Random Questions about Capoeira

Wednesday, December 12, 2012

Titik Penuh Karma

“Aku bukan nak aibkan dia. Tapi serious, sebenarnya dulu Ariff tu bukannya nakkan dia sangat. Dia aje yang terhegeh-hegehkan Ariff. Ariff jadi kekasih dia pun, sebab Ariff kesiankan dia aje.”  

Kata-kata Tasha terasa bagaikan pisau menusuk tajam ke jantung Ariana. Tak sangka kawan baiknya sendiri sanggup memburukkan dia sedemikian rupa. 

“Kalau kau nak tahu, sebenarnya beberapa bulan selepas Ariff bercinta dengan dia, Ariff ada luahkan perasaan dia pada aku.” Mata Suria membulat mendengar kata-kata Tasha. 

Serious?” Tasha angguk laju. 

“Aku pulak, memang dah lama sukakan Ariff.” 

“Kau jangan cakap yang kau…” Tasha angguk lagi. Suria ternganga. 

Tanpa dipinta air mata Ariana mengalir laju. 

“Aku ada satu rahsia sebenarnya.” Intonasi Tasha yang tadinya teruja berubah mendatar dan separuh berbisik. 

“Apa dia?” 

“Ariff sebenarnya pernah cakap pada aku yang dia rasa jijik dengan Ariana.”
 
Huh? Sebab apa? Aku tengok Ariana tu okay je. Cantik, baik, lemah lembut.” 

“Haaaa. Itu yang kau tahu dan kau nampak. Mula-mula memanglah Ariff sukakan dia sebab semua ciri-ciri tu. Tapi kalau kau nak tahu, Ariana sebenarnya ada anak luar nikah tau.” 

Kali ini jantung Ariana bagaikan dipanah petir. Mahu saja dia menerpa ke arah Tasha meminta rakan baiknya itu berhenti bercerita buruk mengenainya. Namun dia tidak mampu untuk melakukannya dan sekadar mencuri dengar perbualan mereka dengan hati yang bagai digilis lumat. 

“Apa kau cakap ni Tasha?” berdebar-debar jantung Suria mendengar cerita Tasha. Separuh hatinya bagai mahu meminta Tasha berhenti bercakap buruk tentang Ariana kerana jujur dia senang dengan Ariana kerana gadis cantik dan sederhana itu sangat baik terhadapanya serta rakan-rakan sekerjanya yang lain. Namun separuh dari hatinya terasa ingin tahu.
 
“Masa Ariana berusia 16 tahun dulu, dia jadi mangsa rogol ayah kandung dia sendiri. Nasib tak baik, mengandung. Ariana tu pulak bodoh taknak gugurkan kandungan tu, dia lahirkan bayi tu. Ish, kalau aku dekat tempat Ariff, aku pun rasa jijiklah.” Suria menggeleng kepalanya. Kali ini dia terasa Tasha sudah melampaui batas.  

‘Sayang, wajah yang cantik dikotori dengan hati yang busuk.’ Bisik hati kecil Suria. 

“Sudahlah Tasha. Aku dah tak mahu dengar. Tak sangka pula kau sanggup burukkan dia sampai macam ni. Ramai yang ingat kau kawan baik dia, tapi dalam diam kau iri hati dengan dia, kau dan Ariff khianati dia. Aku takde mood nak dengar cerita kau lagi.”  

Tasha tergamam tatkala Suria tiba-tiba terus bangun berjalan pergi meninggalkan dia. Namun hatinya terasa bangga dapat membuka pekung Ariana. 

Ariana berdiri memeluk tubuh menahan sebaknya. Bagaikan faham isi hatinya, langit memuntahkan hujan. Tasha tergopoh-gapah berlari ke tempat untuk berteduh dari hujan. 

Manakala titis hujan lebat dan daun yang berterbangan menembusi setiap inci tubuh Ariana. 


“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

 
Biji mata Suria terbeliak membaca muka hadapan surat khabar ‘Metro’. 

SEORANG GADIS MENJADI MANGSA ROGOL SEKUMPULAN PENAGIH DADAH. 

Seorang pekerja swasta, Natasha Amira, 28 dan teman lelakinya Ariff Azhar, 30 ditemui mati dipercayai dibunuh sekumpulan penagih dadah selepas mereka merogol Natasha. Pihak polis mengesyaki kedua mereka melakukan maksiat di kawasan tersebut sebelum… 

Perlahan Suria membaca keratan akhbar tersebut sambil beristighfar.

‘Kuasa Tuhan. Baru semalam engkau bercerita buruk mengenai arwah Ariana. Hari ini Tuhan turunkan balasan dan mengaibkan kau.’ 

Suria menggetap bibirnya. 
 

“Assalamu’alaikum Tasha. Selamat datang ke dunia baru.” Adriana menyapa Tasha sambil senyum.
 
Xoxo,
Gill
 

12 comments:

CekbOlat-bOlat said...

kalau kitabuka aib orang nnt orang buka aib kita :D

Asrul "iLham" Sany said...

cinta boleh buat orang jadi buta.... :)

محمد رازيق said...

berputar-putar, dan akn kembali pada diri. nice story gill. sekali lagi aku melawat blog kamu.

Amar Shah said...

