Namun,
siapa yang tahu bila sakaratul maut akan menjemput kita? Hanya banduan yang
bakal dijatuhkan hukuman mati yang tahu tarikh dan hari dia menemui ajalnya.
Diriwayatkan
dalam hadits, tatkala Sakaratul Maut datang menjemput – Malaikat Maut akan datang
padanya dengan pelbagai rupa. Ada yang datang dengan wajah yang menyenangkan dan
ada juga yang datang dengan wajah yang menakutkan. Bagi muslim yang mukmin dan
soleh yang sedang nazak, maka Malaikat Maut akan datang dalam keadaan rupa
manusia yang amat menyenangkan dengan memakai pakaian yang segak serta harum
baunya. Dimulakan dengan ucapan “Salam”, tanpa kekerasan, nyawa orang itu akan
dicabut. Sekiranya muslim yang sedang nazak itu bukanlah seorang yang soleh,
maka datanglah malaikat itu dengan rupa yang ngeri dan menakutkan – lalu Malaikat
Maut akan terus merentap nyawanya secara paksa, ganas dan laju sehingga si mati
berasa terlalu sakit dan merana.
Dilahirkan
dan membesar di dalam kelompok masyarakat majmuk, mengenal dan memahami serba
sedikit ajaran agama lain - akhirat, syurga, neraka, jodoh dan ajal... Semuanya
pasti... Baik dari agama kita, mahupun agama lain. Bezanya dosa dan pahala yang
tertulis tidak sama... Di kiri dan kanan - Malaikat sentiasa berada di sisi
sehinggalah kita berhadapan dengan Sakaratul Maut.
Tatkala
kita menemui jalan buntu - tanpa sedar, Allah akan tunjukkan jalan yang benar
dari pelbagai cara agar kita tidak tersesat.
Kiri atau kanan, dosa atau pahala, baik atau buruk... Benar atau songsang... Pilihan sendiri... Kelak tatkala berhadapan Mizan Allah dan azab melunaskan janjinya, tangisan air mata bertukar menjadi api dan debu neraka Jahannam.
Permulaan hidup kita yang abadi, adalah pada saat penghujung hidup dan nyawa kita di dunia sementara ini. Syurga atau neraka, tiada kepastian. Yang pasti, tiket untuk ke Syurga ataupun Neraka adalah mata 'point' kita sendiri.
wallahualam.
wallahualam.
Xoxo,
Tingkat
Dan nama-nama syurga;
1.
Firdaus
2.
Syurga 'Adn
3.
Syurga Na'iim
4.
Syurga Na'wa
5.
Syurga Darussalaam
6.
Daarul Muaqaamah
7.
Al-Muqqamul Amin
8.
Syurga Khuldi
Tingkat dan nama-nama neraka;
1.
Neraka Jahannam
2.
Neraka Jahiim
3.
Neraka Hawiyah
4.
Neraka Wail
5.
Neraka Sa'iir
6.
Neraka Ladhaa
7.
Neraka Saqar
8.
Neraka Hutomah
2 comments:
nice sharing yunk..memang semua org takot akan mati,tp mmg xde sape yg terlepas dari ajal kematian..mmg kita sebagi manusia xde kuasa utk mengtahui bilakah ajal kita akan tiba..cuma apa yg perlu kita perlu buat adalah amalan.. seriously this entry btul2 menfaat utk semua org..;))
Entri lama tapi Jna baca. :)
Thanks my dear.
Sekadar berkongsi apa yang Gill rasa dan mengingatkan.
Life is short - make it precious :)
Kan?
Post a Comment