“Apa
yang kau carutkan ni Pian?”
“Kesian
kau Pipah. Kau tak tahu bezakan madah dan carutan.”
“Oh,
kau bermadah rupanya.”
“Kau
pernah makan selipar jepun yang pernah beberapa kali terjatuh dalam lubang
jamban Pipah?”
Pipah
menggeleng kepalanya.
“Kau
mahu rasa?” soal Pian sambil mengangkat tinggi kedua kakinya, wajahnya serius
namun hatinya bangga menunjukkan selipar jepunnya.
Sekali
lagi Pipah menggeleng kepalanya sambil menutup hidungnya. Kaki Pian busuk
barangkali.
“Jadi,
berbalik kepada percaturan hati. Kau jangan soal tentang carutan ataupun
permainan dam. Percaturan hati tidak berkait rapat dengan dam mahupun chess.”
“Aku
faham.” Pipah angguk namun suaranya tiba-tiba kedengaran sengau.
“Kenapa
suara kau sengau Pipah?”
“Kalau
aku cakap kau bengap, aku takut nanti aku terpaksa makan selipar jepun kau.
Tapi kau tak nampakkah aku sedang menutup lubang hidung aku disebabkan bau kaki
kau tu? Boleh tak kau turunkan kedua kaku kau tu dulu?”
“Baiklah.”
Perlahan Pian menurunkan kedua kakinya yang diangkat tinggi tadi sebelum
menyambung cerita.
“Kakak
aku. Diceraikan suaminya malam semalam.” Wajah Pian tiba-tiba menjadi suram.
“I’m
sorry to hear that Pian.”
“Wah!
Kau speaking London. Cuba kau speaking dengan British accent ala-ala Keira
Knightley. Mesti seksi bunyinya.”
Keletuk!
Pipah
mengetuk kepala Pian dengan penukul. Entah dari mana munculnya penukul itu.
“Aduh!
Sakit kepalaku! Baiklah. Aku sambung cerita sedih kakak aku.” Separuh sedih
Pian menggosok-gosok kepalanya yang sedikit berdarah.
“Dari
awal, aku dah jangkakan yang kakak aku akan diceraikan.”
“Kenapa
kau cakap macam tu?”
“Dari
awal perhubungan, aku lihat hubungan kedua mereka tak macam pasangan lain.
Lebih banyak untuk mencuba bersama berbanding punya rasa suka atau sayang
secara semulajadi.”
“Maksudnya?”
“Maksudnya.
Kakak aku seorang wanita melayu moden yang agak perfectionist. Mementingkan
kesempurnaan. Pernah sekali, dia tak sanggup keluar rumah tanpa memakai baju.
Tak cukup sempurna katanya.”
“Kau
mahu aku ketuk kepala kau dengan penukul sekali lagi?” soal Pipah sambil
mengangkat tinggi penukulnya.
“Tak
mahu. Apa salah aku?”
“Mana-mana
perempuan pun tak mahu keluar rumah tanpa memakai baju.”
Pian
mengangguk kecil sebelum menyambung bercerita.
“Kakak
aku memang jenis yang pentingkan kesempurnaan. Manakala, abang ipar aku seorang
yang sederhana. Awal percintaan, mereka kerap bertekak kerana hal yang remeh.
Pernah satu tika, kedua mereka bergaduh disebabkan kakak aku mahu abang ipar
aku pakai boxer bewarna hijau di pagi raya. Kedua mereka berlawan berbaling
pinggan mangkuk sebab abang ipar aku memakai boxer pink.”
Pipah
mengerut dahinya.
“Sebabnya,
kesemua mereka memakai baju raya berwarna hijau, langsir hijau, sofa hijau,
carpet hijau, pinggan mangkuk malahan dinding turut diwarnakan hijau
kesemuanya. Mahu tampak sempurna kakak aku bilang.”
Pipah
menepuk dahi.
“Sampaikan
kucing belaan mereka, di’spray’ warna hijau.”
Pipah
mula membayangkan kucing berwarna hijau memakai baju melayu hijau.
“Itulah
yang aku maksudkan tadi, percaturan hati juga bisa menjunamkan kita ke dasar
lautan. Jika malang, mungkin terjatuh atas batu karang yang tajam. Dan mungkin
juga dimakan jerung.”
