Random Questions about Capoeira

Saturday, December 29, 2012

7 hari

Laura memandang luar tingkap. Fikirannya tertumpu pada Keith. Rindu benar dia pada Keith.
Jika tidak punya sebarang halangan, ingin saja dia bertemu Keith setiap hari, setiap jam dan setiap saat.
Masih terasa belaian dan kucupan mesra Keith. Laura memeluk tubuhnya, ingin sekali rasanya dia dipeluk Keith sekarang. 
“Jauh termenung sayangku?” suara Randy membuatkan lamunan lari bertempiaran. Bahunya sedikit terjungkit kerana terkejut. Laju dia mengalih pandangan kepada Randy.
Randy berdiri dibelakangnya sambil senyum. Laura membalas senyuman Randy namun dadanya terasa sedikit bergetar. Tangan kiri Randy merengkul pinggang Laura manakala tangan kanannya memegang leher Laura sambil menggosok-gosoknya lembut. Laura merasa bulu romanya sedikit meremang.  
“Termenung fikirkan aku bukan?” Randy berbisik lembut ke telinga Laura. Soalan Randy membuatkan jantung Laura berdegup laju. Tangan kasar Randy yang tadinya berada di pinggang ramping Laura, kini merayap menghampiri buah dada Laura. Laura cuba untuk melambatkan degupan jantungnya namun dia tahu, ianya tindakan luar kawalan, tentu sahaja ianya sia-sia. Randy melekapkan tapak tangannya di dada Laura. 
“Gemuruh ya sayang?” bisik Randy lagi sebelum bibirnya dilekapkan ke leher jinjang Laura. Matanya dipejam lama sambil bibirnya asyik membasah dan menggauli leher isteri kesayangannya sebelum secara spontan tangan kanannya beralih merayap ke bahu Laura. Ke paha Laura. Dan secara tiba-tiba dia mendukung Laura. Jantung Laura bagaikan terhenti tatkala mata cantik Randy merenung jauh ke dalam matanya. Hatinya mula diracuni dengan rasa bersalah. Terfikir bagaimana jika suaminya yang sangat menyayanginya selama ini tahu bahawa dia telah berlaku curang.  
“Sayang. Mahu bermain satu permainan?” soal Randy sambil senyum. Mata Laura berkelip lambat sebanyak dua kali sambil mengerutkan keningnya. 
“Aku berikan kau 7 hari untuk mencari wanita yang berada dalam hatiku sekarang. Selain daripada kau. 7 hari ya sayang?” 
“Wanita lain?” 
Randy mengangguk sambil senyum. Kakinya melangkah menghampiri kamar tidur tempat mereka bermadu asmara setiap malam. 
“Apa maksud kau wahai kesayanganku?” soal Laura keliru. 
“Cukup jelas bukan apa yang aku katakan tadi? Aku berikan kau masa selama 7 hari untuk kau cari siapa yang berada dalam hatiku lagi selain daripada kau selama ini.” Lembut Randy menutur kata.  

Sesampainya di sisi katil, Randy merebahkan Laura di atas katil sebelum dia mengucup lembut dahi isteri kesayangannya itu. Laura berasa bagaikan tertipu selama ini. Hatinya yang tadi diracuni rasa bersalah diganti dengan rasa marah. Sangkanya cuma dia yang curang selama ini, rupa-rupanya Randy yang selama ini dirasakannya bagaikan Malaikat, rupa-rupanya sama sahaja seperti dirinya. Namun perlukah dia merasa marah? Sedangkan situasinya sekarang, dia dan Randy tak jauh bezanya. Dan adakah Randy serius atau sekadar bermain-main.
Randy merangkak naik ke atas katil. Laura diam terbaring berfikir. Randy sekadar mengukir senyum memerhati isterinya. Lama dia membiarkan Laura berfikir, dia menarik Laura ke sisinya. Kepala Laura dibiarkan berbantalkan pahanya.
“Sudah habis kau fikirkan?” soal Randy sambil membelai lembut rambut Laura.
“Apa yang aku dapat jika aku tahu siapa orangnya. Dan apa yang aku dapat jika aku tak dapat mencari siapa orangnya?” Laura melangut memandang Randy, suaminya yang sering dipuji rakan-rakannya. Berwajah tirus dan manis, tampan, sangat berkarisma, bekerjaya, menjaga tanggungjawapnya sebagai seorang suami serta sangat sayangkan Laura. Namun disebabkan terlalu mengikut hawa nafsu sendiri, Keith yang dikenalinya semenjak dua bulan lalu mula bertakhta di hatinya. Bakal menumbangkan takhta Randy agaknya tak lama lagi.  

