“Seman! Kau tengok tu” Joyah
menundingkan jari telunjuknya ke arah seluar dalam tersebut.
“Eh! Seluar dalam merah” Seman
membulatkan matanya. Kedua mereka diam seketika.
“Senang-senang je orang buang spender
kan?” Seman menundukkan wajahnya. Wajahnya kelihatan sayu. Joyah berasa hairan.
“Kenapa tiba-tiba engkau sedih macam
orang curi spender kau?”
“Kau tahu tak, spender yang aku
pakai sekarang ni, berlubang-lubang macam kena gigit tikus. Kau pun tahu yang
aku kan dari keluarga susah. Nak minta mak aku belikan spender baru pun aku
serba salah.” Kini giliran Joyah pula yang berasa sayu.
“Hmmm… Mama aku ada belikan 3 helai
spender baru minggu lepas. Aku tak pakai pun lagi. Kau nak tak aku kasi kau 2
helai?” Joyah bertanya kepada Seman dengan serius.
“Joyah, kau kan perempuan, aku
lelaki. Manalah sama jenis spender kita. Kau ni baik, tapi kadang-kadang aku
rasa bengap jugak kau ni.”
“Ha’ah kan. Maaflah. Aku terlupa
yang kau ni lelaki.”
Kedua mereka terdiam seketika.
Suasana sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi seekor landak yang mengayuh
laju basikal BMX berwarna merah yang dicuri dari kedai basikal Ah Seng pagi
tadi.
“Aku rasa simpati pada kau Seman.” Perlahan
Joyah bersuara.
“Kenapa?”
“Sebab kau dilahirkan dari keluarga
susah macam ni.” Joyah jujur. Seman senyum.
“Aku tak rasa sedih pun, malahan aku
rasa syukur.”
“Syukur?”
“Semua manusia dilahirkan berbeza.
Kaya, miskin, bangsa berbeza, agama berbeza, sifat berbeza. Tapi tak semua
sempurna. Kau setuju?” Joyah angguk laju bagai burung belatuk.
“Ada yang kaya tapi hubungan sesama
keluarga kacau bilau. Macam aku, aku bersyukur walaupun aku dilahirkan dari
keluarga susah, mak ayah aku sentiasa berikan perhatian penuh untuk kami, adik
beradik semua, sama rata. Kami adik beradik pula, punya hubungan yang rapat
sesama sendiri. Makan sama-sama sebab sentiasa berkongsi makan, belajar
sama-sama sebab berkongsi bilik untuk belajar sama-sama, waktu terluang main
bersama-sama, cuma mandi je tak mandi bersama-sama.”
“Kau berkongsi bilik belajar dengan
adik beradik kau?” soal Joyah. Seman angguk.
“Sebab bilik kat rumah tu cuma ada 3
aje. Satu untuk mak ayah aku, lagi satu bilik, mak ayah aku bahagi dua untuk
kami tidur sahaja sebab nak jimat elektrik. Bilik belajar tu, ada lampu dan
untuk kami adik beradik sembahyang juga.” Joyah terdiam.
“Kau tahu kan yang aku dari keluarga
yang agak berada?” Seman angguk.
“Tapi, keluarga aku tak bahagia. Daddy
aku selalu out station dan aku jarang dapat jumpa daddy aku. Kadang-kadang,
bila daddy balik, aku baru nak rasa happy, mama dan daddy bergaduh dekat rumah.
Sebab tu aku selalu ajak kau main dengan aku. Pelajaran aku pun terganggu sebab
dekat rumah tu aku tak dapat nak fokus. Sebab tu kadang-kadang aku minta kau
ajar aku sebab kau punya otak yang geliga. Kalaulah aku boleh minta Tuhan
lahirkan aku dalam keluarga kau…”
“Tak baik kau cakap macam tu Joy.”
Joy adalah nama singkatan yang Seman berikan kepada Joyah.
“Kita sebagai manusia, lebih-lebih
lagi Muslim, benda tu boleh mendorong kepada sifat Mazmumah.”
