Makin
hari, makin kuat rasa rindu itu mencengkam jiwa.
Rindukan
mereka. Eh? Mereka? Ya, mereka. Kekasih-kekasih gelapku.
Chris
Evan, Taylor Lautner, Hugh Jackman, Daniel Henney. (Amboi kau Gill, selera tak
mahu kalah. Nak berdarah mat Salleh aje)
Bukan
apa, sesuai lah beliau-beliau itu dengan aku yang berbadan ‘comel’ ni.
Okay,
itu hanya angan-angan kosong gadis berwajah biasa dengan berat badan yang luar
biasa (jeng jeng jeng).
Gill
rindukan adik-adik comel dan lincah yang Gill bertemu janji di Taman Pengasih
Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Ahad lalu.
Pertama
kali Gill bersama dua rakan Robin a.k.a Pato & Eddy Gordo a.k.a Berimbau
bersua muka dengan mereka, kesemua adik-adik comel itu malu-malu. (Mungkin
terasa malu tatkala melihat Berimbau yang punya badan sasa dan tinggi lampai
manakala mereka semua bertubuh kecil sahaja)
Gill
rindukan mereka, sungguh.
Gill
terharu jika terima pujian dari anak-anak kecil berbanding pujian dari lelaki.
Pujian
dari lelaki,
“Awak
ni comellah” (peratusan jujur memuji itu – amatlah rendah kerana banyak lelaki
yang gemar bermulut manis. Maaf jika kedengaran bagaikan prejudis dengan
lelaki. Gill bukan anti-lelaki. Gill seorang pencinta lelaki, percayalah)
Pujian
dari anak kecil,
“Akak
ni comellah” pujian sebegitu buat Gill yang berperwatakan brutal bagaikan ikan
buntal ini terus menjadi lembut bagaikan sabun pelembut Sofland.
Pujian
dari kanak-kanak adalah pujian yang ikhlas. Kerana mereka melihat perkara dari
sudut yang ikhlas dan suci. Kerana minda dan jiwa masih belum tercemar dengan
banyak perkara.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, mak tiba-tiba bersuara;
“Suka
betul mak tengok-tengok budak-budak tu bermain Capoeira. Lebih-lebih lagi yang
comel dan paling lincah tu. Berpusing-pusing tak henti, tiba-tiba pening.” Serentak
Gill tergelak besar.
Ini gambar Gill bersama-sama rakan Capoeira Camara serta anak-anak yatim dari Taman Pengasih dari Kuantan yang datang ke Kuala Lumpur sewaktu minggu Batizado. Thanks adik-adik sebab sudi datang. Xoxo!
Kami tampak gembira bukan? Ini bukan lakonan.
Gerakan
Capoeira ini banyak menyerupai akrobatik atau pun gerakan break-dance. Sebab
itu banyak yang menganggap Capoeira ini adalah sejenis tarian, bak komen Suhaimi - atok yang punya 4 cucu serta yang punya hobi mengambil gambar orang hutan berbikini ada
meninggalkan komen pada entri Gill yang paling serius pada abad ini. Entrinya
berbunyi,
“atok takut ngan tarian ni....silap tari, kaki tersepak muka orang...adehh”
Jadi, atok – Capoeira ini bukan tarian ye atok =)Berbalik kepada anak-anak yatim Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Baik-baik
semuanya, sopan, lincah dan comel. Waktu Pato mengajar gerakan Capoeira kepada
mereka, Berimbau berdiri di bahagian lelaki manakala Gill di bahagian
perempuan. Yang mulanya malu-malu, akhirnya mula bertanya gerakan tendangan dan
elakan yang betul.
“Kak!
Kak! Tolong tengok! Betul tak macam ni?” seorang adik perempuan tarik tangan
Gill dengan lembut minta Gill memberi tunjuk ajar.
Beberapa
saat selepas tu dua antara mereka melakukan tendangan Meia-lua de Frente (salah
satu gerakan Capoeira) dengan bersungguh-sungguh.
Nyata
mereka betul-betul mahu mempelajari seni mempertahankan diri Capoeira ini. Buat
Gill tersenyum.
Instructor
Gill pernah berpesan pada Gill, “Gillette, you have to be tough. Someday,
someone is going to test you outside there. They might think that you are weak
because you are a woman. So you have to be tough.”
Benar
katanya, apa guna Gill belajar Capoeira setiap minggu tetapi Gill masih lemah,
bukan? Itu juga yang Gill sempat pesan pada adik-adik perempuan Taman Pengasih
pada Ahad lalu.
“Belajar
rajin-rajin.”
“Belajar
Capoeira baik-baik.”
“Jaga
diri baik-baik.”
Wanita
punya banyak kelemahan namun pada waktu yang sama punya banyak kekuatan
tersendiri. Baik dari segi mentaliti mahupun fizikal. Gill berharap agar
anak-anak yatim yang Gill bertemu Ahad lalu sentiasa dapat hidup dengan baik,
dapat menjaga diri masing-masing dengan baik dan Gill bangga punya kawan
seperti Pato yang sering berulang-alik ke Kuantan untuk mengajar adik-adik
kecil itu seni mempertahankan diri.
Dan
syukur Alhamdulillah, ayah Berimbau – menghadiahkan seluar dan jaket kepada
mereka semua Ahad lalu.
Masing-masing tampak kacak berjaya, eh! bergaya dengan jaket baru.
Dunia
makin bahaya. Kedengaran bagaikan skrip komik, setuju?
Namun
ianya benar. Dunia makin bahaya. Baca sahaja surat khabar setiap hari, setuju?
Jadi,
Gill harap adik-adik itu dapat menguasai Capoeira atau seni mempertahankan diri
untuk kebaikan mereka.
Adik-adik
– Kakak Gill rindukan adik-adik.
Semoga
nanti kita bertemu lagi.
*senyum*
Xoxo,
Gill
8 comments:
Taman Pengasih Kat bandar indera mahkota..pernah g sana..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
Sophea Bush, Emma Watson kekasih gelap Dezee pula.. XD
saya sangat2 setuju.. pujian daripada kanak2 kecil memang ikhlas.. tapi, satu je pesanan saya, awak jangan rasa rendah diri.. sebab.. tiada satu pun manusia dilahirkan sempurna.. be proud of yourself.. kesemua ciptaan Tuhan adalah ciptaan yang terindah. jangan sesekali kondem apa yang diciptakanNya.. :)
Dunia ni kecil kan?
Sekecil dunia blogging. =)
Disebabkan dunia blogging ni kecil, nanti Gill akan singgah ke blog awak. =)
Wah1 Sophea Bush. Rawrrr! Lawa okay? ;)
Emma Watson pun semakin anggun.
Eh! Dezee ada kekasih gelap juga ya?
;p
*senyum*
Terima kasih daun pandan awak.
InsyaAllah saya tak kondem cuma sentiasa beringat bahawa semuanya pinjaman sementara =)
his comment is hereread the article Check This Outmy link have a peek at this web-sitebrowse around this web-site
Post a Comment