Jadi
hari ni, bercita-cita mahu jaga makan (cita-cita asal mahu badan semontok
Scarlett Johansson).
Habis
lunch Subway’s Roast Beef Salad (nom nom nom noommm) singgah beli air jambu
tepi jalan.
“Air jambu satu bang. Kurang manis
ye.”
“Kenapa kurang manis adik? Muka tak
cukup manis tu, abang tambah gula lebih dari biasa ye?”
“Abang nak kena flying kick ke nak
kena side kick?”
“Eh! Dua-dua taknak. Okay okay,
kurang manis ye?”
Google
mula memainkan peranan.
Fakta ringkas tentang jambu batu, betik, nanas dan pisang emas dibawa belayar.
Jambu batu a.k.a Iguava
#
Efektif untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia. Jika dimakan
bersama kulit, khasiatnya lebih tinggi. # Juga boleh dibuat jus tetapi cara
penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
#
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jambu batu boleh mengurangkan
kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu (dengan pengambilan setiap
hari)
♥
Tips dari Gill : Mungkin lebih efektif dan berkhasiat jika dimakan kulit pokok
jambu batu.
Betik
a.k.a Banananaaa
#
Betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya
diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu (perlu diambil sebanyak
400 gram sehari)
♥ Tips dari Gill : Selain dari mengurangkan kolesterol, bji betik boleh
digunakan sebagai pengganti selasih di dalam air sirap.
Nanas
a.k.a Spinepal
#
Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi
dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram. Dalam nanas ada
tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida. Nanas juga
berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga
minggu sahaja.
♥ Tips dari Gill : Jika anda punya masalah dengan
majikan, jus nanas boleh dimasukkan ke dalam pistol air untuk tujuan menembak
majikan anda.
Pisang
Emas a.k.a Payapa
#
Pisang emas juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Boleh
diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
#
NAMUN, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan
sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan
betik.
♥ Tips dari Gill : Pisang emas dibawa belayar. Tak
payah susah-susah nak bawa belayar, telan aje pisang emas tu.
P/S : Tips dari Gill sangat tidak berguna untuk anda. Selamat mencuba walaupun tajuk entri tidak saling berkaitan.
9 comments:
hahaha..bila pulak la ada belon pink??hehehe... bagus juga buah2an ni ye..kena amalkan selalu ni..tapi tang tips tu len macam pulak.haha
semua dapat kurangkan kolestrol kan.
wan akui, sekarang ni, jarang sangat makan buah even nenek jual buah..
hehehe
makan buah bagus,
perut buleh rase penuh,
biarpun sebelum melantak nasik di lunch atau dinner,
nenas makan ngan kichap juga besh:D
sila try...
smart!!!
haha.. :)
Rep @boni kacak,
♥ Eh! Takde ye?
Gill berhalusinasi rasanya ni.
Mesti sebab terlebih minum air jambu batu.
Rep @Syazwan,
♥ Haaaaa... Nak kena babap ni. Diwajibkan makan buah hari2 bermula dari saat ini.
Eh?
Rep @Pocket,
♥ Haaaaa! Saya setuju yang arif! :p
Nanas cicah dengan kicap, campur cili padi dan gula.
Nyam nyam!
Rep @Amar Shah,
♥ Selamat beramal! ;p
terima kasih tips ni.. boleh di amalkan ni :-)
smua tips yg bagus..tp knapa tips buah-buahan yg na suka xde dlm list ni..nampak sgt buah-buahan kegemaran na xde khasiat heheehhe *gurau je..
awk dari list yg awk bg tips buah tu kan? na cuma mkn jambu je ;))
Rep @PMDR,
♥ Selamat menambah menu ke dalam rutin harianmu :)
Rep @Jna Marcello,
♥ Selagi ianya buah, semuanya berkhasiat sayang :)
Cuma tak dapat Gill nak listkan kesemua khasiat buah. Hehehe...
Semoga makin cantik dengan selalu makan buah ya :)
Post a Comment