“Sifat Mazmumah?”
“Ye. Sifat Mazmumah. Kadang-kadang
selepas habis solat dengan keluarga aku, mak suka bercerita tentang banyak
perkara pada kitorang. Sifat Mazmumah ni, sifat negatif yang berlawanan dengan
sifat Mahmudah, iaitu sifat yang positif. Banyak sangat kalau aku nak berikan
contoh sifat-sifat tu.”
“Mama aku tak pernah pun ceritakan
semua ni dekat aku.” Joyah bersuara hambar. Seman senyum.
“Takpe, sebab tu Allah temukan aku
dengan kau. Jadi kita boleh saling membimbing antara satu sama lain.” Seman
senyum.
“Salah satu sifat Mahmudah, rasa
bersyukur. Sebab tu walaupun aku dilahirkan dari keluarga yang susah, aku
bersyukur sebab Allah itu Maha Adil. Dia lahirkan kesemua kita tidak sempurna
contohnya aku. Keluarga susah, tapi Allah berikan aku keluarga yang bahagia,
adik beradik yang sentiasa membantu dan menyokong satu sama lain, kasih sayang yang
tak berbelah bahagi dari kedua orang tua aku dan bimbingan agama yang cukup.”
“Dan aku, walaupun dilahirkan dari
keluarga yang kaya, otak aku lembab, kurang kasih sayang dari kedua ibu bapa
aku, tak punya bimbingan agama yang cukup dan tak merasa bahagia punya adik
beradik sebab aku anak tunggal.”
“Kau tak boleh cakap macam tu Joy.
Banyak sungguh sifat Mazmumah kau. Antara sifat Mazmumah, putus asa dan hasad
dengki. Kalau kau berfikir macam tu, boleh mendorong kepada sifat hasad dengki
tau. Kau kena bersyukur. Walaupun dari segi itu semua kau kurang dari aku, tapi
kau punya tempat tinggal yang selesa, kau punya kesenangan hidup. Dari segi
agama, kau punya kebolehan membaca bukan? Kau boleh belajar dan dapatkan
panduan dari buku agama, dari Ustazah di sekolah. Otak lembap tu sebab kau
kurang belajar disebabkan tekanan di rumah. Kau kana da aku, kau boleh belajar
dengan aku. Kita belajar sama-sama. Hidup ni mudah Joy, punya banyak jalan
untuk kita pilih untuk hidup dengan lebih sempurna asalkan kau punya iman yang
kuat, pegangan yang teguh, landasan yang betul dan jauhi sifat-sifat Mazmumah. Insya-Allah
kau akan hidup dengan lebih tenang dan bahagia.”
Diam.
“Betullah apa yang kau cakapkan tu
Sem.” Sem pula adalah nama panggilan yang Joyah berikan kepada Seman.
“Jadi, orang yang tinggalkan spender
merah dia tu, punya sifat Mazmumah lah ye?” soal Joyah.
“Hmmm… Aku pun rasa begitu. Sebab
dia tak bersyukur dia ada spender yang tak berlubang, bukan macam spender aku.”
“Tak pun, itu seluar Superman yang
terlucut masa dia terbang melalui kawasan ni?”
“Mungkin juga.”
Joyah dan Seman berjalan
meninggalkan taman permainan itu setelah mengibarkan seluar dalam merah
tersebut di hujung tiang kayu di tengah-tengah taman permainan tersebut
berserta tulisan di bahagian hadapan seluar dalam merah tersebut, “I was here,
SUPERMAN”
8 comments:
boleh tahan menarik... ada unsur komikal :D
Hehehe.
Thanks awak :)
nice1 ;))))
Hehehe. Kite merepek je ni awak ;p
wah..bagus...dalam komedi ada pengajaran2 yang diselitkan..good job :)
Thanks sebab sudi baca ye awak :)
quite good writing for a "merepek" post..hehe :)
off white outlet
curry shoes
supreme new york
off white outlet
off white hoodie
supreme
supreme outlet
off white
jordan retro
kobe shoes
Post a Comment