Random Questions about Capoeira

Wednesday, February 05, 2014

Tunjang Utama dan orang-orang kuat Capoeira Camara Malaysia

Lewat kebelakangan ni Gill asyik post entri jiwang-jiwang aje kan?
Apa kata Gill story mory pasal Capoeira pulak. Nak baca tak? Nak baca tak?
Kalau nak, angkat kening lelaju, buka mata luas-luas and keep on reading.
Kalau tak nak… kalau tak nak… kalau tak naaakk…
Alaaa bacalah, bacalah jugak. *pegang kepala korang, paksa korang letak muka depan PC/laptop baca entri ni*

Ahem… ahem…

Mukadimahnya.
 
Syukur Alhamdulillah, sekitar 2013 banyak yang berjinak-jinak merpati masuk ke dalam grup Capoeira Camara Malaysia (grup Capoeira Gill). Masih kekal ber’ginga’ dengan gigih setiap kali training. Siapa yang tak tahu Ginga tu apa, mungkin aok baru first time baca entri Gill pasal Capoeira ni. Siapa yang pernah baca tapi lupa, meh sini Gill nak cubit-cubit manja pipi aok sampai merah.
 
Moh kita flashback balik entri Gill yang lepas-lepas. *jeling manja sambil flip hair* 
 
 
Entri kali ni Gill tak bercerita banyak. Cuma nak kenalkan uolls dengan tunjang utama Capoeira Camara Malaysia, orang-orang kuat Capoeira Malaysia dan orang-orang yang membantu mengembeling tenaga menguatkan orang-orang kuat Capoeira Malaysia. Mungkin tak semua yang dapat Gill kenalkan sebab tak semua gambar ada kesemua dari kitorang, tapi hampir kesemua yang insyaAllah jika punya peluang bertemu kitorang di mana-mana majlis ataupun studio latihan, dapatlah beramas mesra dan bertegur sapa tanpa malu-malu kucing ataupun segan-segan harimau bintang. Aummm…
 
Profesor Soldado a.k.a Batman
 
 
Jejaka tampan dari Brazil yang mempunyai 3 isteri dan 8 anak hasil dari ketiga-tiga perkahwinannya (okay, ini bukan serius).
Soldado menetap di Malaysia semenjak 2006, 7 tahun yang lalu dan telah banyak menurunkan seni mempertahankan diri kepada kebanyakan penduduk di Malaysia (1 Malaysia!)
Selain daripada mempunyai kepakaran membuat sambal belacan sambil ber’skipping’, Soldado mempunyai kebolehan di mana dia mampu menggunakan six-packs nya untuk bermain Berimbau (eh?)
Kalau terasa nak tengok betapa bergayanya Soldado menggunakan six-packsnya bermain Berimbau, bolehlah menjengah ke Caboco.
 
Fakta serius : Profesor Soldado merupakan tunjang utama Capoeira Camara Malaysia dan merupakan seorang pelatih Capoeira yang sangat Gill kagumi. Buktinya, setelah hampir 2 tahun Gill masih tak jemu dan masih ‘hunger’ untuk menuntut ilmu dari Profesor Soldado. Sebabnya? Kredibilitinya sebagai seorang pelatih Capoeira sendiri. *senyum*
 
Fadinha a.k.a Batgirl
 
Gadis cute ala-ala Tinkerbell, Fadinha. Namun selalu punya angan-angan mahu menjadi Batgirl.
Punya kebolehan berpusing menggunakan kepalanya tanpa henti selama sejam sambil memakan popcorn.
Kalau terasa nak belajar bermain Berimbau menggunakan six-packs dan spin head sambil makan popcorn, anda boleh hubungi nombor telefon ini 016-9711 765.
(Sila call dan bercakap dengan serius dan penuh skema, tak payah nak mengada-ngada nak main-main miss call atau nak ngorat-ngorat)
Kalau terasa nak berbalas-balas emel dengan Fadinha, bolehlah emel beliau ke, Miss Awesome Fadinha.
 
Fakta serius : Orang kuat Capoeira Camara Malaysia. Gill kagumi Fadinha kerana dia seorang wanita yang boleh dikatakan ‘tough’ luaran serta dalaman. Kecil-kecil cili api. Bertubuh kecil namun punya jiwa yang besar dari yang kita dapat lihat dari mata kasar kita. Punya pemikiran yang brilliant. Ya, itulah Capoerista sebenar *senyum*
Oh ya, Fadinha juga salah seorang tenaga pengajar untuk kelas asas (basic kelas). Ahem ahem… *kenyit mata sambil muncung bibir ala-ala Bobo*
 
Pato a.k.a Robin
 
 
Setelah meletakkan jawatannya sebagai Robin dan juga Ketua Kampung di Kampung Pening Lalat. Pato mengembara jauh ke Recife, Brazil dengan berbekalkan hanya sehelai kain batik yang dipinjam dari jiran rumahnya, Senah.
Tertarik dengan gerakan ‘Finta Cabecada Do Chao Parafusado’ yang dilakukan Soldado, Pato memohon mahu menjadi anak murid Soldado 7 tahun lalu.
Soldado bersetuju untuk mengajar Pato dengan syarat, Pato harus melakukan Au atau juga dikenali sebagai Cartwheel, mengelilingi rumahnya selama 7 hari 7 malam.
Selesai Pato melangsaikan syarat tersebut, Pato telah berjaya menjadi anak murid kepada Soldado sehingga kini.
 
