Random Questions about Capoeira

Wednesday, October 10, 2012

Satu Fasa Yang Pasti

Penat.
Mainan dunia kadang kala memenatkan. Penat dari bermain ‘police entry’ dengan orang gaji jiran sebelah rumah.
 
Macam mana gamaknya kalau semua Maid kat Malaysia macam ni.
 
Lelah.
Percaturan hidup kadang kala melelahkan. Lelah dari rasa pesakit asma yang terperangkap di dalam ‘Igloo’.
 
Agak-agak ada tak igloo macam ni dekat Legoland? 
Namun, tanpa sedar ianya bukanlah sekadar mainan ‘police entry, one two jaga, police mati, pencuri jaga’.
Bukanlah percaturan macam main ‘chess’.
Semuanya adalah dugaan yang diturunkan dari Pencipta sekelian Alam.
Yang mahu menguji setebal mana keimanan di dada. Yang tebal dari kek harijadi tok penghulu.
Sedalam mana kewarasan minda menerima. Yang waras dari Aisyah 50 sen.
Sebijak mana akal berfikir. Yang tak kurang bijaknya dari pelajar darjah 6 Sekolah Rendah Pening Nyamuk.
Sekuat mana kesabaran hati menerima. Hati ini hancur dan luluh kerana mu! *lagu Ella*
Setinggi mana fasa yang memenatkan dan melelahkan itu mampu didaki.
Tanpa sedar, yang mendaki tanpa mengenal erti penat dan lelah, yang mendaki berbekalkan keimanan di dada, kewarasan minda menerima, kebijakan akal berfikir dan kesabaran hati menerima, di puncak sana mereka mampu tersenyum girang kerana telah Berjaya melepasi fasa-fasa yang memenatkan dan meletihkan.
Dan tanpa sedar, yang berputus asa – akan berterusan hidup dengan rasa letih dan lelah kerana tidak berjaya melepasi fasa-fasa itu kerana tidak punya keimanan, kewarasan, kebijakan dan kesabaran. Samada tidak melepasi fasa tersebut atau mula berani melalui fasa tersebut agak lewat. Tak ke buang masa namanya tu. Ye dak?
Yang menulis ini bukanlah seorang yang benar-benar beriman, waras hendaknya, tidaklah terlalu bijak dan punya tahap kesabaran yang sederhana skalanya namun yang menulis ini pernah melalui fasa-fasa yang memenatkan.
Stay positif & optimistic. Always heard everywhere. Right? Tapi itu yang benarnya. Tak guna hidup dengan berfikiran negatif dan pesimistik.
 
Fasa yang memenatkan dan meletihkan itu, adalah satu fasa yang pasti akan dilalui kita semua. Nak lari ke mana pun memang tak boleh senang cakap. Di mana jua anda berada, semua kena melalui fasa tersebut.
Di akhir kata, bagi sesiapa yang tak faham langsung apa yang penulis sedang merepek, silalah rujuk kamus bahasa pada muka surat 123 yakni anda akan mula faham.
 
Xoxo,
Gill
 
 

No comments: