Random Questions about Capoeira

Saturday, December 29, 2012

7 hari

Laura memandang luar tingkap. Fikirannya tertumpu pada Keith. Rindu benar dia pada Keith.
Jika tidak punya sebarang halangan, ingin saja dia bertemu Keith setiap hari, setiap jam dan setiap saat.
Masih terasa belaian dan kucupan mesra Keith. Laura memeluk tubuhnya, ingin sekali rasanya dia dipeluk Keith sekarang. 
“Jauh termenung sayangku?” suara Randy membuatkan lamunan lari bertempiaran. Bahunya sedikit terjungkit kerana terkejut. Laju dia mengalih pandangan kepada Randy.
Randy berdiri dibelakangnya sambil senyum. Laura membalas senyuman Randy namun dadanya terasa sedikit bergetar. Tangan kiri Randy merengkul pinggang Laura manakala tangan kanannya memegang leher Laura sambil menggosok-gosoknya lembut. Laura merasa bulu romanya sedikit meremang.  
“Termenung fikirkan aku bukan?” Randy berbisik lembut ke telinga Laura. Soalan Randy membuatkan jantung Laura berdegup laju. Tangan kasar Randy yang tadinya berada di pinggang ramping Laura, kini merayap menghampiri buah dada Laura. Laura cuba untuk melambatkan degupan jantungnya namun dia tahu, ianya tindakan luar kawalan, tentu sahaja ianya sia-sia. Randy melekapkan tapak tangannya di dada Laura. 
“Gemuruh ya sayang?” bisik Randy lagi sebelum bibirnya dilekapkan ke leher jinjang Laura. Matanya dipejam lama sambil bibirnya asyik membasah dan menggauli leher isteri kesayangannya sebelum secara spontan tangan kanannya beralih merayap ke bahu Laura. Ke paha Laura. Dan secara tiba-tiba dia mendukung Laura. Jantung Laura bagaikan terhenti tatkala mata cantik Randy merenung jauh ke dalam matanya. Hatinya mula diracuni dengan rasa bersalah. Terfikir bagaimana jika suaminya yang sangat menyayanginya selama ini tahu bahawa dia telah berlaku curang.  
“Sayang. Mahu bermain satu permainan?” soal Randy sambil senyum. Mata Laura berkelip lambat sebanyak dua kali sambil mengerutkan keningnya. 
“Aku berikan kau 7 hari untuk mencari wanita yang berada dalam hatiku sekarang. Selain daripada kau. 7 hari ya sayang?” 
“Wanita lain?” 
Randy mengangguk sambil senyum. Kakinya melangkah menghampiri kamar tidur tempat mereka bermadu asmara setiap malam. 
“Apa maksud kau wahai kesayanganku?” soal Laura keliru. 
“Cukup jelas bukan apa yang aku katakan tadi? Aku berikan kau masa selama 7 hari untuk kau cari siapa yang berada dalam hatiku lagi selain daripada kau selama ini.” Lembut Randy menutur kata.  

Sesampainya di sisi katil, Randy merebahkan Laura di atas katil sebelum dia mengucup lembut dahi isteri kesayangannya itu. Laura berasa bagaikan tertipu selama ini. Hatinya yang tadi diracuni rasa bersalah diganti dengan rasa marah. Sangkanya cuma dia yang curang selama ini, rupa-rupanya Randy yang selama ini dirasakannya bagaikan Malaikat, rupa-rupanya sama sahaja seperti dirinya. Namun perlukah dia merasa marah? Sedangkan situasinya sekarang, dia dan Randy tak jauh bezanya. Dan adakah Randy serius atau sekadar bermain-main.
Randy merangkak naik ke atas katil. Laura diam terbaring berfikir. Randy sekadar mengukir senyum memerhati isterinya. Lama dia membiarkan Laura berfikir, dia menarik Laura ke sisinya. Kepala Laura dibiarkan berbantalkan pahanya.
“Sudah habis kau fikirkan?” soal Randy sambil membelai lembut rambut Laura.
“Apa yang aku dapat jika aku tahu siapa orangnya. Dan apa yang aku dapat jika aku tak dapat mencari siapa orangnya?” Laura melangut memandang Randy, suaminya yang sering dipuji rakan-rakannya. Berwajah tirus dan manis, tampan, sangat berkarisma, bekerjaya, menjaga tanggungjawapnya sebagai seorang suami serta sangat sayangkan Laura. Namun disebabkan terlalu mengikut hawa nafsu sendiri, Keith yang dikenalinya semenjak dua bulan lalu mula bertakhta di hatinya. Bakal menumbangkan takhta Randy agaknya tak lama lagi.  

