Random Questions about Capoeira

Wednesday, November 14, 2012

Hati yang terguris

Lewat petang minggu lalu, hujan lebat rebah jatuh tanpa henti dari langit. Pelbagai jenis bangsa, kaum dan usia menunggu monoreil di perhentian 'Imbi'. Sesak yang amat sesak. Depan Gill berdiri seorang makcik tua. Berbaju kurung dan bertudung lusuh. Tangan kirinya, Gill perasan berbalut. Tapi Gill cuma perasan pada paras pergelangan tangan dan tapak tangan disebabkan lengan baju kurung makcik tua itu menutup keseluruhan lengannya.

Tiba aje monoreil ke perhentian "Imbi", kesemua orang meyerbu masuk ke dalam monoreil. Makcik tu terpaksa menahan badan dia daripada ditolak. Gill cuba halang makcik tu daripada ditolak tanpa sesiapa menyedarinya.

Masuk je ke dalam monoreil, semua berebut tempat duduk. Gill perhatikan wajah makcik tua tersebut. Wajah tua tapi tenang dan lembut terhimpit-himpit tengah budak-budak muda yang sihat dan bertenaga. Tangan kanannya yang sihat, menggendong beg tangannya. Tangan kirinya yang berbalut, mencapai-capai pemegang tangan dalam monoreil tu sambil menjungkit-jungkitkan kakinya. Gill perhatikan wajahnya yang menahan sakit sambil dihimpit penumpang lain. Sayu hati Gill. Gill cabut ear phone Gill, masukkan dalam sling beg dan Gill pegang makcik tu untuk bawa dia ke tempat pemegang besi di mana tak perlu menjungkitkan kakinya. Sempat Gill menjeling ke arah lelaki muda depan Gill yang taknak pelawa makcik tu duduk dekat tempar dia. Urf! *marah ni*

Selepas makcik tua tu pegang besi tu, barulah budak lelaki tadinya pelawa makcik tua itu itu untuk duduk. Selepas makcik tu duduk, Gill senyum ke arah makcik tu. Makcik tu membalas senyum Gill, sambil memegang-megang dan mengurut-urut tangannya yang berbalut. Sayu hati Gill mendengar rintihan kecil dia pada Gill, "Sakit sangat tangan makcik ni."
Tak semena-mena, terus Gill menangis dalam monoreil. *kisah benar*


Niat hati Gill, mahu Gill hulurkan duit buat makcik tu belanja namun gusar jika yang melihat salah anggap niat baik Gill. Sampai ke perhentian monoreil "Hang Tuah', makcik tu turun. Gill pandang sayu tubuh lesu tua itu sehingga hilang dari pandangan mata Gill. Hati Gill terasa macam mahu teman makcik itu sejauh yang Gill mampu.

Sesampai di rumah, Gill rasa kesal sebab tak hulurkan duit pada makcik tu. Sebab Gill terfikir, Gill tak tahu kehidupan dia macam mana. Gill terus berdoa agar makcik tu punya suami dan anak-anak yang ambil berat tentangnya. Dan Gill berdoa semoga, perjalanan hidup makcik tu dipermudahkan.

Sampai waktu Gill nak tidur, Gill tak senang hati fikirkan makcik tu. Terus Gill, sms mak.
 
Gill
Mak, tadi naik train, kesian sorang makcik ni.
Tgn sebelah dia berbalut, sakit. Lepas tu semua berebut2 masuk train.
Tolak2 dia. Dia takde tempat nak berpegang, kena jinjit kaki.
Tgn dia yang skait tu kena pegang pemegang yang tinggi.
Tgn sebelah lagi yang okay dia sangkut beg tangan.
Bunga tengok muka dia, kesian tahan sakit. ='(
Lepas tu Bunga tarik dia ke tempat yang dia boleh pegang besi.
Yang muda2 duduk tak bagi tempat dia duduk pun.
Yang berdiri pun tak bagi dia tempat pemegang yang dia boleh pegang.
Sedih betullah.

Mak
Alhamdulillah.
InsyaAllah nanti kalau mak susah, akan ada orang tolong mak.

10 minit selepas tu, Gill sms mak lagi.
 
Gill
Mak nangis teringat makcik tadi. =(
Tadi masa dia duduk, Bunga senyum dekat dia.
Dia senyum pastu pegang tangan dia, perlahan je dia cakap, "sakit sangat". =(

Mak
Janganlah macam tu.
Bunga kan dah tolong dia.
Janganlah menangis.

Gill tak kisah kalau ada yang baca entri Gill kali ni beranggapan Gill emosi atau skema. Tralalalaaa ...*menari ala ala Sinchan*

Tapi, Gill harap, janganlah you all semua abaikan warga tua atau sesiapa sahaja yang kita patut bantu, walau di mana jua anda berada. *Chewah! Dan macam iklan pulak*

Kalau korang abaikan warga tua macam stori mori yang Gill share tadi, Gill nangis sampai Boni Kacak kena pujuk. Eh?

P/S : Malam ni nak buat surprise dekat 'dua tiga orang'.

Untill next time.

