" HAHA.
a pathetic loner entry. "
Gill
baca sekali lagi – isi entri Gill tersebut. Terfikir-fikir banyak kali,
kelihatan seperti entri itu si gadis kesunyian yang sangat kasihankah aku ni?
Gill menulis entri itu dengan hati yang senang waktu itu. Gill punya banyak
insan yang berKUALITI dalam hidup Gill. Familia, rakan-rakan yang memahami
kehidupan yang agak selesa dengan kerja yang Alhamdulillah buat masa sekarang
agak stabil, dan waktu selebihnya diisi dengan aktiviti yang membuatkan Gill
rasa ‘life is good’.
The
first flush of youth was upon you when our eyes first met
And
I knew that to you and into your life I had to get
I felt light-headed at the touch of this
stranger's hand
An assault my defences systematically failed
to withstand
'Cos you came at a time
When the pursuit of one true love in which to
fall
Was the be all and end all
Love
is only a feeling (drifting away)
When
I'm in your arms I start believing (It's here to stay)
But
love is only a feeling - anyway
Tak
mahu prejudis atau negatif dengan komen Badrullah Anson, Gill ambil ianya
sebagai satu komen dari perspektif beliau. Setiap individu punya perspektif
yang berbeza bukan?
“CeriteraSoulmate”. menyentuh bab cinta. Lewat beberapa hari ini, Gill mula terfikir
tentang cinta dan lelaki. Bukan kerana hati mula disentuh cinta, namun rasa mahu
mencuba itu mula terbit dalam hati.
Hati
berbisik, “Cuba aje Gill – jika tak menjadi, itu takdir Tuhan.”
Akal
berpesan, “Jodoh dan takdir, kuasa Tuhan – tapi pilihan dan keputusan, itu
kuasa sendiri.”
Jika
Gill ikutkan hati, mahu saja Gill cuba untuk memulakan satu hubungan cinta baru
– tapi atas dasar suka dan mencuba. Mencuba bukan satu idea yang bernas bukan?
Ambil risiko namanya tu.
Jika
hubungan menjadi dan berakhir dengan kesudahan yang baik, mungkin kita akan
mengucapkan syukur, “Mujur aku mencuba, Alhamdulillah aku bersyukur dengan jodoh
dan takdir yang Tuhan tetapkan.”
Jika
hubungan tidak menjadi dan berkesudahan buruk, mungkin ada segelintir dari kita
yang akan menyalahkan takdir. “Kenapalah nasib aku macam ni, sedangkan aku dah
cuba yang terbaik.”
Jangan
salahkan takdir. Ianya sebenarnya berpunca dari diri sendiri. Keputusan mahu ‘mencuba’,
hati yang tentukan. Risikonya harus ditanggung sendiri kelak. Jika berpunca
dari takdir sekalipun, mungkin ada hikmahnya mengapa hubungan itu tidak
menjadi. Harus positif ya?
The
state of elation that this unison of hearts achieved
I
had seen, I had touched, I had tasted and I truly believed
That
the light of my life
Would
tear a hole right through each cloud that scudded by
Just
to beam on you and I
Love
is only a feeling (drifting away)
When
I'm in your arms I start believing (It's here to stay)
But
love is only a feeling - anyway
Berbalik
kepada rasa Gill yang mahu mencuba untuk memulakan cinta baru – Gill selesa
ikut pesanan akal dan permintaan hati.
Akal
berpesan, “Jodoh dan takdir, kuasa Tuhan – tapi pilihan dan keputusan, itu
kuasa sendiri.”
Hati
meminta, “Janganlah dilukai lagi. I can't afford any other broken relationship.”
Jadi
Gill selesa sendiri lagi buat masa sekarang. Sungguh. Gill berasa selesa dengan
kehidupan sekarang tanpa cinta. Hari biasa bekerja, jika punya kelapangan –
makan malam dan movie bersama rakan-rakan berKUALITI Gill. Hujung minggu dengan
aktiviti Capoeira Gill selain dari meluangkan masa dengan rakan-rakan Capoeira
yang bagaikan familia kedua Gill sekarang. Bagaikan satu keluarga yang sering
bergurau senda bersama-sama. Berbual minat yang sama. Support each other.
Gill
lalui hari-hari Gill dengan baik. Masalah dan dugaan dari Allah swt itu
kadang-kadang, memanglah ada – tapi hidup akan bosan jika tiada sebarang dugaan
bukan? Jika sekadar warna putih kehidupan ini, terasa kosong juga. Jika
kehidupan dilalui dengan pelbagai warna, nah! Dari situ kita makin mengenal
diri kita, kemahuan dan keperluan kita, menguji kematangan, ketahanan dan
kesabaran diri kita.
Love
is only a feeling.
Tapi
cinta pada Pencipta kita, lain ceritanya ya?
Until
next time.
Xoxo,
Gill
2 comments:
cinta boleh buat kita keanak anakan dan juga kematangan .
ikutlah kata hati :))
pehh ckp mcm ade experience ,tapi takde pun -->>
OH MY GOD I'M FAMOUS NOW! WAHKAKAKA
Post a Comment