Random Questions about Capoeira

Thursday, October 11, 2012

Satu Petang di Tasik Titiwangsa


            28 SEPTEMBER        

“Aku bangga betul kalau banyak lelaki ‘like’ gambar aku dekat FB.” Ujar Trish atau nama sebenarnya Tipah.

            “Engkau kan memang cantik. Sebab tu ramai yang ‘like’ gambar kau.” Kiah jujur.

            “Lagi satu, pernah satu masa ni kan, aku ‘check-in’ dekat FB, Aku dinner sorang-sorang dekat Ben’s, KLCC. Lepas tu, kau teka apa jadi?” suara Trish kedengaran teruja. Kiah diam sambil mengelip-ngelip matanya.

            “Kau kenal tak Boni Kacak?” soal Tipah lagi. Kiah geleng laju.

            “Alaaaa… Boniiii… Boni yang kacak tak berapa kacak tuuu!!!” Tipah cuba mengingatkan Kiah. Sekali lagi Kiah geleng laju.

            “Ah! Whatever lah. Yang pasti, malam tu, lepas Boni tengok ‘status check-in’ aku, terus dia datang Ben’s, bawa sejambak mawar merah gitewww!” Tipah makin mengeletis sambil memejam matanya teringatkan saat-saat romantisnya bersama Boni. Kiah sempat muntah hijau kerana tak tahan dengan gelagat Tipah. Dan tanpa Tipah sedar, Kiah termuntah di dalam beg tangan Channel Tipah yang khabarnya limited edition.

            “Eh! Takpelah Kiah, aku nak gerak dulu tau! Nak jumpa abang pilot hensem Shazwan Che Deraman. Aku belikan makana feveret dia, nasi ayam berempah. Tak sabar aku nak kasi dia!”

            “Mana makanan tu Tipah?”

            “Hey hey hey! Trish okay? T to the R to the I to the S to the H. TRISH! Ade dalam beg Chanel aku ni. Sebab tu lah limited edition tau. Multi-function. Boleh jadi microwave jugak tau.” Dengan bangga Tipah bercerita sambil berjalan pergi meninggalkan Kiah.

            Kiah hanya terdiam sambil kuku jari kanannya mencungkil isi daging yang terlekat di gigi depannya yang jongang.

            ‘Apalah rasanya nasi ayam berempah bercampur dengan muntah hijau gamaknya’ Kiah berfikir lama. 

            30 SEPTEMBER

            Kiah duduk melepak dengan instruktor kelas seni mempertahankan diri Capoeira yang diceburinya sejak 3 bulan lalu iaitu, Soldado yang bertubuh tinggi tegap ala-ala Vin Diesel, serta dengan dua pelajar senior kelas tersebut, Pato yang mempunyai perut yang seksi, six packs dan Fadinha yang punya bisep yang sama saiznya dengan Randy Orton.

            Lokasi adalah di Restoran Mamak Devi’s Corner yang terletak di TTDI, tak jauh dengan Havana Studio, tempat Kiah ber’capoeira’ dengan Soldado, Pato dan Fadinha.

            “Gua betul-betul tak faham, awat lah ramai sangat perempuan yang suka update status dekat FB nak bagitau depa dok makan kat mana, shopping kat mana.” Tiba-tiba Soldado yang sedang mengunyah ayam tandoori kegemarannya bersuara.

            “Tu lah. Gua pun tak faham jugak. Bahaya kot benda tu.” Fadinha yang sedang membelek-belek bisep nya, menyampuk.

            “Awat tak faham?” Kiah menyoal. Matanya tak berkelip walaupun ada 3 ekor lalat sedang bermain badminton 1 cm jauh dari matanya.

            “Bahaya lah Kiah ooiii. Zaman sekarang ni, banyak penjahat. Macam mana kalau ada sapa-sapa yang dok aim nak buat benda bukan-bukan kat lu. Nak rompak lu ka, nak samun lu ka. Pastu lu update status kat FB tu, bagitau lu kat mana. Lu agak depa cari jalan tak nak cari lu? Dalam seribu kawan lu kat dalam FB tu, mungkin 10 orang yang ada niat jahat kat lu.” Soldado cuba membuatkan Kiah faham. Kiah angguk perlahan. Pato yang dari tadi asyik berbalas ‘WhatsApp’ dengan keenam-enam skandalnya, mencelah.