“Sayang, sudah namanya permainan bukan?” Randy mengangkat tinggi lututnya sehingga mendorong dada Laura tinggi ke atas. Randy memerhati susuk tubuh Laura dari bawah ke atas. Lagi sekali tangannya merayap ke seluruh tubuh Laura. Bermula dari perut Laura, buah dada Laura dan sekali lagi ke leher jinjang Laura. Randy menggosok-gosok leher itu sambil memandang bibir Laura yang mungil. Bibir yang saban malam dicium dan digigit mesra semenjak 4 tahun lalu. Tanpa jemu dan penuh kasih sayang.
“Jika kau dapat tahu siapa orangnya, akan ada upahnya. Jika kau tidak tahu siapa orangnya, akan ada hukumannnya.”
Laura makin keliru. Suaminya yang dikenali semenjak 4 tahun lalu itu bagaikan dirasuk orang lain malam ini. Randy senyum nakal sebelum jarinya mencubit dagu tirus Laura. Laura hanya membiarkan jari jemari Randy meneroka seluruh wajahnya. Dia dapat merasa jari jemari kasar Randy menyentuh dan bermain dua ulas bibirnya sebelum nafas Randy terasa dekat dengan wajahnya.
Empat ulas bibir bertaup. Berkucup. Perlahan sebelum lidah yang basah bagaikan naga bertarung di dalam tengah lautan. Diselangi dengan melodi kucupan bibir serta hembusan turun naik nafas yang tenang.
Tanpa nafsu.
HARI KETUJUH.
“Jadi sayang, sudah punya jawapan?”
Laura menggeleng. Sudah puas dia mencari gadis mana yang mungkin punya skandal dengan Randy tanpa pengetahuannya. Puas diintip Randy dan puas ditanya rakan-rakan baik Randy serta rakan sekerjanya.
Hari pertama, Laura masih belum dihambat rasa ingin tahu. Hari kedua, dia mula mengintip Randy disebabkan rasa ingin tahu. Hari ketiga saat Randy berkata dia punya tugasan di luar bandar selama 2 hari, Laura makin dihambat rasa ingin tahu. Hari kelima, perasaan Laura mula menggila ingin tahu. Hari keenam, Laura mula bingung dengan permainan Randy. Kesemua rakan-rakan Randy puas meyakin Laura bahawa selama ini Randy lebih banyak fokus  kepada kariernya dan hanya Laura dalam hidupnya.
Hari ini, Laura berdiri di hadapan Randy tanpa sebarang jawapan.
“Sayang… sayang…” Randy senyum. Tangannya memegang lembut belakang leher Laura sebelum ditarik rapat ke dada bidangnya. Ibu jari kanannya menolak dagu Laura ke atas sehingga Laura terdongak memandangnya.
“Aku sangkakan, kau sangat bijak wahai sayangku.” Perlahan Randy mengucup bibir mungil Laura. Lama dan hangat. Manakala sebelah tangannya menarik Laura rapat ke badannya.
Beberapa saat selepas berkucupan Randy meleraikan pelukan mereka.
“Duduk sini sayang. Aku tunjukkan kepada kau ya? Tapi, ianya kejutan.” Bagai dipukau, Laura duduk di atas kerusi yang ditarik Randy. Randy senyum sambil mengambil sehelai kain untuk menutup mata Laura. Laura sekadar diam. Randy yang dikenalinya semenjak 4 tahun lalu memang penuh dengan kejutan yang sering membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Dapat dirasa tangannya ditarik lembut ke belakang dan diikat Randy.
“Sayang, apa kejutannya ini?”
Soalan Laura dibiarkan tidak berjawab. Hampir beberapa minit dia sekadar mendengar pelbagai bunyi sebelum dia terasa ada sesuatu yang ringan diletakkan atas pahanya. Dan tak lama kemudiannya, ikatan matanya dibuka.
Laura mengelip-ngelip matanya. Berpinar rasanya bergelap beberapa minit.
Jantung Laura bagai dihimpit tiba-tiba tatkala terpandang fotonya separuh bogel berpelukan bersama Keith berada di pahanya. Randy di hadapannya senyum lebar.
“Itulah wanita kedua yang berada dalam hatiku selama ini selain daripada kau.” Jawapan kepada permainan yang Randy tetapkan 7 hari lalu menyentap hati Laura.
“Wanita itu telah membunuh hati aku 2 bulan lalu. Secara perlahan-lahan. Setiap kali aku bermesra dengan wanita itu, setiap kali itu juga hati aku terasa bagai ditoreh-toreh. Setiap kali aku bercumbu dengan wanita itu, setiap kali itu juga hati aku bagai ditikam-tikam. Bayangkan perasaan aku setiap kali dia berasa hangat dan ghairah dalam pelukanku di atas ranjang?” Randy merenungnya tajam. Dapat dia lihat mata putih Randy berurat merah menahan marah. Tidak. Randy tidak pernah sekalipun meninggikan suara mahupun memarahinya selama ini. Adakah lelaki itu akan menamparnya? Memukulnya? Namun, Randy sekadar meletakkan tangannya di belakang.
“7 hari aku bagaikan orang gila mengintip kau, mencari-mencari siapa kekasih gelap kau dan cuba menerima hakikat bahawa wanita itu bukan kau.” Wajah Randy tampak bersahaja namun matanya mula mengalirkan air mata.
“Ran –“ 
“Jangan cakap apa-apa sayangku.” Randy meletakkan jari telunjuknya di bibir Laura. Laura yang sudah diikat hanya mampu memandang sepi Randy. Hatinya terasa ingin berteriakan. Bercampur baur perasaannya. Sungguh dia rasa bersalah dan jijik kini. Betapa teruknya dia menipu mengkhianati cinta Randy. Yang pasti setelah 7 hari, dia menemui jawapan bahawa hanya dia dalam hidup Randy. Betapa agungnya cinta Randy terhadapnya selama ini.
Randy memegang kuat rambut Laura yang diikat. Jantung Laura terhenti saat Randy mengeluarkan pistol dari kocek belakang seluarnya.
“Ayuh kita menyusul Keith dan berjumpa di neraka nanti ya sayang.”
“Randy!”
Klik!
Picu pistol ditarik.
“Game over Laura.”
"Yang benarnya, cinta pada Pencipta lebih buat kita kuat dan sedar ianya lebih kekal abadi dan membawa kita ke Syurga." ~Gillette Flores~


