Random Questions about Capoeira

Friday, December 07, 2012

Romantically Murdered

Ceritanya begini:
 
Rindu di hati Farish yang mencengkam hatinya makin terlerai. Jewell yang sudah 6 bulan berada di luar negara untuk menyambung pengajiaannya kini kembali ke Malaysia untuk 2 minggu. Terasa bagaikan itu hadiah harijadi yang terbaik sepanjang hidupnya. Ya, kebetulan hari itu Farish genap berusia 30 tahun. Hati Farish berdebar bagaikan momen pertama mereka bertemu. 4 tahun lalu. Jewell punya kecantikan yang amat Farish kagumi namun hatinya tertarik untuk memiliki dan menyayangi Jewell bukan kerana paras rupa – namun keperibadiaannya. Selain Jewell punya kepakaran memasak dan juga membuat roti. Farish sengih mengenangkan bekalan yang sering dibawa dari utara tanah air ke selatan tanah air tiap kali mereka meluangkan masa bersama di hujung minggu. Oh ya, cinta mereka cinta jarak jauh. Namun jarak itu langsung tak pernah terasa kerana cinta dan rasa percaya di hati mereka sentiasa ada. Cuma sedikit terasa bila Jewell memilih untuk menaik tinggi taraf pelajarannya dengan mengambil kursus khas di luar negara. Namun cinta di hati mereka tetap utuh.
 
 
Farish separuh sabar menanti Jewell. Wajahnya tampak tenang. Bahasa badan di sebalik badan maskulinnya juga tak tampak bagai gelisah. Cuma senyuman dan dadanya sedikit bergetar. Rindu mahu melihat senyum gadis itu. Rindu bau gadis itu yang punya aroma istimewa pada deria bau Farish. Rindu mahu berbual dengan Jewell. Rindu segala-galanya. Dan rindu roti di buat khas oleh Jewell.
 
Jewell berjalan ke arahnya dengan senyuman manis. Bagaikan cermin, masing-masing mengukir senyum ke arah sesama sendiri. Saat Jewell dekat, Farish bangun berdiri berhadapan Jewell. Tangannya yang sedikit berurat merengkul belakang kepala Jewell dan ditarik wajah gadis itu merapati dadanya sebelum melekap dadanya.
 
“I miss you so much Jewell.” Farish berbisik lembut sambil menggosok-gosok kepala dan rambut Jewell. Jewell dapat mendengar degupan jantung Farish di sebalik cuping telinganya. Kedua tangannya merangkul belakang Farish. Rindu hatinya yang menebal selama ini terasa bagaikan mahu pecah di dalam dadanya. Hatinya menahan sebak yang sudah tak terbendung. Matanya yang semulajadi tampak bersinar mula mengalirkan airmata. Farish terasa dadanya basah mengalihkan pegangan tangannya di kedua bahu Jewell. Keningnya berkerut melihat bidadari hatinya sedang menangis.
 
Rindu sangatkah gadis itu kepadanya sehingga perlu menangis begitu?
 
Dan terjadi lagi
Kisah lama yang terulang kembali
Kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani
 
Farish memandang kosong bekalan yang diberi Jewell kepadanya, Jika sebelum ini, dia cukup berselera mahu menghabiskan roti buatan Jewell tapi kini, nafsu makannya bagaikan lenyap.
 
Aku ingin kau merasa
Kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia
 
“I’m truly understand Jewell. Aku sudah lama jangkakan benda ini akan terjadi. Aku takut tiap kali fikirkan saat ini datang. Cuma aku tak sangka cepat begini.” Farish senyum. Senyumannya sedikit bergetar. Menahan tangis. Takkan ditumpahkan air matanya di hadapan Jewell. Gadis itu sudah cukup sama menahan sedih. Bagaimana jika dia menangis depan gadis kesayangannya itu.
 
Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu
 
“Tanpa kedua orang tuamu, kau takkan lahir ke dunia ini. Dan aku takkan punya peluang mengenali gadis seperti kau. Juga takkan punya peluang memiliki gadis sehebat kau Jewell. Kau tahu banyak mana aku sayangkan kau dan berharap kau kekal dalam hidup aku, tapi aku takkan biarkan hati kau sakit melukakan hati keluarga kau, lebih-lebih lagi kedua orang tua kau disebabkan kedegilan cinta kita.”
 
Farish teringatkan kata-katanya kepada Jewell lewat petang tadi. Tangan kirinya memegang stereng kereta manakala tangan kanannya melurut pantas mukanya. Air mata perlahan mengalir keluar di sebalik matanya yang mula berselirat urat merah. Rasa rindu lewat petang tadi yang mencengkam kini terasa bagaikan bertukar menjadi duri kuat mencengkam hatinya. Rasa sakit itu, hanya dia dan Tuhan yang tahu.
 
Ku ada di sini
Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu
Didekatmu saat engkau terjatuh
 
“Aku tak mahu putus khabar dari kau Farish. Aku cuba tak mahu bersikap pentingkan diri, tapi aku tak cukup kuat untuk menjalani hidup aku tanpa mendengar sebarang khabar dari kau.”
 