“Sayang, sudah namanya permainan bukan?” Randy mengangkat tinggi lututnya sehingga mendorong dada Laura tinggi ke atas. Randy memerhati susuk tubuh Laura dari bawah ke atas. Lagi sekali tangannya merayap ke seluruh tubuh Laura. Bermula dari perut Laura, buah dada Laura dan sekali lagi ke leher jinjang Laura. Randy menggosok-gosok leher itu sambil memandang bibir Laura yang mungil. Bibir yang saban malam dicium dan digigit mesra semenjak 4 tahun lalu. Tanpa jemu dan penuh kasih sayang.
“Jika kau dapat tahu siapa orangnya, akan ada upahnya. Jika kau tidak tahu siapa orangnya, akan ada hukumannnya.”
Laura makin keliru. Suaminya yang dikenali semenjak 4 tahun lalu itu bagaikan dirasuk orang lain malam ini. Randy senyum nakal sebelum jarinya mencubit dagu tirus Laura. Laura hanya membiarkan jari jemari Randy meneroka seluruh wajahnya. Dia dapat merasa jari jemari kasar Randy menyentuh dan bermain dua ulas bibirnya sebelum nafas Randy terasa dekat dengan wajahnya.
Empat ulas bibir bertaup. Berkucup. Perlahan sebelum lidah yang basah bagaikan naga bertarung di dalam tengah lautan. Diselangi dengan melodi kucupan bibir serta hembusan turun naik nafas yang tenang.
Tanpa nafsu.
HARI KETUJUH.
“Jadi sayang, sudah punya jawapan?”
Laura menggeleng. Sudah puas dia mencari gadis mana yang mungkin punya skandal dengan Randy tanpa pengetahuannya. Puas diintip Randy dan puas ditanya rakan-rakan baik Randy serta rakan sekerjanya.
Hari pertama, Laura masih belum dihambat rasa ingin tahu. Hari kedua, dia mula mengintip Randy disebabkan rasa ingin tahu. Hari ketiga saat Randy berkata dia punya tugasan di luar bandar selama 2 hari, Laura makin dihambat rasa ingin tahu. Hari kelima, perasaan Laura mula menggila ingin tahu. Hari keenam, Laura mula bingung dengan permainan Randy. Kesemua rakan-rakan Randy puas meyakin Laura bahawa selama ini Randy lebih banyak fokus  kepada kariernya dan hanya Laura dalam hidupnya.
Hari ini, Laura berdiri di hadapan Randy tanpa sebarang jawapan.
“Sayang… sayang…” Randy senyum. Tangannya memegang lembut belakang leher Laura sebelum ditarik rapat ke dada bidangnya. Ibu jari kanannya menolak dagu Laura ke atas sehingga Laura terdongak memandangnya.
“Aku sangkakan, kau sangat bijak wahai sayangku.” Perlahan Randy mengucup bibir mungil Laura. Lama dan hangat. Manakala sebelah tangannya menarik Laura rapat ke badannya.
Beberapa saat selepas berkucupan Randy meleraikan pelukan mereka.
“Duduk sini sayang. Aku tunjukkan kepada kau ya? Tapi, ianya kejutan.” Bagai dipukau, Laura duduk di atas kerusi yang ditarik Randy. Randy senyum sambil mengambil sehelai kain untuk menutup mata Laura. Laura sekadar diam. Randy yang dikenalinya semenjak 4 tahun lalu memang penuh dengan kejutan yang sering membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Dapat dirasa tangannya ditarik lembut ke belakang dan diikat Randy.
“Sayang, apa kejutannya ini?”
Soalan Laura dibiarkan tidak berjawab. Hampir beberapa minit dia sekadar mendengar pelbagai bunyi sebelum dia terasa ada sesuatu yang ringan diletakkan atas pahanya. Dan tak lama kemudiannya, ikatan matanya dibuka.
Laura mengelip-ngelip matanya. Berpinar rasanya bergelap beberapa minit.
Jantung Laura bagai dihimpit tiba-tiba tatkala terpandang fotonya separuh bogel berpelukan bersama Keith berada di pahanya. Randy di hadapannya senyum lebar.
“Itulah wanita kedua yang berada dalam hatiku selama ini selain daripada kau.” Jawapan kepada permainan yang Randy tetapkan 7 hari lalu menyentap hati Laura.
“Wanita itu telah membunuh hati aku 2 bulan lalu. Secara perlahan-lahan. Setiap kali aku bermesra dengan wanita itu, setiap kali itu juga hati aku terasa bagai ditoreh-toreh. Setiap kali aku bercumbu dengan wanita itu, setiap kali itu juga hati aku bagai ditikam-tikam. Bayangkan perasaan aku setiap kali dia berasa hangat dan ghairah dalam pelukanku di atas ranjang?” Randy merenungnya tajam. Dapat dia lihat mata putih Randy berurat merah menahan marah. Tidak. Randy tidak pernah sekalipun meninggikan suara mahupun memarahinya selama ini. Adakah lelaki itu akan menamparnya? Memukulnya? Namun, Randy sekadar meletakkan tangannya di belakang.
“7 hari aku bagaikan orang gila mengintip kau, mencari-mencari siapa kekasih gelap kau dan cuba menerima hakikat bahawa wanita itu bukan kau.” Wajah Randy tampak bersahaja namun matanya mula mengalirkan air mata.
“Ran –“ 
“Jangan cakap apa-apa sayangku.” Randy meletakkan jari telunjuknya di bibir Laura. Laura yang sudah diikat hanya mampu memandang sepi Randy. Hatinya terasa ingin berteriakan. Bercampur baur perasaannya. Sungguh dia rasa bersalah dan jijik kini. Betapa teruknya dia menipu mengkhianati cinta Randy. Yang pasti setelah 7 hari, dia menemui jawapan bahawa hanya dia dalam hidup Randy. Betapa agungnya cinta Randy terhadapnya selama ini.
Randy memegang kuat rambut Laura yang diikat. Jantung Laura terhenti saat Randy mengeluarkan pistol dari kocek belakang seluarnya.
“Ayuh kita menyusul Keith dan berjumpa di neraka nanti ya sayang.”
“Randy!”
Klik!
Picu pistol ditarik.
“Game over Laura.”
"Yang benarnya, cinta pada Pencipta lebih buat kita kuat dan sedar ianya lebih kekal abadi dan membawa kita ke Syurga." ~Gillette Flores~