Xoxo,
Gill

33 comments:

Anonymous said...

Gillette Flores, this is good..this is really good..meremang bulu Dezee bila baca. XO

Mia said...

like seriously .. kalau buat movie nih .. thriller gile , gill :O

AdinataGus said...

Gill punya imaginasi memang tinggi.Suka aku baca.

the typewritor said...

yes betul..4 ulas bibir bersamaan dua org..

Gill..rasa nk bg standing ovation untuk entri ni..goshh u r so smart Gill..

dari berdebar rasa berahi sampai berdebar Laura nk kena hukum tu dpt aku rasa untuk cerpen yg sgt pendek ni..

okay skrg buat aku takut nk kawen..hihi

Skull Writers said...

aduh... isinya sgt berani untuk kau garapkan. tetapi, aku kira itu klasik seni yang sejajar dengan wataknya...

ps: kalau aku rasa ada sambungannya, agak tak bagus juga, tapi aku tahu, banyak 'Keith' kat sekeliling.

hilang pertimbangan buat manusia mati sebenarnya...

pisang kaki

Unknown said...

amar suka akan cerita ini,
ganas tue hahaha.. smart...
thumbs up! hhehe

Lelaki said...

Randy itu aku...

iKhRam said...

saya haru memuji
hasil karangan anda memang unik dan kreatif. saya sukakannya..

bila membacanya
saya nbenar2 menghayati perasaan kasih sayang dan obses

..

setiap kali saya berbuat sesuatu
saya teringatkan pesan emak

kalau sayangkan sesuatu, jgn sampai tak nampak celanya..

dan sebab itulah
saya sgt takut bila menyayangi seseorang.. kerana terlalu menyayangi akhirnya menjadi perkara yg tidak baik..

apapun
cerita anda ni
memberi pengajaran yg baik utk saya

terima kasih gill.

Gillette Flores said...

Thank you so much for reading Dezee :)

Gillette Flores said...

Hehehe. Tapi jika cerita begini dibuat movie di Malaysia boleh mencetuskan kontroversi ataupun mengganggu sensitiviti agama :)

Melainkan dilakonkan non Muslim :)

Thanks for reading Mel :)

Gillette Flores said...

Terima kasih Arif. Jujurnya imaginasi ini hasil dari gambar akhir, 'Game Over' yang Gill temui di internet
*senyum*

Gillette Flores said...

Oh! Terima kasih atas kesudian kau baca cerpen ini :)

Gill mencuba untuk menulis sesuatu yang luar dari kisah cinta seperti biasa :)

Takut nak kawen? Haha! Jangan curang, itu yang cuba Gill sampaikan. Jadi, kahwinlah dan jangan curang ya?

*kenyit mata*

Gillette Flores said...

