Random Questions about Capoeira

Friday, December 20, 2013

Untuk Kesekian Kalinya...

Bunga Dewi        :           Fasa kedua. 

Indera Dewa      :           Fasa kedua? Maksud kau? 

Bunga Dewi        :           Fasa kedua hidupku, lalui kitaran yang sama. Cuma kali ini lain ceritanya.

Indera Dewa      :           Ceritanya? 

Bunga Dewi        :           Rasa cinta yang fikirku sudah lama lenyap dan tak akan wujud lagi – masih wujud dalam hatiku.

Indera Dewa      :           Ah! Kau buat aku bingung Bunga.

Bunga Dewi        :           Selama ini aku fikir, cinta tak pernah memihak atau tercipta untuk aku. Aku fikir harusnya aku lupa wujudnya cinta sejati atau dua perasaan cinta yang terpaut hingga mampu membuatkan dunia kita bagai diwarna warna pelangi, cantik, indah… ajaib…

Indera Dewi       :           Ajaib? Ah! Bunga. Benarnya laki-laki tak gemar memerah akal fikirannya memikir ayat-ayat yang berbelit-belit sebegini. Apa saja yang kau cuba ceritakan? Ceritakan saja tanpa kau kaitkan pelangi atau keajaiban.

Bunga tertawa kecil. Indera senyum manis melihat Bunga tertawa.

Bunga Dewi        :           Pokok pangkalnya – semuanya tentang cinta.

Indera Dewa      :           Jadi apa yang ajaibnya? Mana datangnya pelangi?

Indera sengaja mengusik.

Bunga Dewi        :           Ah! Kau ini Indera.

Bunga mencebik sambil mencubit kecil lengan Indera. Indera senyum. Manis. Semanis madu. Ya, semanis madu. Manis tapi tidak dihurung semut. Manisnya istimewa.

Bunga Dewi        :           Aku fikir, hatinya sudah tertanam ataupun berkarat dari rasa cinta. Tanpa sedar – kini tanah mahupun karat yang menutup hati aku dan biar aku terkubur selama ini kini sudah kembali serinya.

Indera Dewa      :           Jadi itu maksud kau yang ajaibnya ya?

Bunga Dewi        :           Ya, lebih kurang begitulah.

Indera Dewa      :           Bagaimana bisa hilang karatnya?

Bunga memandang Indera dan senyum seribu makna. Bibirnya tertutup rapat. Tak rasa mahu berbicara lagi. Mahu direnung wajah Indera sepuas mungkin terlebih dahulu. Pandangan matanya kini tertumpu pada mata Indera. Indah! Indera punya sepasang mata yang indah. Yang mampu buat hati Bunga semakin mekar serinya. Bunga melekapkan telapak tangan kanannya di pipi Indera. Matanya dari tadi tidak sedikitpun berkelip dari memandang anak mata Indera.

Bunga Dewi        :           Terima kasih.

Bunga senyum. Indera mengerut dahinya.

Indera Dewa      :           Kau buat aku percaya kembali, cinta sejati itu wujud. Rasa percaya itu sudah lama hilang.

Bunga senyum seribu makna. Indera turut sama senyum.

Bunga   Dewi     :           Andai ditakdirkan ajal awal menjemputku, hatiku senang – kerana kau buat hatiku kembali hidup setelah sekian lama tidak bernafas kerana terkubur dalam tanah sehingga berkarat. Gelap, tak mampu bernafas, mati…

Indera masih senyum.

Bunga Dewi        :           Pastinya yang baik-baik datangnya dari Pencipta kita, hamba-hambanya yang kerdil. Aku harapkan yang terbaik. Aku tak mahu melawan arus takdir. Aku mahu raikan keajaiban yang muncul tiba-tiba ini di landasan yang betul dan akan aku ikut arus takdir yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz.
 

“There is nothing stronger than true love. You must believe to understand, and you must understand to believe. If you don't believe, you can't understand, and, if you don't understand, you can't believe.”
 
With Love,
Gill

1 comment:

Anonymous said...

You have been busy lately gill?