Xoxo,
Gill

Friday, December 28, 2012

7 hari : Petikan

“Jika kau dapat tahu siapa orangnya, akan ada upahnya. Jika kau tidak tahu siapa orangnya, akan ada hukumannnya.”

Laura makin keliru. Suaminya yang dikenali semenjak 4 tahun lalu itu bagaikan dirasuk orang lain malam ini. Randy senyum nakal sebelum jarinya mencubit dagu tirus Laura. Laura hanya membiarkan jari jemari Randy meneroka seluruh wajahnya. Dia dapat merasa jari jemari kasar Randy menyentuh dan bermain dua ulas bibirnya sebelum nafas Randy terasa dekat dengan wajahnya.

Empat ulas bibir bertaup. Berkucup. Perlahan dan mengasikkan sebelum lidah yang basah bagaikan naga bertarung di dalam tengah lautan. Diselangi dengan melodi kucupan bibir serta hembusan turun naik nafas yang tenang.

Tanpa nafsu.
Petikan cerpen "7 hari" nukilan Gillette Flores.
Sambungannya Sabtu, 29 Dec, 811 pagi.
Xoxo,
Gill

Thursday, December 27, 2012

Pentas Hati

Wajah lembut yang sedang memetik gitar itu direnung dari jauh.
Pandangan mata pemilik wajah itu kosong. Namun keteduhan matanya bagaikan satu cahaya.

Yang menerangi hatinya yang kian lama suram.
Lama memerhati.

 

Tanpa disedari, mata pensil yang digenggamnya dari awal tadi kini menari-nari mengikut rentak jari jemarinya yang halus.
Menggores satu persatu garisan.
Mengungkapkan gerak perasaan hatinya pada sehelai kanvas kosong.
 

Memotret wajah lembut itu di atas kanvas kosong.
Dua pasang tangan laju menari-nari di pentas hati masing-masing. Diiringi alunan musik yang lembut dan mendamaikan. Serta alunan goresan lembut di hujung mata pensil.
 
 

Tatap matamu bagai busur panah
Yang engkau lepaskan ke jantung hatiku
Meski kau simpan cintamu masih
Dekap nafasmu wangi hiasi suasana
Saat ku kecup manis bibirmu
Cintaku tak harus miliki dirimu
Meski perih mengiris di segala janji
~Roman Picisan~

Wednesday, December 26, 2012

Finally... she stopped playing their song...