:)

Jna marcello said...

Eeee rasa nak tampar jee si tasha ni..bagus pun suria bg dye sedar diri..ade ke kwn mcm tu!!!

4feet8 said...

mula-mula pelik juga, berani tasha tu buka aib adriana sbb adriana ada kat situ. rupanya, adriana dah berada di 'dunia' lain.. kan..? byk kali sy terkena dgn kwn baik sendiri. dari zaman sekolah hinggalah sekarang. tapi sy percaya, Allah maha adil.. ;)

Jurutera & Kalkulator said...

Eh nama aku.Heheh.

Gillette Flores said...

♥ CekbOlat-bOlat,
Pandai pun pun comel Gill sorang ni :)

♥ Asrul "iLham" Sany,
Tanpa sedar kita yang butakan hati kita. :)

♥ محمد رازيق
Benar. :)
Terima kasih sudi melawat dan membaca. :)

♥ Amar Shah,
*senyum pada kau kembali*
=)

♥ Jna Marcello,
Susah mahu menduga hati manusia kan sayang? :)
Kekalkan sifat ikhlas Jna ya. :)

♥ 4feet8,
Bijak kau si manis. Ariana sudah berada di 'dunia' lain. Dia 'melawat' Tasha dan tanpa sedar dia mengetahui beberapa kebenaran. :)
Allah s.w.t Maha Adil. Itu yang benarnya.

♥ Jurutera Kalkulator,
Haha! Kebtulan ya. ;)

ninest123 said...

ninest123 16.01
oakley sunglasses, michael kors outlet online, burberry outlet, nike air max, longchamp outlet, michael kors outlet, christian louboutin, prada handbags, louis vuitton, nike free, louis vuitton outlet, louboutin uk, uggs on sale, michael kors handbags, uggs outlet, oakley sunglasses, michael kors outlet online, oakley sunglasses, tory burch outlet, louis vuitton outlet online, michael kors outlet online, uggs outlet, replica watches, ralph lauren outlet, longchamp outlet, michael kors, louboutin shoes, gucci handbags, cheap jordans, nike outlet, cheap oakley sunglasses, burberry factory outlet, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, uggs on sale, longchamp bags, ray ban sunglasses, tiffany jewelry, prada outlet, replica watches, louis vuitton handbags, ray ban sunglasses, ralph lauren polo, tiffany jewelry, christian louboutin, uggs on sale, oakley sunglasses, nike air max

ninest123 said...

nike free pas cher, mulberry uk, nike air max uk, michael kors, nike air max pas cher, nike blazer pas cher, converse, nike roshe uk, true religion outlet, abercrombie and fitch, polo ralph lauren uk, longchamp pas cher, true religion outlet, hermes pas cher, nike free, coach purses, michael kors uk, nike air max uk, michael kors outlet online, north face pas cher, vans pas cher, true religion jeans, ralph lauren pas cher, ray ban uk, nike roshe run pas cher, nike trainers uk, new balance, replica handbags, true religion outlet, nike tn pas cher, nike air force, burberry pas cher, polo lacoste pas cher, hollister uk, hogan sito ufficiale, michael kors, louboutin pas cher, nike air max, lunette ray ban pas cher, timberland pas cher, abercrombie and fitch UK, sac guess pas cher, lunette oakley pas cher, north face uk, jordan pas cher, lululemon outlet, vanessa bruno pas cher, longchamp soldes, coach outlet store online

ninest123 said...

iphone 6s cases, s6 cases, nike air max, iphone 5s cases, iphone 6s plus cases, converse, vans scarpe, hermes handbags, iphone 6 plus cases, chi flat iron, wedding dresses, iphone cases, beats by dre, vans outlet, insanity workout, ipad cases, nfl jerseys, north face outlet, softball bats, celine handbags, ray ban, louboutin, salvatore ferragamo, mac cosmetics, soccer shoes, nike air max, p90x workout, new balance shoes, hollister, nike roshe run, north face outlet, hollister clothing, reebok outlet, abercrombie and fitch, herve leger, jimmy choo outlet, lululemon outlet, ghd hair, instyler ionic styler, bottega veneta, giuseppe zanotti, polo ralph lauren, timberland boots, asics running shoes, soccer jerseys, mont blanc, mcm handbags, oakley, babyliss pro, iphone 6 cases, valentino shoes, gucci

ninest123 said...

karen millen uk, louis vuitton, pandora jewelry, pandora uk, canada goose, doke & gabbana, moncler, swarovski uk, wedding dresses uk, moncler, links of london uk, canada goose outlet, supra shoes, canada goose jackets, sac louis vuitton, pandora charms, replica watches, marc jacobs, canada goose pas cher, moncler outlet, canada goose outlet, louis vuitton, moncler, juicy couture outlet, thomas sabo uk, hollister, juicy couture outlet, sac louis vuitton, ugg,uggs,uggs canada, ugg pas cher, lancel, swarovski jewelry, moncler uk, coach outlet, barbour jackets uk, barbour, canada goose, canada goose uk, louis vuitton uk, toms shoes, moncler, canada goose jackets, pandora jewelry, moncler pas cher, converse shoes outlet, bottes ugg pas cher, montre pas cher, moncler jackets, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg uk
ninest123 16.01