Random Questions about Capoeira

Monday, October 22, 2012

Bebelan Gill dan Monday Blues

Fakta : 
Gillette Flores seorang wanita Melayu. Pernah berangan mahu punya genetik Mexico 8 tahun lalu namun akur dengan kehendak takdir.
Punya paras fizikal kurang menarik dan ketinggian Gillette Flores yang tidak bersesuaian dengan berat badan iaitu 156 cm versus 62 kg.
Fakta :  
Gillette Flores tidak mempunyai kekasih kerana tidak punya tarikan fizikal, mungkin. Ataupun mungkin disebabkan beliau punya tabiat suka makan sambil berguling-guling macam tenggiling.
Dan dia menggunakan waktu terluang di hujung minggu dengan latihan Capoeira.
Instruktor kelas latihan beliau mengatakan Gillette Flores seorang gadis montel yang kuat fizikalnya.
 
 
Motif???

Jika kita punya kelemahan, pastinya punya kelebihan. As simple as that sweethearts.
Anyone perfect here? 

*senyum* 

Gill ke kelas Capoeira setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad tanpa sebarang solekan dan tanpa sebarang baju. Cuma kadang-kadang ada mengoles maskara kecuali hari Jumaat dengan solekan di wajah (training selepas waktu kerja).

Pada awalnya, malu keluar dengan wajah tanpa solekan. Punca? Annoying pimples and scars.

Itu kelemahan Gill. 

Jumaat lalu, Capoeiristas Camara ada ber’group WhatsApp’. 

Pirata    :           Gill’s kick is hard! 
Gill        :           Where got! I’m weak! 
Fadinha  :           Your Martello (side kick) is good, from what I saw when you kicked the targets last week. 
Pirata    :           Ya, I ‘tasted’ it before. 
Gill        :           Opsy! Sorry Pirata. 
Fadinha  :           Hahaha! Good job Gill!
 

Pada awalnya, Gill masih rasa ragu-ragu dengan ‘WhatsApp’ santai itu. Gill masih punya pemikiran, Gill seorang gadis montel di kalangan lelaki-lelaki berbadan besar dalam kelas Capoeira tu. 

# Martelo = A Martelo is a type of kick as practiced in Capoeira. The martelo, which literally means "hammer" can be described as a roundhouse kick.

Salah satu Martelo yang Gill praktis Jumaat dan Sabtu lalu, macam gambar di bawah.
 
* Instrutor Soldado sewaktu melakukan Martelo* 

Friday Night Training 

Instrutor Soldado arahkan Gill, Pato, Jumbo dan Bicudo untuk melangkah ke depan – pijak satu objek yang punya ketinggian lebih kurang 40 sentimeter kemudian menendang kuat target yang ketinggiannya lebih kurang paras leher atau kepala masing-masing. Masing-masing harus menendang kuat dengan kaki lurus, posisi tangan yang betul berulang kali memijak naik dan turun dari objek tersebut sebanyak sepuluh kali sebelum bertukar kaki.

Instrutor Soldado menggeleng-geleng kepala setiap kali Gill menendang. 

“Straight leg!”
“Twist your feet!”
“Higher!”
“Balance!” 

Phew! Bermandi peluh Gill malam tu.
 

Saturday Morning Training 

Training yang sama. Kali ni Gill lebih menguasai skill Martelo tersebut. Tendangan ke-3 dengan kaki kanan, 

“Yesssooo!!! Good! Kick hard! Straight leg and balance!” 

Tendangan ke-6, tiba-tiba object 40 sentimeter tu tak stabil dan Gill terjatuh sewaktu sedang ber’Martelo’. Kepala jatuh dulu and… black-out for a few seconds.

Tiba-tiba terasa macam suasana sunyi sepi seketika. Macam ternampak sepasang lalat berlari berterbangan berpegangan tangan sambil mengejek-ngejek, “Gill jatuh macam nangka busuk! Gill jatuh macam nangka busuk!” 

Black-out hilang, Gill terus bangun. Continously habiskan Martelo yang ke-7, ke-8, ke-9 dan Martelo yang terakhir! Yeah! 

Hadiahnya, siku bercalar terluka sebab terjatuh. Keh keh keh keh! 

“Gillette, your kick is strong” – Instrutor Soldado. 

And now I’m started to believe that, I have something that someone else might not have it. 

Mana kau si ‘lalats’? Meh nak Martelo sedas dua. 

Sunday Evening Training

Selepas training, sewaktu Instrutor Soldado tengah berceramah (keh keh keh, habislah Gill kalau dia faham apa yang Gill tulis ni) – Gill tiba-tiba excited dan bercakap dengan Jumbo.  

Dan Soldado kerling ke arah Gill. 

“Gillette, push up 20 times. There!" sambil tunjuk ke arah satu sudut.  

Dan sedang Gill push up, si ‘lalats’ tadi datang kembali.  

“Gill kena denda! Gill kena denda!”
 
*Suasana sepi* 

Jadi, motif entri Gill kali ni; 
 
# No one perfect.

Kita dilahirkan dengan kelemahan dan kelebihan tersendiri. Dan jangan terlalu banyak alasan dalam melakukan sesuatu. Hargai setiap kekurangan yang kita ada. Contohnya;
-       Gill tak punya kekasih (kekurangan) jadi, waktu yang sepatutnya Gill luangkan untuk ber’dating’ tu, Gill ke kelas Capoeira (kelebihan).
-       Gill mungkin berbadan montel (kekurangan), mungkin disebabkan itu Gill punya fizikal yang kuat (kelebihan).
 
# Belajar dari kesilapan
-       Gill tersilap langkah ketika sedang melakukan Martelo. Sakit dan diejek ‘lalats’, jadi Gill bertekad tak mahu melakukan kesilapan yang sama lagi.
-       Sikap Gill yang kurang sopan waktu Instrutor Soldado sedang bercakap dengan student, menyebabkan Gill diejek ‘lalats’ lagi sekali. 

Penat dah menaip. Eh! Moh lunch!
 






Xoxo,
Gill

 
 

17 comments:

Pocket said...

heheh,
lenkali jangan sembang masa soldado bagi ceramah ok:D

yes kita ada kekurangan dan kelebihan, pocket selalu dengki dengan pakcik pakcik yang buleh gi mancing selalu pasal diorang tak berkerja tetap macam pocket yang pagi sampai malam, everyday...

tapi pocket ada kelebihan,
my sabtu ahad seems so much sweeter rather then daily pancing.
no? :D

Syazwan Che Deraman said...

umm..

betul tu.
setip orang ada kelemahan dan kelebihan.
sometimes, kelemahan tu boleh ditukarkan kepada kelebihan yang orang lain takda.

kurang asam punya lalats.

kekehkeh.

ponat tu.

Jna marcello said...

wahhhh~!! awk mmg hebat (kelebihan)
berterus terang (kelebihan)
jd untuk sy awk tiada kekurangan (^^)/
pasangan tu bonus dlm hidup gill even xde pasangan still ade family and kawan2 seperti sy *ecewah!

jodoh pertemuan smua tuhan yg rancang~ Insyaalah ada yg terbaik untuk org yang baik *senyum

Gillette Flores said...

Rep @Pocket :
♥ Itulah, taknak buat lagi. Hehehe.
Precisely! Kerja macam tu, weekend terasa heaven sangat bukan?

;)

Rep @Syazwan :
♥ Exactly! Allah dah cipta kita semua dengan sudah cukup baik sekali :)

Jahat kan lalat tu?
Kena ikat dan kena kasi kejutan elektrik baru insaf gamaknya.

Rep @Jna Marcello,
♥ Betul tu sweetheart. Jodoh pertemuan semuanya Allah s.w.t dah aturkan dengan baik sekali.
Kita cuma perlu menjalani hidup dengan baik dan hargai apa yang ada :)

Jna marcello said...

jd hargai laa jna cewahhhh hahhaha ;)

boni kacak said...

jap..awak tak pakai sebarang baju??? adeh.. biar betul

iAmCekbolat said...

kita tak dapat apa yg kita mahu , tapi apa yg kita perlukan .

weeww . mix mexico tu . tinggi benor,tapi mana tau anak gill nnt kacukan mexico . haha

ajax85 said...

setiap org ada kekurangan dan kelebihan.tp jgn smpi org pijak kpl kita..hehe

ghost said...

ini akan membuatkan Eddy Gordo lebih jeles sebab gaya capoeira pun leh dilakukan oleh seorang gadis seperti kamu, malah Julia juga belum cukup mampu melakukannya.

Anonymous said...

Ketidak sempurnaan itula yang membuatkan kita sempurna sebagai manusia..Dezee yang kata. Jangan down sangat k and persetan dengan ejekan orang. Fakta.

Gillette Flores said...

Rep @Jna Marcello,
♥ Will do sweetie :)

Rep Boni Kacak,
♥ Keh keh keh! Nak join ke? (:

Gillette Flores said...

Rep @CekbOlat-bOlat,
♥ Exactly! Allah akan berikan apa yang kita perlukan.
Gulp! Anak Gill mix Mexican?
Memang tak dapatlah sayanku ooiii!!! Hehehe

Rep @man,
♥ Betul tu awak. Jangan sampai orang pijak kepala kita :)

Gillette Flores said...

Rep @ghost writer,
♥ Mungkin Gill perlukan lagi 6 tahun untuk membuat Eddy Gordo cemburukan aku.
Masih banyak skill yang Gill kena kuasai :)

Rep @Dezee,
♥ Kata-kata Dezee yang buat Gill tersenyum pagi ini. Fakta.
Thanks :)

Felly Sophia said...

Kau istimewa. Mungkin ada yang kau punya, tiada pada orang lain. Jadi, cintailah diri sendiri. :)

Asyraf_Crescent said...

hiyak!!!hiyak!!! *testing martelo...

Gillette Flores said...

Rep @Felly Sophia,
♥ Kau juga sangat istimewa sebab kau buat Gill terasa 'istimewa' :)
Thanks Fel :)

Rep @crescent,
♥ Lol! Comel je! Jom lah practice betul2! Mau? ;)

ஜ miss klanika ஜ said...

still you have kelebihan lain lgik kan ;)