            “Tapi kalau lepas ni, kalau ada yang masuk mana-mana toilet pun nak ‘check-in’ kat FB, gua tak tau nak cakap apa.”

            Suasana diam. Yang kedengaran hanya suara lalat yang sedang rancak bermain badminton di hadapan Kiah.

            11 OKTOBER

            “Tolong aku! Tolong!” Kedengaran Suara Tipah di hujung talian sebelum panggilan terputus.

            “Kau kat mana Tipah?” soal Kiah dengan penuh nerbes.

            “Facebook! Facebook!” saat itu, Kiah berasa genius dan terus mencari lokasi Tipah dari Facebook.

            “Titiwangsa! Yes!” Dengan pantas Kiah meminta bantuan Soldado, Pato dan Fadinha untuk menjejak Tipah. 

            Dipendekkan cerita, Kiah orang pertama yang menemui Tipah yang sedang bergelut dengan 2 lelaki di satu tempat gelap di Tasik Titiwangsa. Dengan pantas, Kiah memasang kuat lagu dari telefon BlackCurrent nya. Berkumandang lagu Brasil kegemaran Pato, “Ai Se Eu Te Pego”. Saat Kiah mahu melakukan langkah ‘Ginga’, tiba-tiba Kiah ternampak kelibat Pato dan Fadinha yang sedang asyik melakukan Ginga, Au, Negativa, Esquiva, Martelo dan beberapa pergerakan Capoeira yang lain.
 
Pato dan Fadinha yang teruja tatkala pertama kali berada di Tasik Titiwangsa.

            “Hei korang! Apa korang buat dekat sana? Tolong aku belasah dua penjahat ni dekat sini!” jerit Kiah dari jauh.

            “Eh1 Sorry Kiah. Tiba-tiba kitorang rasa kat sini best pulak nak praktis Capoeira. Kitorang praktis kat sini kejap.” Jerit Pato pula dari jauh. Beberapa saat kemudian, Soldado muncul dan melakukan gerakan “Finta Cabecada Do Chao Parafusado” dengan penuh bergaya.
 
 
 
Dalam masa tak sampai 60 saat, Soldado berjaya menumpaskan kedua-dua penjahat tersebut dengan menggunakan kepakaran Capoeira nya. Seorang terkapai-kapai kelemasan di dalam Tasik Titiwangsa manakala seorang lagi tersangkut di atas pokok.  

            Okaylah, penulis malas nak tulis panjang lebar lagi. So, moral of the story;

1)     Jangan cepat riak, riak tu kadang-kadang membawa kemudaratan.

2)     Facebook masing-masing memanglah hak masing-masing, TAPI kena beringat ya, tak semua FRIEND dalam Facebook tu benar-benar FRIEND. Mungkin ada yang berniat jahat. Untuk keselamatan anda, cubalah elakkan terlalu mendedahkan di mana lokasi di dalam Facebook/Twitter/BBM. =)

3)     Seni mempertahankan diri bukanlah sesuatu yang wajib NAMUN, penting sebenarnya. Mengetahui asas seni mempertahankan diri pun sebenarnya sudah cukup bagus. Terutama sekali untuk kaum wanita. =)

6 comments:

ghost writer said...

letih gak aku nak baca dan faham citer ko ni.. hihi

Gillette Flores said...

Jangan risau. Kita punya masalah yang sama.
Gill pun tak faham cite apa ni sebenarnya.
Eh?

boni kacak said...

hahahaha..tak pasal2 terselit juga saya dalam cerita ni.hahahaha

Gillette Flores said...

Hehehe. Pening Gill nak fikir nama watak ;p
Sorry ye pinjam nama :D

Syazwan Che Deraman said...

eh..
guwaaa pon ada.
ceh, tteiba bahasakan diri guwa.

point number dua tu betul.
tapi kalo pompuan nak kejar laki, tak apa kan?
kehkehkeh

Gillette Flores said...

Lol1 Boleh je nak bahasakan diri guwa. :p

Haaaa, takut tak terkejar je nanti (: