allah berkata, Siapakah yang ( berani) berkata Aku tidak akan mengampunkan dosa orang itu? Sesungguhnya Aku mengampunkan dosanya dan aku menghapuskan amalanmu."
Dua hadis di atas merupakan ancaman bersumpah dengan nama Allah dan mendahului ketentuan di tangan Allah dengan bersangka buruk bahawa Allah tidak akan mengampunkan seseorang. Akibatnya Allah memasukkannya ke neraka dan semua amal solehnya terbatal.
Pengajaran:
1. Dilarang bersangka buruk dengan kejahatan yang dilakukan oleh orang lain dengan mengatakan dia ahli neraka.
2. Dilarang berburuk sangka dengan Allah dengan mengatakan Allah tidak akan mengampuni seseorang.
3. Kita dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah bukan kerana amalan kita.
4. Allah Maha Berkuasa mengampunkan dosa dan menghapuskan amal soleh seseorang.
5. Sepatah perkataan boleh menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka.
6. Hindari berasa ujub atau bangga diri dengan amal soleh yang dilakukan.
Berhati-hatilah dalam mengucapkan sesuatu ucapan agar tidak terjerumus ke dalam neraka. Semoga Allah membimbing kita semua ke arah kebaikan dan dapat memelihara lidah kita daripada mengatakan perkara yang dimurkai oleh Allah.
Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (al-Bukhari dan Muslim)
~> Sumber dari google. =)
~> Sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri sendiri.
Gill rindukan kamu semua. Ya, kamu, kamu dan kamu... =)
With Love,
Gill
3 comments:
Gill..aku rindu kan kau jugak.siot je ramai bloggers skrang mula tinggalkan blog2 dan buat aky makin bosan.
kerana mulut badan binasa... jaga elok2 bahagian itu.
dah lama tak jenguk blog, maka nya jadi rindu sangat sama tulisan kamu :)
Post a Comment