Dan Farish hormat akan keputusan gadis cantik itu untuk terus kekal berhubungan walau hatinya kuat mahu lari jauh dari hidup gadis itu seketika. Cinta itu ada, insan di cinta itu ada, namun rasa tak dapat memiliki membunuh hatinya. Rasa sedih, sengsara tak dapat memiliki Jewell bagaikan api yang membakar perlahan sedikit demi sedikit urat saraf badannya sehingga menjadi debu. Namun selepas menjadi debu, api cinta dan rindu terhadap Jewell pula membakar urat sarafnya sehingga menjadi debu. Berulang kali.
 
Separuh kosong jiwa, hati dan pemikirannya – tangan Farish perlahan mengukir, “LOVE – Romantically Murdered”
 
 
 
Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku
Menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
Karena separuh aku dirimu
 
Satu hati yang mengetahui kisah cinta itu, entiasa mengharap – keajaiban cinta akan terjadi kerana hati itu sentiasa percaya akan kewujudan cinta sejati. Jadi hati itu juga percaya keajaiban cinta itu ada untuk menyatukan cinta Farish dan jewell. Menyatukan dan mengekalkan cinta itu di landasan yang benar. Direstui juga yang benarnya.
 
Direstui agar cinta mereka tidak berakhir seperti Romeo & Juliet, Laila dan Majnun ataupun Jack & Rose. Juga bukan Kasyah dan Ayu (Lagenda Budak Setan) di mana Ayu meninggal dunia selepas melahirkan Athirah. Cinta mereka cinta agung namun penghujung cerita menjadi dogengan. Cinta agung namun salah satu pasangannya sengsara meratap kematian insan tercinta.
Hati itu mahu cinta Farish dan Jewell direstui dan bersatu agar mereka dapat menghabiskan masa tua mereka dengan bahagia, romantis, penuh kasih sayang di samping zuriat mereka dengan hubungan yang halal.
 
“Romantically Murdered”

Farish : Jejaka melayu berkulit cerah, ketinggian 176 sentimeter. Tidak setampan Brad Pitt mahupun Aaron Aziz namun punya tarikannya tersendiri. Punya karakter yang tegas dan gemar berfikir secara logik. Riak wajah tampak angkuh namun punya sense of humor nya sendiri. Angkuh? Tidak sebenarnya. Cuma tahu apa dia mahukan dan perlukan dalam hidupnya. Ofis, musik dan gym peneman setia selain dari punya gadis yang setiap masa berada tempat dalam hatinya. Jewell, peneman hatinya.
Jewell : Seorang gadis genit berbangsa Cina, beragama Buddha. Keluarganya memegang kuat agama tersebut. Punya raut wajah bujur sirih, berkulit cerah dan lembut bak kulit bayi. Bukan omong kosong – ianya benar. Seorang wanita konservatif dari sesetengah aspek namun mempunyai persona sendiri dari segi gayanya, percakapannya dan juga pemikirannya. Wajahnya? Cantik asli, matanya bagaikan turut tersenyum saat bibirnya mengukir senyum. Wajah yang sering terakam rapi dalam kotak fikiran Farish. Cintanya terhadap Farish tak kurang tingginya berbanding cinta Farish terhadapnya.
 
PS : Perkataan "Romantically Murdered" tercetus dari seorang lelaki biasa namun punya cinta yang luar biasa.
 
Xoxo,
Gill
 

11 comments:

man said...

Oooo hebat cerita novel ni..hehe

CekbOlat-bOlat said...

mcm novel je . hebat gill . mengigil ni ->

whitecappuccino said...

baru faham mengapa gitu kisahnya

Ayuni said...

nice start....

boni kacak said...

halangan orang tua.. cinta akhirnya tidak kesampaian... suatu ketika dulu saya pernah sakit disebabkan cinta yang tidak kesampaian.. berkali2... hinggakan sekarang segala rasa itu telah mati... saya dah lupa bagaimana rasanya dicintai dan mencintai.. saya dah lupa bagaimana rasanya merindui seseorang itu.. saya dah lupa bagaimana rasanya kecewa itu... hingga satu tahap, saya sangkakan apa yang saya temui itu cinta, namun hakikatnya, rasa itu hanya bertahan dalam tempoh sebentar sahaja.. saya tak tau siapakah yang mampu membuka pintu hati saya ni.. dan saya tak tau bilakah masanya... cinta.. ia adalah sesuatu yang sangat memeningkan.. dan sangat menyakitkan...

iKhRam said...

hebat
teringat moment indah cerita hidup aku..

yg pernah mencinta seorang gadis siam berketurunan budhha..
cinta pandang pertama itu beralih kepada pertemuan demi pertemuan

kesudahannya
berakhir dengan perpisahan
bila memikirkan halangan yang bermacam-macam..

naseb aku mungkin
kerana cinta yang ada itu tidaklah sampai membunuh
cuma sedikit melakarkan kenangan yg terindah yg boleh dikenang-kenang..

gadis siam itu
tetap comel, manis dan cantik
biarpun berpenampilan seperti lelaki
tapi dia tetap gadis manja dan comel.

