Random Questions about Capoeira

Thursday, October 18, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah s.w.t.

 
I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
YES I COULD stay away, I COULD fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it IS over.

Never mind, I'll NOT find someone like you
I wish nothing but the best for you too
PLEASE forget me, I beg
I remember ADELE said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead..."
 

“Someone Like You” lyric. Obvious right? I changed few words there if you guys notice that.

No matter how bad your EX or LOVE hurts you, move on. Keep walking. Stay positive and optimistic. It’s not going to be the end of the world bebeh!

Let it go, never hold to it if the LOVE really wants to go. IF love REALLY wants TO GO.
 
************ Ceritera Chenta ************ 

Satu petang di "Café Nasi dan Lauk Hangus Jenab Vouge Voge Voge".

*background lagu “Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali” 

Anot Susah Nak Eja              :               Maafkan aku Mariah di atas perpisahan ini.     

Anot menitiskan air mata perpisahan. Rasa bersalah kerana terpaksa memutuskan perhubungan mereka yang sudah terjalin selama 73 hari. 

Mariah Kari Ayam                :               Usahlah kau memohon keampunan dariku. Sesungguhnya aku amat berterima kasih di atas perpisahan ini. 

Kening Anot berkerut bagaikan menahan kentut. Hakikatnya Anot memang sedang menahan dirinya daripada terkentut. 

Anot Susah Nak Eja              :               Berterima kasih? Walaupun aku telah melukakan hatimu? Menduakanmu dengan kehadiran Sandra Lapaq Kebuloq? 

Mariah Kari Ayam                :               Ya Anot. Aku sebenarnya serba salah mahu megungkapkan perpisahan darimu terlebih dahulu. Gusar jika aku membuatmu menggantung diri sambil berzapin ataupun terjun bangunan 80 tingkat sambil meniup seruling. Namun, tatkala mengetahui kau mempunyai hubungan sulit dengan Sandra Lapaq Kebuloq, nyata akulah kekasih yang paling gumbira di dalam dunia ini. 

Anot Susah Nak Eja              :               Tapi… tapi… mengapa? Mengapa Mariah? 

Anot bagaikan tidak dapat menerima hakikat Mariah gumbira dengan perpisahan itu. Mariah mengelip-ngelip laju matanya bagaikan naga yang menari untuk tarian Singa ‘Kong Xi Fa Chai’. Eh! Naga atau Singa? Peduli apa aku. Malas nak ‘Google’. 

Mariah Kari Ayam                :               Sebabnya, dua minggu lepas – aku ke Taman Layang-layang bersama adik perempuanku. Tiba-tiba dari jauh aku terpandangkan Tom Kurus dari jauh sedang bermain layang-layang. Tak berbaju. Kau tahu kan kenapa namanya Tom Kurus? Disebabkan badannya yang kurus kering. Namun dua minggu lepas, sumpah aku jatuh cinta tatkala melihat six packs nya tatkala bermain layang-layang di sana. Tanpa di sangka, pada hari yang sama dia melamar aku untuk menjadi kekasihnya. Sungguh bila aku cuba membandingkan six packs nya dengan perut boroi kau, aku terus memilih untuk sehidup semati dengannya. Maafkan aku Anot. 

Mendengar penjelasan Mariah, hati Anot terasa bagai digilis dengan lori sampah. 

Anot Susah Nak Eja              :               Tak sangka kau sanggup menduakan aku Mariah. 

Anot menangis tersedu sedan sambil menyikat kepala botaknya. Mahu kelihatan macho di dalam kesedihan mungkin. 
 

Mariah Kari Ayam                :               Tapi, aku sangkakan kau sama jua menduakan aku? 

Anot Susah Nak Eja              :               Jangan kau muncul lagi depan aku! 

Serentak lagu “Di Saat Aku Mencintaimu” tadi bertukar ke lagu “Oppa Gangnam Style” dan Anot berlari keluar sambil terlompat-lompat ala-ala tarian “Oppa Gangnam Style’ disebabkan terlalu sedih dan kecewa. 

Mata Mariah mula berkaca. Air matanya perlahan mengalir dan menitis ke atas meja. Sungguh dia merasa amat sedih dengan perpisahan itu. Sengaja dia mereka cerita hubungannya dengan Tom Kurus kerana tak mahu Anot berasa bersalah menduakannya. Dia masih mahu berkawan dengan Anot dan perlahan-lahan melupakan Anot. Namun, kini sebaliknya yang terjadi. Anot yang tidak dapat menerima hakikat dan membencinya walaupun hakikatnya yang terpaksa menanggung sedih dan derita perpisahan adalah dirinya. 


Pasrah dengan perpisahan itu, redha melepas pergi kekasih hatinya, Mariah mengeluarkan kapak dari dalam tas tangannya sebelum membelah dua meja makan di dalam "Café Nasi dan Lauk Hangus Jenab Vogue Voge Voge".  

Mariah berjalan keluar meninggalkan Café itu sambil mengepit kapak tersebut di celah lengannya sambil bernyanyi kecil, Air matanya mengalir, namun Mariah senyum kecil sambil berbisik pada dirinya sendiri. 

‘Allah sudah tuliskan jalan cerita hidupku, Aku harus tabah dan terus tersenyum berjalan meneruskan jalan cerita ini. Aku percaya Allah sentiasa akan berikan yang terbaik kepada aku dan kepada semua ciptaan-Nya. Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa. Aku harus tabah’ 

Beberapa saat selepas itu, Mariah di luar kawalannya melompat sambil menjerit kecil.

                   "Oh yes! Positif nya aku!"

 
Pada waktu yang sama, Anot yang sedang memandu kereta sorongnya, 

‘Karma bukanlah budaya di dalam agamaku. Namun aku tak sedar, tindakanku menduakan Mariah akan melukakan hatinya. Sangkaku Mariah yang akan terluka namun kini aku yang terluka. Begini sakitnya rupanya.’ 





"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."



Konklusinya, korang fikir sendiri. Yang pasti, ramai antara kita yang menyangka hanya kita yang disakiti walhal kita tanpa sedar turut menyakiti orang lain.

# Don’t trust too much. Don’t love too much. Because that too much will hurt you so much. (Dah besar panjang kan? Pandai-pandailah kalau taknak terluka) 



JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T
 
Xoxo,
Gill 
 
 

4 comments:

CekbOlat-bOlat said...

weww . pening cri kotak komen -.-
pusing pusing dan tekan classic baru jumpa . soryy dearr :(

Gillette Flores said...

Sweetnye cekBolat-bolat :)
Thanks dear :)
Happy Friday! :D

crescent said...

hahaha...funny ni...

Jna marcello said...

HAHAHHAAH memula mcm sedihh ending mcm funny lak hahah ;))