Fakta Serius: Juga orang kuat Capoeira Camara Malaysia. Mampu membuat handstand sambil ber’Gwiyomi’. Kagum tak? Kagum tak? Gill banyak belajar daripada Pato selain daripada Fadinha. 
 
 

Barisan hadapan duduk, dari kiri.

1. Rolha a.k.a Aqil
Turut dikenali sebagai Maharaja Rolha yang sering berulang-alik ke Brazil 5 kali sebulan untuk bertemu kekasihnya di sana. Setiap kali penerbangan, Maharaja Rolha akan dilayan dengan sekumpulan gadis cantik secantik Kim Kardashian yang dipaksa ber’ginga’ di hadapannya sehingga beliau melelapkan mata.
Status : Punya kekasih gelap hampir seluruh pelusuk Malaysia dan kekasih cerah di Brazil.

2. Raposa a.k.a Afiq

Abang kepada Maharaja Rolha dan prinsip hidupnya, ‘food is important’. Malahan beliau menganggap makanan adalah lebih penting daripada duit. Sudah dipesan berkali-kali oleh Twite bahawa duit itu lebih penting kerana tanpa duit bagaimana mahu membeli makanan. Berasa tertekan dengan pesanan berulang kali tersebut, Raposa menunjukkan skill Capoeira nya kepada Twite, dan akibat terlalu kagum dengan kebolehan Raposa, Twite kehilangan suaranya selama 6 hari sehingga tidak mampu untuk membuat beat box buat seketika.
Status : Masih mencari-cari gadis Brazil yang seusia dengannya yang punya minat yang sama di dalam Capoeira.


Barisan belakang dari kiri

1. Feyzal a.k.a Zecolmeia
Pemuda comel lepasan SPM yang sangat menggemari ‘Star Wars’. Pernah suatu ketika, akibat mengalami tekanan dari peperiksaan SPM, Zecolmeia pernah ber’ginga’ di dalam bilik mandi di bawah air pancut sambil memakai kostum ‘Star Wars’.
Status : Bakal dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarga 6 tahun lagi.

4. Ashwin a.k.a Berimbau
Pemilik kaki panjang seksi ala-ala ahli kumpulan PSD ini berkebolehan membuat ‘back flip’ sambil menyikat rambutnya.
Status : Sewaktu sedang membuat ‘back flip’, beliau ternampak kelibat seorang gadis bertocang dua – dan sejak dari saat itu beliau dilamun cinta sehingga kini.
 
5. Farezza a.k.a Fadinha
6. Cristiano Genuino a.k.a Profesor Soldado
7. KK a.k.a Pato

8. Dahmmieri a.k.a Chapa
Walaupun telah mencecah angka emas 5 series, Chapa masih mampu ber’ginga’ dengan penuh bergaya setiap kali latihan. Selesai latihan Capoeira, Chapa sering meluangkan masanya menonton Pokemon bersama Berimbau dari telefon pintarnya.
Status : Terlalu banyak gadis yang meminatinya, Chapa membuat keputusan untuk berfikir dan memilih calon yang paling sesuai untuk dijadikan isterinya pada tahun 2017 kelak.
 
9. Aiman a.k.a Twite
Punya habit ber’ginga’ sambil membuat bunyi-bunyian (beat box). Mempunyai minat yang mendalam di dalam Capoeira, Twite sering mengejutkan adik lelakinya kerana sering ber’ginga’ di atas katil sewaktu sedang tidur pada awal penglibatan beliau di dalam Capoeira.
Status : Mempunyai seorang kekasih seiras Emma Maembong dan dikatakan punya darah campuran seorang lelaki dan seorang wanita. 
 