“Kau sihat?” si gadis ditenungnya. Sebelum tangannya yang sedikit berurat memegang dan menyapu lembut rambut lurus panjang si gadis. Si gadis mengangguk kecil. Hatinya terasa sedikit bergetar. Namun tidaklah merasa gemuruh seperti sebelum-sebelum ini. 
“Kenapa sudah tak mahu bertemu” Si jejaka memegang dagu si gadis. Bermain-main dagu si gadis yang sekadar senyum nipis. 
Diam. 
Si gadis hanya memandang tepat ke dalam anak mata si jejaka. Mencari-cari di mana kedudukan si jejaka itu di dalam hatinya sekarang. Setengah tahun lalu, si jejaka berada dalam satu sudut yang paling istimewa dalam hatinya, namun kini si gadis mula ragu-ragu adakah ‘ianya’ masih di situ.
Si jejaka berasa sedikit rindu. Tangan kirinya memegang belakang kepala si gadis sebelum ditarik rapat ke sisinya. Perlahan dia mengucup lembut dahi si gadis. Kucupan yang hangat dan menyenangkan. 
“Rindu pula rasanya pada kau.” Jujur dia menutur rasa rindu pada si gadis. Sekali lagi si gadis mencari-cari kepastian, di mana hatinya yang dicuri si jejaka tersebut setahun lalu. Rasanya, kini hati itu sudah terletak di dalam ruangan hatinya sendiri. 
Oh! Hatinya sudah dikembalikan rupanya.  
Namun sejak bila? 
Kucupan dileraikan. Kedua mereka bertentang mata. Si gadis tidak lagi berasa gementar menatap mata menawan itu. Puas ditelek wajah si jejaka. Baru dia sedar, si jejaka punya raut wajah yang hampir sempurna. Sekilas si gadis memandang susuk badan si jejaka. Hampir cukup sempurna juga dengan ketinggian dan susuk yang agak tegap dan seksi. Ditambah dengan keperibadian yang mampu mencairkan hati banyak gadis.  
Sayangnya pada si jejaka dulu adalah tulus sehingga menutup kesempurnaan wajah dan fizikal si jejaka. Yang hanya ada di mata dan hatinya dulu, keperibadian jejaka yang sering membuatkan dia rindu dan mendambakan jejaka itu di dalam hatinya. 
“Aku sudah punya kekasih hati.” lancar kata-kata itu diucapkan si jejaka sambil memandang si gadis. Si gadis senyum sambil mengangguk. Matanya tidak berkelip memandang si jejaka.
“Ahem! Aku kini sudah punya kekasih.” Ulang si jejaka sambil merenung dalam ke anak mata si gadis. Cuba mencari refleksi hati si gadis samada si gadis kecewa, marah ataupun mahu rasa menangis. 
“Ya. Aku dengar. Baguslah.” Si gadis senyum sambil menongkat dagu. Rasa kecewa sedikit ada namun, si jejaka tidak lagi disayanginya. Yang tinggal cuma cebisan kenangan manis. Dan dan yang benarnya, kehatinya sudah terlalu banyak ditoreh, dihiris, dibawa terbang tinggi ke langit dan dihempas laju jatuh berkecai ke tanah bumi sehingga kini lunyai dan tak mampu rasa kecewa lagi.
 
“And she finally stopped playing their song, when she realized she was dancing alone.”

 
Xoxo,
Gill

Monday, December 24, 2012

Kisah Makcik Kiah yang menjadi rebutan Eddy Gordo, Shinchan dan Dolah Senget.


 
More info about TEKKEN
 
One of my favourite game. *wink*
Tapi Gill bukanlah hardcore sangat. Lebih hardcore dan pakar memakan Choki-choki sambil berlari-lari anak. Lepas habis makan Choki-choki tu, baling merata-rata plastik Choki-choki sampaikan pernah satu masa terbaling ke muka Makcik Kiah yang tengah berdiri belakang pokok, skodeng Dolah Senget yang sedang mandi sambil menyanyi lagu 'Oppa Gangnam Style'. Lepas tu dari jauh Gill tengoh Makcik Kiah lipat lengan bajunya sambil goyang-goyang kaki dan tangannya ke arah Gill.
 
'Apa kena Parkinson ke ape orang tua ni?' bisik Gill dalam hati.
 
Tak berani nak cakap kuat-kuat. Terasa pulak Makcik Kiah nanti. Nanti terlepas peluang Gill nak mengorat anaknya, Jon Keting Keting nanti. Lama Gill perhatikan, lama-lama Gill buat kesimpulan bahawa, Dolah Senget mandi sambil menyanyi 'Oppa Gangnam Style', Makcik Kiah menari 'Gangnam Style' di sebalik pokok kelapa tu.
 
