Laura
memandang luar tingkap. Fikirannya tertumpu pada Keith. Rindu benar dia pada
Keith.
Jika
tidak punya sebarang halangan, ingin saja dia bertemu Keith setiap hari, setiap
jam dan setiap saat.
Masih
terasa belaian dan kucupan mesra Keith. Laura memeluk tubuhnya, ingin sekali
rasanya dia dipeluk Keith sekarang.
“Jauh
termenung sayangku?” suara Randy membuatkan lamunan lari bertempiaran. Bahunya
sedikit terjungkit kerana terkejut. Laju dia mengalih pandangan kepada Randy.
Randy
berdiri dibelakangnya sambil senyum. Laura membalas senyuman Randy namun
dadanya terasa sedikit bergetar. Tangan kiri Randy merengkul pinggang Laura
manakala tangan kanannya memegang leher Laura sambil menggosok-gosoknya lembut.
Laura merasa bulu romanya sedikit meremang.
“Termenung
fikirkan aku bukan?” Randy berbisik lembut ke telinga Laura. Soalan Randy membuatkan
jantung Laura berdegup laju. Tangan kasar Randy yang tadinya berada di pinggang
ramping Laura, kini merayap menghampiri buah dada Laura. Laura cuba untuk
melambatkan degupan jantungnya namun dia tahu, ianya tindakan luar kawalan,
tentu sahaja ianya sia-sia. Randy melekapkan tapak tangannya di dada Laura.
“Gemuruh
ya sayang?” bisik Randy lagi sebelum bibirnya dilekapkan ke leher jinjang
Laura. Matanya dipejam lama sambil bibirnya asyik membasah dan menggauli leher
isteri kesayangannya sebelum secara spontan tangan kanannya beralih merayap ke
bahu Laura. Ke paha Laura. Dan secara tiba-tiba dia mendukung Laura. Jantung
Laura bagaikan terhenti tatkala mata cantik Randy merenung jauh ke dalam
matanya. Hatinya mula diracuni dengan rasa bersalah. Terfikir bagaimana jika
suaminya yang sangat menyayanginya selama ini tahu bahawa dia telah berlaku
curang.
“Sayang.
Mahu bermain satu permainan?” soal Randy sambil senyum. Mata Laura berkelip
lambat sebanyak dua kali sambil mengerutkan keningnya.
“Aku
berikan kau 7 hari untuk mencari wanita yang berada dalam hatiku sekarang. Selain
daripada kau. 7 hari ya sayang?”
“Wanita
lain?”
Randy
mengangguk sambil senyum. Kakinya melangkah menghampiri kamar tidur tempat mereka
bermadu asmara setiap malam.
“Apa
maksud kau wahai kesayanganku?” soal Laura keliru.
“Cukup
jelas bukan apa yang aku katakan tadi? Aku berikan kau masa selama 7 hari untuk
kau cari siapa yang berada dalam hatiku lagi selain daripada kau selama ini.” Lembut
Randy menutur kata.
Sesampainya
di sisi katil, Randy merebahkan Laura di atas katil sebelum dia mengucup lembut
dahi isteri kesayangannya itu. Laura
berasa bagaikan tertipu selama ini. Hatinya yang tadi diracuni rasa bersalah
diganti dengan rasa marah. Sangkanya cuma dia yang curang selama ini,
rupa-rupanya Randy yang selama ini dirasakannya bagaikan Malaikat, rupa-rupanya
sama sahaja seperti dirinya. Namun perlukah dia merasa marah? Sedangkan situasinya
sekarang, dia dan Randy tak jauh bezanya. Dan adakah Randy serius atau sekadar
bermain-main.
Randy
merangkak naik ke atas katil. Laura diam terbaring berfikir. Randy sekadar
mengukir senyum memerhati isterinya. Lama dia membiarkan Laura berfikir, dia
menarik Laura ke sisinya. Kepala Laura dibiarkan berbantalkan pahanya.
“Sudah
habis kau fikirkan?” soal Randy sambil membelai lembut rambut Laura.
“Apa
yang aku dapat jika aku tahu siapa orangnya. Dan apa yang aku dapat jika aku
tak dapat mencari siapa orangnya?” Laura melangut memandang Randy, suaminya
yang sering dipuji rakan-rakannya. Berwajah tirus dan manis, tampan, sangat
berkarisma, bekerjaya, menjaga tanggungjawapnya sebagai seorang suami serta
sangat sayangkan Laura. Namun disebabkan terlalu mengikut hawa nafsu sendiri,
Keith yang dikenalinya semenjak dua bulan lalu mula bertakhta di hatinya. Bakal
menumbangkan takhta Randy agaknya tak lama lagi.
“Sayang,
sudah namanya permainan bukan?” Randy mengangkat tinggi lututnya sehingga
mendorong dada Laura tinggi ke atas. Randy memerhati susuk tubuh Laura dari
bawah ke atas. Lagi sekali tangannya merayap ke seluruh tubuh Laura. Bermula dari
perut Laura, buah dada Laura dan sekali lagi ke leher jinjang Laura. Randy
menggosok-gosok leher itu sambil memandang bibir Laura yang mungil. Bibir yang
saban malam dicium dan digigit mesra semenjak 4 tahun lalu. Tanpa jemu dan
penuh kasih sayang.
“Jika
kau dapat tahu siapa orangnya, akan ada upahnya. Jika kau tidak tahu siapa
orangnya, akan ada hukumannnya.”
