Random Questions about Capoeira

Friday, October 19, 2012

Pengiraan Mekanikal Cinta

FRIDAY, 14:46 PM 

Aku memandang luar tingkap.  

Ah! Hujan!

Indahnya bunyi dan bau hujan.  

Titisan hujan melekap di cermin kaca. Aku terasa mahu blogwalking dan terasa mahu ke blog Ghost Writer. Hati aku terfikir, siapa sebenarnya gerangan lelaki ini yang punya penulisan yang begitu indah dan misterius sekali. Aku terasa jatuh cinta dengan penulisannya. Benar, aku gemarkan sesuatu yang misterius.  

Jatuh cinta?
 
 
Lama benar aku tidak jatuh cinta bahkan sudah terlupa bagaimana mahu mencintai.

Aku memandang ke luar tingkap sekali lagi. Memerhati rintik jernih air hujan.
 
 
Cinta. Mampukah aku mencintai lagi? Adakah yang mahu mencintaiku? Mahukah hatiku menerima rasa cinta itu lagi? 

Cinta. Banyak ceritanya jika mahu membebel tentang cinta.



"Darling, my love to you is so profound and intense and I will maintain it for the rest of my life. But if you feel somewhat uncomfortable with how I express this love, please whisper this in my ear, while not forgetting to also kiss it."


Kesimpulan yang aku dapat setelah beberapa kali aku melalui fasa indah dan melalui fasa hitam tatkala kecundang dalam cinta – bagiku cinta tidak seharusnya melibatkan pengiraan mekanikal apa yang kita memberi dan mendapatkan, Orang yang suka terlalu banyak memberi dan melabur dalam hubungan sukar mempunyai peluang bernafas dalam nafas yang sama seperti kesayangannya yang sering menerima dan mendapatkan. Wahai kamu pencinta yang setia dan naïf, jangan terlalu asyik berkorban segalanya demi kesayangan yang belum pasti menjanjikan hati dan cinta yang suci pada akhirnya. Hati kamu itu kurniaan Allah s.w.t. Jagalah ketulan daging itu sebaiknya. Demi kasih dan rasa syukur kita di atas kurniaan Pencipta kita yang ‘menghadiahkan’ ketulan daging itu. 

Sukar difahami bukan bebelan aku kali ini?

Beginilah caranya hati yang keras dan sudah tak punya rasa cinta menaip. 
*senyum* 
Aku mahukan cinta sejati. 
*senyum lagi* 
Tapi bukan sekarang. 
*kenyit mata* 
Yang pasti, aku mahukan lelaki yang serius mahu aku abadi menjadi rusuk kirinya.

 



When time and moment gather, two sides will be as one. When two shadows come together, life will unfurl and death will be done.
 
Xoxo,
Gill 
 
 

23 comments:

boni kacak said...

saya pun dah lama tak merasai apa tu nikmatnya bercinta... rasanya dua tahun lebih hidup saya tidak berseri dengan kehadiran cinta.. kadang terfikir juga kenapa orang begitu kejarkan perasaan cinta ini sedangkan rasanya hidup berseorangan lebih indah daripada bercinta... bila tiba masa dan serunya, barulah kita cari pasangan untuk dijadikan suami atau isteri :)

Jna marcello said...

baru hari ni sy dpt tgk blog awk..i mean b4 this buka je terus kuar entry yg update... ;))

sejujur je i pulak da terjatuh cinta dgn ayat2 enrty u.. *malu
dan paling malu sy da tertarik dgn blog u BOLE x? heeeeee

Gillette Flores said...

Precisely :)
Tak perlu bercinta jika sekadar mahu mengikut trend atau cemburu rakan2 punya soulmate mereka :)

Perjalanan hidup kita berbeza :)

Gillette Flores said...

Gill baru tukar layout dan template :)

Awwww... Sweetnya Jna :)
Boleh aje :) bila dah jatuh hati, akan keraplah Jna ke blog Gill kan? Taklah Gill rasa sunyi sgt nanti :)

CekbOlat-bOlat said...

wah gill dh tukar template . anyway tak salah kalau bercinta skali lgi pun . tak rugi apa apa rasanya .

