Random Questions about Capoeira

Friday, December 14, 2012

Percaturan Hati

“Percaturan hati bisa menerbangkan kita melebihi awan putih dan langit. Untung-untung, boleh terbang menembusi pelangi. Percaturan hati juga bisa menjunamkan kita ke dasar lautan. Jika malang, mungkin terjatuh di atas batu karang yang tajam. Dan mungkin juga dimakan jerung.” 

“Apa yang kau carutkan ni Pian?” 

“Kesian kau Pipah. Kau tak tahu bezakan madah dan carutan.” 

“Oh, kau bermadah rupanya.” 

“Kau pernah makan selipar jepun yang pernah beberapa kali terjatuh dalam lubang jamban Pipah?” 

Pipah menggeleng kepalanya. 

“Kau mahu rasa?” soal Pian sambil mengangkat tinggi kedua kakinya, wajahnya serius namun hatinya bangga menunjukkan selipar jepunnya. 

Sekali lagi Pipah menggeleng kepalanya sambil menutup hidungnya. Kaki Pian busuk barangkali. 

“Jadi, berbalik kepada percaturan hati. Kau jangan soal tentang carutan ataupun permainan dam. Percaturan hati tidak berkait rapat dengan dam mahupun chess.” 

“Aku faham.” Pipah angguk namun suaranya tiba-tiba kedengaran sengau. 

“Kenapa suara kau sengau Pipah?” 

“Kalau aku cakap kau bengap, aku takut nanti aku terpaksa makan selipar jepun kau. Tapi kau tak nampakkah aku sedang menutup lubang hidung aku disebabkan bau kaki kau tu? Boleh tak kau turunkan kedua kaku kau tu dulu?” 

“Baiklah.” Perlahan Pian menurunkan kedua kakinya yang diangkat tinggi tadi sebelum menyambung cerita. 

“Kakak aku. Diceraikan suaminya malam semalam.” Wajah Pian tiba-tiba menjadi suram. 

“I’m sorry to hear that Pian.” 

“Wah! Kau speaking London. Cuba kau speaking dengan British accent ala-ala Keira Knightley. Mesti seksi bunyinya.”

Keletuk! 

Pipah mengetuk kepala Pian dengan penukul. Entah dari mana munculnya penukul itu.  

“Aduh! Sakit kepalaku! Baiklah. Aku sambung cerita sedih kakak aku.” Separuh sedih Pian menggosok-gosok kepalanya yang sedikit berdarah.

“Dari awal, aku dah jangkakan yang kakak aku akan diceraikan.” 

“Kenapa kau cakap macam tu?” 

“Dari awal perhubungan, aku lihat hubungan kedua mereka tak macam pasangan lain. Lebih banyak untuk mencuba bersama berbanding punya rasa suka atau sayang secara semulajadi.” 

“Maksudnya?” 

“Maksudnya. Kakak aku seorang wanita melayu moden yang agak perfectionist. Mementingkan kesempurnaan. Pernah sekali, dia tak sanggup keluar rumah tanpa memakai baju. Tak cukup sempurna katanya.” 

“Kau mahu aku ketuk kepala kau dengan penukul sekali lagi?” soal Pipah sambil mengangkat tinggi penukulnya.

“Tak mahu. Apa salah aku?” 

“Mana-mana perempuan pun tak mahu keluar rumah tanpa memakai baju.” 

Pian mengangguk kecil sebelum menyambung bercerita. 

“Kakak aku memang jenis yang pentingkan kesempurnaan. Manakala, abang ipar aku seorang yang sederhana. Awal percintaan, mereka kerap bertekak kerana hal yang remeh. Pernah satu tika, kedua mereka bergaduh disebabkan kakak aku mahu abang ipar aku pakai boxer bewarna hijau di pagi raya. Kedua mereka berlawan berbaling pinggan mangkuk sebab abang ipar aku memakai boxer pink.” 

Pipah mengerut dahinya. 

“Sebabnya, kesemua mereka memakai baju raya berwarna hijau, langsir hijau, sofa hijau, carpet hijau, pinggan mangkuk malahan dinding turut diwarnakan hijau kesemuanya. Mahu tampak sempurna kakak aku bilang.”

Pipah menepuk dahi. 

“Sampaikan kucing belaan mereka, di’spray’ warna hijau.” 

Pipah mula membayangkan kucing berwarna hijau memakai baju melayu hijau. 

“Itulah yang aku maksudkan tadi, percaturan hati juga bisa menjunamkan kita ke dasar lautan. Jika malang, mungkin terjatuh atas batu karang yang tajam. Dan mungkin juga dimakan jerung.” 

