1989
Seorang
gadis bernama Bunga Razor dilahirkan dalam keluarga yang agak susah.
Di
Pasar Rabu.
Bunga : Mak.
Bunga suka sangat tengok anak patung tu. Hari-hari Bunga tengok dekat tv.
Bunga
menundingkan jari ke arah deretan ‘Barbie Doll’. Aminah memandang sayu ke arah deretan
‘Barbie Doll’ tersebut sambil mengingat kembali berapa helai wang kertas seringgit
yang tinggal di dalam dompet usangnya. Beberapa saat kemudian, dia mengalih
pandangannya ke arah Bunga. Wajah Bunga kelihatan teruja dengan anak matanya
bersinar melihat ‘Barbie Doll’ tersebut.
Bunga : Mak.
Terima kasih bagi Bunga kawan baru.
Aminah
senyum sambil mengusap ubun Bunga yang memeluk ‘Barbie Doll’ yang dibelinya
lewat petang tadi. Aminah menyekang air matanya dari mengalir.
Hatinya
berharap agar dia dapat tidur sejam dua sebelum bangun untuk merebus kacang
kuda dan sambal 4 pagi nanti untuk Firdaus dan Jannah, abang kepada Bunga menjualnya
di sekolah nanti.
Seawal
7 pagi, selepas Firdaus dan Jannah ke sekolah, Aminah akan ke ladang kelapa
sawit untuk mencari rezeki. Itulah rutin hariannya sebagai peneroka.
Suaminya,
Ahmad sudah 2 tahun terdampar di katil akibat lumpuh.
1996
(Bunga berusia 7 tahun)
Peperiksaan
pertengahan tahun.
Bunga : Mak,
Bunga dapat nombor 23.
Aminah : Corot
nombor ni. Kalau Bunga dapat nombor 1 – 5 untuk peperiksaan akhir tahun. Mak
akan belikan basikal untuk Bunga.
Bunga : Yeay!!!
Baik mak!
Selepas
itu, setiap hari Bunga mula belajar mengayuh basikal dari jirannya yang sebaya
umru dengannya, Asrul. Habis waktu bermain, Bunga akan pulang ke rumah belajar
dengan tekun. Sampai waktu solat, Bunga akan menunaikan solat berjemaah.
Selepas Maghrib, Bunga akan mengaji bersama dua abang serta kakaknya, Firdaus
dan Jannah. Itulah rutin harian Bunga.
Bunga : Mak
tengok ni. Bekas pensel dua tingkat Doraemon!
Bunga
menunjukkan hadiah yang diperolehnya pada hari penyampaian hadiah tengah hari
tadi.
Aminah : Cantik.
Tahniah sebab dapat nombor 1. Bijak anak mak.
Bunga
senyum ceria.
Bunga : Bila
kita nak ke kedai basikal?
Aminah
terasa ingin meraung saat itu.
1997
(Bunga berusia 8 tahun)
Bunga
memerhati dua kanak-kanak lelaki mengayuh basikal di taman dengan ceria. Tak
jauh dari situ, seorang kanak-kanak perempuan berjalan dengan payung berwarna
merah jambu.
Bunga : Mak,
bila mak nak belikan basikal untuk Bunga.
Soalan
itu bagaikan menjerut leher Aminah yang sedang membuka bungkusan nasi lemak
untuk Bunga.
Sengaja
mahu beriadah di taman bersama Bunga petang itu. Suaminya semakin pulih dari
lumpuhnya setelah Aminah banyak berhabisan duit berusaha merawat penyakit
lumpuh itu.
Mak : Bunga…
Sebenarnya… mak…
Lambat-lambat
Aminah cuba memberi jawapan. Terkebil-kebil mata Bunga menanti jawapan.
Mak : Bunga
beri masa pada mak untuk kumpul duit ya? Maafkan mak sebab mak mungkir janji.
Bunga
yang berasa sikit kecewa, merenung lama kanak-kanak yang dilihatnya sebentar
tadi.
Bunga : Mak…
Kalau mak tak dapat belikan basikal pun takpelah mak. Mak belikan Bunga payung macam
tu pun cukuplah mak.
Bunga
menunding jari ke arah payung merah jambu tak jauh dari situ.
Permintaan
Bunga membuatkan jiwa kecil Aminah tersentuh.
Aminah : Jom
kita ke Pekan lepas Bunga habis makan ni ya?
Bunga
angguk ceria sambil menyikat-nyikat rambut ‘Barbie Doll’nya yang berusia 2
tahun sambil membuka mulutnya untuk disuap makan Aminah.
2004
(Bunga berusia 15 tahun)
Bunga : Mak,
temankan Bunga ke shopping complex. Bunga nak beli handphone.
Aminah : Amboi,
mentang-mentang dah dapat gaji ya?
Bunga
senyum. Tak sabar mahu memiliki telefon bimbit hasil dari dua bulan gajinya
sendiri bekerja di kedai makan sewaktu cuti penggal akhir tahun.