1. Farezza a.k.a Fadinha (yang landing ala-ala ikan duyung)
 
Duduk dari kiri

2. Vanessa a.k.a Chorona
Terjebak di dalam Capoeira secara tidak sengaja. Chorona awalnya menyangkakan Capoeira adalah sejenis tarian melayu tradisional dan beliau hadir ke kelas latihan Capoeira dengan memakai Cheongsam serta bertocang dua pada awalnya. Namun setelah mengikuti kelas latihan Capoeira bersama Soldado, Chorona terus melipat dan menyimpan rapi Cheongsamnya di dalam almari baju kucing kesayangannya dan meneruskan latihan Capoeira sehingga ke hari ini.
Status : Chorona merupakan gadis bertocang dua yang dilihat Berimbau ketika beliau sedang menunjukkan skill back flip nya.
 
3. Rafyka a.k.a Aranha
Baru berjinak-jinak di dalam Capoeira. Wanita yang mempunyai semangat yang tinggi sewaktu latihan. Pantang menyerah kalah walau dipaksa membuat push up selama 60 kali tanpa henti. Jyeaahhh!
Status : Seorang isteri yang sangat manis di samping suami yang juga manis. Gill syak makanan harian mereka kalau bukan gula, mesti cokelat.
 
4. Joyah Sport
Pelajar baru Capoeira Camara Malaysia yang mempunyai habit ber’ginga’ sambil head banging. Sedang berusaha membuang habit buruknya setelah ditegur Fadinha agar tidak terlalu terpengaruh dengan kumpulan ‘Permintaan Malam’.
Status : Bercita-cita mahu masuk meminang Robert Downey Jr menjadi suaminya, namun ditolak mentah-mentah Robert Downey Jr. Kemudian, mencuba nasib masuk meminang Daniel Henney. Tetap gagal. Cubaan terakhir, James Franco dan akhirnya Joyah berputus asa. Status, kecewa sehingga ke hari ini.
 
5. Edwin ak.a Pirata
Bekas lanun yang sahamnya jauh lebih tinggi daripada Jack Sparrow. Buktinya, setiap kali bangun dari tidur, habit Pirata adalah ber’ginga’ selama 3 jam tanpa henti. Dan selama 3 jam itu jugalah kesemua dugong-dugong di laut akan memerhatikan Pirata dengan penuh kagum dan tanpa jemu.
Status : Akibat pernah patah hati dengan Puteri Duyung, Pirata membuat keputusan untuk melupakan tentang cinta buat seketika.
 
Barisan kedua (berdiri) dari kiri;
 
* Dev (local guest)

6. Dannial a.k.a Uva
Juga baru berjinak-jinak di dalam Capoeira. Berkebolehan bertutur di dalam Portuguese namun kurang dipraktikkan di dalam kelas latihan kerana tidak punya kesempatan. Lebih banyak ber’ginga’ daripada berkomunikasi kerana komitednya yang tinggi sewaktu latihan.
Status : Suami yang manis kepada isteri yang manis, Rafyka.
 
7. Liew a.k.a Peixe
Sangat obsess dengan kesemua jenis ikan. Baik dari ikan masin, ikan bilis, ikan todak mahupun ikan paus. Disebabkan obsesi beliau, tanpa sedar – beliau sering ber’ginga’ sambil memuncungkan mulut ala-ala ikan buntal.
Status : Ada gossip panas yang mengatakan Peixe bakal mengahwini Miley Cyrus tak lama lagi. Kita nantikan kepastiannya kelak.
 
8. Ashwin a.k.a Berimbau

9. Ameer a.k.a Fringinha
Punya angan-angan mahu membonceng motosikal berkuasa tinggi ala-ala Robocop sambil membuat headstand dengan kelajuan 220 km/j. Setelah gigih meminta bantuan Pakcik Google untuk membantunya mencari kelas Capoeira yang sesuai, Fringinha tekad mahu mengikuti kelas latihan Capoeira bersama Profesor Soldado.
Status : Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan lagi. Sila baca dengan serius. *flip hair sambil muncung bibir ala-ala Bobo*

10. Aiman a.k.a Twite

*3 jejaka hensem bahagian belakang adalah pelajar BJJ (Brazillian Jiujitsu) di studio yang sama weolls training.



Barisan bawah (duduk) dari kiri;

1. Syahiran a.k.a Lixa
Lepasan SPM sama seperti Zecolmeia. Sering mencairkan gadis-gadis setiap kali ber’ginga’ kerana punya wajah yang macho ala-ala M Daud Kilau setiap kali ber’ginga’. Turut mengalami tekanan sewaktu menduduki peperiksaan SPM dan mengejutkan ramai orang kerana secara tiba-tiba bangun ber’ginga’ di tengah dewan selama 2 minit sebelum menyambung menjawab soalan dengan lancar sekali selepas itu. Begitulah hebatnya penangan kuasa Ginga. *jungkit-jungkit kening*
Status : Dengar khabar bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.
 