Apa yang kau merepek ni Gill???
Inilah yang terjadi jika ketandusan idea untuk menulis. Harap maaf ya.
 
Those yang into 'Tekken' jugak, give me five! Those girls yang minat Jin Kazama, boooo!!! Eh? Hahaha! Dengki sebenarnya tu, sebab Gill jatuh 'chenta' pada Jin Kazama. Ini rahsia okay? Sapa pecahkan rahsia ni, Gill sumpah dia jadi tenggiling.
 
Guling guling macam tenggiling *nyanyi ala ala Shinchan*
 
 
 
But the reason Gill attached video fight scene between Eddy Gordo vs Raven, definitely because my love towards Capoeira.
Ahem! *nada serius*
 
Those bloggers or silent reader who are interested to join Capoeira class, jangan malu jangan segan silalah membaca dengan tekun dan yakin alamat dan nombor public phone di bawah ini ya.
 
 
 
Jika mahu maklumat yang lebih detail, silalah merajinkan diri anda membaca entri serius ini.
 
One of the video "Capoeira Camara Malaysia" (sebelum Gill join Capoeira Camara Malaysia)
 

 
PS : Mode : Monday Blues and craving for Thai Food, jadi sila abaikan tajuk entri yang tak berkaitan dengan entri ye.
 
Xoxo,
Gill

Thursday, December 20, 2012

Bulan... kita bertemu lagi

“Cemburu benar aku melihat kau bulan. Ramai benar yang gemar memerhati kau dari jauh, sentiasa memuji-muji kau, namun kesemua mereka tak pernah langsung menyakiti kau. Sentiasa mengagumi kau dan aku fikir mereka hormat pada kau. Dan kau tak pernah sunyi. Jika kau tidur pada waktu siang, awan cantik ada di sekeliling kau dodoikan kau tidur. Jika kau berjaga waktu malam, bintang cantik yang sentiasa ingin aku gapai ada di sisi kau.  Sebagaimana malam ini, tiada bintang di sisi kau namun awan malam ada melingkar di sisi kau.” 

Jasmine melangut memerhati bulan yang dilingkari awan tebal di sebalik langit gelap. Cantik dan indah walau bulan kelihatan sedikit kusam. 


“Dan aku sendiri pun, gemar benar memerhati dan memuji kau. Berbual dengan kau. Cuma bila siang, pada waktu tidur kau – aku tak berpeluang untuk berbual dengan kau.”
 

 Jasmine masih melangut memandang bulan. Senyum sendiri. Namun senyumnya menipis saat awan tebal makin menutup bulan.

When you are blue

“Kacau jiwa aku malam ini. Kalau aku mampu memohon keajaiban terjadi sekarang, akan ku pinta untuk dapat tidur di sisimu bulan. Mahu kulekapkan pipiku di sisimu, memelukmu. Dan aku harap awan dan bintang tidak cemburu. Moga awan dapat menyelimut tubuhku dari digigit kesejukan dan bintang dapat menerangi sedikit gelap kelilingku. Mahu ku pejam mata dan tidur lena melupakan segala permainan dunia, perasaan dan emosi yang kuhadapi sekarang. Lelah hatiku, letih fikiranku wahai bulan.” 

Bunyi lrt dari jauh memecah sunyi. Tatkala lrt berhenti tepat di hadapan Jasmine, angin menyapu lembut wajahnya, menerbang sedikit rambutnya dan bulan hilang dari pandangan matanya. 

Tuesday, December 18, 2012

A Walk with Love and Death


Don’t be afraid to fall in love again. Open
your heart and follow where it leads you …
and remember, shoot for the moon …
PS, I will always love you … 

Lewat kebelakangan ini, Jasmine sering dikejar kisah silam. Dan acapkali dia terpaksa berlawan dengan perasaan sendiri. Sehingga satu tahap, bagaikan sukar mahu bernafas, mahu menangis sepuasnya dan terasa bagaikan mahu amnesia seketika. 

Turn around,
Every now and then I get a little bit tired of listening to the sound of my tears
Turn around,
Every now and then I get a little bit nervous that the best of all the years have gone by 

Yang benarnya, selama ini dia banyak memaksa fikirannya untuk tidak mengingati segala memori lalu berbanding melepaskannya. Hati yang lembut dibekukan sehingga kadangkala ramai yang menegur Jasmine bagai seorang wanita yang angkuh dan keras hati. Dari seorang yang sukar hidup tanpa lelaki dan cinta di sisi, Jasmine menjadi seorang gadis yang mampu hidup dengan bersemangat tanpa lelaki dan cinta. 