“Dari awal, sudah nampak pelbagai masalah dalam hubungan mereka. Namun kedua mahu memaksa diri mahu bersama walaupun hubungan itu bagaikan satu hubungan yang tidak sihat. Aku pun tak faham kenapa abang ipar aku mahu terus bersama dengan kakak aku yang berperangai seperti Medusa itu. Mungkin disebabkan kecantikan yang kakak aku miliki. Manakala kakak aku, mungkin disebabkan sangkanya dengan kemewahan yang abang ipar aku ada, dia mampu hidup bahagia. Itu apa yang aku dapat nampak.” 

“Tapi, sabar manusia punya tahapnya. Kehidupan selepas berkahwin patutnya harmoni. Patutnya rumah itu bagaikan syurga, tapi yang jadi sebaliknya. Bagaikan neraka. Kakak aku banyak abaikan tanggungjawapnya sebagai isteri, manakala abang ipar aku makin muak dengan sikapnya, tambah-tambahan, faktor usia memakan kecantikan yang kakak aku miliki.” 

Pian diam seketika sebelum Pipah bersuara.  

“Jadi percaturan hati mereka yang dulunya berakhir dengan kegagalan rumahtangga?” 

Pian angguk. 

“Tapi…” 

Pian diam sebelum sempat menghabiskan kata-katanya. 

“Tapi?” soal Pipah. 

“Tapi jika kita sama-sama caturkan hati kita, ianya mungkin bisa menerbangkan kita melebihi awan putih dan langit. Untung-untung, boleh terbang menembusi pelangi.” 

Serentak Pian bangun berdiri sambil menguis-nguis hujung selipar jepunnya di tanah.

Terasa malu dengan luahan hati sendiri. Pipah terasa jantungnya berdegup laju dari biasa. 

“Aku mahu melamar hati kau sekarang Pipah. Sudi tak kau terbang menembusi awan putih dan langit biru denganku Pipah?”  

“Sudi Pian, tapi dengan satu syarat.” 

“Apa syaratnya Pipah?” 

“Kita terbang tanpa selipar jepun kau.” 

“Baiklah!” beberapa saat selepas itu, selipar jepun Pian terbang melayang entah ke mana.
 
Xoxo,
Gill
 
 
 

10 comments:

AdinataGus said...

Boxer hijau lagi cantik rasanya:)

Lelaki said...

pasal boxer pun boleh buat piring berterbangan....



gila apakah?



hehe!

Unknown said...

kalo aku jadi c pian ku tampar gg kakaknya tue...hahaha...
mengada tul sampai semua nak hijau...huhu
smart tue...:p

Unknown said...

haha cite karang sndri ape ni?

Skull Writers said...

sengal betul si pipah dan si pian ni ahahahaha....




-Nico Robin-

Skull Writers said...

sengal betul si pipah dan si pian ni ahahahaha....




-Nico Robin-

Skull Writers said...

sengal betul si pipah dan si pian ni ahahahaha....




-Nico Robin-

4feet8 said...

haah gill. bunyinya mcm merepek dah..kekeke..

Gillette Flores said...

♥ Jurutera & Kalkulator,
Kan? Itulah punca pengaduhannya. Salah pakai warna boxer.

♥ LelakiSemalam,
Cinta gila memang begitu. :)

♥ Amar Shah,
Gill yang sedang menaip pun terasa mahu tampar kakak si Pian tu.
Mengada-ngada sangat bukan?

♥ SYAH'IZZAT,
Hehehe. Ya.
Menaip waktu sedang ketandusan idea.

♥ Nico Robin,
Persahabatan yang sengal memang membuatkan dua rakan menjadi sengal.

♥ 4feet8,
Hehehe. Gill takde idea masa nak menulis entri ni sebenarnya

Gillette Flores said...

♥ Jurutera & Kalkulator,
Kan? Itulah punca pengaduhannya. Salah pakai warna boxer.

♥ LelakiSemalam,
Cinta gila memang begitu. :)

♥ Amar Shah,
Gill yang sedang menaip pun terasa mahu tampar kakak si Pian tu.
Mengada-ngada sangat bukan?

♥ SYAH'IZZAT,
Hehehe. Ya.
Menaip waktu sedang ketandusan idea.

♥ Nico Robin,
Persahabatan yang sengal memang membuatkan dua rakan menjadi sengal.

♥ 4feet8,
Hehehe. Gill takde idea masa nak menulis entri ni sebenarnya