Random Questions about Capoeira

Monday, October 29, 2012

Cemburu Sang Waktu

Malam raya Aidiladha.
Bunga tidur bersebelahan Aminah. Aminah menggosok dan menepuk-nepuk belakang badan Bunga mahu menidurkan Bunga.

Sebelum menggosok-gosok cuping telinga Bunga.
 
Aminah                :               Masa kecil dulu, mak tiap-tiap malam kena buat macam ni dekat Bunga sampai terlelap. Kalau tak memang Bunga tak boleh tidur. 

Serentak Bunga tergelak kecil. 

Bunga                   :               Ye ke mak? 

Aminah                :               Ye lah. Tiap-tiap malam. Lepas tu, masa kecil sampai umur 7 tahun hisap botol susu. Pakai seluar dalam main-main dekat luar rumah hisap botol susu tu. 


Sekali lagi Bunga tergelak kecil. 

Aminah                :               Tapi mak tak letak susu masa tu, mak gantikan dengan air teh. 

Bunga senyum. 
 
Aminah                :               Bila nak kahwin Bunga?
 
Bunga                   :              Bunga taknak kawen.
 
Aminah                 :              Eh! Mana boleh! Jumpa jodoh nanti kena kahwin!
 
Suara Aminah tiba-tiba meninggi. Manakala Bunga gelak nakal. Gemar menyakat Aminah.
 
Bunga                    :             Syyhhhh... Jangan bising-bising mak. Ayah tengah tidur tu.

 
Bunga berbisik dan memuncung bibirnya ke arah Ahmad yang sedang nyenyak tidur.
 
Bunga sengih sebelum memejamkan matanya.
 
 
Keesokannya, beberapa minit selepas Bunga masuk ke biliknya. Bunga mencapai Blackberry hitam miliknya.

Laju Bunga menaip untuk menghantar pesanan ringkas untuk Aminah. 

Bunga
Tak puas luangkan masa dengan mak.
=(
 
Aminah
Mak pun sama sayang.
Raya kan, nak buat macam mana.
Semua sibuk.
Lain kali insya-Allah.

Bunga
Bunga sayang mak.
=’(

Saat itu, air mata Bunga mula mengalir keluar. Entah rasa rindu terhadap Aminah terasa kuat mencengkam di hatinya.

Aminah
Mak pun sama sayangkan Bunga.
Esok kerja kan?
Tidur awal ya? Jaga diri baik-baik.

Bunga
Baik mak.
Bunga rindukan mak.
Tengah menangis sekarang.

Aminah
Janganlah macam tu.
Doakan yang baik-baik untuk mak ayah.
Jangan menangis.

Bunga
Baik mak.
Bunga tidur dulu.
Assalamu’alaikum.
I love you.

Aminah
Wa’alaikumussalam.
I love you too.

Gill rindukan mak dan ayah. =’)
 
Xoxo,
Gill
 

Wednesday, October 24, 2012

Tatkala kasih dan pengorbanan bersatu


1989
 
Seorang gadis bernama Bunga Razor dilahirkan dalam keluarga yang agak susah.
 
 

 1995 (Bunga berusia 6 tahun) 

Di Pasar Rabu. 

Bunga    :           Mak. Bunga suka sangat tengok anak patung tu. Hari-hari Bunga tengok dekat tv. 

Bunga menundingkan jari ke arah deretan ‘Barbie Doll’. Aminah memandang sayu ke arah deretan ‘Barbie Doll’ tersebut sambil mengingat kembali berapa helai wang kertas seringgit yang tinggal di dalam dompet usangnya. Beberapa saat kemudian, dia mengalih pandangannya ke arah Bunga. Wajah Bunga kelihatan teruja dengan anak matanya bersinar melihat ‘Barbie Doll’ tersebut. 

Bunga    :           Mak. Terima kasih bagi Bunga kawan baru. 

Aminah senyum sambil mengusap ubun Bunga yang memeluk ‘Barbie Doll’ yang dibelinya lewat petang tadi. Aminah menyekang air matanya dari mengalir.

Hatinya berharap agar dia dapat tidur sejam dua sebelum bangun untuk merebus kacang kuda dan sambal 4 pagi nanti untuk Firdaus dan Jannah, abang kepada Bunga menjualnya di sekolah nanti.

Seawal 7 pagi, selepas Firdaus dan Jannah ke sekolah, Aminah akan ke ladang kelapa sawit untuk mencari rezeki. Itulah rutin hariannya sebagai peneroka.

