Random Questions about Capoeira

Monday, December 03, 2012

Love is only a feeling.

" HAHA. a pathetic loner entry. "

Komen Badrullah Anson pada entri “Ceritera Soulmate” Gill. 

Gill baca sekali lagi – isi entri Gill tersebut. Terfikir-fikir banyak kali, kelihatan seperti entri itu si gadis kesunyian yang sangat kasihankah aku ni? Gill menulis entri itu dengan hati yang senang waktu itu. Gill punya banyak insan yang berKUALITI dalam hidup Gill. Familia, rakan-rakan yang memahami kehidupan yang agak selesa dengan kerja yang Alhamdulillah buat masa sekarang agak stabil, dan waktu selebihnya diisi dengan aktiviti yang membuatkan Gill rasa ‘life is good’ 

The first flush of youth was upon you when our eyes first met
And I knew that to you and into your life I had to get
I felt light-headed at the touch of this stranger's hand
An assault my defences systematically failed to withstand 

'Cos you came at a time
When the pursuit of one true love in which to fall
Was the be all and end all 

Love is only a feeling (drifting away)
When I'm in your arms I start believing (It's here to stay)
But love is only a feeling - anyway 

Tak mahu prejudis atau negatif dengan komen Badrullah Anson, Gill ambil ianya sebagai satu komen dari perspektif beliau. Setiap individu punya perspektif yang berbeza bukan? 

“CeriteraSoulmate”. menyentuh bab cinta. Lewat beberapa hari ini, Gill mula terfikir tentang cinta dan lelaki. Bukan kerana hati mula disentuh cinta, namun rasa mahu mencuba itu mula terbit dalam hati.  

Hati berbisik, “Cuba aje Gill – jika tak menjadi, itu takdir Tuhan.”
Akal berpesan, “Jodoh dan takdir, kuasa Tuhan – tapi pilihan dan keputusan, itu kuasa sendiri.” 

Jika Gill ikutkan hati, mahu saja Gill cuba untuk memulakan satu hubungan cinta baru – tapi atas dasar suka dan mencuba. Mencuba bukan satu idea yang bernas bukan? Ambil risiko namanya tu.
 
Jika hubungan menjadi dan berakhir dengan kesudahan yang baik, mungkin kita akan mengucapkan syukur, “Mujur aku mencuba, Alhamdulillah aku bersyukur dengan jodoh dan takdir yang Tuhan tetapkan.”

Jika hubungan tidak menjadi dan berkesudahan buruk, mungkin ada segelintir dari kita yang akan menyalahkan takdir. “Kenapalah nasib aku macam ni, sedangkan aku dah cuba yang terbaik.”

Jangan salahkan takdir. Ianya sebenarnya berpunca dari diri sendiri. Keputusan mahu ‘mencuba’, hati yang tentukan. Risikonya harus ditanggung sendiri kelak. Jika berpunca dari takdir sekalipun, mungkin ada hikmahnya mengapa hubungan itu tidak menjadi. Harus positif ya? 

The state of elation that this unison of hearts achieved
I had seen, I had touched, I had tasted and I truly believed
That the light of my life
Would tear a hole right through each cloud that scudded by
Just to beam on you and I 

Love is only a feeling (drifting away)
When I'm in your arms I start believing (It's here to stay)
But love is only a feeling - anyway 

Berbalik kepada rasa Gill yang mahu mencuba untuk memulakan cinta baru – Gill selesa ikut pesanan akal dan permintaan hati.

Akal berpesan, “Jodoh dan takdir, kuasa Tuhan – tapi pilihan dan keputusan, itu kuasa sendiri.”
Hati meminta, “Janganlah dilukai lagi. I can't afford any other broken relationship.” 

Jadi Gill selesa sendiri lagi buat masa sekarang. Sungguh. Gill berasa selesa dengan kehidupan sekarang tanpa cinta. Hari biasa bekerja, jika punya kelapangan – makan malam dan movie bersama rakan-rakan berKUALITI Gill. Hujung minggu dengan aktiviti Capoeira Gill selain dari meluangkan masa dengan rakan-rakan Capoeira yang bagaikan familia kedua Gill sekarang. Bagaikan satu keluarga yang sering bergurau senda bersama-sama. Berbual minat yang sama. Support each other.

Gill lalui hari-hari Gill dengan baik. Masalah dan dugaan dari Allah swt itu kadang-kadang, memanglah ada – tapi hidup akan bosan jika tiada sebarang dugaan bukan? Jika sekadar warna putih kehidupan ini, terasa kosong juga. Jika kehidupan dilalui dengan pelbagai warna, nah! Dari situ kita makin mengenal diri kita, kemahuan dan keperluan kita, menguji kematangan, ketahanan dan kesabaran diri kita. 

Love is only a feeling.

Tapi cinta pada Pencipta kita, lain ceritanya ya? 

Until next time.

Xoxo,
Gill

2 comments:

iAmCekbolat said...

cinta boleh buat kita keanak anakan dan juga kematangan .

ikutlah kata hati :))

pehh ckp mcm ade experience ,tapi takde pun -->>

Unknown said...

OH MY GOD I'M FAMOUS NOW! WAHKAKAKA