28 SEPTEMBER
“Aku bangga betul kalau banyak lelaki
‘like’ gambar aku dekat FB.” Ujar Trish atau nama sebenarnya Tipah.
“Engkau kan memang cantik. Sebab tu
ramai yang ‘like’ gambar kau.” Kiah jujur.
“Lagi satu, pernah satu masa ni kan,
aku ‘check-in’ dekat FB, Aku dinner sorang-sorang dekat Ben’s, KLCC. Lepas tu,
kau teka apa jadi?” suara Trish kedengaran teruja. Kiah diam sambil
mengelip-ngelip matanya.
“Kau kenal tak Boni Kacak?” soal
Tipah lagi. Kiah geleng laju.
“Alaaaa… Boniiii… Boni yang kacak tak
berapa kacak tuuu!!!” Tipah cuba mengingatkan Kiah. Sekali lagi Kiah geleng
laju.
“Ah! Whatever lah. Yang pasti, malam
tu, lepas Boni tengok ‘status check-in’ aku, terus dia datang Ben’s, bawa
sejambak mawar merah gitewww!” Tipah makin mengeletis sambil memejam matanya
teringatkan saat-saat romantisnya bersama Boni. Kiah sempat muntah hijau kerana
tak tahan dengan gelagat Tipah. Dan tanpa Tipah sedar, Kiah termuntah di dalam
beg tangan Channel Tipah yang khabarnya limited edition.
“Eh! Takpelah Kiah, aku nak gerak
dulu tau! Nak jumpa abang pilot hensem Shazwan Che Deraman. Aku belikan makana
feveret dia, nasi ayam berempah. Tak sabar aku nak kasi dia!”
“Mana makanan tu Tipah?”
“Hey hey hey! Trish okay? T to the R
to the I to the S to the H. TRISH! Ade dalam beg Chanel aku ni. Sebab tu lah
limited edition tau. Multi-function. Boleh jadi microwave jugak tau.” Dengan
bangga Tipah bercerita sambil berjalan pergi meninggalkan Kiah.
Kiah hanya terdiam sambil kuku jari
kanannya mencungkil isi daging yang terlekat di gigi depannya yang jongang.
‘Apalah rasanya nasi ayam berempah
bercampur dengan muntah hijau gamaknya’ Kiah berfikir lama.
30 SEPTEMBER
Kiah duduk melepak dengan instruktor
kelas seni mempertahankan diri Capoeira yang diceburinya sejak 3 bulan lalu
iaitu, Soldado yang bertubuh tinggi tegap ala-ala Vin Diesel, serta dengan dua
pelajar senior kelas tersebut, Pato yang mempunyai perut yang seksi, six packs
dan Fadinha yang punya bisep yang sama saiznya dengan Randy Orton.
Lokasi adalah di Restoran Mamak
Devi’s Corner yang terletak di TTDI, tak jauh dengan Havana Studio, tempat Kiah
ber’capoeira’ dengan Soldado, Pato dan Fadinha.
“Gua betul-betul tak faham, awat lah
ramai sangat perempuan yang suka update status dekat FB nak bagitau depa dok makan
kat mana, shopping kat mana.” Tiba-tiba Soldado yang sedang mengunyah ayam
tandoori kegemarannya bersuara.
“Tu lah. Gua pun tak faham jugak.
Bahaya kot benda tu.” Fadinha yang sedang membelek-belek bisep nya, menyampuk.
“Awat tak faham?” Kiah menyoal.
Matanya tak berkelip walaupun ada 3 ekor lalat sedang bermain badminton 1 cm
jauh dari matanya.
“Bahaya lah Kiah ooiii. Zaman
sekarang ni, banyak penjahat. Macam mana kalau ada sapa-sapa yang dok aim nak
buat benda bukan-bukan kat lu. Nak rompak lu ka, nak samun lu ka. Pastu lu
update status kat FB tu, bagitau lu kat mana. Lu agak depa cari jalan tak nak
cari lu? Dalam seribu kawan lu kat dalam FB tu, mungkin 10 orang yang ada niat
jahat kat lu.” Soldado cuba membuatkan Kiah faham. Kiah angguk perlahan. Pato
yang dari tadi asyik berbalas ‘WhatsApp’ dengan keenam-enam skandalnya,
mencelah.