“Dari
awal, sudah nampak pelbagai masalah dalam hubungan mereka. Namun kedua mahu
memaksa diri mahu bersama walaupun hubungan itu bagaikan satu hubungan yang
tidak sihat. Aku pun tak faham kenapa abang ipar aku mahu terus bersama dengan
kakak aku yang berperangai seperti Medusa itu. Mungkin disebabkan kecantikan
yang kakak aku miliki. Manakala kakak aku, mungkin disebabkan sangkanya dengan
kemewahan yang abang ipar aku ada, dia mampu hidup bahagia. Itu apa yang aku
dapat nampak.”
“Tapi,
sabar manusia punya tahapnya. Kehidupan selepas berkahwin patutnya harmoni.
Patutnya rumah itu bagaikan syurga, tapi yang jadi sebaliknya. Bagaikan neraka.
Kakak aku banyak abaikan tanggungjawapnya sebagai isteri, manakala abang ipar
aku makin muak dengan sikapnya, tambah-tambahan, faktor usia memakan kecantikan
yang kakak aku miliki.”
Pian
diam seketika sebelum Pipah bersuara.
“Jadi
percaturan hati mereka yang dulunya berakhir dengan kegagalan rumahtangga?”
Pian
angguk.
“Tapi…”
Pian
diam sebelum sempat menghabiskan kata-katanya.
“Tapi?”
soal Pipah.
“Tapi
jika kita sama-sama caturkan hati kita, ianya mungkin bisa menerbangkan kita
melebihi awan putih dan langit. Untung-untung, boleh terbang menembusi
pelangi.”
Serentak
Pian bangun berdiri sambil menguis-nguis hujung selipar jepunnya di tanah.
Terasa
malu dengan luahan hati sendiri. Pipah terasa jantungnya berdegup laju dari
biasa.
“Aku
mahu melamar hati kau sekarang Pipah. Sudi tak kau terbang menembusi awan putih
dan langit biru denganku Pipah?”
“Sudi
Pian, tapi dengan satu syarat.”
“Apa
syaratnya Pipah?”
“Kita
terbang tanpa selipar jepun kau.”
“Baiklah!”
beberapa saat selepas itu, selipar jepun Pian terbang melayang entah ke mana.
Xoxo,
Gill
10 comments:
Boxer hijau lagi cantik rasanya:)
pasal boxer pun boleh buat piring berterbangan....
gila apakah?
hehe!
kalo aku jadi c pian ku tampar gg kakaknya tue...hahaha...
mengada tul sampai semua nak hijau...huhu
smart tue...:p
haha cite karang sndri ape ni?
sengal betul si pipah dan si pian ni ahahahaha....
-Nico Robin-
sengal betul si pipah dan si pian ni ahahahaha....
-Nico Robin-
sengal betul si pipah dan si pian ni ahahahaha....
-Nico Robin-
haah gill. bunyinya mcm merepek dah..kekeke..
♥ Jurutera & Kalkulator,
Kan? Itulah punca pengaduhannya. Salah pakai warna boxer.
♥ LelakiSemalam,
Cinta gila memang begitu. :)
♥ Amar Shah,
Gill yang sedang menaip pun terasa mahu tampar kakak si Pian tu.
Mengada-ngada sangat bukan?
♥ SYAH'IZZAT,
Hehehe. Ya.
Menaip waktu sedang ketandusan idea.
♥ Nico Robin,
Persahabatan yang sengal memang membuatkan dua rakan menjadi sengal.
♥ 4feet8,
Hehehe. Gill takde idea masa nak menulis entri ni sebenarnya
♥ Jurutera & Kalkulator,
Kan? Itulah punca pengaduhannya. Salah pakai warna boxer.
♥ LelakiSemalam,
Cinta gila memang begitu. :)
♥ Amar Shah,
Gill yang sedang menaip pun terasa mahu tampar kakak si Pian tu.
Mengada-ngada sangat bukan?
♥ SYAH'IZZAT,
Hehehe. Ya.
Menaip waktu sedang ketandusan idea.
♥ Nico Robin,
Persahabatan yang sengal memang membuatkan dua rakan menjadi sengal.
♥ 4feet8,
Hehehe. Gill takde idea masa nak menulis entri ni sebenarnya
Post a Comment