Aurora meletakkan kedua tapak tangannya ke cermin kaca tingkat 6 KL Hilton. Merenung jauh melihat lampu-lampu jalan, lampu kereta serta lampu isyarat. Rintik hujan yang turun melekat di sebalik cermin yang dipegangnya. Kelihatan artistik sekali. Tiba-tiba fikirannya teringatkan dialog di dalam filem “Wolverine”.
Kayla
: Do you know why the moon is so lonely? Cause the moon has a lover.
There
were two spirits, the Moon and Coacuatchoo, and they were in love. A trickstar
was jealous and one day, a trickster spirit tricks Coacuatchoo into going to
the mortal realm to bring back flowers for the Moon spirit, however, having
left the spirit realm - not knowing that once he leave the spirit realm he can
never return. So now Coacuatchoo can never be with the moon again and has left
the moon lonely.
Aurora
senyum sendiri membayangkan dirinya ‘Coacuatchoo’ manakala Benjamin adalah ‘Moon’.
“Trickstar,
trickstar… Bring back my Benjamin. It has been more than four years you took
him away from me trickstar.” Aurora bermonolog sendiri sambil anak matanya
mencari-cari bulan di sebalik gelap malam.
“Iqbal.”
Iqbal senyum manis sambil menghulur tangannya. Aurora yang berasa kurang senang
dengan kehadiran lelaki asing di sisinya teragak-agak membalas huluran tangan
Iqbal. Iqbal yang sedar Aurora kurang selesa dengannya laju memasukkan tangannya
ke dalam kocek seluarnya.
“It’s
okay. Tiada paksaan dalam sebarang perkenalan.” Iqbal senyum manis sebelum
memalingkan badannya untuk berlalu pergi. Dia bukan jenis yang sesuka hati akan
menghampiri dan berkenalan dengan mana-mana gadis. Cuma, secara kebetulan wajah
Aurora sudah 3 kali dilihatnya di majlis sebegini. Jujur, hatinya tertarik mahu
mendekati Aurora.
“Sekejap.”
Iqbal
memalingkan kepalanya memandang Aurora.
“Yes?”
“Do
I know you?”
“Don’t
think so. But you might have seen me once or twice before.” Iqbal senyum. Otak
Aurora mula ligat berfikir.
“Pernah
ada makan malam di Passion Road tahun lepas?” soal Iqbal.
“Awal
tahun.”
“Itu
kali pertama kita bertentang mata.” Iqbal mengenyit matanya. Aurora terasa
pipinya panas saat Iqbal mengenyit matanya. Keningnya yang lebat dan alis
matanya yang lentik memikat hati Aurora.
“Hujung
tahun lepas, company dinner di mana?”
“Sini
juga, KL Hilton.”
“Itu
kali kedua kita bertentang mata.” Aurora diam. Masih mencari-cari klu.
“Clueless?
Dan hari ni, kali ketiga kita bertentang mata dan berbual buat kali pertamanya.”
Aurora diam. Fikirannya masih sedikit terganggu dengan perihal Benjamin, 'Trickstar',
'Moon' dan 'Coacuatchoo'. Dan tiba-tiba Iqbal muncul bercerita tentang perihal pertemuan
mereka. Otaknya terasa malas mahu berfikir.
“Oh.
Okay.” Ringkas Aurora memberi reaksi. Iqbal senyum lagi. Aurora mengerut
keningnya. Pelik dengan sikap lelaki ini. Tenang, bersahaja dan langsung tak
terasa dengan layanan dinginnya.
“Sebentar
lagi, kita akan bertentang mata buat kali keempat. Dan mungkin lepas tu Cik…”
sengaja Iqbal menghentikan kata-katanya sementara menanti Aurora menjawab.
“Aurora.”
“Yes,
Aurora. Mungkin nanti Aurora akan ingat siapa saya.”
“See
you later.”
Aurora
menggeleng kepalanya sambil mendengus perlahan. Memandang luar cermin dan mula
berbual dengan sang bulan.
Aurora
duduk menghadap ke arah pentas. Saat kegemarannya. Musik dan lagu. Persembahan
dari anak muda yang kesemuanya dari Kuala Lumpur kalau tak silapnya.
“Saya
harap anda semua di dalam mood yang baik malam ini.” Iqbal yang berada di
tengah pentas, memandang tepat ke arah Aurora. Aurora membulat matanya.