Gillette Flores said...

♥ man,
Ini cuma cerita pendek :)
Thanks for reading :)

♥ Bolat,
Jangan gigil-gigil. Ni mesti kes main hujan menggigil ni :)

♥ whitecappuchino,
:)

♥ Ayuni,
Thanks dear :)

♥ boni kacak,
Gill faham sangat perasaan tu.
Jangan takut untuk jatuh cinta lagi ya? :)
Kadang-kadang perlu lalui kecewa untuk mendapat 'sesuatu' yang jauh lebih baik, insyaAllah. :)

♥ iKhRam,
Satu lagi kisah cinta yang 'hebat' :)
Jujur aku kadang-kadang gemar lihat gadis manis berambut pendek dan berperwatakan kasar.
Sebab kadang-kadang mereka lebih asli berbanding yang tampak cantik tapi yang benarnya kuasa kosmetik yang buat mereka tampak cantik :)

ninest123 said...

ninest123 16.01
oakley sunglasses, michael kors outlet online, burberry outlet, nike air max, longchamp outlet, michael kors outlet, christian louboutin, prada handbags, louis vuitton, nike free, louis vuitton outlet, louboutin uk, uggs on sale, michael kors handbags, uggs outlet, oakley sunglasses, michael kors outlet online, oakley sunglasses, tory burch outlet, louis vuitton outlet online, michael kors outlet online, uggs outlet, replica watches, ralph lauren outlet, longchamp outlet, michael kors, louboutin shoes, gucci handbags, cheap jordans, nike outlet, cheap oakley sunglasses, burberry factory outlet, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, uggs on sale, longchamp bags, ray ban sunglasses, tiffany jewelry, prada outlet, replica watches, louis vuitton handbags, ray ban sunglasses, ralph lauren polo, tiffany jewelry, christian louboutin, uggs on sale, oakley sunglasses, nike air max

ninest123 said...

nike free pas cher, mulberry uk, nike air max uk, michael kors, nike air max pas cher, nike blazer pas cher, converse, nike roshe uk, true religion outlet, abercrombie and fitch, polo ralph lauren uk, longchamp pas cher, true religion outlet, hermes pas cher, nike free, coach purses, michael kors uk, nike air max uk, michael kors outlet online, north face pas cher, vans pas cher, true religion jeans, ralph lauren pas cher, ray ban uk, nike roshe run pas cher, nike trainers uk, new balance, replica handbags, true religion outlet, nike tn pas cher, nike air force, burberry pas cher, polo lacoste pas cher, hollister uk, hogan sito ufficiale, michael kors, louboutin pas cher, nike air max, lunette ray ban pas cher, timberland pas cher, abercrombie and fitch UK, sac guess pas cher, lunette oakley pas cher, north face uk, jordan pas cher, lululemon outlet, vanessa bruno pas cher, longchamp soldes, coach outlet store online

ninest123 said...

iphone 6s cases, s6 cases, nike air max, iphone 5s cases, iphone 6s plus cases, converse, vans scarpe, hermes handbags, iphone 6 plus cases, chi flat iron, wedding dresses, iphone cases, beats by dre, vans outlet, insanity workout, ipad cases, nfl jerseys, north face outlet, softball bats, celine handbags, ray ban, louboutin, salvatore ferragamo, mac cosmetics, soccer shoes, nike air max, p90x workout, new balance shoes, hollister, nike roshe run, north face outlet, hollister clothing, reebok outlet, abercrombie and fitch, herve leger, jimmy choo outlet, lululemon outlet, ghd hair, instyler ionic styler, bottega veneta, giuseppe zanotti, polo ralph lauren, timberland boots, asics running shoes, soccer jerseys, mont blanc, mcm handbags, oakley, babyliss pro, iphone 6 cases, valentino shoes, gucci

ninest123 said...

karen millen uk, louis vuitton, pandora jewelry, pandora uk, canada goose, doke & gabbana, moncler, swarovski uk, wedding dresses uk, moncler, links of london uk, canada goose outlet, supra shoes, canada goose jackets, sac louis vuitton, pandora charms, replica watches, marc jacobs, canada goose pas cher, moncler outlet, canada goose outlet, louis vuitton, moncler, juicy couture outlet, thomas sabo uk, hollister, juicy couture outlet, sac louis vuitton, ugg,uggs,uggs canada, ugg pas cher, lancel, swarovski jewelry, moncler uk, coach outlet, barbour jackets uk, barbour, canada goose, canada goose uk, louis vuitton uk, toms shoes, moncler, canada goose jackets, pandora jewelry, moncler pas cher, converse shoes outlet, bottes ugg pas cher, montre pas cher, moncler jackets, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg uk
ninest123 16.01