Tanpa sedar, di satu sudut di hatinya – punya satu kekosongan yang kadang-kadang menyiksa jiwa kecilnya. 

Jasmine sedar semenjak Fate hadir dalam hidupnya. Takdir Tuhan mungkin, yang mahu dia bangun dari mimpi dan kembali berpijak dan berjalan di alam nyata. Secara perlahan, hatinya yang dibekukan sebelum ini mula mencair. 

Cerita di sebalik cerita. 

September 2012.
Dari jauh, Jasmine terdengar satu suara yang sudah lama tidak didengarnya. Satu tika dulu, saban hari suara itu kedengaran sehinggalah pada satu masa – takdir menetapkan, jodoh tidak memihak kepada mereka.
HAN. Lelaki itu penuh dengan emosi, punya karismanya sendiri, punya sense of humornya sendiri, berseni dan sering membuatkan hati Jasmine terasa terhibur. Sikapnya yang spontaneous, buat Jasmine selesa. Cinta pertamanya. Cinta yang amat dalam. Dan yang benarnya, kali terakhir dia mendengar suara Han adalah pada November 2009.

Kebetulan yang Tuhan tuliskan dalam perjalanan hidup Jasmine, suara Fate mirip suara Han. Sikap Fate sering membuatkan Jasmine tersenyum dan sering membuatkan hati Jasmine terhibur, tanpa sedar menyeret Jasmine ke kisah lalu yang sudah lama dilupakannya. Persamaan yang terlalu banyak antara Han dan Fate hampir membuatkan Jasmine terasa mahu menangis setiap kali tidur.  
 

Sekitar 2009.
Jasmine berdiri sambil memandang sekitar restoran Mc Donalds yang punya televisyen yang tergantung di hadapannya. Shawn seorang peminat tegar bola sepak sudah duduk di berhadapan televisyen tersebut dengan riak wajah yang girang menonton perlawanan bola sepak. Jarang benar dia berpeluang melihat wajah Shawn ceria begitu. Hampir setiap waktu, Shawn lebih gemar berkelakuan dingin. Jasmine mengusap lembut ubun rambut Shawn sambil tersenyum sebelum melangkah masuk ke kaunter untuk membeli set Big Mac kegemaran Shawn. Waktu membawa keluar dulang berisi 2 set Mc Donalds, Shawn lenyap dari pandangan Jasmine. Yang kelihatan hanya Fate yang sedang duduk menonton perlawanan bola sepak. Jasmine sedar, lama dia tidak menjejak ke tempat yang dia sedang berdiri tika itu kerana mahu lari dari memori lalu. 

Jasmine berjalan meletakkan dulang berisi makanan itu dan senyum ke arah Fate. Telefon bimbitnya diletakkan bersebelah dan Jasmine memerhati skrin telefon bimbitnya.  

"Thu, Dec 13"
 
December 17, 2012.
Jasmine melangkah masuk ke satu ruangan yang dikelilingi beratus-ratus novel. Tempat yang amat dia gemari satu tika dulu. Setiap kali melangkah masuk ke sana, Jasmine terasa bagaikan dia kanak-kanak kecil yang menggemari coklat dan masuk ke dunia yang setiap inci dunia itu dipenuhi coklat. Dia membawa langkah dan pemikirannya jauh dari Fate. Dibiarkan Fate membelek novel-novel kegemarannya sendiri. Dan dia berkhayal seketika di satu sudut.
 
Dari jauh kelibatnya bersama Haikal kelihatan. Jasmine berdiri dan bersandar pada badan tinggi tegap Haikal sambil mereka berdua berkongsi membaca novel yang sama. Jasmine yang habis selesai membaca muka surat ke 4, mengalih ke muka surat seterusnya. Haikal mengeluh kerana dia belum sempat menghabiskan bacaannya. Jasmine yang gemar mengusik, berdegil untuk membaca muka surat ke 5 sebelum Haikal menggeletek pinggangnya. Kedua mereka tertawa kecil sendiri kemudiannya. Di satu sudut yang lain, kelibat Jasmine dan Haikal turut kelihatan. Kedua mereka berjalan seiringan sambil Haikal bernyanyi kecil. Jasmine mengerling jejaka itu sambil senyum. Sedang asyik Jasmine memerhatikannya, Haikal secara sengaja memalingkan badannya bertentangan Jasmine. Kedua tangannya memegang ubun gadis itu sebelum melurutkannya perlahan sehingga memegang kedua pipi gadis itu. Jasmine memandang jauh ke dalam anak mata Haikal tanpa sedar bahawa itu mungkin kali ke 100 dia jatuh cinta kepada jejaka itu. Lebih dari itu mungkin. Dan tanpa dipinta hatinya akan jatuh ke dalam hati Haikal lagi setiap kali Haikal memetik gitar dan mendendangkan lagu yang dipintanya. 

