Rindu
di hati Farish yang mencengkam hatinya makin terlerai. Jewell yang sudah 6
bulan berada di luar negara untuk menyambung pengajiaannya kini kembali ke
Malaysia untuk 2 minggu. Terasa bagaikan itu hadiah harijadi yang terbaik
sepanjang hidupnya. Ya, kebetulan hari itu Farish genap berusia 30 tahun. Hati
Farish berdebar bagaikan momen pertama mereka bertemu. 4 tahun lalu. Jewell
punya kecantikan yang amat Farish kagumi namun hatinya tertarik untuk memiliki
dan menyayangi Jewell bukan kerana paras rupa – namun keperibadiaannya. Selain
Jewell punya kepakaran memasak dan juga membuat roti. Farish sengih
mengenangkan bekalan yang sering dibawa dari utara tanah air ke selatan tanah
air tiap kali mereka meluangkan masa bersama di hujung minggu. Oh ya, cinta
mereka cinta jarak jauh. Namun jarak itu langsung tak pernah terasa kerana
cinta dan rasa percaya di hati mereka sentiasa ada. Cuma sedikit terasa bila
Jewell memilih untuk menaik tinggi taraf pelajarannya dengan mengambil kursus
khas di luar negara. Namun cinta di hati mereka tetap utuh.
Farish
separuh sabar menanti Jewell. Wajahnya tampak tenang. Bahasa badan di sebalik badan
maskulinnya juga tak tampak bagai gelisah. Cuma senyuman dan dadanya sedikit
bergetar. Rindu mahu melihat senyum gadis itu. Rindu bau gadis itu yang punya
aroma istimewa pada deria bau Farish. Rindu mahu berbual dengan Jewell. Rindu
segala-galanya. Dan rindu roti di buat khas oleh Jewell.
Jewell
berjalan ke arahnya dengan senyuman manis. Bagaikan cermin, masing-masing
mengukir senyum ke arah sesama sendiri. Saat Jewell dekat, Farish bangun
berdiri berhadapan Jewell. Tangannya yang sedikit berurat merengkul belakang
kepala Jewell dan ditarik wajah gadis itu merapati dadanya sebelum melekap
dadanya.
“I
miss you so much Jewell.” Farish berbisik lembut sambil menggosok-gosok kepala
dan rambut Jewell. Jewell dapat mendengar degupan jantung Farish di sebalik
cuping telinganya. Kedua tangannya merangkul belakang Farish. Rindu hatinya
yang menebal selama ini terasa bagaikan mahu pecah di dalam dadanya. Hatinya
menahan sebak yang sudah tak terbendung. Matanya yang semulajadi tampak
bersinar mula mengalirkan airmata. Farish terasa dadanya basah mengalihkan
pegangan tangannya di kedua bahu Jewell. Keningnya berkerut melihat bidadari
hatinya sedang menangis.
Rindu
sangatkah gadis itu kepadanya sehingga perlu menangis begitu?
Dan
terjadi lagi
Kisah
lama yang terulang kembali
Kau
terluka lagi
Dari
cinta rumit yang kau jalani
Farish
memandang kosong bekalan yang diberi Jewell kepadanya, Jika sebelum ini, dia
cukup berselera mahu menghabiskan roti buatan Jewell tapi kini, nafsu makannya
bagaikan lenyap.
Aku
ingin kau merasa
Kamu
mengerti aku mengerti kamu
Aku
ingin kau sadari
Cintamu
bukanlah dia
“I’m
truly understand Jewell. Aku sudah lama jangkakan benda ini akan terjadi. Aku
takut tiap kali fikirkan saat ini datang. Cuma aku tak sangka cepat begini.”
Farish senyum. Senyumannya sedikit bergetar. Menahan tangis. Takkan ditumpahkan
air matanya di hadapan Jewell. Gadis itu sudah cukup sama menahan sedih.
Bagaimana jika dia menangis depan gadis kesayangannya itu.
Dengar
laraku
Suara
hati ini memanggil namamu
Karena
separuh aku dirimu
“Tanpa
kedua orang tuamu, kau takkan lahir ke dunia ini. Dan aku takkan punya peluang
mengenali gadis seperti kau. Juga takkan punya peluang memiliki gadis sehebat
kau Jewell. Kau tahu banyak mana aku sayangkan kau dan berharap kau kekal dalam
hidup aku, tapi aku takkan biarkan hati kau sakit melukakan hati keluarga kau,
lebih-lebih lagi kedua orang tua kau disebabkan kedegilan cinta kita.”
Farish
teringatkan kata-katanya kepada Jewell lewat petang tadi. Tangan kirinya
memegang stereng kereta manakala tangan kanannya melurut pantas mukanya. Air
mata perlahan mengalir keluar di sebalik matanya yang mula berselirat urat
merah. Rasa rindu lewat petang tadi yang mencengkam kini terasa bagaikan
bertukar menjadi duri kuat mencengkam hatinya. Rasa sakit itu, hanya dia dan
Tuhan yang tahu.
Ku
ada di sini
Pahamilah
kau tak pernah sendiri
Karena
aku selalu
Didekatmu
saat engkau terjatuh
“Aku
tak mahu putus khabar dari kau Farish. Aku cuba tak mahu bersikap pentingkan
diri, tapi aku tak cukup kuat untuk menjalani hidup aku tanpa mendengar
sebarang khabar dari kau.”
Dan
Farish hormat akan keputusan gadis cantik itu untuk terus kekal berhubungan
walau hatinya kuat mahu lari jauh dari hidup gadis itu seketika. Cinta itu ada,
insan di cinta itu ada, namun rasa tak dapat memiliki membunuh hatinya. Rasa
sedih, sengsara tak dapat memiliki Jewell bagaikan api yang membakar perlahan
sedikit demi sedikit urat saraf badannya sehingga menjadi debu. Namun selepas
menjadi debu, api cinta dan rindu terhadap Jewell pula membakar urat sarafnya
sehingga menjadi debu. Berulang kali.