Kini
dia sudah faham dengan apa yang dimaksudkan Iqbal sebentar tadi.
“Mungkin
ada yang perasan, saya dan rakan-rakan band saya sudah beberapa kali membuat
persembahan khas untuk anda semua.”
“Dan
mungkin ada yang langsung tak pernah sedar.” Sekali lagi Iqbal memandang tepat ke
arah Aurora. Aurora sedar, kata-kata itu sengaja dilontarkan kepadanya.
“Memandangkan
anda semua kelihatan segak malam ini dan terutamanya wanita yang kelihatan
cantik sekali, lagu ini saya tujukan khas buat wanita di sini.”
“Sebelum
itu, saya punya satu soalan buat anda. Anda percayakan cinta pandang pertama?”
soalan Iqbal dijawab suku dari kesemua tetamu yang duduk berhadapan dengannya.
Ada yang menjawab ‘ya’ dan ada juga yang menjawab ‘tidak’.
“Jodoh?”
soal Iqbal lagi. Kali ini setengah dari tetamu yang duduk di hadapan Iqbal
menjawab ‘ya’.
“Saya
percayakan jodoh. Dan saat ini, saya percaya mungkin saya dijodohkan dengan
salah seorang dari gadis yang sedang duduk di hadapan saya.” Serentak tetamu bersorak
kuat dan menepuk-nepuk tangannya.
“Mahu
tahu siapa?” masing-masing makin kuat bersorak menjerit ‘ya’.
“Buat
si gadis yang gemar berbual dengan sang rembulan, jujur hati ini sudah mula terpikat. Ayuh kita bertentang mata
untuk ke sekian kalinya dan dengarkanlah… Something about the way you look
tonight.”
Serentak
melodi indah mula menguasai ballroom KL Hilton dan kesemua tetamu dialunkan
dengan musik indah serta dibuaikan dengan suara merdu Iqbal.
There was a time
I was everything and nothing all in one
When you found me
I was feeling like a cloud across the sun
I need to tell you
How you light up every second of the day
But in the moonlight
You just shine like a beacon on the bay
And I can't explain
But it's something about the way you look
tonight
Iqbal
memandang tepat ke arah Aurora sambil tersenyum. Aurora menunduk malu. Tanpa
sedar, pipinya terasa panas dan jantungnya bedegup laju.
Takes my breath away
It's that feeling I get about you, deep
inside
And I can't describe
But it's something about the way you look
tonight
Takes my breath away
The way you look tonight
With a smile
You pull the deepest secrets from my heart
In all honesty
I'm speechless and I don't know where to
start
And I can't explain
But it's something about the way you look
tonight
Takes my breath away
It's that feeling I get about you, deep
inside
And I can't describe
But it's something about the way you look
tonight
Takes my breath away
The way you look tonight
“A
soulmate is someone who has locks that fit our keys, and keys to fit our locks.
When we feel safe enough to
open the locks, our truest selves step out and we can be completely and
honestly who we are; we can be loved for who we are and not for who we’re
pretending to be. When we’re two balloons, and together our direction is up,
chances are we’ve found the right person.
Our soulmate is the one who makes life come to life.”
PS : Kesinambungan Cerpen 'Tapi Bukan Aku'.
Xoxo,
Gill
7 comments:
terbayang mamat gossip girl tu... comel... :)
ni nak kena usha "tapi bukan Aku' dulu ni...
Puteri Aurora?
saya datang buat lawatan rasmi.. lain kali nak lepak sinilah...
-Nico Robin-
OMG.. betul ni? iqbal jatuh hati kat aurora..? wah..besnya.. ;). habis apa jadi ni gill? cepat sikit buat sambungannya ya..? ngeee..
♥ Asrul "iLham" Sany,
Comel? Yes. True that :)
♥ Nong Andy,
Selamat membaca :)
♥ Nico Robin,
Bukan golongan diraja mahupun puteri. Cuma gadis biasa :)
Makasih sudi melawat :)
♥ 4feet8,
Tak bercadang mahu buat sambungan.
Tapi kalau awak mahu, insyaAllah Gill boleh buat sambungannya nanti :)
salam Gill,annur suka cerita yg ini...feel sgt bila baca...:D
teruskan menulis dear...
♥ puteri jalanan a.k.a annur,
Thanks for reading my dear :)
Post a Comment