Bunga tidur bersebelahan Aminah. Aminah menggosok dan menepuk-nepuk belakang badan Bunga mahu menidurkan Bunga.
Sebelum menggosok-gosok cuping telinga Bunga.
Aminah : Masa kecil dulu, mak tiap-tiap
malam kena buat macam ni dekat Bunga sampai terlelap. Kalau tak memang Bunga
tak boleh tidur.
Serentak Bunga tergelak kecil.
Bunga : Ye ke mak?
Aminah : Ye lah. Tiap-tiap malam. Lepas
tu, masa kecil sampai umur 7 tahun hisap botol susu. Pakai seluar dalam
main-main dekat luar rumah hisap botol susu tu.
Sekali lagi Bunga tergelak kecil.
Aminah : Tapi mak tak letak susu masa tu,
mak gantikan dengan air teh.
Bunga senyum.
Bunga : Syyhhhh... Jangan bising-bising mak. Ayah tengah tidur tu.
Keesokannya, beberapa minit selepas Bunga masuk ke biliknya.
Bunga mencapai Blackberry hitam miliknya.
Laju Bunga menaip untuk menghantar pesanan ringkas untuk
Aminah.
Bunga
Tak puas luangkan masa dengan mak.
=(
Aminah
Mak pun sama sayang.
Raya kan, nak buat macam mana.
Semua sibuk.
Lain kali insya-Allah.
Bunga
Bunga sayang mak.=’(
Saat itu, air mata Bunga mula mengalir keluar. Entah rasa
rindu terhadap Aminah terasa kuat mencengkam di hatinya.
Aminah
Mak pun sama sayangkan Bunga.
Esok kerja kan?
Tidur awal ya? Jaga diri baik-baik.
Bunga
Baik mak.
Bunga rindukan mak.
Tengah menangis sekarang.
Aminah
Janganlah macam tu.
Doakan yang baik-baik untuk mak ayah.
Jangan menangis.
Bunga
Baik mak.Bunga tidur dulu.
Assalamu’alaikum.
I love you.
Aminah
Wa’alaikumussalam.
I love you too.
Gill rindukan mak dan ayah. =’)
Xoxo,
Gill
15 comments:
bunga ni manja betol ngn aminah ye?
bunga ni buat aku ingatkan seseorang.
bunga..bunga.. :)
situasi ini yang pasti semua sangat sukar ingin menenpuhinya..berjauhan dengan insan tersayang...huhhhhhh...
bunga jgn dok jauh2.. huhu
rindu mak ayah jugak! :')
aku suka cerita ini. Sudah sampai masa mungkin Bunga untuk dipetik? Ah ada2 saja.
-AsaSiaga-
Bunga .. So soft :)
Tido malam dengan Mak lagi yea.. :-)
Rep @Saddlone,
♥ Boleh Gill tahu siapa 'gadis' itu? :)
Rep @AmarShah,
♥ Kau punya situasi yang sama bukan, malahan kau lagi lama berjauhan. Sabar ya.
Rep @Evagurl Izma,
♥ Insya-Allah Bunga akan kerap jumpa mak ayah nanti sayang. :)
Call mak ayah! ;D
Rep @AsaSiaga,
♥ Terima kasih. :)
Belum masanya Bunga dipetik. Namun jodoh itu ketentuan Tuhan :)
Rep @besi,
♥ Tampak lembut tapi sebenarnya tidak :)
Mungkin :)
Rep @Pokok Manggis Depan Rumah,
♥ Sedang menghitung waktu mahu tidur dengan mak lagi :)
klu rindu cll sementara dia ada..klu tiada doalah banyak2..heheheh
jna sayangkan bunga..
jd smile cepat hehe :D
*touching sgt cerita bunga ni!
#hey i can have ur bb pin huhuhu
anak yang manja...hihi
ok sekarang saya pon sedih tetiba...
bestnya lahai dapat anak mcm ni..
salam kenal :) 21 ;)
sweet je kan . alololorh
Rep @Man,
♥ Insya-Allah akan selalu call :)
Rep @Jna Marcello,
♥ Gill sayangkan Jna juga :)
Dah email Jna beebee pin Gill :)
Rep @Suhaimi Ahmad,
♥ Lebih kepada mengada2 berbanding manja. Hihihi. ;p
Rep @Bitt,
♥ Alaaa... Awak jangan sedih2.
Nanti tak comel :)
Rep @Miss Klanika,
♥ Sebab Gill sayangkan mak Gill :)
Site Web réplique dolabuy informations supplémentaires répliques de sacs à main Ysl sa réponse Dolabuy Hermes
Post a Comment