Ya. Gill sedar, isinya agak berani Gill sampaikan namun benar, ianya membawa satu mesej melalui satu klasik seni, satu cerita untuk anda semua membacanya, menghayatinya.

Gill bercadang mahu membuat sambungannya, mungkin. *senyum*

Ya, ramai 'Keith' di luar sana. Dan ramai juga 'Laura' di luar sana. Dengan dunia yang semakin menghampiri penghujung zaman, ramai juga 'Randy' di luar sana kini.

Setuju?

*senyum*

Gillette Flores said...

Haha! Ganas ya?
Terima kasih sudi baca ya Amar.

Sekadar cerita pendek yang Gill cuba sampaikan dengan mesej tertentu.

*senyum*

Gillette Flores said...

*Terdiam berfikir*

Aku faham perasaan itu.
Kau sedar bukan segala cerita yang Allah swt tuliskan punya sebab-sebabnya yang tersendiri?

Aku yakin kau kuat orangnya.

*senyum*

Gillette Flores said...

Terima kasih atas kesudian kau membaca cerita pendek ini Ikhram. Kau benar-benar menghayati mesej yang Gill sampaikan. *terharu*

Kau anak yang baik dan emak kau sentiasa dalam hati kau di mana sikap itu bagus kerana kau sentiasa berhati-hati dengan tingkahlaku kau. Salute!

Sama-sama dan lagi sekali, terima kasih banyak juga kerana kau menghayati pengajaran yang Gill cuba sampaikan. *senyum*

Gillette Flores said...

Dan lain kali jika Dezee baca cerita begini, duduk sebelah Gill ya? Jika meremang bulu roma boleh Gill cabut-cabut bulu tangan Dezee. *sengih nakal*

boni kacak said...

satu lagi karya yang dapat menembusi hati saya.. tahniah gill :)

Nong Andy said...

keith? ah.. teringat pula kawan ku yg bernama keith Edmund. kawin curi-curi. sekarang dah anak dua. smpai sekarang parents dia belum jumpa menantu dan cucu2nya.

Nong Andy said...

Gil.. wah...wah..wah...

*dengan mulut terlompong :)

*baru habis baca dgn penghayatan..

Gillette Flores said...

Terima kasih Boni. Boni salah satu punca yang buat Gill makin rancak menulis cerita pendek di blog ini.
Terima kasih kerana ikhlas membaca.

*senyum*

Gillette Flores said...

Hehehe. Teringat zaman kanak2 ya? Gill pun selalu teringat zaman kanak2.

Jangan terlopong sangat mulut tu Nong. Nanti masuk lalat. Haha!

Terima kasih sudi baca ya Nong :)

iAmCekbolat said...

haha mule2 nak layankan aje stim tu sbb ade part mcm romantik gitew tetiba ....


pehhhhh

Gillette Flores said...

Ini untuk 18 tahun ke atas. Bolat cukup umur tak?
Hehehe...

puteri jalanan a.k.a annur said...

gill,cerita ringkas yg best...penuh teka teki...keep it up dear!

Gillette Flores said...

Terima kasih Annur.
Masih belum punya kebolehan menulis sebaik Annur :)

4feet8 said...

gill, selalu termiss entry awk. sy nak letak kat bloglistla, senang sikit nak baca. nanti sy khatam mana2 yg tertinggal tu satu persatu semula.. ;)

ghost said...

seorang pencinta wanita tidak akan membunuh jiwa orang yang dicintainya.

puteri jalanan a.k.a annur said...

eh Gill,awat cakap cmtu...annur rasa Gill lagi best...mampu buat cerita yg penuh teka teki...tak dapat dinafikan,blog ni salah satu rujukan annur utk lihat gaya penulisan yg baik...

Gillette Flores said...

♥ 4feet8,
It's okay sweetie.
Awak baca bila awak betul-betul ada masa terluang aje ya? :)
Thanks sudi baca tau :)

♥ ghost writer,
*senyum*
Boleh aku simpan ayat ini?

♥ puteri jalanan a.k.a annur,
Gill menulis suka-suka aje.
Rasanya tidaklah berkebolehan sangat dalam penulisan ni
*senyum*

Semoga kedua kita makin bagus dalam penulisan hendaknya ya :)

محمد رازيق said...

nice entri gill. im really2 like it. keep it up. happy new year gill :)

Gillette Flores said...

♥ محمد رازيق
Terima kasih ya sudi baca.
Tengah mencuba memperbaiki penulisan :)

Selamat tahun baru awak :)

المنزل المثالى said...

شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالظهران
شركة مكافحة حشرات ببقيق
شركة مكافحة حشرات براس تنورة
شركة مكافحة حشرات بسيهات