Once upon a time I was falling in love
But now I'm only falling apart
There's nothing I can do
A total eclipse of the heart 

Kelibat Haikal dan Jasmine tiba-tiba diganti dengan kelibat Fate. Jasmine mengambil masa beberapa saat untuk menyedari bahawa dia sebenarnya sedang jauh berkhayal ke memori setahun yang lalu. Setelah fikirannya jauh meninggalkan khayalannya tadi, Jasmine memerhati Fate yang asyik membaca satu novel di satu sudut ‘Fiction’.

Jasmine senyum senang melihat jejaka itu. Jauh di sudut hatinya, dia berterima kasih kepada Fate. Mungkin takdir Tuhan, Fate adalah hadiah dari Tuhan dan takdir menemukan mereka untuk membuat Jasmine sedar yang dia harus menghadapi semua memori lalu. Lama Jasmine lari dari memori itu. Dalam satu tempoh yang Jasmine rasa bagaikan lebih dari sedekad lamanya. 

Dan Jasmine lebih punya kekuatan untuk melepas pergi semua memori itu serta lelaki terakhir yang dicintainya jauh dari hatinya.
 
"Memories last a lifetime. " 

Tapi kini Jasmine sedar, dia harus mencipta kenangan baru untuk cinta yang baru.


Jasmine menaip, tersenyum sambil membayangkan dirinya menari girang di dalam mengikut rentak lagu “Come On Eileen”– Dexy's Midnight Runners meraikan jiwanya yang kini berganti baru. Lebih segar dan jelas.

Xoxo,
Gill

Monday, December 17, 2012

Like lullabies you are forever in my mind…

“Aku punya banyak cerita. Kau mahu aku kongsikan sama kau?” 

“Mahu. Cerita apa yang kau mahu kongsikan sekarang?”

“Banyak yang mahu aku kongsikan. Hmmm… Tapi sekarang, aku mahu berkongsi apa yang aku rasa.” 

“Apa?” 

“Aku rasa sukar mahu bernafas. Aku rasa mahu menjerit menangis. Jika boleh sekuat hati biar hingga aku rasa lega.” 

“Kenapa kau rasa begitu?” 

“Aku pun tidak tahu puncanya. Padahal semalam aku rasa bahagia dan gembira yang amat.” 

Diam. 

“Tapi hari ini, kepala aku terasa bagaikan mahu pecah. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Entah kenapa selepas aku terima panggilan dari Kairel Syah pagi tadi aku rasa begitu.” 

“Ah! Lelaki itu. Ada lagi dia dalam hidup kau. Aku fikir kau sudah lama buang dia dari fikiran dan hati kau.” 

“Selama ini aku juga fikir begitu. Bahagia benar aku selama ini tanpa fikirkan dia. Tapi entah kenapa, bila aku terima panggilan dari dia tadi, tak semena-mena hati aku perlahan-lahan berdenyut dan lama-kelamaan terasa bagaikan mahu meletup.” 

“Aku sudah lama nasihatkan kau agar jangan fikirkan lagi tentang lelaki yang tak tahu menghargai cinta kau itu. Kau benar-benar pentingkan diri sendiri.” 

“Pentingkan diri sendiri?” 

“Bukankah kita berkongsi hati yang sama. Jika kau siksa hati kau sebegini, aku turut merasa sakitnya. Lama benar kau pentingkan diri kau. Langsung tak pernah fikir yang hati aku turut sama sakit setiap kau rasa sengsara.”

Diam. 

“Sejak kau jatuh cinta pada dia, sedikit demi sedikit hati kau hancur dimamah rasa kecewa dan sengsara. Kau mahu cinta kau terhadap dia memakan hati kau hingga tinggal seinci sahaja cebisannya?” 

Diam. 

“Zalim benar kau terhadap hati aku. Disebabkan kau, hati kita kini bagai dicincang pisau tajam. Hancur lumat. Sakit yang amat. Kau tahu bukan?” 

“Arrrrgghhh! Diamlah kau!” 

I wanted to go away with you,
And I will leave all my troubles here.
I wanted to run away with you,
And I will bring all my dreams and fears. 

“Kau terlalu degil. Lepaskan lelaki itu dari hati kau. Dari hidup kau Danisya.” 

“Kau tahu aku sudah cukup mencuba bukan?” 