Laura
makin keliru. Suaminya yang dikenali semenjak 4 tahun lalu itu bagaikan dirasuk
orang lain malam ini. Randy senyum nakal sebelum jarinya mencubit dagu tirus
Laura. Laura hanya membiarkan jari jemari Randy meneroka seluruh wajahnya. Dia
dapat merasa jari jemari kasar Randy menyentuh dan bermain dua ulas bibirnya
sebelum nafas Randy terasa dekat dengan wajahnya.
Empat ulas bibir bertaup. Berkucup. Perlahan sebelum lidah yang basah bagaikan naga
bertarung di dalam tengah lautan. Diselangi dengan melodi kucupan bibir serta
hembusan turun naik nafas yang tenang.
Tanpa
nafsu.
HARI
KETUJUH.
“Jadi
sayang, sudah punya jawapan?”
Laura
menggeleng. Sudah puas dia mencari gadis mana yang mungkin punya skandal dengan
Randy tanpa pengetahuannya. Puas diintip Randy dan puas ditanya rakan-rakan
baik Randy serta rakan sekerjanya.
Hari
pertama, Laura masih belum dihambat rasa ingin tahu. Hari kedua, dia mula
mengintip Randy disebabkan rasa ingin tahu. Hari ketiga saat Randy berkata dia
punya tugasan di luar bandar selama 2 hari, Laura makin dihambat rasa ingin
tahu. Hari kelima, perasaan Laura mula menggila ingin tahu. Hari keenam, Laura
mula bingung dengan permainan Randy. Kesemua rakan-rakan Randy puas meyakin
Laura bahawa selama ini Randy lebih banyak fokus kepada kariernya dan hanya Laura dalam hidupnya.
Hari
ini, Laura berdiri di hadapan Randy tanpa sebarang jawapan.
“Sayang…
sayang…” Randy senyum. Tangannya memegang lembut belakang leher Laura sebelum
ditarik rapat ke dada bidangnya. Ibu jari kanannya menolak dagu Laura ke atas
sehingga Laura terdongak memandangnya.
“Aku
sangkakan, kau sangat bijak wahai sayangku.” Perlahan Randy mengucup bibir
mungil Laura. Lama dan hangat. Manakala sebelah tangannya menarik Laura rapat
ke badannya.
Beberapa
saat selepas berkucupan Randy meleraikan pelukan mereka.
“Duduk
sini sayang. Aku tunjukkan kepada kau ya? Tapi, ianya kejutan.” Bagai dipukau,
Laura duduk di atas kerusi yang ditarik Randy. Randy senyum sambil mengambil
sehelai kain untuk menutup mata Laura. Laura sekadar diam. Randy yang
dikenalinya semenjak 4 tahun lalu memang penuh dengan kejutan yang sering
membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Dapat
dirasa tangannya ditarik lembut ke belakang dan diikat Randy.
“Sayang,
apa kejutannya ini?”
Soalan
Laura dibiarkan tidak berjawab. Hampir beberapa minit dia sekadar mendengar pelbagai
bunyi sebelum dia terasa ada sesuatu yang ringan diletakkan atas pahanya. Dan
tak lama kemudiannya, ikatan matanya dibuka.
Laura
mengelip-ngelip matanya. Berpinar rasanya bergelap beberapa minit.
Jantung
Laura bagai dihimpit tiba-tiba tatkala terpandang fotonya separuh bogel berpelukan
bersama Keith berada di pahanya. Randy di hadapannya senyum lebar.
“Itulah
wanita kedua yang berada dalam hatiku selama ini selain daripada kau.” Jawapan kepada
permainan yang Randy tetapkan 7 hari lalu menyentap hati Laura.
“Wanita
itu telah membunuh hati aku 2 bulan lalu. Secara perlahan-lahan. Setiap kali
aku bermesra dengan wanita itu, setiap kali itu juga hati aku terasa bagai ditoreh-toreh.
Setiap kali aku bercumbu dengan wanita itu, setiap kali itu juga hati aku bagai
ditikam-tikam. Bayangkan perasaan aku setiap kali dia berasa hangat dan ghairah
dalam pelukanku di atas ranjang?” Randy merenungnya tajam. Dapat dia lihat mata
putih Randy berurat merah menahan marah. Tidak. Randy tidak pernah sekalipun
meninggikan suara mahupun memarahinya selama ini. Adakah lelaki itu akan
menamparnya? Memukulnya? Namun, Randy sekadar meletakkan tangannya di belakang.
“7
hari aku bagaikan orang gila mengintip kau, mencari-mencari siapa kekasih gelap
kau dan cuba menerima hakikat bahawa wanita itu bukan kau.” Wajah Randy tampak
bersahaja namun matanya mula mengalirkan air mata.
“Ran
–“
“Jangan
cakap apa-apa sayangku.” Randy meletakkan jari telunjuknya di bibir Laura.
Laura yang sudah diikat hanya mampu memandang sepi Randy. Hatinya terasa ingin
berteriakan. Bercampur baur perasaannya. Sungguh dia rasa bersalah dan jijik
kini. Betapa teruknya dia menipu mengkhianati cinta Randy. Yang pasti setelah 7
hari, dia menemui jawapan bahawa hanya dia dalam hidup Randy. Betapa agungnya
cinta Randy terhadapnya selama ini.
Randy
memegang kuat rambut Laura yang diikat. Jantung Laura terhenti saat Randy
mengeluarkan pistol dari kocek belakang seluarnya.
“Ayuh
kita menyusul Keith dan berjumpa di neraka nanti ya sayang.”
“Randy!”
Klik!
Picu
pistol ditarik.
“Game
over Laura.”
"Yang benarnya, cinta pada Pencipta lebih buat kita kuat dan sedar ianya lebih kekal abadi dan membawa kita ke Syurga." ~Gillette Flores~
Xoxo,
Gill