Amar Shah said...

aq sudah bertemu dngan mr.ghost writer...
dia cuma insan biasa yang punya khdupan normal..
namun coretannya yang telah membuatkan aq hilang dalam dimensi...
semua masuk ke dalam jiwa...
semua berlandaskan hidup jiwanya...ringkas tapi bermakna...

Gillette Flores said...

Gara2 Cekbolat-bolat lah ni.
Sweet sgt, cari comment box tak jumpa :)
Gill tukar template.

InsyaAllah sweetie. :)
Sampai masanya nanti, akan bersatu 2 hati insyaAllah :)

Crew Fathi said...

Huhhuhu.. lama x layan jiwang2 nieh.. Huhuhu

Gillette Flores said...

Moga aku dapat bertemunya satu hari nanti :)

Penulisan kau juga tak kurangnya

*senyum*

Gillette Flores said...

Gara2 musim hujan lewat kebelakangan ni.
Sebab tu jadi jiwang. Eh? ;)

Prince of Noob said...

cinta merupakan satu persoalan yang sangat kompleks... kenapa manusia harus bercinta? kenapa cinta itu kadangkala sangat membahagiakan dan juga sangat menyakitkan?

done follow u dear - Noob

Pocket said...

aik berubah format?
somehow prefer yang ni lagi dari
yang dulu, kena click sekali kat post tu dulu :D

hey hey.
perasaan 'inginkan rasa bercinta'
tu lah yang mendorong suami orang
berselingkuh...

hanya untuk 'senyum over her honest touch' sekali lagi :D

Gillette Flores said...

Setuju :)
Namun itu ada fasa normal dalam 'cinta'.
Punya sebab mengapa manusia harus melalui fasa2 tersebut.
Thanks Noob :)

Gillette Flores said...

Ya. Template ni lebih simple rasanya :)

*senyum*

Terlalu jujur ya? Tapi itu sebetulnya yang sedang dirasa :)

Suami orang berselingkuh? Jika kucing gemuk belaan yang sudah cukup makan tapi mahu mencuri2 makan di kedai mamak, baling sahaja dengan selipar kucing itu.
;)

crescent said...

cinta datang lagi...eceh...semua mood bercinta ni kenapa???sebab musim hujan ker???hahaha...

rindu pulak dekat cinta saya...dekat tapi masing masing busy...

hurm...arh tak kira...mlm ni dating dgn dia...haha...

ghost writer said...

apapun yang kita lakukan, yang bertentangan dengan norma naluri kita, ia merupakan satu paksaan. teman, biar cinta menjadi rasa kecintaan yang hidup.

cinta tidak pernah mati hanya untuk sekali.

thanks a lot :)

gadisBunga™ said...

siapa tak mau jumpa lelaki yang serius mahukan kita jadi teman hidup?

masanya je yang belum tiba kan..?

Hans said...

belum bersedia lagi sebab tanggungjawab banyak :-)

the malay male said...

sabar..cinta itu tak boleh dipaksa paksa, ia dtg sendiri

Jna marcello said...

itu sudah mesti.SEe skrng da dtg hari2 heeee ;))

Gillette Flores said...

REP @Crescent :
Hehehe. Bukan mood bercinta. Tapi 'jatuh hati' hati dengan penulisan Ghost Writer.
*blushing*

Wah! Kemain! Dating tak hari tu? :)

REP @Ghost Writer :
@ Betul tu. Gill memang akan setuju dengan kebanyakan pernyataan kau. *senyum*

Siapa sukakan perasaan yang dipaksa2 bukan? :)

Gillette Flores said...

REP @gadisBunga :
♥ Benar. Masanya belum tiba lagi :)
Tiba masanya nanti, dua hati pasti bersatu =)

REP @hans :
♥ Utamakan yang penting dahulu.
Jangan lakukan sesuatu dengan terburu-buru jika punya risikonya.

Gillette Flores said...

REP @the malay male :
♥ Benar. Terima kasih. =)
Moga ia akan datang lagi dengan 'ikhlas' dan 'suci' ;)

REP @jna marcelo :
♥ Punya rakan maya yang sweet dan ikhlas seperti jna buat Gil happy.
Thanks sweetie =))