2. Ashwin a.k.a Berimbau
 
3. Ameer a.k.a Fringinha
Diulang.
Status : Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan lagi. Sila baca dengan serius. *flip kain baju kurung lelaju sambil kelip-kelip mata*
 
4. Edwin a.k.a Pirata

Barisan atas dari kiri;
 
5. Vanessa a.k.a Chorona

* Tartaruga *guest from Japan*
 
6. KK a.k.a Pato
7. Aiman a.k.a Twite
8. Liew a.k.a Peixe
 

Barisan bawah (duduk) dari kiri; 

1. Sylvia a.k.a Cangaceira
Gadis yang mempunyai susuk badan seseksi Beyonce Knowles ini menjadikan Caboco sebagai tempat persembunyiannya untuk lari daripada ramai lelaki yang menggilainya. Berasa selamat jika berada di tempat di mana rakan-rakannya mampu melindunginya, Cangaceira kekal menjalani latihan di Caboco semenjak hampir 2 tahun lalu sehingga kini.
Status : Masih meneliti senarai nama lelaki yang sesuai dijadikan kekasihnya.

2. Joyah Sport



3. Neesa a.k.a Arcoiris
Gadis cantik ala-ala gadis Korea ini mula berjinak-jinak di dalam Capoeira akibat terpengaruh dengan permainan video ‘Tekken’. Sepertimana Fringinha, Arcoiris meminta bantuan Pakcik Google untuk membantunya mencari tempat latihan Capoeira dan akhirnya Caboco didatanginya beberapa bulan yang lepas.
Status : Masih single kerana terlalu obsess terhadap Eddy Gordo dan menanti jejaka persis Eddy Gordo serta berkebolehan ber’capoeira’ untuk dijadikan teman lelaki.
 
Barisan atas (berdiri) dari kiri;

1. KK a.k.a Pato

2. Shannon a.k.a Bicodo
Mempunyai suara soprano dan pernah berduet bersama Ning Baizura menyanyikan lagi ‘Beribu Sesalan’. Kecewa apabila Ning Baizura memilih untuk menyingkirkannya daripada membuat persembahan di mana-mana konsert dengan menggantikan Sheila Hamzah dan Jaclyn Victor. Semenjak dari itu, Bicodo tekad untuk menuntut ilmu menjalani latihan Capoeira bersama Profesor Soldado sehingga kini.
Status : Pernah menaruh hati terhadap Ning Baizura namun segalanya telah berubah. Kriteria gadis yang dicari Bicodo selepas ini, masih mahu memilih gadis bersuara soprano.

3. Farezza a.k.a Fadinha  
4. Cristiano Genuino a.k.a Soldado
5. Liew a.k.a Peixe
6. Ashwin a.k.a Berimbau
7. Aiman a.k.a Twite


Dari kanan;

1. Faeez (masih belum punya nama Portuguese)
Jejaka macho berkumis tebal ala-ala A Galak ini pernah melalui satu pengalaman yang amat mendebarkan di mana beliau pernah diikat di suatu rumah usang di dalam hutan selama 8 lapan hari oleh model-model video Youtube ‘Gelimat’. Segalanya berpunca setelah beliau membuat parodi video ‘Gelimat’ dan perkara tersebut tidak digemari model-model asal video ‘Gelimat’ tersebut. Abang kepada Fringinha ini tekad untuk belajar seni mempertahankan diri setelah berjaya meloloskan dirinya setelah dibantu oleh seekor beruang.
Status : Tujuan asal Faeez memuat turun video parodi ‘Gelimat’ nya adalah untuk menarik perhatian anak ketua kampungnya yang seiras dan seseksi Priyanka Chopra, iaitu Saodah Senget. Memasang angan-angan untuk masuk meminang Saodah Senget setelah berjaya menguasai seni mempertahankan diri Capoeira sehingga ke korda (tali pinggang) yang ke-7.
 
2. Cristiano Genuino a.k.a Profesor Soldado
3. Liew a.k.a Peixe
4. Dahmmieri a.k.a Chapa
5. Ameer a.k.a Fringinha
Diulang.
Status : Seorang suami kepada 4 isteri yakni kuota sudah penuh dan tiada kekosongan lagi. Sila baca dengan serius. *jeling manja ala-ala Bobo*
 
6. Aiman ak.a Twite
7. Mestre Pedro dari Senzala Group. Mestre yang sangat awesome!
8. Ashwin a.ka Berimbau
 
Oh ya, bagi yang berkerut-kerut pening tu sebab rasa pelik sebab nama weolls macam pelik je, macam pelik je... Nama yang dipanggil adalah di dalam bahasa Portuguese di mana kesemua nama-nama tersebut diberi oleh Profesor Soldado sendiri mengikut perhatian beliau dan kesesuaian weolls. Contohnya, Pato bermaksud itik. Yes, quack quack! Contoh kedua, Cangaceira bermaksud wanita yang kuat. Haaa... mesti wondering kan macam mana Pato yang gagah perkasa tu dinamakan 'itik quack quack' dan Sylvia yang seksi macam Beyonce tu dinamakan 'strong woman.