2007
(Bunga berusia 18 tahun)
Bunga : Mak!
Ayah! Bunga belikan baju untuk mak ayah.
Bunga
ceria menghulur bungkusan yang berisi dua pasang baju yang berwarna sedondon.
Ahmad : Laaa…
Susah-susah aje belikan untuk ayah. Simpanlah duit tu. Lagipun hari raja haji
je kan?
Bunga : Alaaa…
Takpelah. Tak kisahlah raya puasa atau raya haji sekalipun. Apalah sangat baju
ni ayah. Tak setanding dengan nilai mak dan ayah besarkan Bunga tau.
Aminah
memeluk erat Bunga.
2012
(Bunga berusia 23 tahun)
Aminah
menghantar pesanan ringkas kepada Bunga.
(Aminah)
Balik
kampung tak raya haji ni?
(Bunga)
Bunga
balik mak.
Tapi mak, maaf ye.
Bunga tak belikan apa-apa untuk mak ayah.
(Aminah)
Mak
cuma nak Bunga balik dengan selamat.
Itu
yang lebih penting dari baju atau wang ringgit.
(Bunga)
Baik
mak. Jumpa nanti ya?
(Aminah)
Baik
sayang.
Jaga
diri. Assalamu’alaikum.
I love you.
(Bunga)
Wa’alaikumussalam.
I
love you too mak.
P/S : Ini sebahagian kecil dari perjalanan hidup Gill. (Flores bermaksud Bunga di dalam Portuguese)
Salam Aidiladha in advance. Pengorbanan itu meluas maksudnya. Tanpa mengira siapa dan di dalam apa situasi sekalipun.
Salam Aidiladha in advance. Pengorbanan itu meluas maksudnya. Tanpa mengira siapa dan di dalam apa situasi sekalipun.
Xoxo,
Gill
16 comments:
hati kecil tersentuh apabila mata ligat membaca ayat2x terpampang d hadapan skrin...
ingin saja jiwa mngatakan....
so sweeeeetttt..hehehe
huhu...cite sebenar ke ni???bagus bunga tu...hehe...
Rep @Amar Shah,
♥ Terima kasih ya. :)
Rep @crescent,
♥ Cerita benar.
Bunga bukanlah bagus, dia cuma menghargai segala pengorbanan ibunya :)
tak guna sunggoh kamu...
pocket pun ter'sebak' kejap by bunga mintak payung pink itu.
jahat...
jahat...
tapi terimakasih..
awak, err, gambar tu boleh ketepikan lagi tak? sebab menutup tulisan sikit..
tetaplah menjadi anak kesayangan orangtua.
*oh ya Gill, apakata kalau tetapkan kaler tulisan tuh dengan satu jer kaler. saya bermasalah dengan pembacaannya. sorii..hihi
tersentuh!!!!!!!
sayang nty i belanje u basikal *i gurau je..serious i suka bace entry ni
(ehh xsilap i smua entry u i SUKA)
hehehehehe
^^selamat hari raya sayang~!
lovely! like this 99x ^^
somehow rather i like ur name :)
ok..baru saya dapat baca dengan tenang.hehee..
hmm.. kisah awak ye... jujur saya cakap, saya amat tersentuh hati dengan cerita ni.. dan... saya faham sangat2... sebab kehidupan awak dengan saya tak jauh bezanya... hidup di dalam kesusahan...
selamat hari raya korban
bunga sangat bagus
apa2pun selamat hari raya aidiladha pada semua
bunga tu awak ke ? anyway cerita bunga ni buat bolat nak namakan nama anak bolat yg mendatang ni bunga . kehkeh
Rep @Pocket,
♥ Gill memang jahat. :)
Sama-sama Pocket :)
Rep @boni kacak & @ghost writer,
♥ Gill dah tukar layout dan Gill akan cuba tetapkan entri dengan satu tulisan nanti :)
Thank u ya. :)
Rep @Jna marcello,
♥ Nanti belikan untuk i ye sayang? :)
Gill tunggu. Hehehe
Selamat Hari Ray Aidiladha. :)
Rep @EvagurL Izma,
♥ Thanks for reading sweetie :)
U have one nice name too :)
Rep @boni kacak,
♥ Thanks for the second visit. :)
Somehow, kita lebih menghargai banyak benda yang kita ada sekarang, bukan? :)
the malay male,
♥ Selamat hari raya korban untuk awak juga :)
Rep @hans,
♥ Insya-Allah akan sentiasa cuba menjadi yang terbaik :)
Selamat hari raya Aidiladha Hans :)
Rep @CekbOlat-bOLat,
♥ Ye sayang. Itu kisah Gill sewaktu kecil :)
Gill anggap itu satu pujian. Thanks sweetie :)
I'm touched by this
I definitely love this site.
http://prokr.wallinside.com/
http://prokr.emyspot.com/
http://www.freewebsite-service.com/prokr/prokr+services.php
https://www.prokr.net/ksa/jeddah-water-leaks-detection-isolate-companies/
Post a Comment