Separuh
kosong jiwa, hati dan pemikirannya – tangan Farish perlahan mengukir, “LOVE –
Romantically Murdered”
Dengar
laraku
Suara
hati ini memanggil namamu
Karena
separuh aku
Menyentuh
laramu
Semua
lukamu telah menjadi milikku
Karena
separuh aku dirimu
Satu
hati yang mengetahui kisah cinta itu, entiasa mengharap – keajaiban cinta akan
terjadi kerana hati itu sentiasa percaya akan kewujudan cinta sejati. Jadi hati
itu juga percaya keajaiban cinta itu ada untuk menyatukan cinta Farish dan jewell.
Menyatukan dan mengekalkan cinta itu di landasan yang benar. Direstui juga yang
benarnya.
Direstui
agar cinta mereka tidak berakhir seperti Romeo & Juliet, Laila dan Majnun ataupun Jack & Rose. Juga bukan Kasyah dan Ayu (Lagenda Budak Setan) di mana Ayu meninggal dunia selepas melahirkan Athirah. Cinta mereka cinta agung namun penghujung
cerita menjadi dogengan. Cinta agung namun salah satu pasangannya sengsara
meratap kematian insan tercinta.
Hati
itu mahu cinta Farish dan Jewell direstui dan bersatu agar mereka dapat
menghabiskan masa tua mereka dengan bahagia, romantis, penuh kasih sayang di
samping zuriat mereka dengan hubungan yang halal.
“Romantically
Murdered”
Farish : Jejaka melayu berkulit cerah, ketinggian 176 sentimeter. Tidak setampan Brad Pitt mahupun Aaron Aziz namun punya tarikannya tersendiri. Punya karakter yang tegas dan gemar berfikir secara logik. Riak wajah tampak angkuh namun punya sense of humor nya sendiri. Angkuh? Tidak sebenarnya. Cuma tahu apa dia mahukan dan perlukan dalam hidupnya. Ofis, musik dan gym peneman setia selain dari punya gadis yang setiap masa berada tempat dalam hatinya. Jewell, peneman hatinya.
Jewell : Seorang gadis genit berbangsa Cina, beragama Buddha. Keluarganya memegang kuat agama tersebut. Punya raut wajah bujur sirih, berkulit cerah dan lembut bak kulit bayi. Bukan omong kosong – ianya benar. Seorang wanita konservatif dari sesetengah aspek namun mempunyai persona sendiri dari segi gayanya, percakapannya dan juga pemikirannya. Wajahnya? Cantik asli, matanya bagaikan turut tersenyum saat bibirnya mengukir senyum. Wajah yang sering terakam rapi dalam kotak fikiran Farish. Cintanya terhadap Farish tak kurang tingginya berbanding cinta Farish terhadapnya.
PS : Perkataan "Romantically Murdered" tercetus dari seorang lelaki biasa namun punya cinta yang luar biasa.
Xoxo,
Gill
7 comments:
Oooo hebat cerita novel ni..hehe
mcm novel je . hebat gill . mengigil ni ->
baru faham mengapa gitu kisahnya
nice start....
halangan orang tua.. cinta akhirnya tidak kesampaian... suatu ketika dulu saya pernah sakit disebabkan cinta yang tidak kesampaian.. berkali2... hinggakan sekarang segala rasa itu telah mati... saya dah lupa bagaimana rasanya dicintai dan mencintai.. saya dah lupa bagaimana rasanya merindui seseorang itu.. saya dah lupa bagaimana rasanya kecewa itu... hingga satu tahap, saya sangkakan apa yang saya temui itu cinta, namun hakikatnya, rasa itu hanya bertahan dalam tempoh sebentar sahaja.. saya tak tau siapakah yang mampu membuka pintu hati saya ni.. dan saya tak tau bilakah masanya... cinta.. ia adalah sesuatu yang sangat memeningkan.. dan sangat menyakitkan...
hebat
teringat moment indah cerita hidup aku..
yg pernah mencinta seorang gadis siam berketurunan budhha..
cinta pandang pertama itu beralih kepada pertemuan demi pertemuan
kesudahannya
berakhir dengan perpisahan
bila memikirkan halangan yang bermacam-macam..
naseb aku mungkin
kerana cinta yang ada itu tidaklah sampai membunuh
cuma sedikit melakarkan kenangan yg terindah yg boleh dikenang-kenang..
gadis siam itu
tetap comel, manis dan cantik
biarpun berpenampilan seperti lelaki
tapi dia tetap gadis manja dan comel.
♥ man,
Ini cuma cerita pendek :)
Thanks for reading :)
♥ Bolat,
Jangan gigil-gigil. Ni mesti kes main hujan menggigil ni :)
♥ whitecappuchino,
:)
♥ Ayuni,
Thanks dear :)
♥ boni kacak,
Gill faham sangat perasaan tu.
Jangan takut untuk jatuh cinta lagi ya? :)
Kadang-kadang perlu lalui kecewa untuk mendapat 'sesuatu' yang jauh lebih baik, insyaAllah. :)
♥ iKhRam,
Satu lagi kisah cinta yang 'hebat' :)
Jujur aku kadang-kadang gemar lihat gadis manis berambut pendek dan berperwatakan kasar.
Sebab kadang-kadang mereka lebih asli berbanding yang tampak cantik tapi yang benarnya kuasa kosmetik yang buat mereka tampak cantik :)
Post a Comment