Jadi kesimpulannya, kesemua dari kami sangatlah mengalu-alukan jika uolls nak memeriahkan lagi studio Caboco.
 
Bolehlah weolls Ginga sambil bermain mata nanti sambil menyanyi lagu “Pandang Pandang Jeling Jeling” lagu Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk S M Salim.
 
Kalau terasa nak berkenal-kenalan dengan weolls sambil-sambil ber’ginga’ sesama, jemputlah ke teratak kitorang;
 
Caboco B-16-1 Zenith Corporate Park, Jln SS7/26 Kelana Jaya
(shoplot behind Paradigm Mall, above KJ Bistro (formerly known as Al-Safa Bistro)).
Tel: 016-971-1765 Email: farezza311@gmail.com
GPS coordinate / Google map – 3.104647, 101.592993


Penat dah membebel, Gill nak pergi bancuh limau madu sekejap buat minum petang.
Bye bye korang!

With Love,
Gill
 
 

Wednesday, January 29, 2014

Pesan Sang Bulan

Pesan Sang Bulan...
Cinta itu sukar dicari ganti...
Cinta itu besar nilainya...
Cinta itu suci dan ikhlas sifatnya...
Cinta itu semulajadi lahirnya...

Sedalam-dalam lautan, boleh jadi dalam lagi bisa kita lemas dalam hati sang teruna atau dara yang kita cinta.
Jika lemas, kita punya pilihan mahu berenang selamatkan diri atau lemas terus ke dalam lautan.
Ya, jika bisa berenang.
Namun - jika lemas dalam cinta, sukar punya pilihan.
Emosi dan hati seringkali mendayung akal fikiran.


Jadi, pesan Sang Bulan lagi...

Bercintalah dengan akal fikiran jika kau jatuh cinta lagi wahai Sang Bunga.

With Love,
Gillette Flores
 
 

Tuesday, January 28, 2014

Kata Arjuna, bagaimana pula?

Kata hatinya, Arjuna itu yang bisa membuat hatinya bahagia saban hari.
Kata fikirannya, Arjuna hanya pinjaman sementara.
Kata orang, Arjuna itu bukan apa-apa.
Kata Bunga sendiri, Arjuna itu cinta sejati yang kian lama dinantinya.
Namun kata jodoh, masa yang menjadi penentunya.
 
Kata Arjuna, bagaimana pula?
 
*senyum*
With love,
Y Gillette Flores Y
 
 

Follow my Instagram : juliette_flores
*kenyit mata*

Friday, January 03, 2014

Cinta dicampur cinta, jadinya apa?


Cinta dicampur cinta, jadinya apa?
 
Banyak ceritanya jika mahu bicara tentang cinta.
Banyak perspektifnya juga jika mahu melontarkan pandangan tentang cinta.

Rambut tak sama hitam.
Ada warna hitam, coklat, merah, hijau juga berwarna-warni bagai M&M di dalam bungkusan plastik.
Sama juga dengan buah fikiran.
Sama juga dengan hati.
 
Ada yang bercinta kerana mahu hidup dengan lebih baik di jalan Allah dan mengakhiri dengan membina masjid sebagai jalan menuju je syurga.
Ada yang bercinta kerana hatinya yakin itu cinta sejatinya.
Ada yang bercinta sebab rasa kesunyian.
Ada yang bercinta kerana nafsu.
Ada yang bercinta kerana mahu teman untuk berkongsi suka duka dan minat yang sama,

Nah, bila sudah sama-sama bercinta, pelbagai elemen pula yang dituntut dalam cinta itu.
Ada yang cuma perlu rasa cinta.
Ada yang cuma perlu rasa hormat.
Ada yang cuma perlu rasa percaya.

CINTA
Harusnya membahagiakan.


With Love,
Gill

Friday, December 20, 2013

Untuk Kesekian Kalinya...

Bunga Dewi        :           Fasa kedua. 

Indera Dewa      :           Fasa kedua? Maksud kau? 

Bunga Dewi        :           Fasa kedua hidupku, lalui kitaran yang sama. Cuma kali ini lain ceritanya.

Indera Dewa      :           Ceritanya? 

Bunga Dewi        :           Rasa cinta yang fikirku sudah lama lenyap dan tak akan wujud lagi – masih wujud dalam hatiku.

Indera Dewa      :           Ah! Kau buat aku bingung Bunga.

Bunga Dewi        :           Selama ini aku fikir, cinta tak pernah memihak atau tercipta untuk aku. Aku fikir harusnya aku lupa wujudnya cinta sejati atau dua perasaan cinta yang terpaut hingga mampu membuatkan dunia kita bagai diwarna warna pelangi, cantik, indah… ajaib…

Indera Dewi       :           Ajaib? Ah! Bunga. Benarnya laki-laki tak gemar memerah akal fikirannya memikir ayat-ayat yang berbelit-belit sebegini. Apa saja yang kau cuba ceritakan? Ceritakan saja tanpa kau kaitkan pelangi atau keajaiban.

Bunga tertawa kecil. Indera senyum manis melihat Bunga tertawa.

Bunga Dewi        :           Pokok pangkalnya – semuanya tentang cinta.

Indera Dewa      :           Jadi apa yang ajaibnya? Mana datangnya pelangi?

Indera sengaja mengusik.

Bunga Dewi        :           Ah! Kau ini Indera.

Bunga mencebik sambil mencubit kecil lengan Indera. Indera senyum. Manis. Semanis madu. Ya, semanis madu. Manis tapi tidak dihurung semut. Manisnya istimewa.

Bunga Dewi        :           Aku fikir, hatinya sudah tertanam ataupun berkarat dari rasa cinta. Tanpa sedar – kini tanah mahupun karat yang menutup hati aku dan biar aku terkubur selama ini kini sudah kembali serinya.

Indera Dewa      :           Jadi itu maksud kau yang ajaibnya ya?

Bunga Dewi        :           Ya, lebih kurang begitulah.

Indera Dewa      :           Bagaimana bisa hilang karatnya?

Bunga memandang Indera dan senyum seribu makna. Bibirnya tertutup rapat. Tak rasa mahu berbicara lagi. Mahu direnung wajah Indera sepuas mungkin terlebih dahulu. Pandangan matanya kini tertumpu pada mata Indera. Indah! Indera punya sepasang mata yang indah. Yang mampu buat hati Bunga semakin mekar serinya. Bunga melekapkan telapak tangan kanannya di pipi Indera. Matanya dari tadi tidak sedikitpun berkelip dari memandang anak mata Indera.

Bunga Dewi        :           Terima kasih.

Bunga senyum. Indera mengerut dahinya.

Indera Dewa      :           Kau buat aku percaya kembali, cinta sejati itu wujud. Rasa percaya itu sudah lama hilang.

Bunga senyum seribu makna. Indera turut sama senyum.

Bunga   Dewi     :           Andai ditakdirkan ajal awal menjemputku, hatiku senang – kerana kau buat hatiku kembali hidup setelah sekian lama tidak bernafas kerana terkubur dalam tanah sehingga berkarat. Gelap, tak mampu bernafas, mati…

Indera masih senyum.

Bunga Dewi        :           Pastinya yang baik-baik datangnya dari Pencipta kita, hamba-hambanya yang kerdil. Aku harapkan yang terbaik. Aku tak mahu melawan arus takdir. Aku mahu raikan keajaiban yang muncul tiba-tiba ini di landasan yang betul dan akan aku ikut arus takdir yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz.
 

“There is nothing stronger than true love. You must believe to understand, and you must understand to believe. If you don't believe, you can't understand, and, if you don't understand, you can't believe.”
 
With Love,
Gill

Friday, October 18, 2013

Sejambak Mawar & Strawberi Cokelat

A bouquet of white & red roses with fresh strawberries….. 

Cantik, wangi, manis, masam, berwarna… Simboliknya sama dengan kehidupan kita.
Lain yang memandang, lain yang boleh dihuraikan.
Lain yang merasa, lain yang boleh dinyatakan rasanya. 

Hazel     :           Dia akan nikah esok. 

Bunga yang sedang asyik membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menyapu wajahnya tersentak. Lantas dipandang wajah Hazel.  

Diam. 

Hazel     :           Aku ingat aku cukup kuat.  

Kali ini Hazel mengukir senyuman. Bunga cuba mencari genangan air mata di balik mata coklat jernih Hazel namun gagal. Mata Hazel redup dan langsung tidak bergenang dengan sebarang air mata. 

Hazel     :           Kau sekadar nak diam dan tengok muka aku je ke Bunga? 

Hazel berseloroh sambil tertawa kecil. Bunga turut tertawa kecil namun fikirannya masih separa bangun. Bagai diketuk kuat kepalanya sebentar tadi. 

Bunga   :           Maaf Hazel. Aku… Macam… 

Hazel     :           Macam tak percaya kan? Aku pun rasa macam susah nak percaya. 

Sekali lagi Hazel senyum. Bunga tak mampu lagi untuk memandang wajah Hazel. Wajah tenang tanpa tangisan tika hati dirudum rasa sengsara dan sedih, itulah tandanya hatinya sangat parah luka berdarah sehingga tidak mampu berasa sakit dan tak mampu menangis lagi. Mungkin Hazel sudah puas menangis gamaknya. 

