Random Questions about Capoeira

Thursday, November 08, 2012

Paddle Pop Rainbow Ice Cream kegemaran Johnny Depp

 
Hampir semua antara kita, dengan minda separa sedar akan mengejar kesempurnaan dengan bertungkus lumus tanpa mengetahui, kita mungkin tidak mampu mencapainya. Tetapi, mungkin di sepanjang jalan, kita tanpa sedar menangkap kecemerlangan. Dapat faham tak? Kalau tak faham sila ke rumah jiran sebelah, ajak dia bermain congkak sambil ketuk ketampi.

Perbezaan antara orang yang berjaya dan orang yang ‘kurang’ berjaya, bukanlah dari segi kekurangan kekuatan atau kekurangan pengetahuan, tetapi kekurangan dalam kesungguhan. Setuju tak? Kalau tak setuju, sila ajak kucing jiran kepada jiran sebelah main lompat getah.

Last few days, Gill update status FB Gill, “Allah s.w.t haven’t fully testing me.”

“Everybody wants happiness,
Nobody wants pain,
But you can’t have a rainbow,
Without a little rain.”
 

*senyum*

Penat rasanya these few weeks bermain ‘permainan hidup’. Pada awalnya, rasa susah nak ‘bermain’ semua ‘permainan hidup’ tu. Tak semudah bermain jongkang-jongkit dengan Johnny Depp sambil makan Ice Cream Paddle Pop Rainbow. Sungguh. Gill selalu meluangkan masa bermain jongkat-jongkit bersama Johnny Depp di hujung minggu. Dan Johnny Depp gemar bernyanyi riang, *Paddle Pop! Paddle Pop! Super Duper Yummy!* dengan wajah yang comel.
 
 

Berbalik kepada ‘permainan hidup’ Gill. Terasa sukar dan tertekan pada awalnya. Pada awalnya, terasa macam nak hentak kepala di dinding 3 jam di dinding tanpa henti. Terasa nak naik ke bumbung tingkat 99 bangunan, baling Teddy Bear Mr Bean ke bawah. Terasa nak berlari dari KL ke Hawaii tanpa henti sehingga berat badan hilang 20 kg. Terasa nak berguling-guling macam tenggiling dalam bilik boss sambil gelak kuat-kuat sampai boss masuk bilik kemudian pelawa boss, “Boss, jom join guling-guling sama-sama?”

Semalam. Gill mula tersenyum tenang. Bukan disebabkan boss berguling-guling macam tenggiling dengan Gill. Tapi, Gill dah mula boleh terima semua dugaan Allah. *Kemain ayat kau Gill*

Grateful. Bersyukur diduga Allah s.w.t tanpa henti. Buat Gill makin matang dan kuat. *senyum*

Semalam, kawan Gill tanya,

Kiki Lala :           Untuk birthday you kali ni, apa wish you?

Gill        :           Wish I? Nak kurus, nak cantik, lepas tu nak cari bf.

Kiki Lala :           Cari bf? Bukan cari lelaki? Bukan cari suami?

Gill geleng.

Gill        :           Bf. Bukan suami lagi.

Sebenarnya, memang bukan itu ‘wish’ Gill. Gill memang suka bergurau walaupun gurauan itu tidak kelakar. Cuba mahu merapatkan silaturrahim dan beramas mesra dengan kawan-kawan yang benarnya.

Hari ni harijadi Gill.  

Sungguh, Gill rasa – yang sebenarnya Gill patut raikan untuk mak Gill. 8 November adalah tarikh mak Gill bertarung nyawa melahirkan Gill. Jadi,  

“Mak, terima kasih kerana bertarung nyawa lahirkan Gill pada November 8. Tanpa mak, Gill takkan dapat melalui kehidupan ini” 

‘Wish’ Gill, mahu semakin matang dan tabah melalui setiap perjalanan hidup yang punya pelbagai dugaan, hati Gill dijauhi segala rasa hasad dengki atau segala sifat buruk dan semua doa yang Gill selalu minta untuk keluarga Gill, orang-orang istimewa dalam hidup Gill dan kawan-kawan Gill termakbul. Amin Ya Rabbal A’lamin. 

♥ Buka page Google pagi tadi, ‘pop-out’ this one. Buat Gill tersenyum. =) 
 

♥ Ramai yang wish birthday Gill dari semalam. Best gift ever when it comes to my birthday. 

♥ Malam ni ada bootcamp! Yeay! *Gill tak celebrate birthday, so excited bila this year bootcamp pada tarikh lahir Gill* 

No pain, no gain. Sama macam bermain ‘Angry Bird’ kalau senang je ‘bunuh’ semua monyet-monyet dan ‘baby-baby’ tu,* Oink! Oink! * mesti cepat bosan kan? Makin challenging cabaran dia, makin exciting game tu. Dan skill kite makin meningkat. 

Same goes with the games of our life journey. 

Until next time.
 
Xoxo,
Gill
 
 

8 comments:

boni kacak said...

masih sempat tak saya nak wish?? selamat hari jadi gill.. semoga dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki tak putus-putus dan dikurniakan kebahagiaan dalam kehidupan.. amin...

Hazmin Hamudin said...

Selamat hari lahir gill... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Nanti boleh makan paddle pop rainbow bersama johny depp.. Hehe

Unknown said...

so sweet...
anyway hepy brthday pwen...
smoga berjaya dalam apa jua yg d ceburi..
impossible is nothing!!!

ewanthology said...

Semoga dipermudahkan segala urusanmu

Jna marcello said...

na nak wish lagi CAN?
hapy burfdayy sayang ;)

Gillette Flores said...

♥ Boni Kacak,
Sempat sangat2 :)
Terima kasih Boni. Thanks a lot for those wishes :)

♥ Hazmin Hamudin,
Hehehe. Thank u awak :)
Itulah kalau boleh weekend ni nak makan paddle pop dgn Johnny Depp. :D

Gillette Flores said...

♥ Amar Shah,
Thanks Amar!
Appreciate that. :)
Dan kau, teruskan menulis, Aku suka baca entri2 kau :)

♥ the malay male,
Terima kasih. Amin Ya Rabbal A'lamin :)

Gillette Flores said...

♥ Jna Marcello,
Mestilah boleh my sweetheart :)
Thank you! Hugs!