Suaminya, Ahmad sudah 2 tahun terdampar di katil akibat lumpuh. 

1996 (Bunga berusia 7 tahun) 

Peperiksaan pertengahan tahun. 

Bunga    :           Mak, Bunga dapat nombor 23.

Aminah  :           Corot nombor ni. Kalau Bunga dapat nombor 1 – 5 untuk peperiksaan akhir tahun. Mak akan belikan basikal untuk Bunga.

Bunga    :           Yeay!!! Baik mak! 

Selepas itu, setiap hari Bunga mula belajar mengayuh basikal dari jirannya yang sebaya umru dengannya, Asrul. Habis waktu bermain, Bunga akan pulang ke rumah belajar dengan tekun. Sampai waktu solat, Bunga akan menunaikan solat berjemaah. Selepas Maghrib, Bunga akan mengaji bersama dua abang serta kakaknya, Firdaus dan Jannah. Itulah rutin harian Bunga. 

Bunga    :           Mak tengok ni. Bekas pensel dua tingkat Doraemon! 

Bunga menunjukkan hadiah yang diperolehnya pada hari penyampaian hadiah tengah hari tadi. 

Aminah  :           Cantik. Tahniah sebab dapat nombor 1. Bijak anak mak. 

Bunga senyum ceria. 

Bunga    :           Bila kita nak ke kedai basikal? 

Aminah terasa ingin meraung saat itu. 
 

1997 (Bunga berusia 8 tahun) 

Bunga memerhati dua kanak-kanak lelaki mengayuh basikal di taman dengan ceria. Tak jauh dari situ, seorang kanak-kanak perempuan berjalan dengan payung berwarna merah jambu.
 
Bunga    :           Mak, bila mak nak belikan basikal untuk Bunga. 

Soalan itu bagaikan menjerut leher Aminah yang sedang membuka bungkusan nasi lemak untuk Bunga.

Sengaja mahu beriadah di taman bersama Bunga petang itu. Suaminya semakin pulih dari lumpuhnya setelah Aminah banyak berhabisan duit berusaha merawat penyakit lumpuh itu.

Mak       :           Bunga… Sebenarnya… mak… 

Lambat-lambat Aminah cuba memberi jawapan. Terkebil-kebil mata Bunga menanti jawapan. 

Mak       :           Bunga beri masa pada mak untuk kumpul duit ya? Maafkan mak sebab mak mungkir janji. 

Bunga yang berasa sikit kecewa, merenung lama kanak-kanak yang dilihatnya sebentar tadi. 

Bunga    :           Mak… Kalau mak tak dapat belikan basikal pun takpelah mak. Mak belikan Bunga payung macam tu pun cukuplah mak. 

Bunga menunding jari ke arah payung merah jambu tak jauh dari situ.
 

Permintaan Bunga membuatkan jiwa kecil Aminah tersentuh.  

Aminah  :           Jom kita ke Pekan lepas Bunga habis makan ni ya? 

Bunga angguk ceria sambil menyikat-nyikat rambut ‘Barbie Doll’nya yang berusia 2 tahun sambil membuka mulutnya untuk disuap makan Aminah. 

2004 (Bunga berusia 15 tahun) 

Bunga    :           Mak, temankan Bunga ke shopping complex. Bunga nak beli handphone. 

Aminah  :           Amboi, mentang-mentang dah dapat gaji ya? 

Bunga senyum. Tak sabar mahu memiliki telefon bimbit hasil dari dua bulan gajinya sendiri bekerja di kedai makan sewaktu cuti penggal akhir tahun. 

2007 (Bunga berusia 18 tahun)

Bunga    :           Mak! Ayah! Bunga belikan baju untuk mak ayah.  

Bunga ceria menghulur bungkusan yang berisi dua pasang baju yang berwarna sedondon. 

Ahmad   :           Laaa… Susah-susah aje belikan untuk ayah. Simpanlah duit tu. Lagipun hari raja haji je kan? 

Bunga    :           Alaaa… Takpelah. Tak kisahlah raya puasa atau raya haji sekalipun. Apalah sangat baju ni ayah. Tak setanding dengan nilai mak dan ayah besarkan Bunga tau.

Aminah memeluk erat Bunga. 

2012 (Bunga berusia 23 tahun) 

Aminah menghantar pesanan ringkas kepada Bunga. 

(Aminah)
Balik kampung tak raya haji ni? 

(Bunga)
Bunga balik mak.
Tapi mak, maaf ye.
Bunga tak belikan apa-apa untuk mak ayah.