Hazel     :           Aku ada cuba untuk tinggalkan dia sebelum ni. Lepas aku tahu dia bakal dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarganya. Tapi makin aku cuba nak lupakan dia, makin sengsara rasanya hati aku. 

Bunga   :           Kau tak pernah ceritakan pada aku pun? Aku sangkakan kau baik-baik saja dengan Ariff selama ni? 

Hazel     :           Memang kami bahagia bersama. Bagai tak punya sebarang kekurangan jika bersama. Bagai saling melengkapi. Tapi ianya akan menjadi kurang selepas dia bergelar suami orang esok. 

Hazel mengetap bibir. Saat ini airmatanya bergenang. Bunga menarik nafas lega. Itu yang sepatutnya. Lepaskan kesedihan daripada menanggung sakit dalam diam. Seribu satu soalan mahu ditanya namun setiap kali mahu dilontarkan soalan-soalan tersebut, semuanya ditelan kembali anak tekak Bunga. Biarlah Hazel sendiri yang membuka cerita dengan kemahuan hatinya sendiri. Dan dia akan mendengar dengan setia. 

Hazel     :           Dia memang sayangkan aku. Tapi dia harus aku dengan kemahuan ibunya yang mahukan dia berkahwin dengan gadis pilihannya. Sudah 2 tahun mereka diaturkan untuk hidup bersama. 

Bunga membulatkan matanya. 

Hazel     :           Ya. Dua tahun. Aku terlewat tahu. Dan aku ada salahkan Ariff pada awalnya, namun setelah dia jelaskan keadaan sebenarnya, dan aku cuba memahami – tidaklah dia salah sepenuhnya. Takdir… dan keadaan. 

Bunga   :           Apa maksudnya takdir? Ariff punya pilihan untuk tentukan siapa jodohnya bukan? Jika dia sayangkan kau, takkan dia mahu bernikah bersama gadis lain? 

Hazel     :           Ya. Aku tidak menolak kemungkinan dia sebenarnya turut sama menyayangi bakal isterinya. Tapi aku punya kenapa aku tetap akan bernikah bersama Ariff dua bulan selepas ini. 

Bunga   :           Hazel… 

Hazel     :           Ya Bunga. Ariff ada minta aku tinggalkan dia. Dia tak mahu pentingkan diri sendiri dan tak mahu aku sakit. Awalnya aku mahu tinggalkan dia, tapi payah Bunga. Dia ada bilang sama ibunya tentang aku tapi bilang ibunya cuma satu cara untuk kami bersama. 

Bunga   :           Caranya kau menjadi yang kedua? 

Hazel angguk. 

Bunga   :           Kau cukup kuat Hazel? Kau yang kedua dan kau tahu yang pertama akan dilebihkan segala-galanya nanti. Tambah-tambahan yang pertama pilihan hati keluarga. 

Sekali lagi Hazel angguk. 

Bunga   :           Yang pertama akan tahu? 

Geleng. 

Bunga   :           Parah. Kau akan hidup bagaimana selepas ini Hazel? 

Hazel senyum. Mata coklat jernihnya berkaca. 

Hazel     :           Lama aku fikirkan Bunga. Ada aku minta petunjuk dari Allah dan entah dari mana datangnya kekuatan, aku yang suarakan isi hati mahu dijadikan yang kedua walau awalnya Ariff tak mahu. Tak mahu abaikan aku serta lukakan aku selepas ini, tapi aku yang tetap mahu.

Bunga terdiam. Otaknya bagai belut di dalam air. Menjalar ke kiri kanan, meliuk lentok sana sini tanpa henti. Tanpa henti dan beribu persoalan dan kemungkinan bermain di mindanya. 

Bunga   :           Kau memang sudah bersedia untuk hidup dengan berbeza selepas ini?

Hazel     :           Awalnya ya. Aku fikir aku sudah cukup bersedia dan sudah cukup kuat tapi sangkaan aku salah. Sedikit demi sedikit bagai ada sesuatu yang memakan isi hati aku. Aku tak tahu. Dia bakal bersama dengan wanita yang aku fikir dia turut sama sayangkan wanita itu dengan ikatan yang halal. Kau tahu kan Bunga? 

Bunga   :           Ya. Aku tahu. 

Hazel     :           Satu yang aku takut Bunga, jika dia berubah selepas ini. Aku takut… 

Dari jauh kelihatan seorang gadis membawa sejambak mawar merah dan putih serta strawberi celup coklat. Mungkin baru dihadiahkan kekasih hati. Atau peminat misteri. Mungkin juga dibeli sendiri. Mungkin. Mungkin. Ya, mungkin.

Kehidupan ini banyak kemungkinannya.