“Aku tahu. Tapi kadang-kadang kau tak sedar, kau gemar bermain dengan perasaan senciri. Kau sedar yang kau takkan mampu memiliki dia, namun kau masih meletakkan secebis harapan dalam hati kau. Jangan berikan banyak alasan dalam hati kau. Sukar mahu mengawal rasa hati kita tapi kita mampu mengawalnya.” 

Danisya mula terasa sebak. 

I wanted to start again with you,
And I will leave all my worries here.
I wanted only you.
I know that I fell for you. 

“Kasihanilah hati aku! Jiwa aku tersiksa jika kau berterusan begini.” 

“Diam!” 

“Tolonglah Danisya –“ 

Prangg!!! 

Nafas Danisya turun naik. Cermin yang tadinya cantik terletak di hadapannya kini pecah setelah dia membaling pasu bunga berisi bunga segar. 

"Like lullabies you are forever in my mind..." ~Yuna~

Kalisya menerpa masuk ke bilik Danisya namun langkahnya terbantut apabila tangannya ditarik Faizal. 

“Jangan. Biarkan dia tenang sendiri dahulu.” 

“Tapi doktor, keadaan Danisya makin teruk.” 

“Keadaannya kembali teruk selepas menerima panggilan daripada Kairel pagi tadi bukan?” 

Zalisya mengeluh kecil. Matanya sayu memandang Danisya yang sedang duduk di sisi katil menangis teresak-esak sebelum mengalih pandang ke arah mawar putih dan daisi merah segar yang ditukarnya pagi tadi. Hampir setiap hari dia meletakkan bunga segar di bilik Danisya kerana dia tahu adiknya itu gemarkan bunga. 

“Beri dia masa. Beberapa hari mungkin, untuk dia kembali tenangkan hatinya. Luka di hatinya kembali berdarah. Pastikan Kairel tidak menghubungi lagi. Danisya patutnya sudah hampir pulih.”
 
Kalisya menekup mukanya sebelum menangis teresak-esak. 

“Kak Lisya, kenapa akak menangis? Nisya buat akak menangis lagi ya?” Tiba-tiba kedengaran suara lembut Danisya yang berjalan mendekati Kalisya dan Faizal.

Perlahan Kalisya mengalih tangannya dari wajahnya. Pipi Danisya dipegangnya. 

“Tak sayang. Kakak menangis sebab akak sedihkan benda lain.” 

“Maaf ya kakak. Nisya janji tak buat akak menangis lagi.” dapat dia lihat kesengsaraan di sebalik redup mata Danisya dam ianya hampir membunuh hatinya. Kalisya menarik Danisya ke dalam pelukannya. 

“Kakak. Tadi Nisya baling pasu bunga pada kawan Nisya. Sekarang dia dah hilang. Akak rasa dia marahkan Nisya ke? Dia akan datang balik tak nanti?”

Esakan Kalisya makin menjadi-jadi. 

“Dia akan datang balik sayang. Petang ni dia akan datang lagi.” 

“Tadi Nisya bertengkar dengan dia. Tapi Nisya rasa betullah apa yang dia cakapkan. Akak minta dia datang teman Nisya balik ya?” 

“Baik sayang. Tapi Nisya kena janji, kena dengar cakap dia ya?” 

“Nisya janji akak. Nisya janji, Nisya takkan pentingkan diri sendiri lagi. Nisya janji takkan sakitkan atau lukakan hati dia lagi akak.”

Kalisya mengusap lembut rambut Danisya yang berada dalam dakapannya. Kalisya mengerling ke arah Faizal. 

“Biarkan dia hidup dan bahagia dalam dunianya sendiri sementara waktu. Hatinya dan mentalitinya belum bersedia mahu hidup di dunia realiti sebelum ini. Biar hatinya pulih dahulu sebelum dia keluar dari kepompong dunianya sekarang. Kalau tidak mentalitinya menjadi semakin teruk. Dia jauh lebih bahagia dalam dunianya sendiri sekarang.” 

Bagaikan irama musik, awan memuntahkan hujan dan menghasilkan irama yang tenang pada pendengaran Danisya. Bau hujan membuai fikirannya berjalan ke alam mimpi. Rasa sejuk menggigit seluruh badannya. Danisya menjejak kaki ke alam angan-angan, membayangkannya tidur di dalam pelukan Kairel Syah sebelum mengukir senyum dalam lena. 
 
 
Like lullabies you are,
Forever in my mind.
I see you in all,
The pieces in my life.
Though you weren't mine…
 
 
Xoxo,
Gill