(Aminah)
Mak cuma nak Bunga balik dengan selamat.
Itu yang lebih penting dari baju atau wang ringgit.

(Bunga)
Baik mak. Jumpa nanti ya? 

(Aminah)
Baik sayang.
Jaga diri. Assalamu’alaikum.
I love you.

(Bunga)
Wa’alaikumussalam.
I love you too mak.
 
 
P/S : Ini sebahagian kecil dari perjalanan hidup Gill. (Flores bermaksud Bunga di dalam Portuguese)
Salam Aidiladha in advance. Pengorbanan itu meluas maksudnya. Tanpa mengira siapa dan di dalam apa situasi sekalipun.
 
Xoxo,
Gill
 
 

Tuesday, October 23, 2012

"Jambu batu merupakan buah kegemaran saya." Scarlett Johansson

Badan Gill makin hari makin galak mengembang bagaikan belon pink majlis harijadi BoniKacak 21 October lalu.

Jadi hari ni, bercita-cita mahu jaga makan (cita-cita asal mahu badan semontok Scarlett Johansson).
 

Habis lunch Subway’s Roast Beef Salad (nom nom nom noommm) singgah beli air jambu tepi jalan. 

            “Air jambu satu bang. Kurang manis ye.”

            “Kenapa kurang manis adik? Muka tak cukup manis tu, abang tambah gula lebih dari biasa ye?”

            “Abang nak kena flying kick ke nak kena side kick?”

            “Eh! Dua-dua taknak. Okay okay, kurang manis ye?”

 
Sekarang, sedang menghabiskan suku terakhir air jambu tersebut. Gill terfikir, apa khasiatnya jambu batu ni.

Google mula memainkan peranan.  

Fakta ringkas tentang jambu batu, betik, nanas dan pisang emas dibawa belayar.
                   
Jambu batu a.k.a Iguava
# Efektif untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia. Jika dimakan bersama kulit, khasiatnya lebih tinggi. # Juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
# Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu (dengan pengambilan setiap hari)
Tips dari Gill : Mungkin lebih efektif dan berkhasiat jika dimakan kulit pokok jambu batu. 

Betik a.k.a Banananaaa
# Betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu (perlu diambil sebanyak 400 gram sehari)
Tips dari Gill : Selain dari mengurangkan kolesterol, bji betik boleh digunakan sebagai pengganti selasih di dalam air sirap.  

Nanas a.k.a Spinepal
# Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram. Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida. Nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja.
Tips dari Gill : Jika anda punya masalah dengan majikan, jus nanas boleh dimasukkan ke dalam pistol air untuk tujuan menembak majikan anda. 

Pisang Emas a.k.a Payapa
# Pisang emas juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
# NAMUN, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.
Tips dari Gill : Pisang emas dibawa belayar. Tak payah susah-susah nak bawa belayar, telan aje pisang emas tu. 


P/S : Tips dari Gill sangat tidak berguna untuk anda. Selamat mencuba walaupun tajuk entri tidak saling berkaitan.

Monday, October 22, 2012

Bebelan Gill dan Monday Blues

Fakta : 
Gillette Flores seorang wanita Melayu. Pernah berangan mahu punya genetik Mexico 8 tahun lalu namun akur dengan kehendak takdir.
Punya paras fizikal kurang menarik dan ketinggian Gillette Flores yang tidak bersesuaian dengan berat badan iaitu 156 cm versus 62 kg.
Fakta :  
Gillette Flores tidak mempunyai kekasih kerana tidak punya tarikan fizikal, mungkin. Ataupun mungkin disebabkan beliau punya tabiat suka makan sambil berguling-guling macam tenggiling.
Dan dia menggunakan waktu terluang di hujung minggu dengan latihan Capoeira.
Instruktor kelas latihan beliau mengatakan Gillette Flores seorang gadis montel yang kuat fizikalnya.
 
 
Motif???

Jika kita punya kelemahan, pastinya punya kelebihan. As simple as that sweethearts.
Anyone perfect here? 

*senyum* 

Gill ke kelas Capoeira setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad tanpa sebarang solekan dan tanpa sebarang baju. Cuma kadang-kadang ada mengoles maskara kecuali hari Jumaat dengan solekan di wajah (training selepas waktu kerja).

Pada awalnya, malu keluar dengan wajah tanpa solekan. Punca? Annoying pimples and scars.

Itu kelemahan Gill. 

Jumaat lalu, Capoeiristas Camara ada ber’group WhatsApp’. 

