Jasmine
melangut memerhati bulan yang dilingkari awan tebal di sebalik langit gelap.
Cantik dan indah walau bulan kelihatan sedikit kusam.
“Dan
aku sendiri pun, gemar benar memerhati dan memuji kau. Berbual dengan kau. Cuma
bila siang, pada waktu tidur kau – aku tak berpeluang untuk berbual dengan
kau.”
When you are blue
“Kacau
jiwa aku malam ini. Kalau aku mampu memohon keajaiban terjadi sekarang, akan ku
pinta untuk dapat tidur di sisimu bulan. Mahu kulekapkan pipiku di sisimu,
memelukmu. Dan
aku harap awan dan bintang tidak cemburu. Moga awan dapat menyelimut tubuhku
dari digigit kesejukan dan bintang dapat menerangi sedikit gelap kelilingku. Mahu
ku pejam mata dan tidur lena melupakan segala permainan dunia, perasaan dan
emosi yang kuhadapi sekarang. Lelah hatiku, letih fikiranku wahai bulan.”
Bunyi
lrt dari jauh memecah sunyi. Tatkala lrt berhenti tepat di hadapan Jasmine, angin
menyapu lembut wajahnya, menerbang sedikit rambutnya dan bulan hilang dari
pandangan matanya.
14 comments:
Kalau bulan bisa ngomong?
Another piece of great work from u gill.Tahniah!
♥ Anisa Hang Tuah,
Kalau bulan bisa ngomong, akang ku berbual dengan lebih rancak dengannya :)
♥ Jurutera Kalkulator,
Thanks a lot for reading and your support.
Much appreciated! :)
malangnya malam ini tiada bulan. yang ada hanya awan tanpa bintang yang di temani titisan hujan.. dan juga dingin malam..
dan aku tidak merindui bulan..
kerana aku merindui tilam
hehehe.. selamat malam Gil.
p/s : lain kali akan kongsi cerita One piece... untuk kamu :)
Walau siang atau malam, biar gelap atau terang, selagi kamu percaya, bulan itu masih ada di situ kan, temani kamu.
Selagi, kamu percaya.
Itu saja yang kamu punya.
Benar? *senyum*
-AsaSiaga-
ingin sekali daku menjadi bulan itu :)
teruja jap bula baca :) hihihi
saya rindu bulan tetiba . heheh
Boleh buat buku ni
Blh jual crt ni..hehe
hehehe
kecantikan bulan hanya sementara.. kerana bergantung pada sang mentari..
walhal
bulan tak ubah seperti kawah-kawah dalam yg tidak pernah ada rata pada permukaannya..
sebeanrnya
cintailah diri kita dahulu..
sebelum melihat kecintaan pada yg lain..
yg buruk, kalau kita lihat indah, indah juga..
begitulah diri kita
andai indah yg kita lihat, indahlah diri kita..
♥ Nong Andy,
Lewat kebelakangan ini juga aku sering merindui tilam. Haha!
Will be waiting. Thanks dear :)
♥ AsaSiaga,
Kata-kat kau buat aku mula rasa percaya walau di siang hari, bulan itu ada menemani aku. :)
Terima kasih.
♥ boni kacak,
Kau lebih sempurna menjadi diri kau sekarang ini :)
♥ mel,
Terima kasih si manis :)
♥ CekbOlat-bOlat,
Bulan sentiasa ada. :)
Atau Bolat rindu 'bulan' yang istimewa ni? :)
♥ the malay male,
Belum sampai ke tahap itu lagi.
Namun jika ada rezeki satu hari nanti, InsyaAllah :)
♥ man,
Hehehe. Tidaklah mahal sangat jika mahu dijual bukan? :)
♥ hans,
:)
♥ iKhRam,
Apa yang boleh Gill katakan?
Memang benar kata-kata kau.
Tapi Gill lebih menganggap bulan itu sebagai 'teman berbual' Gill.
Tidaklah menyanjung terlalu tinggi kecantikannya.
Dan lebih memuji ciptaan Allah s.w.t.
Namun bulan tetap menjadi salah satu ;teman berbual' Gill tatkal Gill memerlukannya :)
Terima kasih kerana sudi membaca blog tak seberapa ini :)
saya selalu harap melihat bulan yg sama seperti dia lihat walau hakikatnya tak pasti diakah orgnya..
Post a Comment