Xoxo,
Gill


15 comments:

boni kacak said...

jom kita saling pujuk memujuk hati kita jom..hahahhaa

Jna marcello said...

boni pujuk cepat pujuk.... ;)

gill na pun da pat rasa kan kesedihan gill... *si kita sesam emo -_-" lalalala

Unknown said...

Alhamdullilah tersentuh baca entri gill nie...harap wujud ramai makhluk Tuhan seperti gill yang x smpai hati pada insan lain...
....AMIN..

Syazwan Che Deraman said...

lembut sangat hatinya.
hehehe.

Makcik tu dah doakan gill.

Felly Sophia said...

Aku harap, ramai lagi anak muda di luar sana seperti engkau. :)

محمد رازيق said...

gill, sedih aku baca. berharap yang mak cik itu sihat. bila baca, aku akan teringat bonda aku. btw, salam kenal gill. tq

Pocket said...

yes yes pocket pernah wat post pasal 'beranikah kita mintak tempat duduk dari stranger untuk stranger'
kalau mintak tempat duduk dari stranger untukz diri sndiri mungkin mudah... (Err.. ada gak segan segan)

kalau mintak tempat duduk dari stranger untuk wife yg tgh sarat ngandung memang mudah...
'err bro, wife saya tak larat berdiri lah.. buleh bagi tempat duduk?' ngan wat muka kesian..

tapi utk makcik yg ajnabi gitu pocket tak rasa pocket berani...
my next challenge maybe :D

good post sis :)

ewanthology said...

next time klu selisih lg dgn makcik tu bolehlah sedekah skit apa yg ada.

Asrul "iLham" Sany said...

empati itu penting... suprise apa ni ye? :)

Asyraf_Crescent said...

tersenyum baca cerita gill...gill memang hati mulia dan kaca...haha...

ghost said...

aku nak tolong mak kau nanti kalau mak kau dalam kesusahan. :)

iAmCekbolat said...

dulu masa sekolah . penah sekali bolat duduk tanpa bagi seorang akak tengah mengandung duduk . keadaan sesak sangat . bolat nak bangun segan .

lepas kejadian tu . tengok makcik tua sikit bolat bagi tempat duduk . wlaupun makcik tu masih sihat . bolat nak tebus kesilapan tu .

tpi bolat skali tu kejam sgt . tak kasi apek cina duduk . kasihan tu ada . tapi bolat punya kaki sakit sangat . kejam bukan :(
skrg tgh tebus balik . hukhukhuk . sedih sedihh . mhon sesapa pujuk .

hewhew

Unknown said...

gill, x sangka gill gila prihatin ..pandai mak gill didik gill..sebab cara gill ceritakan xde sape pedulik ttg makcik tuh..
gill , saya pun x sebaik gill nak buat mcm tuh..saya mamapu bagi duduk je..takpe..pasni saya igt citer awak always!!

Gillette Flores said...

♥ boni kacak,
Jom. Hehehe

♥ Jna Marcello,
Emo habis kan? =)
Tapi serius, sedih fikirkan makcik tu.

♥ Amar Shah,
Insya-Allah. Sebenarnya, Gill rasa ramai yang berhati jauh lebih baik dari Gill =)

♥ Syazwan Che Deraman,
Hati sensitive sikit kalau datang bab orang-orang tua ni Wan :’)
♥ Felly Sophia,
Aku pun harap ramai yang prihatin pada orang-orang tua yang memerlukan bantuan yang kuat dan sihat seperti kita Fel :’)


محمد رازيق...
Salam kenal.
Gill waktu menulis ni pun teringatkan mak Gill di kampung :’)

♥ Pocket,
Nanti Gill nahu baca entri tu. =)
Yes, kalau untuk wanita mengandung mungkin senang, tapi untuk org2 tua ni, bagi Gill kenalah pandai bagi yang melihatnya.
Yes, next challenge Pocket! ;)

Thanks Pocket =D

♥ the malay male,
Insya-Allah. Gill pun harap selisih dengan makcik tu lagi.

♥ Asrul “iLham” Sany,
Kan???
Surprise, dah update dalam latest entry =)

♥ crescent,
Hehehe. Hati kaca kalau lihat benda-benda macam ni awak.
Keras juga hati Gill sebenarnya (:

♥ ghost writer,
Senang hati Gill dengar kau cakap macam tu.
Terima kasih ghost writer.
Semoga akan ada yang membantu jika mak aku dalam kesusahan.

♥ CekbOlat-bOlat,
Kalau ada sebabnya, tak ape Bolat.
Cuma yang sihat wal’afiat tu, taknak kasi makcik tu duduk walaupun Nampak dia tak sihat dan tangan berbalut.
Alololoooo sedih ke ni? Nanti Gill minta sapa2 tolong pujukkan ye? ;p

♥ CikZaitul
Gill bukanlah baik sangat, Cuma membantu setakat yang mampu aje
Thanks awak. Kalau apa yang Gill share ni beri manfaat pada orang lain, Alhamdulillah =)

Sigaret Perisa Kafein said...

kamu, orangnya rapuh, dan baik mungkin. dan memangnya kita kurang manusia begitu.

-AsaSiaga-