Bunga itu mungkin dibeli sendiri, dihadiahkan seseorang yang disayang, mungkin juga diberi oleh peminat misteri.

Strawberi celup coklat itu juga mungkin dibeli sendiri, dibuat sendiri dari rumah, mungkin juga diketemunya di pertengahan jalan. Mungkin… mungkin… 

Tapi di sebalik kemungkinan, ada juga kepastian.
 
Bunga mawar yang berwarna cantik dan harum pastinya layu dan hilang warnanya dimakan waktu.



Strawberi yang mekar, masam dan manis rasanya pastinya akan lembik dan hilang rasa sedapnya jika dibiarkan lama.

Itu yang pasti. Ya, punya cara untuk biarkannya lebih lama cantik dan mekar. Penyembur untuk mengawet.

Bagus caranya bukan? Tapi sampai bila agaknya ia akan tahan cantik dan mekar?
Yang disembur cuma bahagian luarnya. Untuk dipastikan sentiasa tampak cantik dan mekar.

Bagaimana bahagian dalamnya yang langsung tidak mampu dilihat sesiapa?
 
With Love,
Gill

 

 

 

 

Tuesday, October 08, 2013

Kerana lidah dan bicaramu

Lidah adalah anggota paling mudah berbuat dosa.
Hadis-hadis Rasulullah saw banyak yang menerangkan tentang bahaya lisan (lidah). Hadis yang akan dibincangkan ini adalah salah satu daripada bahaya lidah hingga menyebabkan seseorang itu dicampakkan ke dalam neraka.

Abu Hurairah r.a berkata aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

Terdapat dua orang dari kalangan Bani Israel yang bersaudara. Salah seorang daripadanya sentiasa melakukan dosa dan seorang lagi seorang yang tekun beribadat. Dia sentiasa beribadat dan bila melihat seorang lagi melakukan dosa dia berkata, "Hentikanlah!"

Pada satu hari dia mendapati saudaranya melakukan dosa maka dia berkata kepadanya, "Berhentilah!"

Maka dia menjawab, "Biarkan aku dan demi Tuhanku, adakah engkau diutuskan untuk memerhatikan aku?" Maka dia berkata, "Demi Allah, Allah tidak akan mengampunkan untukmu atau Allah tidak akan memasukkanmu ke syurga."

Kemudian kedua-dua rohnya dicabut dan mereka berkumpul di hadapan Allah. Allah berkata kepada yang tekun beribadat.

"Adakah kamu mengetahui semua urusanKu atau engkau mengetahui semua ketentuan di tanganKu?"

Lalu Allah berkata kepada pelaku dosa, "Pergi dan masuklah ke syurga dengan rahmatKu."
Kemudian Allah berkata kepada seorang lagi, "Pergilah kamu ke neraka."
 

Abu Hurairah berkata, "Dan demi jiwaku berada ditanganNya, sepatah ucapan boleh membinasakan dunianya dan akhiratnya." (riwayat Abu Daud disahihkan ileh Ahmad Syakir, Ibn Hajar dan al-Albaniy menghasankannya)

Hadis yang semakna dengan hadis ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud,
"Seorang lelaki berkata, Demi Allah, Allah tidak akan mengampunkan dosa orang itu. Lalu Allah berkata, Siapakah yang ( berani) berkata Aku tidak akan mengampunkan dosa orang itu? Sesungguhnya Aku mengampunkan dosanya dan aku menghapuskan amalanmu."

Dua hadis di atas merupakan ancaman bersumpah dengan nama Allah dan mendahului ketentuan di tangan Allah dengan bersangka buruk bahawa Allah tidak akan mengampunkan seseorang. Akibatnya Allah memasukkannya ke neraka dan semua amal solehnya terbatal.

Pengajaran:

1. Dilarang bersangka buruk dengan kejahatan yang dilakukan oleh orang lain dengan mengatakan dia ahli neraka.
2. Dilarang berburuk sangka dengan Allah dengan mengatakan Allah tidak akan mengampuni seseorang.
3. Kita dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah bukan kerana amalan kita.
4. Allah Maha Berkuasa mengampunkan dosa dan menghapuskan amal soleh seseorang.
5. Sepatah perkataan boleh menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka.
6. Hindari berasa ujub atau bangga diri dengan amal soleh yang dilakukan.

Berhati-hatilah dalam mengucapkan sesuatu ucapan agar tidak terjerumus ke dalam neraka. Semoga Allah membimbing kita semua ke arah kebaikan dan dapat memelihara lidah kita daripada mengatakan perkara yang dimurkai oleh Allah.
Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (al-Bukhari dan Muslim)
 
~> Sumber dari google. =)
~> Sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri sendiri.
 
Gill rindukan kamu semua. Ya, kamu, kamu dan kamu... =)
 
 
With Love,
Gill