Pirata    :           Gill’s kick is hard! 
Gill        :           Where got! I’m weak! 
Fadinha  :           Your Martello (side kick) is good, from what I saw when you kicked the targets last week. 
Pirata    :           Ya, I ‘tasted’ it before. 
Gill        :           Opsy! Sorry Pirata. 
Fadinha  :           Hahaha! Good job Gill!
 

Pada awalnya, Gill masih rasa ragu-ragu dengan ‘WhatsApp’ santai itu. Gill masih punya pemikiran, Gill seorang gadis montel di kalangan lelaki-lelaki berbadan besar dalam kelas Capoeira tu. 

# Martelo = A Martelo is a type of kick as practiced in Capoeira. The martelo, which literally means "hammer" can be described as a roundhouse kick.

Salah satu Martelo yang Gill praktis Jumaat dan Sabtu lalu, macam gambar di bawah.
 
* Instrutor Soldado sewaktu melakukan Martelo* 

Friday Night Training 

Instrutor Soldado arahkan Gill, Pato, Jumbo dan Bicudo untuk melangkah ke depan – pijak satu objek yang punya ketinggian lebih kurang 40 sentimeter kemudian menendang kuat target yang ketinggiannya lebih kurang paras leher atau kepala masing-masing. Masing-masing harus menendang kuat dengan kaki lurus, posisi tangan yang betul berulang kali memijak naik dan turun dari objek tersebut sebanyak sepuluh kali sebelum bertukar kaki.

Instrutor Soldado menggeleng-geleng kepala setiap kali Gill menendang. 

“Straight leg!”
“Twist your feet!”
“Higher!”
“Balance!” 

Phew! Bermandi peluh Gill malam tu.
 

Saturday Morning Training 

Training yang sama. Kali ni Gill lebih menguasai skill Martelo tersebut. Tendangan ke-3 dengan kaki kanan, 

“Yesssooo!!! Good! Kick hard! Straight leg and balance!” 

Tendangan ke-6, tiba-tiba object 40 sentimeter tu tak stabil dan Gill terjatuh sewaktu sedang ber’Martelo’. Kepala jatuh dulu and… black-out for a few seconds.

Tiba-tiba terasa macam suasana sunyi sepi seketika. Macam ternampak sepasang lalat berlari berterbangan berpegangan tangan sambil mengejek-ngejek, “Gill jatuh macam nangka busuk! Gill jatuh macam nangka busuk!” 

Black-out hilang, Gill terus bangun. Continously habiskan Martelo yang ke-7, ke-8, ke-9 dan Martelo yang terakhir! Yeah! 

Hadiahnya, siku bercalar terluka sebab terjatuh. Keh keh keh keh! 

“Gillette, your kick is strong” – Instrutor Soldado. 

And now I’m started to believe that, I have something that someone else might not have it. 

Mana kau si ‘lalats’? Meh nak Martelo sedas dua. 

Sunday Evening Training

Selepas training, sewaktu Instrutor Soldado tengah berceramah (keh keh keh, habislah Gill kalau dia faham apa yang Gill tulis ni) – Gill tiba-tiba excited dan bercakap dengan Jumbo.  

Dan Soldado kerling ke arah Gill. 

“Gillette, push up 20 times. There!" sambil tunjuk ke arah satu sudut.  

Dan sedang Gill push up, si ‘lalats’ tadi datang kembali.  

“Gill kena denda! Gill kena denda!”
 
*Suasana sepi* 

Jadi, motif entri Gill kali ni; 
 
# No one perfect.

Kita dilahirkan dengan kelemahan dan kelebihan tersendiri. Dan jangan terlalu banyak alasan dalam melakukan sesuatu. Hargai setiap kekurangan yang kita ada. Contohnya;
-       Gill tak punya kekasih (kekurangan) jadi, waktu yang sepatutnya Gill luangkan untuk ber’dating’ tu, Gill ke kelas Capoeira (kelebihan).
-       Gill mungkin berbadan montel (kekurangan), mungkin disebabkan itu Gill punya fizikal yang kuat (kelebihan).
 
# Belajar dari kesilapan
-       Gill tersilap langkah ketika sedang melakukan Martelo. Sakit dan diejek ‘lalats’, jadi Gill bertekad tak mahu melakukan kesilapan yang sama lagi.
-       Sikap Gill yang kurang sopan waktu Instrutor Soldado sedang bercakap dengan student, menyebabkan Gill diejek ‘lalats’ lagi sekali. 

Penat dah menaip. Eh! Moh lunch!
 






Xoxo,
Gill