“Tapi kalau lepas ni, kalau ada yang
masuk mana-mana toilet pun nak ‘check-in’ kat FB, gua tak tau nak cakap apa.”
Suasana diam. Yang kedengaran hanya
suara lalat yang sedang rancak bermain badminton di hadapan Kiah.
11 OKTOBER
“Tolong aku! Tolong!” Kedengaran
Suara Tipah di hujung talian sebelum panggilan terputus.
“Kau kat mana Tipah?” soal Kiah
dengan penuh nerbes.
“Facebook! Facebook!” saat itu, Kiah
berasa genius dan terus mencari lokasi Tipah dari Facebook.
“Titiwangsa! Yes!” Dengan pantas
Kiah meminta bantuan Soldado, Pato dan Fadinha untuk menjejak Tipah.
Dipendekkan cerita, Kiah orang
pertama yang menemui Tipah yang sedang bergelut dengan 2 lelaki di satu tempat
gelap di Tasik Titiwangsa. Dengan pantas, Kiah memasang kuat lagu dari telefon
BlackCurrent nya. Berkumandang lagu Brasil kegemaran Pato, “Ai Se Eu Te Pego”.
Saat Kiah mahu melakukan langkah ‘Ginga’, tiba-tiba Kiah ternampak kelibat Pato
dan Fadinha yang sedang asyik melakukan Ginga, Au, Negativa, Esquiva, Martelo
dan beberapa pergerakan Capoeira yang lain.
Pato dan Fadinha yang teruja tatkala pertama kali berada di Tasik Titiwangsa.
“Hei korang! Apa korang buat dekat
sana? Tolong aku belasah dua penjahat ni dekat sini!” jerit Kiah dari jauh.
“Eh1 Sorry Kiah. Tiba-tiba kitorang
rasa kat sini best pulak nak praktis Capoeira. Kitorang praktis kat sini
kejap.” Jerit Pato pula dari jauh. Beberapa saat kemudian, Soldado muncul dan
melakukan gerakan “Finta Cabecada Do Chao Parafusado” dengan penuh bergaya.
Dalam masa tak sampai 60 saat, Soldado berjaya menumpaskan kedua-dua penjahat
tersebut dengan menggunakan kepakaran Capoeira nya. Seorang terkapai-kapai
kelemasan di dalam Tasik Titiwangsa manakala seorang lagi tersangkut di atas
pokok.
Okaylah, penulis malas nak tulis
panjang lebar lagi. So, moral of the story;
1) Jangan cepat
riak, riak tu kadang-kadang membawa kemudaratan.
2) Facebook
masing-masing memanglah hak masing-masing, TAPI kena beringat ya, tak semua
FRIEND dalam Facebook tu benar-benar FRIEND. Mungkin ada yang berniat jahat.
Untuk keselamatan anda, cubalah elakkan terlalu mendedahkan di mana lokasi di
dalam Facebook/Twitter/BBM. =)
3) Seni
mempertahankan diri bukanlah sesuatu yang wajib NAMUN, penting sebenarnya.
Mengetahui asas seni mempertahankan diri pun sebenarnya sudah cukup bagus.
Terutama sekali untuk kaum wanita. =)
6 comments:
letih gak aku nak baca dan faham citer ko ni.. hihi
Jangan risau. Kita punya masalah yang sama.
Gill pun tak faham cite apa ni sebenarnya.
Eh?
hahahaha..tak pasal2 terselit juga saya dalam cerita ni.hahahaha
Hehehe. Pening Gill nak fikir nama watak ;p
Sorry ye pinjam nama :D
eh..
guwaaa pon ada.
ceh, tteiba bahasakan diri guwa.
point number dua tu betul.
tapi kalo pompuan nak kejar laki, tak apa kan?
kehkehkeh
Lol1 Boleh je nak bahasakan diri guwa. :p
Haaaa, takut tak terkejar je nanti (:
Post a Comment